Thursday, December 18, 2008

Anwar Berharap Tuah di Kuala Terengganu?

Seperti yang pernah ditulis dalam berpuluh artikel sebelum ini, Anwar Ibrahim mempunyai kemampuan dan kepakaran membujuk dan mempengaruhi pengundi dengan ucapannya. Yang turut terserlah ialah kebolehan Anwar bermuka-muka di kalangan pengundi pelbagai kaum.

Kuala Terengganu merupakan satu kawasan perbandaran yang majoritinya pengundi Melayu tetapi keputusannya banyak ditentukan oleh pengundi Cina di kawasan bandar. Hal ini berlaku kerana undi Melayu pecah hampir sama antara BN dan Pas. Justeru sekitar 8 ribu pengundi bukan Melayu dikatakan akan menjadi penentu keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu kali ini.

Namun andaian ini tidak semudah yang dijangka buat Anwar. Orang Melayu yang menyokong Pas sungguhpun mahu menambah kerusi, mereka masih ragu-ragu mengenai keikhlasan Anwar dalam menjaga kepentingan Islam dan Melayu.

Penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Perak memberi gambaran bahawa Anwar gagal sama sekali menjaga kepentingan agama dan bangsa. Ketika orang Melayu dalam UMNO dan atas pagar dilihat akan mengukuhkan kedudukan UMNO, Melayu dalam Pas masih berbelah bagi. Manakala Melayu dalam PKR pasti akan terus menyokong Anwar (bukanya Pakatan Rakyat).

Sekarang ini terserah kepada pengikut Pas sama ada mahu menang sorak atau kepentingan agama dan bangsa tergadai atau mahu memberi satu amaran jelas kepada Anwar bahawa Pas belum bersedia mengkompromi dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat di tiga negeri contoh tadi.

Anwar hampir pasti memainkan isu sekolah vernakular yang begitu sensitif di kalangan masyarakat Cina. Malahan kenyataan EXCO Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini pasti akan diputar belit dan dijadikan isu utama strategi kempen Anwar.

Namun beliau juga pasti tertanya-tanya apakah masyarakat Cina di Kuala Terengganu akan memberi sokongan padu kepadanya dalam isu ini? Sedangkan Anwar ketika menjadi menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri turut mempunyai persepsi negatif terhadap sistem persekolahan jenis kebangsaan ini.

Anwar juga dalam dilema kerana maklumat yang beliau dapat sekarang ialah kaum Cina tidak akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana khuatir ia akan menjejaskan kestabilan politik negara dalam masa ekonomi dunia mengalami krisis memandangkan BN telah pun kehilangan majoriti 2/3.

Satu lagi pukulan kepada BN pasti akan menimbulkan satu lagi polemik politik dan krisis keyakinan pelabur terhadap kerajaan hari ini. Ini pasti tidak digemari oleh masyarakat peniaga Cina.

Sungguhpun BN hanya menang dengan majoriti 628 undi di Kuala Terengganu dalam pilihan raya lalu, namun keadaan pasca pilihan raya umum banyak memberi pengajaran kepada orang Melayu. Orang Melayu "non partisan" dan sebahagian di dalam Pas telah bersedia mengundi BN kali ini.

Soalnya mampukah BN mengambil kesempatan dan apakah percaturan Anwar semasa kempen pilihan raya nanti. Peluang Pakatan Rakyat dan Anwar bergantung kepada siapa calon BN.

BN mempunyai peluang cerah menambah majoriti jika meletakkan calon yang tepat dan kaum cina di Kuala Terengganu memberi sokongan seperti dalam pilihan raya lalu.

Thursday, November 13, 2008

Anwar - Buih-buih yang sedang berantakan

Kejayaan ideologi populis Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya lalu umpama mimpi menjadi realiti. Majoriti pengundi Pakatan Rakyat percaya Anwar mampu memberikan mereka satu era baru dalam politik negara ini. Anwar pada tanggal 9 April 2008 umpama "phoenix rise from its ashes."

Mati hidup semula kata Jamal Abdillah. Para pentaksub Anwar mengiyakan apa sahaja kata-kata Anwar selepas itu kerana keajaiban telah berlaku.Mereka melihat keajaiban yang berlaku bukan kerana protes rakyat, bukan kerana pengundi dan bukan kerana kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Sebaliknya mereka melihat kemenangan Pakatan Rakyat adalah atas kebijaksanaan dan keajaiban Anwar bin Ibrahim.

Kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu tambah meyakin para sebahagian rakyat bahawa hanya masa yang akan menentukan bila Anwar akan emnjadi Perdana Menteri.

Justeru itu, Apabila Anwar mendakwa ia akan mengambil alih kepimpinan pada 16 September, ramai yang percaya terhadap kata-kata indah Anwar ini. Malangnya di sinilah bermulanya kesilapan Anwar.

Ahli silap mata yang hebat juga kadang-kala melakukan kesilapan. Kata orang sepandai-pandai tupai melompat, pasti sekali sekala jatuh juga ke tanah. Tindakan beliau meletakkan satu tarikh yang terlalu hampir menyebabkan kehebatannya tercalar dengan cepat.

Apabila beliau gagal menubuhkan kerajaan pada 16 September seperti yang beliau janjikan, imej dan kredebiliti beliau mula goyang. Kemudian beliau berjanji lagi bahawa kalau bukan 16 September pun, akan berlaku dalam masa yang terdekat lagi. Malangnya ia juga tidak berlaku.

Anwar hari ini yang bercita-cita mahu masuk ke Parlimen sebagai Perdana Menteri, hari ini terpaksa menjadi Ketua Pembangkang. Anwar sudah kehilangan magis yang menyatukan ahli-ahli politik ektrem dalam Pakatan Rakyat. Anwar sudah kehilangan magis yang berjaya menukarkan parti-parti ekstrem kepada parti-parti liberal.

Siapa pernah sangka ahli Parlimen Pas (Khalid Samad) akan berucap dalam Gereja di Shah Alam menyokong penggunaan nama Allah dalam Bible bahasa Melayu. Suatu ketika dahulu jangan kata membenarkan penggunaan nama Allah dalam bible, membenarkan Bible dalam bahasa Melayu juga boleh meyebabkan munculnya Ibrahim Libya kedua.

Siapa pernah sangka magis Anwar berupaya menjadikan Pas melupakan perjuangan hududnya dan sekarang bercakap soal hak asasi manusia ala barat dan sanggup bertakbir ketika kafir seperti DAP berceramah memfitnah orang Islam lain.

Siapa pula sangka magis Anwar berupaya menukar Pas dari membela nasib golongan teraniaya atau mangsa kepada menyokong kemungkaran Anwar.

Malangnya, hari ini magis Anwar sudah hilang. Pakatan rakyat sedang berantakan dari dalam. Wakil-wakil rakyat mereka yang dipilih secara semberono telah mula menunjukkan belang. Selain skandal seks dan rasuah di Perak, EXCO Selangor pula sudah dihadapkan ke mahkamah kerana menghalang polis menutup pusat pelacuran.

Di Pulau Pinang sendiri orang Melayu penyokong Anwar boleh melihat sama ada Anwar yang hebat atauLim Guan Eng yang berkuasa.

Suara-suara protes dari dalam sudah kedengaran. ia bukan lagi soal apakah ada krisis antara parti Pakatan Rakyat. Sebaliknya persoalannya bila krisis tersebut akan meletup keluar.

Imej-imej kehebatan Anwar sedikit demi sedikit sedang terhakis. Buih-buih yang dicipta untuk merakamkan kehebatan dan karismatik Anwar sedang mula berpecah dan berantakan sehingga menjelmakan wajah sebenar Anwar. Biarpun para penyokongnya di media internet sedang bertungkus lumus melakukan "Kawalan Kemusnahan" (damage control), namun ia sekadar membeli masa.

Thursday, September 25, 2008

Rakyat Perkara Kedua, Jawatan PM Keutamaan Anwar


In 2008 already over RM125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law." - Anwar Ibrahim


ISA telah wujud sejak berpuluh tahun. Namun mengapa baru hari ini pelabur bimbang dengan kerajaan. Apakah ia kerana ISA atau kerana Anwar Ibrahim?

Anwar sudah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan US dan Barat. Ini menimbulkan tanda tanya di mana Anwar mendapat jumlah tersebut jika ia tidak terbabit dengan perancangan ini?

Kita juga tertanya-tanya apakah pengeluaran pelabur asing ini tidak ada kena mengena dengan membantu usaha Anwar menukar kerajaan?

Dalam sejarah politik, hanya ketika rakyat "lapar" sahaja maka pemerintahan akan berubah secara drastik dan luar biasa.Tidak mustahil inilah yang sedang direncanakan oleh Anwar dan para sahabatnya dari Barat.

Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Sejarah politik Anwar membuktikan beliau sanggup menipu, berbohong dan membiar rakyat terseksa jika itu dapat membantunya menjadi Perdana Menteri.

1970-an

Pada tahun 1970-an beliau mengaturkan satu tunjuk perasaan di Baling sehingga mencetuskan rusuhan. Rusuhan terscetus kerana Anwar mendakwa petani di Baling terlalu miskin sehingga ada yang mati kelaparan. Maka berbondong-bondonglah mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Malaya dan mogok lapar di Baling.

Huru-hara negara dan kerajaan dibuatnya. Namun sehingga kini tiada seorang saksi atau satu bukti pun menunjukkan ada orang di Baling ketika itu mati kelaparan.

1997

Pada 1997 sekali lagi Anwar mengambil kesempatan atas masalah ekonomi bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir.

Ketika dilanda krisis matawang, Anwar menyerang polisi kerajaan dari dalam dengan menuduh Dr. Mahathir antara punca masalah ekonomi negara ketika itu. Anwar sedar rakyat yang susah dan marah akan bangkit dijalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Jadi sebagai Menteri Kewangan beliau memulakan langkah-langkah menjerut rakyat. Kadar pinjaman Asas (BLR) dan kadar faedah dinaikkan berkali ganda. Beliau juga mengguna pakai pelbagai saranan IMF yang menyusahkan rakyat kerana ia telah berkesan ketika itu menjatuhkan Perdana Menteri Thailand dan Presiden Indonesia.

Anwar menghalang usaha membantu syarikat-syarikat bermasalah ketika itu akibat kejatuhan matawang negara. Beliau menggunakan mantera-mantera barat seperti kronisme, nepotisme dan bail-out boleh meruntuhkan ekonomi negara bagi menghalang sebarang usaha pemulihan syarikat-syarikat besar ini.

Tujuan Anwar ketika itu ialah mahu melihat syarikat-syarikat ini jatuh dan menyebabkan puluhan ribu rakyat hilang mata pencarian. Jika ini berlaku sudah tentu lagi ramai yang marah kepada kerajaan dan ini akan mempercepatkan proses perubahan kuasa dari Dr. Mahathir kepada beliau.

Demikian bagi Anwar, rakyat yang menderita ialah satu kebaikan kepadanya, kerana ini akan mempercepatkan kejatuhan musuh politiknya.

