Thursday, September 25, 2008

Rakyat Perkara Kedua, Jawatan PM Keutamaan Anwar


In 2008 already over RM125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law." - Anwar Ibrahim


ISA telah wujud sejak berpuluh tahun. Namun mengapa baru hari ini pelabur bimbang dengan kerajaan. Apakah ia kerana ISA atau kerana Anwar Ibrahim?

Anwar sudah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan US dan Barat. Ini menimbulkan tanda tanya di mana Anwar mendapat jumlah tersebut jika ia tidak terbabit dengan perancangan ini?

Kita juga tertanya-tanya apakah pengeluaran pelabur asing ini tidak ada kena mengena dengan membantu usaha Anwar menukar kerajaan?

Dalam sejarah politik, hanya ketika rakyat "lapar" sahaja maka pemerintahan akan berubah secara drastik dan luar biasa.Tidak mustahil inilah yang sedang direncanakan oleh Anwar dan para sahabatnya dari Barat.

Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Sejarah politik Anwar membuktikan beliau sanggup menipu, berbohong dan membiar rakyat terseksa jika itu dapat membantunya menjadi Perdana Menteri.

1970-an

Pada tahun 1970-an beliau mengaturkan satu tunjuk perasaan di Baling sehingga mencetuskan rusuhan. Rusuhan terscetus kerana Anwar mendakwa petani di Baling terlalu miskin sehingga ada yang mati kelaparan. Maka berbondong-bondonglah mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Malaya dan mogok lapar di Baling.

Huru-hara negara dan kerajaan dibuatnya. Namun sehingga kini tiada seorang saksi atau satu bukti pun menunjukkan ada orang di Baling ketika itu mati kelaparan.

1997

Pada 1997 sekali lagi Anwar mengambil kesempatan atas masalah ekonomi bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir.

Ketika dilanda krisis matawang, Anwar menyerang polisi kerajaan dari dalam dengan menuduh Dr. Mahathir antara punca masalah ekonomi negara ketika itu. Anwar sedar rakyat yang susah dan marah akan bangkit dijalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Jadi sebagai Menteri Kewangan beliau memulakan langkah-langkah menjerut rakyat. Kadar pinjaman Asas (BLR) dan kadar faedah dinaikkan berkali ganda. Beliau juga mengguna pakai pelbagai saranan IMF yang menyusahkan rakyat kerana ia telah berkesan ketika itu menjatuhkan Perdana Menteri Thailand dan Presiden Indonesia.

Anwar menghalang usaha membantu syarikat-syarikat bermasalah ketika itu akibat kejatuhan matawang negara. Beliau menggunakan mantera-mantera barat seperti kronisme, nepotisme dan bail-out boleh meruntuhkan ekonomi negara bagi menghalang sebarang usaha pemulihan syarikat-syarikat besar ini.

Tujuan Anwar ketika itu ialah mahu melihat syarikat-syarikat ini jatuh dan menyebabkan puluhan ribu rakyat hilang mata pencarian. Jika ini berlaku sudah tentu lagi ramai yang marah kepada kerajaan dan ini akan mempercepatkan proses perubahan kuasa dari Dr. Mahathir kepada beliau.

Demikian bagi Anwar, rakyat yang menderita ialah satu kebaikan kepadanya, kerana ini akan mempercepatkan kejatuhan musuh politiknya.

Anwar sanggup meletakkan negara ini di bawah telunjuk IMF asalkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Nasib baik Dr. Mahathir ketika itu cepat sedar permainan licik Anwar.

Justeru jika hari ini pelaburan asing makin berkurangan dan ramai yang keluar, adalah tidak mustahil ini merupakan rancangan kali kedua US untuk menjadikan Anwar sebagai PM setelah gagal pada 1997.

Siapakah Anwar yang begitu istimewa kepada US dan Barat akan terus menjadi tanda tanya.

Cuma yang kita pasti, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hatta jika perlu "mengorbankan" sebahagian rakyat pun.

11 comments:

Anonymous said...

Perkara ini sudah lama kita ketahui secara umumnya tapi yang menghairankan beliau masih mendapat sokongan rakyat yang sudah tentu diperbodohkan oleh beliau. Entah bila rakyat akan sedar bahawa mereka hanya dipergunakan untuk beliau mencapai impiannya untuk menjadi PM.

Anonymous said...

ini lah ciri2 org yg tamaha kuasa..

SAFARI BIN ADININ D20102046657 said...

jgn tuduh DSAI dgn kata-kata gitu.. dengar nasihat para wali..fitnah dan sengketa... harus elakkkan. semua manusia sama saja tidak ada yg boleh membandingkan dia lebih mulia dari seseorang hanya ALLAH sahaja yg maha berkuasa dan berhak mengampunkan dosa hamba-hambanya amin..

tunku said...

May Allah bless you and family.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Anonymous said...

Posted in August 31st, 2008 by Cikgu Bashid in Peribadi“Dalam hampir kesemua percakapan Anwar, fokusnya hanyalah ghairahnya untuk menjadi Perdana Menteri dan semua tindakannya sekarang berkisar pada hal peribadi itu bukan sangat pada soal kepentingan parti, agama, bangsa dan negara”. GuruBashid

Unknown said...

Bapa Penderhaka

Anonymous said...

mane lu taw, dh tu yg pemimpin UMNO dk bgado berebut jwtn tu, bukan gile kuase ke?

Led said...

pada hemat sy, tak perlu tukar kerajaan.kerajaan pakatan rakyat cuma nk bende yg diorang tak dapat time BN pegang dulu.so, skg, sapa yg tak dapat apa.n sapa yg mula tak dapat hak.melayu jugak yg byk hilang hak since dia naik.better get rid off him, now onwards..

Anonymous said...

Tak boleh faham kenapa ada jugak orang sokong Anwar ni. Mereka lupa berapa ramai orang kena pecat, hilang kerja, hilang rumah, semua kerana gara-gara Anwar melaksanakan saranan IMF?

Lepas tu buat rusuhan. Dah lah masa tu ekonomi dia ranapkan, dia huru-harakan negara pulak.

Anonymous said...

artikel ini terlalu khusus terhadap peribadi BSAI. Yeah.. siapa kat dunia yang sempurna. kalau kata DSAI salah melalui kritikan peribadi, sama juga dengan pemimpin lain, sama juga dengan UMNO. Kalau cakap pasal islam pula, mana asasnya dalam politik? adakah sama politik yang dibawa UMNO dengan islam, atau mama² parti politik lain>

Anonymous said...

belajar banyak