Friday, August 22, 2008

Surat Terbuka Buat Datin Seri Wan Azizah: Usah Bersandiwara Lagi

Assalamualaikum Kak Wan,

Sedih benar saya membaca rayuan Kak Wan kepada kaum ibu di Permatang Pauh seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com. Kata Kak wan, apa salah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menjadi mangsa politik kebencian. Mengapa keluarga Kak Wan harus menerima kempen kotor BN kononnya.

Kak Wan bertanya lagi, apakah tiada langsung jasa Datuk Seri Anwar kepada negara dan bangsa.

Kak Wan,

Memang sedih mendengar rintihan ini.

Soalnya, apakah pula perasaan Tun Dr. Mahathir ketika Anwar, Kak Wan dan para penyokong reformasi membuat pelbagai tuduhan dan gelaran? Mahafiraun, mahazalim, penghina hukum Allah, ada hubungan sulit dengan perempuan Cina, tidak solat subuh dan sebagainya.

Apakah Tun Dr. Mahathir dan keluarganya tiada jasa kepada negara? Apakah mereka tiada maruah dan harga diri seperti Kak Wan sekeluarga?

Demikian juga siapa yang memulakan taktik politik benci dan menyerang peribadi di Ijok? Bukankah Datuk Seri Anwar mempeloporinya?

Tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa mangsa yang bercakap, hukuman telah dijatuhkan ke atas Datuk Seri Najib oleh Anwar. Seantero pekan Ijok dijaja oleh PKR bahawa Najib mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya.

Menggunakan penyokong kuatnya Raja Petra Kamaruddin, Anwar membuat tuduhan lagi kononnya Datin Seri Rosmah terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Mujur Datuk Seri Najib tidak mudah melatah lalu kepada Allah diserahi agar membuat pertimbangan. Dengan nasihat Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, dengan lafaz demi Allah, "Wallahhi, Wabillahhi, watallahi, saya tiada hubungan dengan gadis bernama Altantuya Saribu" terucap di hadapan ribuan penduduk Ijok.

Namun itu tidak menghalang Anwar terus membuat tuduhan dan fitnah. Itu juga tidak menghalang para penyokong PKR menjerit nama Altantuya setiap kali nampak kelibat Najib.

Apakah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tiada anak-anak dan keluarga yang terasa malu dengan tuduhan dan fitnah tersebut? Apakah mereka tiada kawan dan sahabat di sekolah?

Apakah maruah hanya milik keluarga Kak Wan sahaja?

Sumpah Saiful bukan bertujuan menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar. Apa pilihan Saiful lagi jika aduannya kepada Polis telah pula dikatakan satu fitnah. Apa pilihan Saiful apabila tanpa menunggu proses undang-undang, Datuk Seri Anwar menyalahgunakan undang-undang Syariah membuat aduan qazaf di pejabat Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI).

Apa pilihan Saiful selain bersumpah jika aduan qazaf oleh Anwar memerlukan mangsa mengemukakan empat orang saksi melihat zakar anwar masuk ke dalam dubur saiful?

Apakah Kak Wan fikir Saiful dan keluarganya tidak mempunyai maruah apabila dituduh membuat fitnah dan menjadi alat konspirasi orang tertentu untuk memburukan Anwar?

Bukankah parti Kak Wan sendiri yang memulakan kempen memburukkan Saiful sebaik sahaja beliau membuat laporan polis?

Sudahlah Kak Wan, jangan berlakon lagi seolah-olah keluarga Kak Wan yang menjadi mangsa. Sedangkan keluarga Kak Wanlah yang menjadi penghuru hara politik negara.

Jika diungkit lagi, apakah keluarga Tan Sri Rahim Tamby Chik juga tiada maruah dan harga diri apabila Anwar menggunakan media dibawahnya membuat pelbagai tuduhan terhadapnya suatu ketika dulu?

Yang terbaik sekarang ini ialah meminta Anwar bersumpah atau bermubahalah dengan Saiful. Pasti ramai umat Islam akan lebih percaya Anwar berbanding saiful. Soalnya beranikah Anwar?

Atau sekurang-kurangnya beranikah Kak Wan bersumpah bahawa tiada tahu langsung mengenai tabie luar biasa Anwar ini?