Anwar sanggup meletakkan negara ini di bawah telunjuk IMF asalkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Nasib baik Dr. Mahathir ketika itu cepat sedar permainan licik Anwar.

Justeru jika hari ini pelaburan asing makin berkurangan dan ramai yang keluar, adalah tidak mustahil ini merupakan rancangan kali kedua US untuk menjadikan Anwar sebagai PM setelah gagal pada 1997.

Siapakah Anwar yang begitu istimewa kepada US dan Barat akan terus menjadi tanda tanya.

Cuma yang kita pasti, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hatta jika perlu "mengorbankan" sebahagian rakyat pun.

Sunday, September 21, 2008

Pesona Sesumpah II: Anwar atau Penyokongnya Yang Kurang Waras?



Minggu lalu saya menulis bahawa janji membentuk kerajaan baru oleh Datuk seri Anwar sebagai janji tidak masuk akal. saya juga menulis, "Tunggulah 16 September untuk anda mendengar pelbagai pula alasan Anwar Ibrahim. Sesumpah selalu bertukar warna kulit."

- Hari ini terbukti dan ternyata ia berlaku. Sesumpah atau Pokka bernama Anwar ini menukar lagi wajah, rupa dan qona (warna)nya.

- Sudah sah Anwar pembohong. Janji untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 hanya tinggal dalam lipatan sejarah berkajang-kajang senarai pembohongan Anwar bin Ibrahim.

- Pada 16 September beliau menghantar surat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan pertemuan dan mengaturkan peralihan kuasa kepada beliau. Apakah ini tindakan orang yang waras?

- Beliau dakwa ada lebih 30 orang ahli Parlimen BN tetapi enggan mengumumkan nama mereka. Waraskah manusia bernama Anwar Ibrahim ini? Beliau mahu Pak Lah menyerah kuasa hanya kerana beliau dakwa ada 30 orang ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat?

- Hari ini beliau mendesak kerajaan mengadakan sidang khas Parlimen pada 23 September pula. Beliau mahu mengadakan undi tidak percaya terhadap kerajaan. Sekali lagi kita mahu bertanya, waraskah manusia bernama Anwar ini?

- Atas sebab apa dan bukti apa beliau mahu mengadakan sidang khas Parlimen? Undang-undang dan Peraturan Dewan Rakyat yang mana beliau gunakan untuk mengadakan satu usul khas sidang parlimen bagi mengadakan undi tidak percaya terhadap PM dalam tempoh kurang dari 14 hari?

- Ketika beliau mendakwa telah ada 30-40 orang ahli parlimen BN yang akan melompat, Anwar tetap menghantar pemimpin PKR untuk bertemu dan memujuk ahli Parlimen BN yang berada di taiwan. soalnya jika sudah ada mengapa perlu pujuk yang lain lagi? Bukankah gila namanya?

- Namun Anwar Ibrahim memang mempesonakan. Lebih mempesonakan, ada orang masih percaya kepada Anwar walaupun sudah banyak kali tertipu.

- Misalnya terdapat sebahagian pemimpin Pas masih percaya kata-kata Anwar walaupun mereka sendiri tidak tahu siapa yang berjanji untuk melompat. Mereka sanggup membohongi penyokong sendiri kononnya nama-nama YB ini dibincang dalam Mesyuarat Tertinggi parti tersebut. Hakikatnya hanya angka yang diberi kepada mereka.

- Soalnya siapa yang tidak waras, Anwar atau orang yang mempercayainya?

Wednesday, September 10, 2008

Pesona Sesumpah Tanggal 16 September



Ramai teman meminta ulasan untuk 16 September 2008. Apa ada dengan 16 September 2008 kalau bukan sekadar sambutan pembetukan Malaysia.Namun 16 Sepetember kali ini amat menarik kerana Datuk Seri Anwar bin Ibrahim berjanji untuk menubuhkan kerajaan.

Saya tidak mengulas isu 16 September ini kerana ia bukan sahaja tidak masuk akal tetapi juga tidak amhu terperangkap dengan percaturan politik populis Anwar.

1. Tiada ahli Parlimen BN yang berakal dan menggunakan akalnya dengan bijaksana akan mempercayai cakap dan janji Anwar. Tiada sebab untuk mereka melompat kepada Anwar kerana mereka sekarang ini membentuk kerajaan. Kelebihan, kesenangan dan kuasa di pihak mereka. Kecuali Anwar boleh menjanjikan sejenis kekayaan yang tidak mampu diberi oleh BN, tidak mungkin ada yang akan melompat.

Semua ahli Parlimen BN mengenali Anwar secara langsung atau tidak langsung. Mereka tahu bagaimana kejamnya Anwar kepada sahabat dan lawan. Apakah ada ahli politik yang waras mahu mempercayai Anwar?

2. Tiada ahli Parlimen BN yang waras dan boleh berfikir akan percaya Anwar mampu menyatukan Pas dan DAp dalam jangka masa panjang. Andai pakatan tersebut pecah dan BN kembali memerintah, apa nasib mereka? pa pula nasib mereka jika usaha Anwar ini tidak berjaya dan mereka telah pun menyeberangi jambatan PKR? Sebab itu saya tidak fikir ada ahli Parlimen BN yang begitu bodoh mahu menyertai Anwar.

3. Jika pun terdapat 40 orang ahli Parlimen BN yang lompat parti pada 16 September ini, Anwar masih tidak boleh membentuk kerajaan. Tiada sidang Parlimen berlangsung pada waktu ini. Jika diumumkan pada 16 September, BN mempunyai sehingga pertengahan Oktober untuk mengukuhkan kembali kedudukan. Ini kerana hanya ketika itu Parlimen mula bersidang dan undi hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri boleh dibuat.

4. Walaupun Anwar mungkin berjaya membawa majoriti ahli Parlimen menyokongnya berjumpa YDP Agong, ia masih tidak mengubah apa-apa kedudukan BN sehingga Agong memanggil sidang Parlimen. Dengan kata lain, 16 September tidak mungkin berlaku peralihan kuasa politik dari BN kepada Pakatan Rakyat.

5. Katalah Anwar berjaya mengadakan usul undi tidak percaya, belum tentu Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Ini kerana kuasa sebenar selepas undi tidak percaya di Parlimen ialah kuasa YDP Agong. Agong berhak untuk melantik Perdana Menteri baru yang beliau percaya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen atau mewujudkan caretaker government untuk mengadakan pilihan raya umum baru.

6. Sesiapa yang mengetahui senario politik Malaysia pasti tahu bahawa harapan Anwar untuk mendapat kepercayaan YDP Agong dan Majlis Raja-raja merupakan satu harapan yang hampir mustahil. Jadi jalan yang satu lagi ialah Agong akan melantik kerajaan sementara dan mengumumkan pembubaran Parlimen.

7. Apakah rakyat akan menyokong Anwar yang merosakkan keputusan pilihan raya umum lalu? Anwar mungkin lupa bahawa sokongan sebahagian rakyat terhadapnya dalam pilihan raya lalu bukanlah begitu besar berbanding undi protes terhadap BN yang beliau terima. Tidak mustahil rakyat yang bosan dengan gelagat Anwar akan memberi sokongan lebih besar kepada BN.

8. Dengan kata lain, jalan Anwar ke Putrajaya bukan sahaja masih jauh malah bolehlah dianggap tidak masuk akal. Sebab itu saya enggan mengulas kisah Anwar mahu bentuk kerajaan 16 September.

Adanya orang terpesona dengan retorik Anwar sekadar menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang bukan sahaja tidak matang malah malas menggunakan akal fikir yang dikurniakan Allah terhadap mereka.

Tunggulah 16 September untuk anda mendengar pelbagai pula alasan Anwar Ibrahim. Sesumpah selalu bertukar warna kulit.

Apakah kita akan terus terpesona dengan keajaibannya?

Tuesday, September 2, 2008

Merdeka, Komunis dan Malaysia

Anwar Ibrahim menyarankan supaya 16 September dijadikan cuti umum dan diraikan bukannya 31 Ogos. Lim Guan Eng pantas menyambut dengan mengisytiharkan Pulau Pinang akan bercuti tahun hadapan pada 16 September.

Mengapa usaha meraikan pembentukan Malaysia pada 16 September lebih penting dan besar berbanding hari pegisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos bagi Pakatan Rakyat terutamanya DAP?

Mereka mahukan peritiwa ini diingat lebih baik kerana ia akan memadamkan perjuangan para pejuang Melayu dan bumiputera borneo yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah Melayu dan borneo. Setiap kali meraikan hari kemerdekaan kita akan mengulangi sejarah perjuangan lampau seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Mat saleh, Dol Said, Rentap dan ramai lagi.

DAP sebagai cauvinis Cina lebih mahu mengingati hari pembentukan Malaysia pada 16 september kerana ia turut membabitkan peranan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Inilah yang mahu diuar-uarkan oleh DAP bahawa orang Cina memainkan peranan besar dalam kemerdekaan negara ini.

Malangnya bukan DAP sahaja yang terbabit, malah orang Melayu kerana kuasa dan pangkat sanggup sama bersengkongkol dengan anak didik Singapura di Malaysia ini.

Lebih menyedihkan ada juga penggerak propaganda PKR bernama Mohd Sofi Yassin menulis menganggap Komunis merupakan pejuang kemerdekaan sejati.

Demikianlah kerana terdesaknya mahukan kuasa maka hari kemerdekaan negara pun mahu ditukar, peranan UMNO juga mahu ditidakkan. Bayangkan mereka ini belum memegang kuasa. Bagaimana jika mereka berkuasa? Tidak mustahil Islam juga akan dipariahkan. Tidak mustahil mereka akan menganggap agama Hindu lebih layak mendapat tempat kerana ia lebih awal sampai di kepulauan Melayu.

Tiada sesiapa yang boleh menjahanamkan Melayu dan Islam di negara ini kecuali orang melayu sendiri.

Friday, August 22, 2008

Surat Terbuka Buat Datin Seri Wan Azizah: Usah Bersandiwara Lagi

Assalamualaikum Kak Wan,

Sedih benar saya membaca rayuan Kak Wan kepada kaum ibu di Permatang Pauh seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com. Kata Kak wan, apa salah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menjadi mangsa politik kebencian. Mengapa keluarga Kak Wan harus menerima kempen kotor BN kononnya.

Kak Wan bertanya lagi, apakah tiada langsung jasa Datuk Seri Anwar kepada negara dan bangsa.

Kak Wan,

Memang sedih mendengar rintihan ini.

Soalnya, apakah pula perasaan Tun Dr. Mahathir ketika Anwar, Kak Wan dan para penyokong reformasi membuat pelbagai tuduhan dan gelaran? Mahafiraun, mahazalim, penghina hukum Allah, ada hubungan sulit dengan perempuan Cina, tidak solat subuh dan sebagainya.

Apakah Tun Dr. Mahathir dan keluarganya tiada jasa kepada negara? Apakah mereka tiada maruah dan harga diri seperti Kak Wan sekeluarga?

Demikian juga siapa yang memulakan taktik politik benci dan menyerang peribadi di Ijok? Bukankah Datuk Seri Anwar mempeloporinya?

Tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa mangsa yang bercakap, hukuman telah dijatuhkan ke atas Datuk Seri Najib oleh Anwar. Seantero pekan Ijok dijaja oleh PKR bahawa Najib mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya.

Menggunakan penyokong kuatnya Raja Petra Kamaruddin, Anwar membuat tuduhan lagi kononnya Datin Seri Rosmah terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Mujur Datuk Seri Najib tidak mudah melatah lalu kepada Allah diserahi agar membuat pertimbangan. Dengan nasihat Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, dengan lafaz demi Allah, "Wallahhi, Wabillahhi, watallahi, saya tiada hubungan dengan gadis bernama Altantuya Saribu" terucap di hadapan ribuan penduduk Ijok.

Namun itu tidak menghalang Anwar terus membuat tuduhan dan fitnah. Itu juga tidak menghalang para penyokong PKR menjerit nama Altantuya setiap kali nampak kelibat Najib.

Apakah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tiada anak-anak dan keluarga yang terasa malu dengan tuduhan dan fitnah tersebut? Apakah mereka tiada kawan dan sahabat di sekolah?

Apakah maruah hanya milik keluarga Kak Wan sahaja?

Sumpah Saiful bukan bertujuan menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar. Apa pilihan Saiful lagi jika aduannya kepada Polis telah pula dikatakan satu fitnah. Apa pilihan Saiful apabila tanpa menunggu proses undang-undang, Datuk Seri Anwar menyalahgunakan undang-undang Syariah membuat aduan qazaf di pejabat Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI).

Apa pilihan Saiful selain bersumpah jika aduan qazaf oleh Anwar memerlukan mangsa mengemukakan empat orang saksi melihat zakar anwar masuk ke dalam dubur saiful?

Apakah Kak Wan fikir Saiful dan keluarganya tidak mempunyai maruah apabila dituduh membuat fitnah dan menjadi alat konspirasi orang tertentu untuk memburukan Anwar?

Bukankah parti Kak Wan sendiri yang memulakan kempen memburukkan Saiful sebaik sahaja beliau membuat laporan polis?

Sudahlah Kak Wan, jangan berlakon lagi seolah-olah keluarga Kak Wan yang menjadi mangsa. Sedangkan keluarga Kak Wanlah yang menjadi penghuru hara politik negara.

Jika diungkit lagi, apakah keluarga Tan Sri Rahim Tamby Chik juga tiada maruah dan harga diri apabila Anwar menggunakan media dibawahnya membuat pelbagai tuduhan terhadapnya suatu ketika dulu?

Yang terbaik sekarang ini ialah meminta Anwar bersumpah atau bermubahalah dengan Saiful. Pasti ramai umat Islam akan lebih percaya Anwar berbanding saiful. Soalnya beranikah Anwar?

Atau sekurang-kurangnya beranikah Kak Wan bersumpah bahawa tiada tahu langsung mengenai tabie luar biasa Anwar ini?

Wednesday, August 20, 2008

Duit Berjuta Ulama Pejam Mata?

Mursyidul AM Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan dirinya dalam keadaan yang sungguh memalukan apabila menyamakan sumpah Saiful seperti sumpah Kristian hanya kerana mahu menyelamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak pernah dalam sejarah keilmuan Islam bersumpah dengan nama Allah dianggap menyamai upacara ritual orang kristian.

“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. “Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.”

Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah dan juga lapaz wallahhi wabillahi, watallahi. Hanya kerana ada kitab al-Quran dipegang oleh Saiful maka Nik Aziz menyamakan sumpah Saiful tersebut dengan ajaran kristian.

Jika demikian bagaimana pula sumpah Nik Aziz ketika menjadi Menteri Besar Kelantan dahulu? Apakah ia tidak menyamai ajaran Kristian mengikut pahaman beliau?

Nik Aziz sering kali membuat kenyataan karut marut tetapi tetap dianggap betul oleh para pengikut taksubnya.

Kali ini Nik Aziz sekali lagi sanggup mengenepikan kepentingan agama dan mangsa hanya kerana seorang manusia bernama Anwar bin Ibrahim.

Jika Nik Aziz berkata bahawa sumpah Saiful belum tentu Anwar bersalah maka kita semua sedia maklum dan akur. Kita terima pandangan tersebut sebagai pandangan yang rasional.

Malangnya sukar kita menerima rasional Nik Aziz kali ini. Apakah yang mendorong Nik Aziz membuat kenyataan tersebut?

Mengenali Anwar sejak dua puluh tahun lalu, kita tahu Anwar membeli musuh dan rakan dengan wang ringgit. Ulama, ahli Akademik, ahli Politik di dalam BN dan parti pembangkang ketika itu, wartawan, penguasa undang-undang, pegawai kanan kerajaan, hakim dan usahawan ternama ramai yang menerima political patronage (Naungan Politik) Anwar.

Anwar menguasai segala genap sudut pengurusan negara dengan sumber kewangan yang tidak terhad milik beliau.

Hari ini jika Nik Aziz sanggup menyamakan sumpah Saiful sebagai ajaran Kristian maka ia bukanlah menghairankan.

Pas telah menerima RM 150 juta dari Anwar semasa pilihan raya lalu. Hutang wang sebanyak ini akan membolehkan Nik Aziz dan Hadi Awang menggadaikan apa sahaja termasuk pegangan agama mereka.

Apakah Nik Aziz tidak menerima sebarang imbuhan peribadi lagi dari Anwar untuk menyelamatkannya kali ini?

Jika mahu menang pilihan raya ada ulama Pas sanggup mengkafirkan ahli UMNO, apalah sangat menurunkan fatwa bahawa sumpah saiful atas nama Allah itu sebagai ajaran kristian. Seolah-olah sumpah saiful tidak laku kerana Allah lebih mementingkan bentuk berbanding niat dan lafaz.

Sumpah Saiful dalam keadaan mana pun pasti akan diterima Allah selagi ia menjadikan Allah sebagai hakimnya. Allah akan membalas kepada saiful jika ia membuat sumpah bohong biarpun sumpahnya dilakukan seperti hari tersebut atau hanya berdiri di khalayak ramai dan mengucapkannya.

Apakah pada pandangan Nik Aziz, Allah tidak akan mengambilkira sumpah Saiful tersebut kerana ia tidak mengikut aturan sumpah (jika ada aturan yang tertib)? Janganlah menghina kebijaksanaan dan kebesaran Allah sehinggakan kita mempertikan hal-hal kecil tetapi menutup mata ke atas isu besar.

Janganlah mudah dibeli dengan wang ringgit dan janji manis Anwar sehingga agama Islam sendiri dipandang hina oleh orang.

Thursday, August 7, 2008

The Real Pokka

Comment From Malaysiakini.com 's reader:

First it was Najib that was plotting against him and now Abdullah? Is this the same Abdullah that Anwar demanded a guarantee from before exiting the Turkish embassy for fear of his safety?

Is this the same Abdullah who freed up the courts so Anwar could get a fair appeal and be walking free today?

During the Turkish embassy fiasco Anwar demanded his safety be assured by the police and PM. He then made it a point he had to wear a bullet proof vest whenever he appeared in public. But where are those fears today? Or is it sensationalism?

DSAI had a real opportunity to use PKR as a proving ground for a new system of government in Malaysia. Remember the majority still voted for BN and so PKR have to prove themselves to win the majority.

PKR could have shown that it's ideology can work. Instead DSAI has squandered all that time trying to organise defections to topple the government and make himself PM instead of setting up a working government within the PKR states.

Thursday, July 24, 2008

Anwar Tidak Percaya Allah Boleh Berlaku Adil?

Mengapa Anwar membuat laporan Polis bahawa Tan Srri Musa Hasan dan Ghani Patail memalsukan bukti dalam kes mata lebamnya 10 tahun yang lalu? Bukankah aneh sekali untuk Anwar membuat laporan sebaik sahaja Saiful mengadu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim?

Tujuan Anwar adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa jika Polis dan Pendakwaraya menyatakan ada bukti prima facie untuk mendakwa Anwar atas tuduhan liwat maka ia merupakan bukti-bukti yang direka atau dipalsukan.

Anwar juga sedar bahawa Musa Hasan dan Ghani Patail telah mengalahkan beliau dalam kes pertama dahulu. maka beliau perlu menyingkirkan kedua-dua ini. Jika mereka berdua terbabit tentulah kes ini akan dikendali dengan teliti dan cermat hasil pengalaman kedua mereka berhadapan Anwar sebelum ini.

Bukankah ini kelihatan Anwar seolah-olah sudah menyediakan jalan keluar untuk dirinya terus maksum di mata penyokongnya?

Tidak cukup itu beliau juga menggunakan ulama-ulama yang tidak ketahuan hujung pangkal makna liwat supaya menyarankan beliau membuat aduan qazaf. Inilah kali pertama dalam sejarah perundangan Islam, orang yang mengadu beliau diliwat perlu membawa empat saksi yang melihat perilaku itu.

Ulama-ulama ini walaupun belajar ilmu agama dengan begitu mendalam mereka tidak lebih daripada kaset atau CD sahaja. Otak mereka tidak berjalan tetapi hanya menghafal apa yang ada dalam kitab dahulu. Mungkin sebahagian otak mereka ini sudah terkena virus maka ia tidfak lagi mampu berfungsi dengan sempurna biar pun banyak data sebelum ini.

Ulama-ulama celaru ini membiarkan mereka dipermainkan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya.

KITA MAHU BERTANYA ULAMA INI, APAKAH NANTI SEMUA MANGSA ROGOL TERPAKSA MEMBAWA EMPAT SAKSI UNTUK MEMBUAT LAPORAN MEREKA DIROGOL. JIKA TIDAK MEREKA AKAN DIKENAKAN TUDUHAN QAZAF?

Hari ini kita terbaca pula kenyataan Nurul Izzah bahawa Bapanya dinasihatkan oleh ulama-ulama celaru ini agar jangan melakukan mubahalah kerana ia merupakan perkara besar dalam Islam. Memanglah mubahalah atau bersumpah ini perkara besar dalam Islam. Apakah membuat aduan Qazaf juga bukan satu perkara besar dalam Islam?

Kita lihat Anwar bukan sahaja tidak percaya kepada Polis dan Pendakwaraya, beliau juga tidak percaya kepada Allah.

Beliau tidak percaya Allah boleh melakukan keadilan jika melakukan mubahalah atau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak melakukan sebarang kegiatan meliwat terhadap saiful. Beliau juga tidak berani bermubahalah kerana tidak yakin Allah akan menyebelahinya. Jika benar beliau tidak membuat perkara terkutuk tersebut mengapa takut pengadilan Allah?

Malangnya ulama-ulama celaru dan penyokong Pas lebih percaya putar belit Anwar berbanding sumpah Najib dengan nama Allah secara terbuka bahawa beliau tidak mengenali Altantuya.

Inilah dikatakan pada akhir zaman setan-setan pun diangkat menjadi ulama.

Tuesday, May 27, 2008

Layakkah Anwar pimpin Reformasi?

oleh Hassan Karim

Pada September 1998, ibu kota Kuala Lumpur digemparkan dengan jeritan reformasi oleh ribuan suara rakyat.

