Wednesday, August 20, 2008

Duit Berjuta Ulama Pejam Mata?

Mursyidul AM Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan dirinya dalam keadaan yang sungguh memalukan apabila menyamakan sumpah Saiful seperti sumpah Kristian hanya kerana mahu menyelamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak pernah dalam sejarah keilmuan Islam bersumpah dengan nama Allah dianggap menyamai upacara ritual orang kristian.

“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. “Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.”

Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah dan juga lapaz wallahhi wabillahi, watallahi. Hanya kerana ada kitab al-Quran dipegang oleh Saiful maka Nik Aziz menyamakan sumpah Saiful tersebut dengan ajaran kristian.

Jika demikian bagaimana pula sumpah Nik Aziz ketika menjadi Menteri Besar Kelantan dahulu? Apakah ia tidak menyamai ajaran Kristian mengikut pahaman beliau?

Nik Aziz sering kali membuat kenyataan karut marut tetapi tetap dianggap betul oleh para pengikut taksubnya.

Kali ini Nik Aziz sekali lagi sanggup mengenepikan kepentingan agama dan mangsa hanya kerana seorang manusia bernama Anwar bin Ibrahim.

Jika Nik Aziz berkata bahawa sumpah Saiful belum tentu Anwar bersalah maka kita semua sedia maklum dan akur. Kita terima pandangan tersebut sebagai pandangan yang rasional.

Malangnya sukar kita menerima rasional Nik Aziz kali ini. Apakah yang mendorong Nik Aziz membuat kenyataan tersebut?

Mengenali Anwar sejak dua puluh tahun lalu, kita tahu Anwar membeli musuh dan rakan dengan wang ringgit. Ulama, ahli Akademik, ahli Politik di dalam BN dan parti pembangkang ketika itu, wartawan, penguasa undang-undang, pegawai kanan kerajaan, hakim dan usahawan ternama ramai yang menerima political patronage (Naungan Politik) Anwar.

Anwar menguasai segala genap sudut pengurusan negara dengan sumber kewangan yang tidak terhad milik beliau.

Hari ini jika Nik Aziz sanggup menyamakan sumpah Saiful sebagai ajaran Kristian maka ia bukanlah menghairankan.

Pas telah menerima RM 150 juta dari Anwar semasa pilihan raya lalu. Hutang wang sebanyak ini akan membolehkan Nik Aziz dan Hadi Awang menggadaikan apa sahaja termasuk pegangan agama mereka.

Apakah Nik Aziz tidak menerima sebarang imbuhan peribadi lagi dari Anwar untuk menyelamatkannya kali ini?

Jika mahu menang pilihan raya ada ulama Pas sanggup mengkafirkan ahli UMNO, apalah sangat menurunkan fatwa bahawa sumpah saiful atas nama Allah itu sebagai ajaran kristian. Seolah-olah sumpah saiful tidak laku kerana Allah lebih mementingkan bentuk berbanding niat dan lafaz.

Sumpah Saiful dalam keadaan mana pun pasti akan diterima Allah selagi ia menjadikan Allah sebagai hakimnya. Allah akan membalas kepada saiful jika ia membuat sumpah bohong biarpun sumpahnya dilakukan seperti hari tersebut atau hanya berdiri di khalayak ramai dan mengucapkannya.

Apakah pada pandangan Nik Aziz, Allah tidak akan mengambilkira sumpah Saiful tersebut kerana ia tidak mengikut aturan sumpah (jika ada aturan yang tertib)? Janganlah menghina kebijaksanaan dan kebesaran Allah sehinggakan kita mempertikan hal-hal kecil tetapi menutup mata ke atas isu besar.

Janganlah mudah dibeli dengan wang ringgit dan janji manis Anwar sehingga agama Islam sendiri dipandang hina oleh orang.

8 comments:

kamal... said...

ermmmm satu ulasan yg bernas,berdasarkan fakta dan kupasan yg menarik dari pengarang blog..ada logiknya dan ada kebenaran juga..blh d katakan kupasan yg mendalam dan membuka minda pembaca..all the best saya akan tengok lg kupasan yg akan datang..

Anonymous said...

HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-51

PADA 30 OGOS 2008
JAM 9.00 PAGI
BERTEMPAT DI ARENA SQUARE KUALA KANGSAR

SAUDARA-SAUDARI DIHARAP DAPAT MEMBERI PERHATIAN DAN SOKONGAN TERHADAP HIMPUNAN INI DEMI MENJAGA BANGSA KITA YANG SEMAKIN MERUNCING DICALAR-CALAR DAN DIROBEK-ROBEKKAN OLEH ORANG YANG MENGANGGAP KITA INI SUDAH LEMAH DAN SEMAKIN HAPUS DITELAN BUMI TANAH MELAYU KITA SENDIRI

DIJANGKAKAN TUANKU RAJA MUDA AKAN MENCEMAR DULI UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK INI

DIHARAPKAN KITA AKAN MENYOKONG DAN BERSATU UNTUK MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

DIINGATKAN DENGAN SECARA TEGASNYA BAHAWA HIMPUNAN INI BUKANLAH HIMPUNAN DENGAN BERTUJUANKAN POLITIK DAN BUKAN JUGA UNTUK TUJUAN PERSENDIRIAN