36 comments:

Conspiracy Theorist said...

Bro Pokka,

Izinkan gue publicized ur aricle leh,..heheh...apo nak dikato..(",) bagi tak bagi,..thnx saja le..hehehe

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar!!

Anonymous said...

Bagi saya kalau namanya Anwar Ibrahim, jangan katakan bersumpah muhabalah, disuruh makan AlQuran pun dia akan lakukan demi survival politiknya.
Yang patut bersumpah adalah isterinya Wan Azizah untuk menafikan tidak tahu langsung kelakuan luar tabiee suaminya. Juga bersumpah muhabalah tidak pernah berjujuran air mata mengadu perihal Anwar kepada Tun Siti Hasmah suatu masa dahulu. Memang jenis manusia hipokrit. Bila terkena batang hidung sendiri, semua dikatakan konspirasi dan sebagainya.
Bagi mereka yang taksub..Lu fikirla sendiri....

Anonymous said...

surat ni kalau hantar kat laman pro pembangkang .. sure kena delete punya ..

apapun tahniah kepada penulis artikel

Anonymous said...

Mengapa mesti menyerahkan kepada Allah? Adakah bukti kesalahan seseorang itu boleh dinilai melalui sumpah orang yang menuduhnya? Kenapa terlalu mudah untuk menggunakan kalimah Allah? TUHAN tu adil. Jangan lah menghukum orang melalui bukti yang rapuh. Kalau betul kerajaan memahami kehendak rakyat, kenapa rakyat golongan bawahan terus tertindas oleh pemimpin UMNO yang teerlalu tamak? Sehinggakan duit ZAKAT diberikan kepada KETUA CAWANGAN BN? Sedangkan ibu2 tunggal seolah olah mengemis kepada WAKIL RAKYAT BN yang TAMAK.SIBUK meminta janji pakatan rakyat yang baru memerintah 100 hari.Sabah ni NEGERI BN, kiralah berapa puluh tahun janji palsu yang diberikan..... RAKYAT YANG TIADA PENDIDIKAN PUN BOLEH TERFIKIR

Anonymous said...

penipu

syuhadah said...

CUKUP CUKUPLAH TU BUAT TUDUHAN YANG TIDAK BERASAS

Anonymous said...

sila nyatakan ketua cawangan bn mane yang dapat duit zakat tue??? jka sekadar itu hanya tuduhan tak berasas maka saya samakan saudara seperti anwar ibrahim yg suka membuat tuduhan tanpa melihat atau mengkaji kebenaran..

-anti anwar-

Private Santiago said...

Consp Theorist... ambil saja :)

Small Talk said...

Bro Pokka,
Rayuan dan pujuk rayu Kak Wan memang kita tak makan. Dah manopause!
Jgn termakan pujuk rayu Izzah pulak! Cun lagi tu!
Jgn lupa...AnWar tu masih MAN NO PAUSE!

Anonymous said...

Betul tu Kak Wan jangan la buat sandiwara. Anwar tu boleh ker bimbing family dia sehebat ni..

Keluarga Bahagia Najib

Hero pujaan

Tak mungkin Anwar boleh bimbing family sehebat pemimpin kita seperti link kat atas tu.

Hidup Melayu

Anonymous said...

Saya tak boleh menafikan, Ucapan Nuar adalah berbaur kebencian seperti Hitler.

Kepala saya lepas denagr cakap dia Mula membenci & rasa hidup tak selesa macam nak kiamat esok.

Inikah pemimpin Manusia, ucapan tak ada nilai intelek & tak habis2 api2kan orang. Lepas tu konon2 dialah pembela nasib orang susah.

Muka bengis macam orang tak betul aje.

Anonymous said...

Mr Pokka, terlintas di kepala kepada satu cerita oleh kawan lama, menceritakan perkara yang sama seperti yang Anon at 10.07am kata.

Tapi yang herannya nape Tun Siti Hasmah tidak menyalak rata untuk defend Tun semasa Tun teruk difitnah oleh parti mata sebelah.

Sememangnya Tun Siti Hasmah celik benar pasal maruah, bukan macam Wan Azizah, ke hulu dan hilir untuk menegakkan benang yang basah.