Berbagai pihak dan golongan bersatu untuk menuntut perubahan dan keadilan.

Dalam banyak-banyak tuntutan itu, satu darinya dipersetujui hampir semua mereka iaitu menuntut Dr Mahathir Mohamad turun dari jawatan perdana menteri.

Sepuluh tahun telah berlalu. Kini Mahathir bukan sahaja telah dijatuhkan oleh rakyat daripada tampuk kuasanya tetapi pada hari rencana ini ditulis Mahathir telah keluar dari Umno – jentera politik yang dikudanya lebih dua dekad untuk memusnahkan struktur-struktur penting sistem demokrasi negara ini.

Banyak juga yang telah dicapai sepanjang 10 tahun ini. Namun begitu, walaupun Mahathir telah turun tetapi BN dan Umno masih berkuasa di peringkat pusat dan lapan buah kerajaan negeri.

Demokrasi mula berkembang apabila BN hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan ia tidak ada lagi kuasa hendak meminda perlembagaan sesuka hati.

Tetapi dengan majoriti mudah yang ada padanya, BN masih berdegil tidak mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang menindas suara rakyat.

Satu perkara positif yang memberangsangkan sekarang, dasar politik luas yang bersifat pelbagai kaum yang berteraskan keadilan sosial mula mengambil tempat dalam pentas politik arus perdana.

Tetapi politik sempit menggunakan kad perkauman masih cuba diapi-apikan oleh parti-parti komponen BN, khusunya Umno.

Kita perlu mengakui bahawa Agenda Reformasi yang lantang disuarakan 10 tahun lalu masih belum selesai. Ia telah mencapai beberapa kejayaan tetapi belum mengubah sistem yang ada yang telah ditegakkan selama lebih 50 tahun.

Tiada pilihan lain kecuali kerajaan BN perlu ditumbangkan jika Reformasi hendak dilaksanakan. Abdullah Ahmad Badawi dan Umno perlu mengambil laluan seperti BJ Habibe dan Golkar di Indonesia selepas Suharto jatuh pada 1998.

Dalam hal ini, bagaimana BN, Abdullah Ahmad Badawi dan Umno hendak ditumbangkan? Inilah persoalan pertama perlu dijawab.

Kemudian siapa yang boleh menggantikan BN? Apakah Pakatan Rakyat (gabungan PKR, PAS dan DAP) telah bersedia untuk mengambil peranan sejarah ini?

Apakah Pakatan Rakyat sekarang bersifat kerajaan dalam eksperimen? Inilah persoalan kedua.

Dan persoalan akhirnya, peranan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin gerakan reformasi di Malaysia.

Persoalannya, sampai bila Anwar Ibrahim perlu dikenali sebagai pemimpin de facto parti-parti pembangkang?

Walaupun diakui perubahan personaliti atau tokoh tidak mencukupi untuk membawa reformasi di Malaysia ini, tetapi tidak dinafikan setiap tahap perjuangan memerlukan seorang tokoh kepimpinan.

Pada ketika ini tiada tokoh yang lebih layak membawa obor Reformasi kecuali Anwar Ibrahim.

Banyak orang dapat memaafkan Anwar berhubung segala kelemahannya dan kegagalannya selama 16 tahun dalam kerajaan BN kerana Anwar telah membayarnya dengan berani apabila sanggup terpenjara selama enam tahun bawah kediktatoran Mahathir.

Bagaimanapun laluan Anwar untuk menjadi seperti Nelson Mandela yang berjaya merobohkan dasar Apartheid tidak begitu mudah.

Masih ada golongan yang kurang selesa dengan Anwar angkara isu-isu seperti yang dibangkitkan oleh anak Mahathir, Mukhriz, di Dewan Rakyat baru-baru ini iaitu tentang hubungan rapat Anwar dengan tokoh-tokoh neo-konservatif Amerika seperti Paul Wolfowitz dan kisah sebuah yayasan yang dipimpin oleh Anwar yang dikatakan sebahagian dananya diterima dari Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Penulis bersifat positif dan tidak prasangka terhadap Anwar. Tuduhan hanyalah tuduhan selagi ia tidak dibuktikan.

Bagaimanapun jika Anwar dapat membersihkan dirinya daripada persepsi negatif tentang hubungan rapatnya dengan elemen-elemen reaksioner di Amerika Syarikat dan dunia Barat, maka Anwar boleh menjadi pemimpin de facto dan de jure di Malaysia dan beliau boleh terus memimpin perjuangan Reformasi yang belum selesai.

Bolehkah Anwar bangun dan menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang tuduhan Mukhriz Mahathir di parlimen?


Hassan Karim adalah presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM)

Friday, April 18, 2008

Anwar Tiada Kaitan Dengan Yahudi?

Waah ramai yang marah-marah sebab saya tidak kemaskini blog ini. Memang termagu sekejap memikirkan apa yang bakal terjadi kepada negara ini jika Anwar Ibrahim berjaya mengambil alih negara ini.

Sebenarnya tiada isu besar untuk Anwar setakat ini sehinggalah beliau menafikan sebarang hubung kait dengan Yahudi. Tindakan Anwar ini semacam gagak berkata dia tidak hitam sahaja sifatnya. Menurut cerita rakyat, gagak yang hitam selalu cuba menafikan kehitamannya dengan menuduh orang binatang lain lebih hitam.

Anwar sukar untuk menafikan hubungannya dengan yahudi kerana sejak dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, kuasa-kuasa Yahudi di seluruh dunia memberi ruang, peluang dan pentas yang begitu besar buat Anwar.

Buat sementara Boleh semula baca tulisan dalam blog ini:

1. Anwar Khianat orang Melayu

2. Anwar dan Wolfowitz

Rujukan lain:
1. If Anwar is not "PM of Israel", What Then?
2. HUBUNGAN ANWAR DENGAN YAHUDI : INI BUKTINYA!

Tuesday, March 4, 2008

Bila Sahabat Pun Tidak Percaya Cakap Anwar (V)

Setelah empet siri pendedahan bagaimana sahabat-sahabat Anwar sudah hilang kepercayaan ke atas beliau, seorang lagi sahabat beliau muncul menolak kemampuan Anwar untuk memimpin negara.

Chandra Muzaffar, sahabat Anwar yang kehilangan jawatan sebagai Pensyarah di Universiti Malaya kerana menyokong gerakan reformasi Anwar, akhirnya hilang kepercayaan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri ini. Lihat kenyataan beliau dalam satu Forum semalam:

Chandra dedah sandiwara Anwar

Tokoh pemikir anggap negara ditimpa bencana jika Penasihat PKR ditakdir jadi PM


KUALA LUMPUR: "Datuk Seri Anwar Ibrahim memang petah bercakap, tapi saya tidak fikir negara memerlukan pemimpin sepertinya dan jika ditakdirkan dia menjadi pemimpin kita, ia satu petanda bahawa bencana akan melanda," kata Prof Dr Chandra Muzaffar.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah menjadi penyokong paling kuat Anwar berkata, Penasihat PKR itu sebenarnya umpama sesumpah, kerana sentiasa boleh berubah imej daripada seorang 'pejuang' ketika di universiti kepada nasionalis ketika bersama Umno.

Bagaimanapun, katanya, selepas disingkirkan daripada Umno, merengkok di penjara atas tuduhan yang amat memalukan dan kembali bergiat dalam politik, Anwar sekarang menggunakan popularitinya untuk memancing undi bagi PKR yang diketuai isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Ia adalah pendedahan yang ingin saya lakukan kerana tidak mahu rakyat terus terpedaya dengan helah Anwar Ibrahim," katanya tegas ketika membuat kenyataan itu pada forum mengenai proses Pilihan Raya Umum 2008 di Menara The Star, di sini, semalam.

Chandra yang kini Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just) adalah antara individu paling layak menghakimi Anwar kerana beliau adalah antara rakyat Malaysia yang percaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu dianiaya dan dizalimi ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bukan sekadar mengikut arus gelombang reformasi yang ditiup Anwar ketika itu, bahkan turut menyertai gerakan untuk membebaskan Anwar daripada penjara dengan pembabitan secara langsung dalam politik melalui PKR.

Kehadirannya sebagai antara tokoh pemikir yang dihormati di negara ini membolehkan beliau dilantik sebagai Naib Presiden PKR, namun akhirnya meletak jawatan selepas menyedari dirinya dipergunakan untuk kepentingan politik Anwar.

"Bagi saya, perkara pertama yang perlu dimiliki seseorang pemimpin politik ialah kejujuran. Ini bukannya gelanggang permainan, tapi tempat untuk mencorakkan masa depan rakyat dan negara Malaysia secara keseluruhannya.

"Hakikatnya, Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan adalah orang yang bertanggungjawab menukar penggunaan bahasa Malaysia kepada bahasa Melayu. Dia juga adalah orang bertanggungjawab menukar pentadbiran Cina kepada mereka yang tidak boleh berbahasa Mandarin di sekolah Cina.

"Kita juga tahu, ketika dia meleraikan konflik antara etnik Melayu dan India di Kampung Jawa, Pulau Pinang, dia pernah mengeluarkan kenyataan: 'Saya akan memastikan loceng kuil Hindu tidak akan lagi bergema di negara ini'.

"Sekarang suaranya berubah sekali lagi. Saya tidak tahu mengapa rakyat terutama bukan Melayu masih percaya dengannya yang kini begitu lantang menghentam sistem pemerintahan kerajaan yang pernah menjadi sebahagian daripada perjuangannya," katanya.

Chandra yang sebelum ini tidak pernah mendedahkan alasan sebenarnya meninggalkan PKR berkata, beliau berasa sedih kerana semakin ramai bukan Melayu di negara ini yang termakan dengan slogan Anwar yang kini mendakwa kononnya dia memperjuangkan kepentingan mereka.

"Hari ini dia lantang bersuara kononnya mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kempennya kelihatan semakin mendapat sokongan. Rakyat kini semakin terpengaruh sehingga gagal menilai Anwar secara objektif," katanya.

Mengenai masa depan negara, Chandra berkata, setiap rakyat perlu sedar bahawa apabila seseorang pemimpin bercakap mengenai isu sensitif berkaitan etnik, mereka perlu konsisten dan tidak berdolak-dalik.

"Seseorang pemimpin yang berintegriti tidak akan bercakap mengikut nada yang dikehendaki penyokongnya semata-mata bagi meraih populariti kerana tindakan sedemikian sangat berbahaya kepada kestabilan negara," katanya.

Chandra berkata, Barisan Nasional (BN) mungkin bukan kerajaan yang sempurna tetapi ia adalah satu-satunya pilihan terbaik untuk pengundi kerana sudah berjaya membuktikan kewibawaannya berbanding parti pembangkang yang sentiasa bercakaran sesama sendiri.

