Anwar Ibrahim menyarankan supaya 16 September dijadikan cuti umum dan diraikan bukannya 31 Ogos. Lim Guan Eng pantas menyambut dengan mengisytiharkan Pulau Pinang akan bercuti tahun hadapan pada 16 September.
Mengapa usaha meraikan pembentukan Malaysia pada 16 September lebih penting dan besar berbanding hari pegisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos bagi Pakatan Rakyat terutamanya DAP?
Mereka mahukan peritiwa ini diingat lebih baik kerana ia akan memadamkan perjuangan para pejuang Melayu dan bumiputera borneo yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah Melayu dan borneo. Setiap kali meraikan hari kemerdekaan kita akan mengulangi sejarah perjuangan lampau seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Mat saleh, Dol Said, Rentap dan ramai lagi.
DAP sebagai cauvinis Cina lebih mahu mengingati hari pembentukan Malaysia pada 16 september kerana ia turut membabitkan peranan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Inilah yang mahu diuar-uarkan oleh DAP bahawa orang Cina memainkan peranan besar dalam kemerdekaan negara ini.
Malangnya bukan DAP sahaja yang terbabit, malah orang Melayu kerana kuasa dan pangkat sanggup sama bersengkongkol dengan anak didik Singapura di Malaysia ini.
Lebih menyedihkan ada juga penggerak propaganda PKR bernama Mohd Sofi Yassin menulis menganggap Komunis merupakan pejuang kemerdekaan sejati.
Demikianlah kerana terdesaknya mahukan kuasa maka hari kemerdekaan negara pun mahu ditukar, peranan UMNO juga mahu ditidakkan. Bayangkan mereka ini belum memegang kuasa. Bagaimana jika mereka berkuasa? Tidak mustahil Islam juga akan dipariahkan. Tidak mustahil mereka akan menganggap agama Hindu lebih layak mendapat tempat kerana ia lebih awal sampai di kepulauan Melayu.
Tiada sesiapa yang boleh menjahanamkan Melayu dan Islam di negara ini kecuali orang melayu sendiri.
9 comments:
MEREKA INI PEMBELOT DI MEDAN PERANG KHANDAK. KALAU ZAMAN NABI DULU KENA PANCUNG DAH... TAPI KERANA KETUANAN RAKYAT MAKA GENG KOMUNIS DAN SOSIALISLAH JADI RAJA... BINTANG TIGA. INGAT TAK KATA MEREKA UMNO TU FEUDAL? INI DAH SENTUH RAJA2 MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN YANG DAULATKAN KETUANAN MELAYU. TAPI KERANA PERPADUAN MAKA 16 SEPT TU ANGKA KERAMAT!
"Tiada sesiapa yang boleh menjahanamkan Melayu dan Islam di negara ini kecuali orang melayu sendiri." Kenyataan ini memang tepat sekali. Dan lebih tepat lagi, hanya orang Melayu yang bangsat yang akan menjahanamkan Melayu dan Islam...
Dah 51 tahun, kita tak menghadapi apa-apa masalah pun dengan tarikh 31 Ogos. Tapi kenapa sekarang baru nak dipertikaikan? Ini semua kerja Anwar. Dialah yang menimbulkan huru-hara dalam Malaysia...
Salam,
Komunis (PKM) memang berjuang menentang penjajah dan membebaskan negara ini dari cengkaman penjajah, walaupun gagal.
Sebagai parti yang mempunyai ideologi (komunisme), maka tujuan akhir perjuangan PKM tentulah untuk menubuhkan "negara komunis".
Ini memang fakta sejarah dan tidak perlu dinafikan.
Tapi dalam perjuangan mencapai kemerdekaan, ada satu masa dalam sejarah kita, kerjasama dengan PKM dipercayai boleh menolong mencapai matlamat itu. Jadi sebab itulah ada juga orang Melayu, walaupun tidak ramai, seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dll., yang telah memasuki PKM dan berjuang bersama-sama dengan PKM.
Jadi satu fakta agaknya perlu juga diakui, bahawa dalam perjuangan menuntut kemerdekaan itu, orang-orang komunis memang turut memainkan peranan.
Sejarah yang ditulis secara jujur tentu tidak perlu menafikan hakikat ini.
Saya setuju dengan Hamidun.
Jadi orang-orang Melayu perlu la berhenti menunding jari kearah bangsa-bangsa lain dengan alasan mereka mengikis jatidiri Melayu, mereka tidak menghormati Melayu. Jatidiri dan hormat kepada orang Melayu cuma akan timbul kembali sekiranya Melayu itu sendiri menyedari kelemahan mereka dan mula menghayati kembali apa erti menjadi seorang Melayu.
Aku setuju Hamidun.
Satu bangsa tidak akan musnah hanya kerana bangsa lain mencaci, menghina mereka. Tetapi dia akan musnah jika anak bangsa itu sendiri yang merosakkan bangsa itu.
Bila lagi orang Melayu nak bersatu dan membangun bersama-sama?
ha..ha..kenapa korang rasis sgt..naper melayu jer ker idup dlm muka bumi ni..betul semua..pemimpin terdahulu..ingat terdahulu sebelum umno tertubuh lagi..ingat tak tahun dia 1946(bole refer ngan saberi cheek)..apa slogan dia..Hidup Melayu..bukan merdeka pun..fungsi dia cuma untuk lawan malayan union x lebih..umno cuma balaci org putih utk jaga kepentingan mereka saja..segala hasil bumi ini..lombong bijih timah..getah..minyak..sykt2 mereka berteberan di tanah air kita ni..jadi Umno memang parti penipu bangsa sendiri dah 50 tahun..dan sentiasa x mau nak berubah..jadi 16 sep lebih sesuai hari kebangsaan..
31 ogos...
british berambusss
Perjuangan DAP itu sendiri dilihat ala komunis sebenarnya. Kerana tidak perjuangkan seperti yang terhasrat dalam Perlembagaan Persekutuan. Misalnya mendaulatkan bahasa Melayu, membudayakan Melayu dan Islam. Kalau dah hudud ditentang dan negara Islam dinafikan, tidakkah itu subversif.
Post a Comment