Anonymous said...

Saya pelik, masih ada yang menyokong UMNO.

jejakamulia said...

insaf lah wahai bangsa malaysia.Jangan percaya luahan jijah.jgn percaya tomahan ejen yahudi amerika(anwar brahim).dajal melayu.pemecah belah umat.lambang bendera keadilan pun matu satu .macam mata dajal.

Anonymous said...

parti satu mata,parti keadilan, parti dajal.pemecah belah umat.takbirrrrrrrrrrrrrr

jejakamulia said...

parti satu mata,parti keadilan, parti dajal.pemecah belah umat.takbirrrrrrrrrrrrrr

Anonymous said...

hahaha.....
rasa mcm baca cerite kelakor plak...
inilah orang yang jahil bile bercakap.......

Anonymous said...

macam baca cerite kelakar....
inilah apabila orang jahil bercakap..
jauhilah aku dari dipengaruhi oleh orang2 yg jahil.......

Anonymous said...

Kepada penyokong Anwar, anda takkan ke mana.....ke mana, apa yang telah anda capai? secebis kemenangan PRU 2008 bukan kerana kami menyokong anda, tetapi kerana kami protest BN. Kalau anda ingin menangguk di air keruh (bermegah mengatakan kemenangan disebabkan keupayaan anda semua)rasakan akibatnya bila kak Azizah menangis taubat di khalayak. Harinya hampir tiba...tunggu.!! Takkan lari gunung di kejar....

Anonymous said...

Bro Pokka,

Tahniah kepada penulis artikel ini.Sudah lama saya menunggu kiranya adalah hamba Allah yang bolih menyedarkan Wan Azizah supaya jangan bersandiwara mengenai 'rahsia'salahlaku suaminya yang menyusahkan rakyat jelata.
Kalau iya pun tabiat itu tidak bolih ditinggalkan janganlah diheret sama orang lain.Semua isteri sayangkan suami,tapi isteri pun kenalah jaga juga maruah diri jangan asyik kena TIPU selalu!

HANTURAYA HANTURAYA said...

ITULAH POLITIK. SAIFUL BERSUMPAH TAK BETUL CARA ISLAMNYA. NAJIB PUN TAK BETUL. ANUAR PULAK TAK NAK TUNJUK SUMPAH YANG BETUL CARA ISLAM. GUS DUR PUN TAK NAK TUNJUK CARA BETUL.... KESIAN SAIFUL,, DAHLAH AIB... SAKIT JUBUR... DIKATAKAN PULAK SUMPAH IKUT KRISTIAN.... ITULAH MALAY POLITICS. TENGOK GUS DYR DI swaramuslim.net yee... dan masuklah blog saya hanturaya57.blogspot.... kawan saya awanggedeber.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Apa pun terjadi sekalipun di Muzakarah PAS di Ipoh dari hari ini hingga Sabtu, amaran Ustaz Hadi untuk undur dari Pakatan Rakyat jika tuntutan Negara Islam diketepikan tidak boleh dipandang enting.

PAS pun ada hati dan perasaan apabila DAP tidak ada langsung sebarang penghormatan kepada perjuangan PAS.Adakah "orang-orang" PAS di Permatang Pauh akan mengundi UMNO?

Itu tidak boleh diteka lagi. Mereka punya pilihan untuk terus undi PR atau buang undi kepada AKIM. AKIM pun adalah bekas rakan-rakan mereka.

Satu perkara yang saya pasti, yakin dan faham benar adalah PAS tidak bodoh untuk tidak mengetahui Anwar yang sebenar?Pemimpin mereka tahu Anwar memang ada cita-cita akan kembali ke UMNO jika pintu itu terbuka.

"The path of least resistance to the Premiership still lies at PWTC." Orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Anwar bukan Dr Mahathir tetapi Mat Sabu yang menggelarnya Al Juburi.

Anonymous said...

Tak faham dgn pembangkang , mcm mana boleh bersekutu dgn parti yg tidak menerima Islam sebagai agama negara ini dan mereka mengaku memperjuangkan Islam

Anonymous said...