Tuesday, February 19, 2008

Bila Sahabat Pun Tidak Percaya Cakap Anwar (IV)

Berikut diperturunkan sepucuk surat daripada Bekas Setiausaha PKR Shah Alam sebagai tulisan bersiri Bila Sahabat Pun Tidak Percaya Cakap Anwar

WARKAH BUAT ANWAR IBRAHIM

Menjadi kelaziman manusia akan mengingati tarikh 14 Februari sebagai hari memperingati Hari Kekasih. Tetapi, saya terpanggil untuk memperingati tarikh 11 Februari sebagai hari “berpisahnya kasih” diantara seorang tokoh pemimpin muda yang mempunyai masa depan memimpin rakyat iaitu Ezam Mohd Nor dengan mantan mentornya Anwar Ibrahim.

Ia terjadi pada hari ini ditahun 2007. Istimewanya tarikh ini sebab ianya merupakan hari ulangtahun anak saya yang kedua. Pada hari tersebut saya telah keluar awal pagi untuk menyiapkan bilik mesyuarat di pejabat PKR Negeri Selangor di Shah Alam. Tanggungjawab saya sebagai Setiausaha Perhubungan PKR negeri Selangor digalas dengan membuat persiapan mesyuarat Perhubungan Negeri yang penting untuk menentukan hala tuju parti menghadapi Kongres Nasional 2007.

Sewaktu mesyuarat berjalan, Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor iaitu Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim telah memberikan ruang kepada Timbalannya, Ezam Mohd Nor untuk membawa usul yang telah diputuskan diperingkat mesyuarat pengurusan Perhubungan Negeri Selangor. Ezam telah memberikan hujahnya dan membawa usul Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai Presiden dan Dr Syed Husin Ali sebagai penyandang jawatan dikekalkan sebagai Timbalan Presiden. Mesyuarat yang dihadiri oleh hampir kesemua Ketua ketua Bahagian seluruh Selangor mempersetujui keputusan tersebut.


Malang sekali, pada sebelah petangnya kita mendapat berita bahawa Bahagian Kelana Jaya, bahagian pertama dalam Selangor yang mengadakan Mesyuarat Agung pada jam 3 petang mencalonkan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden. Lebih menyedihkan lagi apabila keputusan tersebut diputuskan melalui kiraan undi diantara Dr Syed Husin Ali yang hanya mendapat 7 undi berbanding Azmin yang menerima 23 undi. Sewaktu memberikan penjelasan kepada media, Setiausaha Bahagian PKR Kelana Jaya telah menjelaskan bahawa kehadiran perwakilan adalah seramai 72 orang tetapi sewaktu pengundian hanya tinggal 30 perwakilan sahaja. Angka minima yang disyaratkan untuk melayakkan Mesyuarat Agung itu sah sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Parti.

Seharusnya tumpuan ahli ahli ketika itu adalah menobatkan Anwar sebagai Presiden. Manakala jawatan Timbalan, Naib naib dalam lain lain tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan tumpuan ahli menjadikan Anwar sebagai Presiden apatah lagi sekiranya penyandang jawatan sedia terus berkhidmat.

Tanda Awal Ezam Akan Meninggalkan Parti

Keputusan yang diambil oleh Bahagian Kelana Jaya telah menjadikan asas kepada Ezam untuk meletakkan semua jawatannya dalam Parti. Beliau ternyata kecewa melihat ada pimpinan dan ahli PKR ghairah dengan percaturan merebut jawatan yang akan mengakibatkan akar umbi hilang tumpuan kerja. Pada hematnya beliau yakin keghairahan puak puak ini merebut jawatan dan kerancakan menyusun kem kem sendiri terbukti menghilangkan fokus kepada agenda besar parti khususnya kedudukan Anwar sendiri dalam parti tidak diberi perhatian sama sekali.

Keputusan Ezam meletakkan semua jawatan dalam parti adalah langkah akhir sebagai PERINGATAN kepada pimpinan betapa pentingnya untuk memperkasakan parti seterusnya tidak tertumpu kepada perebutan jawatan pada kongres terakhir sebelum pilihanraya.

Sudah berulangkali Ezam berpesan sedemikian dalam pertemuan dengan pemimpin pemimpin pusat dan negeri Selangor, ini dibuktikan dengan keputusannya sendiri tidak akan bertanding sebarang jawatan.

Ezam Lakukan semuanya Untuk Anwar Ibrahim

Sebagai idola dan mentor saya, secara jujur saya melihat bahawa komitmen Ezam untuk Anwar cukup tinggi nilainya. Malah, usaha mahu menjadikan Anwar sebagai Presiden PKR juga telah beliau usahakan dalam bentuk kertas kerja yang dipersembahkan sewaktu Retreat MPT di Hotel Corrus Ampang pada 27 – 28 Januari 2007, beberapa hari sebelum bermula Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.

Kepercayaan yang diberikan oleh Ezam dengan melantik saya sebagai Setiausahanya sejak beliau dibebaskan daripada penjara Kajang telah memberikan saya ruang untuk berada disisinya kerap waktu. Bersama sama seorang lagi Setiausahanya yang juga sahabat baik saya, SD Johari, kami sering mengiringi Ezam dalam lawatannya kerjanya keseluruh negara.

Sepanjang persahabatan inilah kami lihat sendiri bagaimana Ezam meletakkan Anwar diatas segala galanya. Azamnya mahu melihat Anwar bebas dari penjara dan seterusnya mendapat rawatan di luar negara, beliau usahakan tanpa henti dan kenal erti putus asa.

Menerusi pengalaman pahit Ezam di Penjara Kajang sehingga dibebaskan pada Jun 2003, beliau dapat bayangkan sendiri terseksanya penderitaan Anwar yang sakit di Penjara Sungai Buloh. Justeru beliau usaha semua cara untuk dapatkan rawatan bagi Anwar termasuk mengaturkan pertemuan antara Dr Wan Azizah dengan Pak Lah di Singapura. Bairpun ketika itu tohmahan bertiup kuat kerana kemampuan Ezam mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri, namun yang penting baginya ialah Anwar dapat peluang menjalani rawatan diluar negara.

Jangan juga kita lupa bahawa usaha Ezam yang berjaya membawa Khairy mengadap Anwar dirumahnya bagi mengaturkan urusan passport Anwar berangkat ke Jerman untuk menlajani rawatan sebaik sahaja bebas daripada Penjara Sungai Buloh.

Kesemua ini saya catit sewaktu Ezam memberikan penjelasan pada malam 13 Februari dirumahnya di Shah Alam. Kehadiran teman teman Angkatan Muda, pimpinan Selangor begitu ramai sekali. AMK Kelantan hadir juga dengan membawa banner bertulis “ Sdr Ezam, Kami Pohon Sdr Kembali Dalam Arus Perdana Parti. Kami Memerlukan Kepimpinanmu. Hidup Ezam. Daripada Pimpinan Akar Umbi Negeri Kelantan..” Tetapi yang menyedihkan kami apabila ada dikalangan teman teman yang hadir telah menerima panggilan talipon dan sms menegah mereka hadir kerumah Ezam!

Penjelasan Ezam kepada teman teman pada 13 Februari 2007

Pengorbanan Ezam untuk Anwar ketika itu menjadi benchmark bagi ahli ahli parti terutamanya golongan pemuda untuk berjuang habis habisan untuk Anwar. Sewaktu Ezam berusaha keras mencari jalan rundingan bagi membawa Anwar keluar negara mendapat rawatan, beliau tidak ada pilihan selain daripada bertemu dengan pimpinan kanan UMNO dan kerajaan untuk membuka ruang menemukan Dr Wan Azizah dengan Pak Lah. Ketika inilah pimpinan UMNO yang bertemu Ezam telah mengambil kesempatan untuk menangguk di air keroh dan cuba membawa Ezam menyertai UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Ezam dengan tegas memberikan kata dua bahawa seandainya tiada pilihan, beliau sanggup jadi galang ganti sekiranya mereka ini boleh beri jaminan bahawa Anwar akan dibenarkan keluar negara menjalani rawatannya.

Dikalangan teman teman, kami melihatkan Ezam sanggup menerima caci hina asalkan Anwar dapat dibawa keluar negara menjalani rawatannya….. Tetapi jelas terbukti tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani melaksanakan permintaan tersebut. Pak Lah sendiri pun tidak berani membuat keputusan tersebut. Yang Pak Lah janjikan sewaktu bertemu Dr Wan Azizah adalah tidak ada campurtangan kerajaan dalam menentukan keputusan rayuan kes Anwar Ibrahim.

Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Shah Alam 2007

Walaupun Ezam tidak lagi memimpin Bahagian Shah Alam, namun atas rasa tanggungjawabnya beliau telah memberikan nasihat dan mengarahkan semua Ajk Bahagian untuk teruskan tugas dan tanggungjawab masing masing.

Saya yang juga Setiausaha Bahagian Shah Alam, telah meneruskan kerja kerja untuk persiapan MATB dan Kongres Nasional 2007.

Kami membuktikan kepada pimpinan parti bahawa MATB berjalan dengan baik dan pemilihan pucuk pimpinan Bahagian juga berjaya dilaksanakan. Kami mengadakan MATB pada 23 Mac yang dirasmikan oleh Ustadz Dr Badrul Amin. Pada MATB ini PKR Shah Alam membuat keputusan mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan Dr Syed Husin Ali dikekalkan sebagai Timbalan Presiden.

Ezam Tetap Bantu Tan Sri Khalid di Pilihanraya kecil Ijok

Sungguhpun tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti, namun atas nilai persahabatan, Ezam telah memberikan komitmennya untuk membantu calon PKR di Ijok iaitu Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim.

Sepanjang tempoh kempen di Ijok bermula 19 sehingga 28 April 2007, Ezam juga turun padang berkempen habis habisan untuk Tan Sri Khalid. Sewaktu kempen di Ijok ini, Ezam seperti lazimnya telah mendedahkan rasuah Presiden MIC dengan dokumen yang dibacakan sewaktu berceramah.

Pada petang hari mengundi, Ezam telah mengetuai penahanan dua buah bas pengundi hantu di Bukit Badong. Peristiwa yang cemas dan tegang itu telah melihatkan keberanian Ezam berdepan dengan samseng samseng UMNO. Walaupun mereka lebih ganas daripda pihak Polis, namun, Ezam dan ramai rakan rakan Angkatan Muda telah berjaya membawa kedua dua buah bas itu ke Balai Polis Simpang Ijok.

Anwar Tak Selesa Dengan Ezam di Ijok?
Ada beberapa insiden yang terjadi sewaktu kempen Pilihanraya kecil Ijok menjadi tanda tanya samada Anwar tidak senang dengan Ezam. Adakah Anwar masih marah dengan tindakan Ezam meletak semua jawatannya dalam parti..?? Dikalangan teman teman, kami sedar bahawa ini benar, kalau tidak diungkap melalui kata kata, tetapi melalui body language atau body gesture jelas terbukti.

Dinyatakan disini salah satu insiden ini berlaku sewaktu program Pentas Angkatan Muda di Bilik Gerakan AMK bertempat di Bukit Badong. Oleh kerana keadaan lalulintas yang sesak di kawasan pekan Ijok, maka Anwar membatalkan lawatannya ke Sungai Darah pada malam 24 April.