TULANG-TULANG BELAKANG HIMPUNAN INI TERDIRI DARIPADA GABUNGAN NGO-NGO YANG HANYA MENYOKONG UNTUK TUJUAN DASAR MENYELAMATKAN MELAYU KITA

HIMPUNAN YANG BERTUJUAN UNTUK MEMBERI AMARAN KEPADA MEREKA DILUAR SANA BAHAWA KAMI MELAYU MUDA ADALAH PERINTIS UNTUK MENYAMBUNG KERINGAT YANG TELAH DIJUANGKAN OLEH BAPAK-BAPAK DAN MAK-MAK KITA

SEDARLAH BAHAWA MELAYU MASIH ADA DAN WUJUD DI TANAH MELAYU INI

SAMA-SAMALAH KITA KE SANA,MEMERIAHKAN HIMPUNAN UNTUK MENGENANG KEMBALI SEJARAH YANG TELAH HAMPIR KITA LUPAKAN

JANGAN LUPA HEBAHKAN KEPADA TEMAN-TEMAN, KAWAN-KAWAN, IBU BAPA UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

SEMOGA BUDI ANDA AKAN DIBALAS OLEH YANG MAHA ESA

SEKIAN...
SALAM...

BERSATU MEMBELA BANGSA,
HIDUP MELAYU MUDA.

Conspiracy Theorist said...

bro anon,

tima kaseh atas info tp saya rasa nak pg dengaq Tun nya speech kot,..heheh..wat can I say..(",)

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar!!

Anonymous said...

sumpah dgn quran tgn kiri..hehe..haih..tu pun gagap2 sikit..hehe..nak kasi tau sikit la kat blogger,if pengikut nik aziz ni taksub sgt dgn nik aziz ni,u pikirla..bukan suma org tak berilmu..u penah pikir tak eventhough org lain duk cakap nik aziz mengarut,tapi dia still dipandang tinggi oleh masyakarakat kat kelantan..u ingat suma rakyat kelantan tak cerdik ke??..i penah dgr khutbah beliau..mmg lain dari ulama yg penah i dgr..i bukan taksub..ada ulama umno berani ke comment ttg sumpah tu??..sy nak tgk sikit la,paklah yg perkenalkan islam hadari tu,..ulama umno setuju suma..u noe wat happen to hadari now??gone already..jadi imam dalam masjid,tapi sentuh2,raba2 michel yeoh..haha..haih..pemimpim islam kite..since hadari muncul,barang harga naik,kadar jenayah naik..keadaan negara lintang pukang..Bala ke ni kat negara kite?u penah pikir??

Anonymous said...

nik aziz org yg begitu berpengelaman dalam agama..jgnla duk kata org tu tak reti agama,meminggirkan agama kerana anwar,,,..dia cakap benda yg betul..pegi tny la ulama2 mana2,betul ke saifool tu sumpah..maybe ulama hadari kata betul..tu lain cite..sbb ulama hadari pun tak tegur paklah time letak kalung kat tugu negara,raba2 michel yeoh,even dr mashitah pun pelik nape kena potong tgn utk org yg mencuri..nape tak kasi pencuri tu keje..haha..if paklah curi duit rakyat,nak kasi keje ape..haha..ulama hadari katakan..tgk la islam umno sendiri wahai blogger..if u cakap nik aziz tu mengarut,bodoh,pegi la kelantan,tny la org2 kelantan..how is nik aziz??...umno burukan dia depan tv3 pun tak jadi masalah,,sbb ape?? blogger nak tau sbb kasih syg ALLAH lebih kat ulama2..kalu takde ulama,abis la islam..tapi bukan islam hadari,...

Anonymous said...

mana tau pembangkang dpat beratus juta.ada bukti ke?bg dlu bukti sblm wt ulasan.baru bole nk caya.takut nti jd fitnah xpasai2 eden dpek dosa kering.huhuhu

Anonymous said...

Sebenarnya, pada saya, sumpah saiful ini sedikit pon tak mengejutkan.. sbbnya hari ini pon sdh ramai Melayu yg beragama Islam yg minum arak dan berzina..sy tak rasa mereka tidak tahu yg perbuatan itu mengundang laknat Allah..maknanya mereka tahu laknat Allah akan tiba ttp mereka tetap melakukannya..bukankah bila mereka menghalalkan apa yg diharamkan Allah dan mengharamkan apa yg dihalalkan Allah itu maksudnya mereka mempermainkan hukum-hakam Allah.. jadi apa yg peliknya dgn sumpah ini.. Satu lagi, media hari nih time sumpah2 nih la sibuk cari pendapat ulamak dan mufti samada perbuatan itu ikut lunas islam atau tidak. Helo.. bila Inul nk datang golek2 punngung kt sini ade ke yg tanya pndpt ulama' perbuatan itu ikut Islam atau tidak.. hakikatnya Islam kita hanya pd part tertentu..especially yg kita mempunyai kepentingan di dalamnya.. Moga hati kita sentiasa terbuka untuk menerima petunjuk Allah..

Anonymous said...

Apakah Nik Aziz tidak menerima sebarang imbuhan peribadi lagi dari Anwar untuk menyelamatkannya kali ini?

jawapku...maner awak tahu.??saya mahu bukti.. show it..