Jika Anwar menang pun dia akan terima padah dari Allah SWT. Hasrat tinggi.. tetapi bertopengkan nafsu. Ingatlah Anwar jangan mempermainkan bangsa Melayu & Islam.. Ingat penyokong2 PKR bukalah mata .. baliklah kepangkal jalan.. jangan disebut OMBM - Org Melayu bunuh Melayu - yang tertawa besar adalah musuh2 seperti Anwar.

Anonymous said...

bro...lu no telinga ka? wer got najis angkat sumpah kata dia tak kenal altantuya??!! dia kata dia tak kenal perempuan mongolia tu ajer..dia gunakan word mongolia and not the name..lu really kayu lah bro..by the way for you info najis need to angkat sumpah depan samy hindualso to kompom since he is practicing hindus..ask him if he dare to do the same to his samy from india?!!

Marius Kihing Igil said...

hm...sy orang yg berkcuali. sy cuma tidak sangka orang melayu memang mcm mni. orang melayu la yg seringkali bercakap bahawa merekalah yg terbaik, mereka lah yg paling alim, merekalah yg ada agama paling baik sebab tidak minum alcohol, babi mcm agama lain..dn mcm2 yg blh kita baca di suratkbr, blog, web, dn mcm2 maklumat skrg. tapi hakikatnya melayu lah yg paling terus sekali..sebab sanggup membunuh kawan(kes..pemimpin skrg..maksud)..dn ingatlah tuhan tidak akan mengubah kaumnya sehinga kaum itu sendiri yg berubah...fikir2 kan lah..dlm keadaan skrg tidak ada seorang pemimpin yg membawa pemimpin yg bercakaran ini (najib vs anwar)...sedih sekali.orang seperti kami hendak bercakap,..tetapi ckp kami tidak didengar..tidak diperdulikan..sebab kami adalah minoriti..sebab itu..akbar kami Herld, kesnya dibawa ke mahkamah..bishop kami masih dlm perbicaraan...

Anonymous said...

HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-51

PADA 30 OGOS 2008
JAM 9 PAGI
BERTEMPAT DI ARENA SQUARE KUALA KANGSAR

SAUDARA-SAUDARI DIHARAP DAPAT MEMBERI PERHATIAN DAN SOKONGAN TERHADAP HIMPUNAN INI DEMI MENJAGA BANGSA KITA YANG SEMAKIN MERUNCING DICALAR-CALAR DAN DIROBEK-ROBEKKAN OLEH ORANG YANG MENGANGGAP KITA INI SUDAH LEMAH DAN SEMAKIN HAPUS DITELAN BUMI TANAH MELAYU KITA SENDIRI

DIJANGKAKAN TUANKU RAJA MUDA AKAN MENCEMAR DULI UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK INI

DIHARAPKAN KITA AKAN MENYOKONG DAN BERSATU UNTUK MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

DIINGATKAN DENGAN SECARA TEGASNYA BAHAWA HIMPUNAN INI BUKANLAH HIMPUNAN DENGAN BERTUJUANKAN POLITIK DAN BUKAN JUGA UNTUK TUJUAN PERSENDIRIAN

TULANG-TULANG BELAKANG HIMPUNAN INI TERDIRI DARIPADA GABUNGAN NGO-NGO YANG HANYA MENYOKONG UNTUK TUJUAN DASAR MENYELAMATKAN MELAYU KITA

HIMPUNAN YANG BERTUJUAN UNTUK MEMBERI AMARAN KEPADA MEREKA DILUAR SANA BAHAWA KAMI MELAYU MUDA ADALAH PERINTIS UNTUK MENYAMBUNG KERINGAT YANG TELAH DIJUANGKAN OLEH BAPAK-BAPAK DAN MAK-MAK KITA

SEDARLAH BAHAWA MELAYU MASIH ADA DAN WUJUD DI TANAH MELAYU INI

SAMA-SAMALAH KITA KE SANA,MEMERIAHKAN HIMPUNAN UNTUK MENGENANG KEMBALI SEJARAH YANG TELAH HAMPIR KITA LUPAKAN

JANGAN LUPA HEBAHKAN KEPADA TEMAN-TEMAN, KAWAN-KAWAN, IBU BAPA UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

SEMOGA BUDI ANDA AKAN DIBALAS OLEH YANG MAHA ESA

SEKIAN...
SALAM...