Kami dimaklumkan oleh teman teman di Bilik Gerakan AMK bahawa Anwar telah singgah disana walaupun mengikut jadual mereka, Ezam yang seharusnya menjadi “anchor” sebagai penceramah akhir malam tersebut. Sewaktu kami tiba di Bilik Gerakan AMK sekitar jam 11 malam, Anwar sedang berucap. Beliau terpaksa berhenti berucap seketika sewaktu Ezam melalui betu betul dihadapannya kerana ramai peminat Ezam mengambil kesempatan mahu bersalaman dengannya. Namun, Anwar hanya mengumumkan ketibaan Ezam hanya pada penghujung ceramahnya, itu pun dengan gaya seolah olah terkejut dan kononnya baru tersedar bahawa Ezam sudah duduk dipentas tetamu.

Tindakan Anwar meneruskan ucapannya tanpa mahu memberikan ruang buat Ezam telah melahirkan tanda tanya dikalangan teman teman. Diakhir program itu walaupun jam telah menunjukkan pukul 11.50 malam, ramai hadirin telah memohon untuk Ezam berucap walaupun sekejap, sekadar memberikan kata kata pesanan kepada pengundi kerana mereka rindukan ceramah Ezam. Alangkah terkejutnya kami semua, apabila Anwar menegah pengerusi majlis untuk memanggil Ezam, dan Anwar mahu program ditutup. Untuk menyedapkan hati pihak penganjur, Anwar mengarahkan supaya Ezam hadir sekali lagi ke pentas AMK malam esoknya untuk berceramah. Alasan yang diberikan oleh Anwar, beliau tidak mahu kita melanggar syarat syarat berkempen kerana jam sudah hampir pukul 12 malam.

Ada yang mengatakan bahawa “kealpaan” dan “kesilapan” Anwar menari nari dipentas ceramah Ladang Tuan Mee malam berikutnya adalah balasan Allah swt kerana menyimpan rasa hasad dengki terhadap Ezam sewaktu di Bukit Badong……

Kongres PKR Tanpa Ezam

Sewaktu Kongres di Kemaman dan Sungai Petani, ketiadaan Ezam adalah kerana tindakan rakus dan bacul kerajaan Tun Mahathir memenjarakan beliau dan beberapa rakan rakan lain. Ezam pula dipindahkan dari Kem Tahanan ISA Kamunting ke Penjara Kajang.

Walaupun ketiadaan Ezam di Kemaman dan Sungai Petani namun “roh” Ezam amat dirasai semua perwakilan ketika itu. Saya masih ingat sewaktu di Kemaman, kerusi Ketua Pemuda sengaja dibiarkan kosong, Mustapa Kamil Ayub hanya duduk dikerusinya sebagai Timbalan sebagai tanda hormat kepada Ezam. Begitu juga berlaku di Sungai Petani dimana Saifuddin Nasution turut membiarkan kerusi Ketua Pemuda kosong kerana mahukan “roh” Ezam bersama mereka walaupun Ezam di Penjara Kajang ketika itu.

Berbeza sekali sewaktu Kongres di Seremban. Hambar, tawar, dan terbukti kongres yang hilang serinya. Menjelang Kongres AMK, ramai rakan rakan EXCO yang tidak mahu lagi menyertai kepimpinan AMK sebagai tanda solidarity kepada Ezam. Seorang demi seorang EXCO umumkan tidak akan lagi bersama barisan AMK parti.

Sahabat saya, SD Johari juga mengumumkan tidak bertanding jawatan Timbalan AMK walaupun telah mendapat pencalonan tertinggi seluruh negara iaitu sebanyak 68 bahagian yang mencalonkannya. Beliau juga mendapat maklumat bahawa Anwar kurang senang dengan beliau sekiranya masih lagi ada dalam pimpinan AMK, kelihatan seperti Anwar tak mahu lagi ada orang orang Ezam dalam pucuk pimpinan parti.

Sementara itu, pada 22 Mei dalam artikel Malaysiakini malaporkan seorang lagi calon Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mendakwa Shamsul Iskandar menjadi punca mengapa begitu ramai calon menarik diri dari bertanding dalam kongres nasional kali ini. Beliau mendakwa, cakap-cakap Shamsul Iskandar bahawa “beliau tidak suka orang itu dan ini” menyebabkan calon yang mahu bertanding menjadi kecewa dan mengambil keputusan menarik diri.

Kalau dilihat senarai EXCO yang dipilih, sudah tidak ada GAH lagi AMK sekarang. Tidak sehebat senarai EXCO di Kemaman dan di Ipoh. Walaupun dengan hanya dua pencalonan sudah mampu duduk dalam barisan EXCO AMK.


Sandiwara Anwar di Kongres Nasional 2007

Untuk menghadiri Kongres tahun 2007, saya bersama sahabat baik saya, SD Johari telah memutuskan untuk tinggal di Royal Adelphi Seremban. Selepas check in kami dapati bahawa Presiden dan Anwar Ibrahim menginap di hotel yang sama.

Pada malam menjelang Kongres kami telah pulang ke hotel sekitar jam 11.30 setelah bersantai dan minum minum bersama teman teman di bandar Seremban. Setibanya kami dilobi, kami lihat Hj Abdul Rahman Osman calon jawatan Presiden sedang bersembang dengan Anwar Ibrahim.

Pada hari Kongres iaitu 26 Mei, saya bersama sama perwakilan daripada Shah Alam hadir untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti. Pada ketika inilah, dewan kongres menjadi riuh rendah apabila Anwar Ibrahim mengumumkan tidak mahu bertanding jawatan Presiden. Maka beraturlah dan bersusun susun perwakilan mengambil kesempatan mahu berucap dan berhujah kenapa meraka mahu Anwar teruskan mengambil risiko memegang jawatan Presiden. Pada pengamatan saya dan teman teman, meraka yang berapi api berhujah kebanyakkannya akan bertanding jawatan MPT maka kelihatan seperti mahu berkempen disaat saat terakhir, mahu cari glamour sikit untuk personal glory…..

Tapi yang nyata adalah sandiwara dan lakonan Anwar! Kalau benar Anwar tak mahu jadi celaru dan PKR ini tidak dikenakan tindakan dibubarkan oleh Registrar Of Society [ROS], kenapa tidak sewaktu Bahagian bahagian tengah mengadakan MATB, beliau memaklumkan keputusannya?

Adakah nawaitu Anwar mahu test market dengan melihat sendiri sokongan seluruh ahli ahli parti? Atau nawaitu Anwar mahu memberikan signal kepada isterinya supaya berundur kerana beliau lebih popular dari Presiden PKR? Mengikut kenyataan media PKR 10 Mei 2007, jumlah pencalonan jawatan Presiden; Anwar Ibrahim 120, Dr Wan Azizah 10, Hj Abd Rahman Osman 7.

“Mahathir pun Anwar berani lawan, tapi dengan ROS pun kecut ke?” soalan dari teman saya salah seorang perwakilan Shah Alam.

“Wayang betullah si Anwar nie, kalau ya pun ROS nak ambil tindakan takkan lah esok lusa PKR nie diharamkan? Mestilah melalui proses pendakwaan, pembelaan oleh lawyer lawyer handalan dia….., katakanlah berlarutan sampai 2008, lepas tu Anwar dah bebas dari hukumannya.. Yang penting Anwar mesti secara rasmi jadi ketua kita…” kata kata seorang lagi teman perwakilan daripada Selangor

“Kalaupun ROS mahu haramkan atau bubar PKR ini, kita akan tetap lawan! Kita boleh turun ke jalanraya dan protes…!!! “ kata salah seorang perwakilan yang berhujah disambut dengan laungan dan tepukan gemuruh dalam dewan kongres.

Sandiwara Anwar berterusan hingga kehari penutup kongres. Tanpa rasa hormat kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Anwar telah mengumumkan Dream Teamnya dalam ucapan penggulungannya. Ada yang berpendapat bahawa tindakan Anwar mendapat restu Presiden tetapi hakikatnya, Anwar haruslah menghormati displin parti. Kalau mahu berlagak seperti Presiden, ambillah tanggungjawab secara rasmi.

Akhirnya Ezam Umum Keluar Parti

Sebagai ahli biasa parti, Ezam telah menulis surat rasmi untuk keluar parti kepada saya selaku Setiausaha Bahagian Shah Alam. Surat bertarikh 4 April 2007 kami tidak umumkan serta merta kerana Ezam mahu ahli ahli parti tumpukan focus kepada Pilihanraya kecil Ijok. Seterusnya kami berkeputusan untuk Ezam umumkan sendiri selepas selesai Kongres Nasional 2007.

Pada hemat saya, Ezam buat keputusan ini setelah beliau melihat betapa Anwar tidak serius mengambil kira pandangannya untuk ahli ahli parti lebih focus untuk memperkasakan parti dan ketepikan agenda peribadi. Menempatkan diri dalam line up dream team Anwar merupakan impian sesetengah pimpinan atasan PKR.

Tindakan Anwar yang hanya mahu berunding dengan Ezam untuk menyelesaikan masalah mereka pada saat saat akhir, beberapa hari sebelum Kongres jelas terbukti bahawa prioriti Anwar adalah untuk selamatkan dulu kedudukan Azmin Ali.

Dream Team Anwar

Setelah Azmin selesa dengan ketiadaan Dato Nalla lagi dalam pertandingan Naib Presiden PKR, barulah Anwar mancaturkan jawatan jawatan lain yang saya lihat Anwar punyai rancangan untuk menjadi pemerintah parti menggunakan remote control.

Saifuddin Nasution dibawa masuk untuk mengurangkan pengaruh Azmin dalam pimpinan.

Tan Sri Khalid ditukarkan ke jawatan yang lebih besar sebagai Setiausaha Agung tetapi pada hakikatnya, rekod Tan Sri Khalid sebagai Bendahari merupakan halangan dan kepayahan buat Anwar mahu menggunakan dana parti. Ini saya dengar sendiri dari mulut Tan Sri Khalid sewaktu dalam satu mesyuarat pengurusan Perhubungan Negeri Selangor dimana beliau menceritakan Anwar pernah datang kerumahnya memohon untuk menggunakan dana pilihanraya yang telah diamanahkan kepadanya, tetapi beliau tidak mengizinkan dan Anwar pulang hampa dengan tangan kosong.

Perlantikan Hajjah Fuziah Salleh sebagai Timbalan kepada Azmin merupakan tindakan mengambil hati mantan Ketua Wanita yang tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden. Menjadi teka teki samada keputusan ini direstui Presiden ataupun tidak sebab dikalangan pimpinan tahu Kak Wan tidak sehaluan dengan Kak Fuziah, jelas disini Anwar pentingkan diri sendiri, asalkan beliau dilihat sebagai penyelamat keadaan biarpun hati dan perasaan isteri sendiri terguris luka….?

"Saya tak pernah ada motif ke atas mana mana individu. Malah dalam isu Azmin, saya yang telah beri ruang awal kepadanya dalam parti. Peranan pertama Azmin dinegeri dan pusat bermula apabila saya serahkan jawatan saya sendiri sebagai Timbalan Pengerusi Selangor pada tahun 1999 dan Pengarah Pilihanraya Pusat parti pada tahun yang sama kepada beliau.." jelas Ezam pada malam 13 Februari 2007 dirumahnya.

Anwar Sanggup Hilang Sahabat

Segala pengorbanan Ezam saya lihat seperti tidak pernah dihargai oleh Anwar. Sejak penahanan Anwar pada 20 September 1998, sehingglah beliau bebas pada 2 September 2004, Ezam tak henti henti bekerja untuk Anwar.

Dari lokap ke penjara, apa saja untuk memperjuangkan pembebasan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Ramai yang melihat sinonimnya Ezam dan Anwar. Gaya berjalan, petahnya berpidato, tonasi suara, lihat Ezam hilanglah rindu pada Anwar. Malah keberanian Ezam dalam tenpoh yang singkat itu meletakkannya sebagai pemimpin muda yang disegani dan dihormati.

Anwar disumbat kepenjara, Ezam pun ikuti jejak langkahnya….. “ Saya akan lawan dan buktikan kebenaran, biarpun nyawa saya jadi taruhan…!!! “ demikianlah petikan ucapan Ezam dalam ceramahnya sewaktu mendedahkan penyelewengan balak mantan MB Pahang ketika itu, Tan Sri Khalil Yaakob. Ceramahnya yang terakhir sebelum ditahan ISA dan seterusnya disumbatkan pula ke penjara Kajang.

Sewaktu dalam penjara, Anwar terpaksa menerima kematian bondanya, Hajjah Che Yan. Begitu juga Ezam, sewaktu menjalani hukuman penjara beliau telah kehilangan nenek yang disayangi sejak beliau kanak kanak lagi. Kehadiran Ezam menziarah jenazah neneknya dalam keadaan tangannya bergari dan dikawal rapi oleh warden warden penjara dan pihak polis di Taman Sri Andalas Klang telah diiringi dengan airmata ahli keluarga dan teman teman.

Ramai teman teman menyedari bahawa apa saja yang dilalui oleh Anwar, turut ditempohi oleh Ezam dalam perjuangan ini. Tindakan berani Ezam mengkritik kerajaan dan tidak langsung memohon simpati sewaktu berpeluang membacakan mitigasinya setelah dijatuhkan hukuman penjara di Mahkamah Petaling Jaya mengingatkan kami semua kepada perkara yang sama dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu dijatuhkan hukuman. Cuma saya tidak dapat merekodkan mitigasi Anwar kerana tidak berada dalam Mahkamah Tinggi.

Saya kongsi disini antara petikan ucapan Ezam membacakan mitigasinya setelah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun kes OSA pada 7 Ogos 2002;

“ … sekiranya mendedahkan salah laku rasuah dan salah guna kuasa pemimpin kerajaan menjadikan saya seorang penjenayah, saya rela untuk seribu kali lagi dihukum dan digelar penjenayah”

“….. mengapa saya tidak serik-serik. Mengapa saya terus berjuang dan berjuang. Dari mahkamah ke mahkamah, dari lokap ke lokap, dari penjara ke penjara. Ianya adalah untuk masa depan anak anak mereka, anak-anak saya dan juga anak-anak tuan-tuan”

Terkini, sewaktu ramai teman teman tertanya tanya samada Ezam akan berpatah balik kepangkuan PKR memandangkan kempen Pilihanraya mumcul lagi, Ezam yang juga merupakan pengasas bersama PKR memberitahu beliau tidak akan sekali kali kembali kepangkuan PKR. "Pendirian saya keluar dari PKR April tahun lalu adalah berasaskan kepada keyakinan parti tersebut telah dibiarkan untuk dikuasai oleh individu-individu oportunis dan unsur-unsur hiprokasi yang membelakangkan nilai dan semangat asal perjuangan reformasi," katanya.

Menurutnya lagi, keyakinan tersebut tetap tidak berubah sedikitpun sehingga hari ini.

Menjelang pilihanraya kecil Ijok, Anwar dikatakan telah berjanji untuk mencalonkan Dato Nalla sebagai calon PKR...?

Dato Nallakarupan, sahabat Anwar selama 30 tahun juga telah mengambil keputusan meninggalkannya dan umum keluar parti setelah hilang kepercayaan kepadanya. Keputusan Dato Nalla dibuat menjelang Kongres 2007. Beliau amat kecewa dengan Anwar yang telah menghalangnya bertanding jawatan Naib Presiden kerana khuatir sekiranya Azmin Ali akan tewas atau mungkin Azmin tidak memperolehi undian tertinggi.

Pelik dirasai kerana Dato Nalla seorang sahabat yang sanggup menghadapi ugutan tali gantung sewaktu dipenjara Sungai Buloh telah diketepikan begitu sahaja oleh Anwar? Apakah tiada nilai pengorbanan dan persahabatan sehingga Anwar sanggup mengutamakan perasaan Azmin Ali sahaja.

Seorang lagi sahabat Anwar yang telah meninggalkannya adalah mantan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Anuar Shaari. Beliau membuat keputusan untuk keluar parti pada hari MATB Permatang Pauh pada 23 Mac 2007. Anuar Shaari hilang hormat kepada Anwar Ibrahim yang cuba menjadi hipokrit politik apabila menegah perwakilan mencalonkan Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden.

Menjadi resam mana mana parti politik bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh Bahagian yang dianggotai oleh Presiden parti akan dijadikan ukuran, rujukan serta signal kepada pimpinan dan ahli ahli parti seluruh negara. Sekiranya Anwar menghargai pengorbanan Dr Syed Husin yang sanggup membubarkan PRM untuk digabungkan dengan Keadilan pada tahun 2003, maka keputusan mencalonkan Dr Syed Husin merupakan satu keputusan yang bijak. Apatah lagi Dr Syed adalah penyandang jawatan tersebut. Ini ditambah lagi dengan sms sms yang telah dihantar oleh Dr Syed Husin sendiri kepada ramai pimpinan menyatakan hasratnya untuk terus berkhidmat dalam kepimpinan parti. Alasan yang cuba diberikan oleh pihak Anwar adalah untuk berlaku adil kerana kononnya ramai dikalangan perwakilan Permatang Pauh yang mahukan Azmin dicalonkan sebagai Timbalan Presiden. Alasannya untuk menjaga hati semua pihak, tetapi hakikatnya disini hanyalah untuk menjaga hati Azmin Ali…


Sepertimana yang diperhatikan pemimpin PKR yang sentiasa menempel dan hanya rajin sewaktu hadirnya Anwar dalam mana mana program mempunyai angan angan politik yang tinggi.

"aku sebenarnya dah meluat dah dengan PKR nie tapi, tunggulah lepas Pilihanraya. Kalau masa tu aku umum keluar parti, at least adalah recognition sikit, kalau tak disebut sebagai Yb PKR, paling tidak pun akan disebut bekas calon....." demikianlah kata kata seorang pemimpin parti yang masih berhubung rapat dengan kami.

"kita rehat dulu, setakat pergi melawat Bilik Gerakan, tinjau keadaan, tolong sikit lebih kurang bolehlah kot..." kata teman saya mantan Ajk Bahagian Shah Alam yang bersama saya telah meletak jawatan beramai ramai pada 6 Julai sebaik sahaja Ezam umum keluar parti.

"party without Ezam, tak payah buang masa lah, kita duduk diam diam sudah...." sambut seorang lagi teman saya mantan Ajk Bahagian Klang yang juga sudah keluar parti.

Adakah Anwar akan berjaya dalam cita citanya mahu menjadi Perdana Menteri..?? Mampukah Anwar meyakinkan rakyat setelah ramai sahabat sahabat beliau sendiri hilang kepercayaan dan sudah tidak mahu mempercayainya lagi..??

"kalau Ezam dan Nalla yang sanggup mati untuk Anwar pun dia tak pernah ingat, kita nie siapa..??? " soal seorang teman yang ternyata kecewa dengan sikap Anwar. Beliau merupakan antara sahabat karib Ezam yang menceritakan peristiwa bagaimana Ezam tidak dibenarkan hadir kemajlis pernikahan adik Bahirah kerana ayah Bahirah amat kecewa dengan penglibatan Ezam dalam perjuangan Anwar Ibrahim suatu ketika itu. Akhirnya Ezam mengalah dan mohon keluarga Bahirah teruskan juga majlis tanpanya. Demikianlah harga yang perlu dibayar oleh Ezam yang meletakkan Anwar diatas segala galanya suatu masa dulu. Kini Anwar lebih utamakan agenda sendiri, dan hanya tahu menjaga hati Azmin Ali melebihi segala galanya.

Tercapaikah cita cita Anwar mahu menjadi Ahli Parlimen melalui pilihanraya kecil dengan menjadikan salah seorang Yb sebagai Kambing Hitam?

Adakah Anwar akan sekali lagi menghilangkan diri dan terbang ke Washington atau Amerika dengan memberi alasan bertugas dan ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar di universiti luar negara kenalan beliau?

Apakah Anwar akan bubarkan PKR dan menyarankan ahli2nya menyertai PAS atau DAP?

Mungkin Anwar akan menyertai PAS?

Akan berulangkah peristiwa rakyat Malaysia melihat Anwar menyertai semula UMNO dan Barisan Nasional?

Sekian,
Mohd Nazmi Rosli
* Jawatan terakhir sebelum keluar parti, Nazmi adalah Setiausaha Perhubungan PKR Selangor dan Setiausaha Bahagian Shah Alam

Tuesday, February 12, 2008

Manifesto Pilihan Raya Anwar Kacau Bilau (II)

Setelah menjanjikan bulan dan bintang untuk menurunkan harga petrol dan memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti, Anwar Ibrahim berjanji lagi. Kali ini beliau mahu membuat undang-undang gaji minima RM 1, 500 sebulan.

Janji ini memang sedap di dengar. Pelik sekali bekas pejuang ekonomi kapitalis ala IMF mahu memberi subsidi harga petrol, mengadakan skim gaji minima dan memberi pendidikan percuma di peringkat universiti. Semua ini bertentangan sekali dengan konsep ekonomi Anwar Ibrahim semasa menjadi rakan baik IMF.

Kesan Kepada Peluang Pekerjaan

Realitinya, praktikalkah gaji minima RM 1, 500 sebulan ini dilaksanakan? Pada hari ini banyak kilang dan industri kecil dan sederhana serta syarikat pembuatan beralih ke China dan Vietnam kerana kos buruh yang lebih murah. Jika dilaksanakan cadangan anwar ini berapa ramai pelabur dan berapa banyak kilang lagi akan cabut ke negara lain?

Memang benar kita boleh berhujah negara harus keluar dari kepompong industri berasaskan pembuatan dan pengeluaran kepada industri berasaskan perkhidmatan. Tetapi apakah ia mencukupi untuk menampung keperluan tenaga kerja yang sedia wujud?

Jika ini dilakukan nescaya akan ramai kehilangan pekerjaan. Bagi Anwar negara kebajikan ialah lebih baik sedikit orang bekerja tetapi mendapat pendapatan tinggi berbanding kaedah biar ramai bekerja walaupun pendapatan sedikit kurang.

Mampukan Gaji Minima Memperbaiki Taraf Hidup Rakyat?