BERSATU MEMBELA BANGSA,
HIDUP MELAYU MUDA.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Hampir mencapai kemerdekaan, sekitar tahun 1948, kita dikejutkan dengan kebangkitkan komunis di Malaysia. Mereka mahukan Malaysia mengikut 'kepala' mereka sedangkan negara ini asal kepunyaan orang Melayu.

Satu persatu mereka ambil, Singapura kita berikan, kini Batu Putih. Lepas ini apa agaknya. Di Malaysia Pulau Pinang dah kita berikan kepada DAP sama memberikan kepada Singapura Junior.

Begitulah sejarah jangan kita lupa. Satu-persatu sejarah cuba dibina kini supaya generasi masa hadapan mengamatinya.

Kehadiran BABI-DAP-PAS bukti bagaimana kemerdekaan masih perlu diperjuangkan. Ketiga-tiga barua itu bijak mengatur strategi supaya kita membenci sesama kita asalkan mereka menjadi idola kita dan percaya yang kerajaan masih belum merdeka.

(NAK TAHU CERITA MERDEKA BANYAK LAGI JUMPA ABE MIE DI WEBSITE DI ATAS)

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com
http://abe-mie.blogspot.com

kerajaan katak? jijik sangat.

tanya lim kit siang dan guan eng dia makan tak katak?

Anonymous said...

Entahla, susah nak cakap tapi cuba fikir kalau Dr M, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Pak Lah, Najib dan kebanyakan pemimpin negara dipenjara selama 6 tahun tanpa ada bukti kukuh dan tuduhan yang tidak berasas...adakah kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai mereka akan mendiamkan diri begitu sahaja....fikirkanlah.Tidak hancur kah satu keluarga yang bahagia itu apabila Ayah/Bapa/Pemimpin keluarga di aniaya dan dipisahkan secara jijik begitu rupa. Kalau itu terjadi pada kamu semua,apakah yang akan berlaku.
Jangan cuba memarahi orang yang teraniaya kerana doa orang yang teraniaya adalah salah satu doa yang paling mustajab di sisi Tuhan.Dr M sepatutnya memikirkan cara yang lain untuk mengatasi DSAI,bukan dengan membuat sesuatu yang melangkaui undang2 negara apatah lagi hukum2 Islam.

Anonymous said...

Ye ke, betul ke ni Wan Azizah. Aku tak percaya! Laki Bini sama je, kuat betul berdrama.

Anonymous said...

Kak Wan,
Saya pun 'sedih sangat' tengok Kak Wan jadi macam tu.
Tak payah nak sibuk dengan hal lain. Hal Anwar tu belum selesai lagi.
Betul ke dia tak bersalah. Saya sangsi teramat.

Anonymous said...

you all ni buta mata ke buta hati?
dari segi syariat jer ko org tgk la isteri2 pembesar umno ko org tu..aurat pon x reti jaga, kalo org lelaki bini pon x reti nk kawal, didik, camner nk jadi pemimpin negeri atau negara?
bodoh...takleh diajar, pandai takleh di ikut..

Anonymous said...

you all ni buta mata ke buta hati?
dari segi syariat jer ko org tgk la isteri2 pembesar umno ko org tu..aurat pon x reti jaga, kalo org lelaki bini pon x reti nk kawal, didik, camner nk jadi pemimpin negeri atau negara?
bodoh...takleh diajar, pandai takleh di ikut..

Anonymous said...

sayang sekali ketokohan Anwar kan..alangkah bagusnya kestabilan politik malaysia andai Anwar kembali ke pangkal jalan pas tu ganding bahu ngan pak la tadbir negara..namun adakah semuanya ini telah tersurat yang harus di tempuhi pemimpin2 politik malaysia..sayang sekali

Anonymous said...

salam untuk semua.

kesian aku tengok kak wan. tapi apakan daya, semua itu balasan dari Allah.
setiap kebaikan yang dilakukan pasti Allah akan balas dengan kebaikan.
sekarang anwar sedang menerima hukuman dari Allah atas perbuatan nya yang terlampau. anwar perlu bertaubat dengan segera sebelum pintu taubat tertutup.