Soalan ini amat menarik kerana dalam teori asas ekonomi yang berasaskan permintaan dan penawaran, sebarang pertambahan pendapatan tanpa peningkatan produktiviti, akan diikuti oleh pertambahan permintaan dan pengurangan penawaran. Hanya satu keadaan bila putaran ini berlaku iaitu inflasi.

Sungguhpun pekerja menerima gaji minima yang tinggi tetapi harga barang dan perkhidmatan akan meningkat selari dengan kenaikan gaji minima tadi. Akhirnya wal hasil balik asal. Dapat RM 1, 500 tetapi masih serupa macam pendapatan RM 500.

Jelas strategi ekonomi pembangkang tidak meyakinkan langsung kita sebagai para pengundi. Memang mudah berjanji yang muluk-muluk dalam pilihan raya, tapi apakah anwar mampu melaksanakannya?

Anwar Cabar Beri Peluang Kepada Pembangkang

Ketika membuat janji-janji manis dan muluk ini, Anwar mencabar supaya pembangkang - PKR, PAS dan DAP - diberi peluang memerintah bagi membuktikan mereka mampu melaksanakan janji-janji pilihan raya ini.

Soalnya, bagaimanakah rakyat mahu memberi peluang jika janji-janji yang dilakukan tidak berpijak di bumi nyata dan tidak realistik.

Jika mahu rakyat memberi peluang, pembangkang perlu terlebih dahulu menjanjikan sesuatu yang mampu mereka lakukan. Bukannya menjanjikan, seperti kata Dr. Khir Toyo, bulan dan bintang sehingga pengundi sendiri tidak percaya manifesto mereka ini mampu dilaksanakan.

Monday, January 28, 2008

Manifesto Pilihan raya Anwar Kacau Bilau (I)

Secara tidak rasmi pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun melancarkan janji-janji pilihan raya dalam ceramah-ceramah beliau. Antara paling popular ialah janji untuk menurunkan harga petrol jika menang.

Hujah Anwar antara lain ialah, Petronas untung RM 80 bilion setahun. Jika diambil RM10 hingga RM20 bilion untuk subsidi petrol kepada rakyat pun kita masih ada banyak duit untuk berbelanja.

Ramai yang seronok dengar janji Anwar untuk turunkan harga petrol.

Cuma berapa puluh sen atau berapa ringgit beliau mahu turunkan harga petrol jika menang pilihan raya?

Menurut laporan kewangan pula,

"Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatat keuntungan sebelum cukai tertinggi dalam sejarahnya berjumlah RM76.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007.

Hasil keuntungan tersebut, Petronas menyumbang balik sejumlah RM48.3 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, royalti dan eksport duti.

Tahun lalu syarikat minyak kebangsaan itu mencatatkan keuntungan RM69.4 bilion


Apa yang tidak disedari ialah, menurut Tan Sri Hasan Merican, daripada RM41.7 bilion yang diterima kerajaan daripada Petronas, RM15.3 bilion digunakan untuk subsidi minyak.

Jadi bagaimana Anwar yang baru mahu membelanjakan RM10 - 20 bilion untuk menurunkan harga petrol sedia ada, sedangkan kerajaan sudah pun membelanjakan RM 15 bilion untuk subsidi petrol untuk harga sekarang.

Jika diambil kaedah Anwar juga, semua keuntungan Petronas diambil oleh kerajaan. Jika demikian bagaimanakah Petronas boleh mengembangkan perniagaannya?

Nampaknya terpaksa juga Universiti Petronas ditutup, semua usaha carigali minyak di luar negara akan terhenti, pelaburan dalam pembinaan imej syarikat untuk perniagaan masa depan juga akan dihentikan dan Petronas sekadar menjadi syarikat jual minyak milik negara. Apabila Malaysia sudah tiada minyak, kita tutup sahajalah Petronas.

Pemikiran ekonomi Anwar memang tidak mungkin difahami oleh sesiapa pun.

Pada 1997, ketika rakyat susah, beliau naikkan kadar faedah hingga ramai muflis. Beliau juga berkata subsidi melemahkan ekonomi negara. Biar lebih ramai rakyat jadi miskin dan marah kerajaan. Ini memudahkan beliau jatuhkan Tun Dr. Mahathir.

Hari ini, ketika rakyat masih senang sedikit, beliau mahu berikan subsidi untuk menang pilihan raya.

Hari ini subsidi sudah tidak lemahkan ekonomi negara seperti mana ketika beliau menjadi Menteri Kewangan dulu.

Monday, January 21, 2008

Bila Sahabat Pun Tidak Percaya Cakap Anwar (III)

Bukan sahaja Datuk Nallakarupan,Hishamuddin Rais, Chandra Muzaffar, Ruslan Kasim, Saifuddin Nasution (yang kini berhijrah kepada PAS) malah Mursyidul AM Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga sudah tidak percaya kepada Anwar Ibrahim.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti berkenaan "mencelarukan".

Beliau berkata, kerjasama dengan PKR sama seperti pengalaman Pas menjalin kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 pada akhir 1980-an dan awal 90-an.

"Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti berkenaan berpecah dengan Pas dan masuk semula Umno," katanya.

Jika Nik Aziz yang merupakan antara pemimpin utama parti pembangkang terbesar tidak percaya kepada PKR dan Anwar, apakah kita pula mahu memperjudikan nasib kita dan negara ini di tangan Anwar?

Tuesday, January 15, 2008

Bila Sahabat Pun Tidak Percaya Cakap Anwar (II)

Pada minggu lalu saya menulis bagaimana seorang sahabat baik Anwar Ibrahim,Nallakarupan, yang rela menghadapi hukuman penjara dari mendedahkan isu-isu peribadi dan skandal Anwar akhirnya hilang kepercayaan kepada beliau.

Nallakarupan bukanlah satu-satunya sahabat baik Anwar yang hilang kepercayaan dan mula menyedari sikap berbelit-belit Anwar. Banyak lagi sahabat baik Anwar terus menjauhi diri dari beliau dari sehari ke sehari.

Selain Raja Petra yang tampak tirit menjauhi diri dari Anwar, terbaru Hishamuddin Rais turut mengkritik dan memperlekehkanb idea subsidi Petrol Anwar. Hishamuddin Rais sepatutnya terhutang budi kepada Anwar yang berusaha keras membawa beliau pulang dari luar negara. Namun akhirnya, beliau juga sudah hilang kepercayaan mengenai kemampuan akal fikir Anwar untuk menjadi seorang pemimpin.

Hishamuddin Rais yang terkenal anti UMNO, BN dan Kerajaan tidak memilih kata bila menghentam kerajaan. Cuma kali ini beliau turut mengakui kebodohan Anwar. Dalam artikel terbitan Malaysiakini.com berjudul BN dan Barisan Rakyat bengong dalam hal minyak, Hishamuddin menulis:

Pada pagi 2hb Januari 2008 harga satu tong bahan bakar petroleum telah mencecah 100 dolar di pasaran dunia. Pada petangnya harga telah menurun sedikit. Ketika saya menulis ini harga satu tong ialah 99.68 dolar. Saya tidak terperanjat apabila melihat harga minyak naik menjadi 100 dolar untuk satu tong. Dalam tulisan tulisan saya yang lalu saya juga telah beberapa kali meramalkan harga bahan bakar ini akan terus naik.

Apa yang memeranjatkan saya ialah kenyataan yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat yang menyatakan jika parti ini memerintah maka harga minyak akan diturunkan. Untuk saya ini hanyalah kenyataan orang yang tidak tahu tentang Teori Puncak Minyak dan tidak sedar bahawa tamadun dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum.

Mengikut pandangan parti Keadilan jika United Malay National Organisation telus dalam memberikan perincian perbelanjaan dan pendapatan dari syarikat Petronas maka harga minyak akan dapat ditampung. Jika tidak ada pembaziran dari duit jualan minyak maka harga minyak akan terus dapat disubsidi.

Parti Keadilan tidak sedar dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Untuk berhujah, kita anggaplah mereka dapat mengambilalih kerajaan. Dalam penggal ke-3 pentadbiran Barisan Rakyat minyak habis. Barisan Rakyat adalah satu pentadbiran yang telus, tidak rasuah dan jujur. Bila minyak habis, mereka juga tidak dapat tidak akan menaikkan harga minyak. Ini hukum yang saintifik. Jadi cakap-cakap harga minyak hendak diturunkan itu, tidak mungkin dapat dilakukan.

Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut paut dengan ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis. Kenapa sukar sangat untuk memahami hakikat ini.

Kerajaan dalam bentuk apa sahaja – komunis, sosialis, kapitalis, Marxis, Anarkis, Geuvarist, Stalinist, Sosial Demokrat, Islamik, Syiah, Demokrat, Katholikus, Sembahyangist, Hindu, Buddha - kerajaan ada agama, tak ada agama, kerajaan rasuah, kerajaan telus lagi jujur, kerajaan alim lagi warak – semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur.


Memang kita tidak percaya sepenuhnya pun kata-kata sosialis seperti Hishamuddin ini. Namun jika sahabat baik Anwar pun tidak percaya Anwar mampu mengekalkan harga petrol, apakah kita rakyat biasa boleh mempercayainya?

Tuesday, January 8, 2008

Bila Sahabat Pun Tidak Percaya Cakap Anwar

"Saya dapati ianya menghairankan bagi Anwar mendakwa bahawa kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk membantu masyarakat India.

"Lebih menghairankan lagi ialah dakwaan beliau bahawa partinya akan memastikan masyarakat India tidak dipinggirkan jika beliau memegang kuasa,"

"saya tahu benar bahawa beliau hanya berbohong kepada masyarakat India sekarang, semata-mata untuk mendapatkan undi mereka sahaja".

"Saya berharap beliau akan berhenti dengan segera permainan politiknya untuk menipu masyarakat India.

"Dan kepada masyarakat India, saya berharap mereka akan menyedari bahawa Anwar - yang tidak berbuat apa-apa untuk mereka ketika beliau (Anwar) sepatutnya berbuat demikian - tidak akan berbuat apa-apa untuk mereka sekarang."

Petikan kata-kata diatas bukan datang daripada Presiden MIC, DS Samy Vellu. Ia juga bukan datang daripada mana-mana pemimpin kerajaan mahu pun Barisan Nasional.

Sebaliknya ia diungkapkan oleh Datuk Nallakarupan, seorang sahabat setia Anwar selama lebih sepuluh tahun sejak menjadi orang kuat Magnum Corp pada tahun 90-an. Rakan sepermainan tenis Anwar yang kemudiannya menyertai PKR apabila Anwar dibebaskan dari penjara.

Sebagai seorang sahabat baik Anwar, Nalla boleh mendapat keuntungan jika mendedahkan peribadi Anwar sepuluh tahun lalu. Namun beliau memilih untuk setia bersama Anwar sehinggalah apabila Anwar mengkhianati beliau di Ijok tahun lalu.

Justeru sebagai seorang berbangsa India dan bersahabat baik dengan Anwar ketika senang dan susah, tentulah sudah terang lagi bersuluh mengenai sikap Anwar terhadap kaum India.

Nota: Petikan-petikan ucapan Nalla adalah daripada Malaysiakini.com