Friday, April 18, 2008

Anwar Tiada Kaitan Dengan Yahudi?

Waah ramai yang marah-marah sebab saya tidak kemaskini blog ini. Memang termagu sekejap memikirkan apa yang bakal terjadi kepada negara ini jika Anwar Ibrahim berjaya mengambil alih negara ini.

Sebenarnya tiada isu besar untuk Anwar setakat ini sehinggalah beliau menafikan sebarang hubung kait dengan Yahudi. Tindakan Anwar ini semacam gagak berkata dia tidak hitam sahaja sifatnya. Menurut cerita rakyat, gagak yang hitam selalu cuba menafikan kehitamannya dengan menuduh orang binatang lain lebih hitam.

Anwar sukar untuk menafikan hubungannya dengan yahudi kerana sejak dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, kuasa-kuasa Yahudi di seluruh dunia memberi ruang, peluang dan pentas yang begitu besar buat Anwar.

Buat sementara Boleh semula baca tulisan dalam blog ini:

1. Anwar Khianat orang Melayu

2. Anwar dan Wolfowitz

Rujukan lain:
1. If Anwar is not "PM of Israel", What Then?
2. HUBUNGAN ANWAR DENGAN YAHUDI : INI BUKTINYA!

14 comments:

Anonymous said...

Anwar Agent Amerika

http://www.youtube.com/watch?v=lVg7P1nsGjQ -video 1


http://www.youtube.com/watch?v=xwqmIhP_iRE -video 2


http://www.youtube.com/watch?v=24BChFvj2k8 -video 3


http://www.youtube.com/watch?v=pEY2d1Y6Vp8 -video 4

Semua ini boleh dilihat di :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Anonymous said...

Pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di Padang Awam Ketereh, Kelantan pada 18 Mei lalu mengakui bahawa dia pernah menemui Paul Wolfowitz selepas keluar dari penjara. Tetapi apakah hubungan dua orang tokoh besar ini hanya setakat itu sahaja?


Ramai penyokong pembangkang terutama dari PKR telah terpedaya dengan olahan cerita Penasihat PKR dalam ceramah tersebut. Kononnya Anwar hanya pernah berjumpa Wolfowitz pada ketika itu sahaja, tidak lebih dari itu, malah ketika pertemuan itu dia kononnya telah menegur tindakan Amerika Syarikat (AS) menyerang Iraq. Maka timbullah anggapan bahawa isu hubungan Anwar-Wolfowitz itu hanyalah propaganda dan mainan media massa arus perdana yang dikuasai oleh UMNO.

Sesungguhnya, bukan menjadi rahsia lagi bahawa Anwar Ibrahim mula mengenali Paul Wolfowitz semasa bekas Presiden Bank Dunia itu menjadi Duta AS di Indonesia. Hubungan baik Anwar dan Wolfowitz berkekalan sehingga Anwar dipenjara dan dibebaskan.

Perlu diingati, Wolfowitz adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS yang merupakan arkitek utama Perang Iraq yang menyebabkan kematian ratusan ribu umat Islam tidak berdosa sehingga sekarang. Semasa Anwar dipenjarakan, dia adalah pelobi dan pendukung kuat kempen membebaskan kawan baiknya itu di luar negara terutama di AS.

Selain Wolfowitz, terdapat beberapa lagi tokoh Yahudi yang berdiri di belakang kempen membebaskan Anwar di Barat seperti James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), Madeline Albright (bekas Setiausaha Negara AS) dan William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS)

Selepas Anwar dibebaskan, Wolfowitz adalah antara dua orang pemimpin dunia terawal yang menziarahinya sebaik sahaja menjalani pembedahan tulang belakang di Munich, Jerman. Wolfowitz dilaporkan sanggup terbang dari AS ke Jerman serta merta sekalipun mempunyai jadual ketat semata-mata untuk berjumpa kawan baiknya itu.

Hubungan Anwar dengan Yahudi Neo-Con yang pro Zionis Israel bertambah erat selepas itu apabila dia menetap di AS. Perkara ini turut disedari oleh media massa Barat termasuk BBC, CNN dan ABC, sehingga banyak kali Anwar ditanya tentang hubungan rapatnya dengan tokoh Yahudi yang bertanggungjawab merangka pelan polisi unilateral AS yang bernama The Project for the New American Century (PNAC).

Pembaca sendiri boleh menonton satu temubual dengan Anwar dalam rancangan BBC HARDtalk, di mana Anwar mengakui bahawa Wolfowitz sebagai kawan baiknya.

http://www.youtube.com/watch?v=siJWFJOl40o

Semasa di AS, Anwar turut menjadi pensyarah pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) di Johns Hopkins University di mana Wolfowitz pernah menjadi dekannya.

Perlu juga diingat, Anwar merupakan satu-satunya pemimpin dunia beragama Islam yang menyokong kuat pelantikan Wolfowitz yang merupakan dalang utama peperangan ke atas dunia Islam sebagai Presiden Bank Dunia selepas Presiden George W. Bush menamakannya.

Berikut adalah petikan berita mengenai isu pencalonan Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia pada tahun 2005.

------------------------------------------------------------------

'Passionate' Wolfowitz Backed by Anwar for World Bank

March 24 (Bloomberg) -- Paul Wolfowitz, President George W. Bush's nominee to lead the World Bank, won backing for his candidacy from Anwar Ibrahim, Malaysia's former deputy premier and one of Asia's most prominent Muslim politicians.

------------------------------------------------------------------

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=10000080&sid=aHoszlZxfKws&refer=asia

Atas hubungan baik dan sokongannya itu, Wolfowitz telah melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia semasa dia mengepalai Bank Dunia. Malah dikatakan bahawa pelantikan Anwar sebagai Pengerusi The Foundation for The Future juga hasil pengaruh dan lobi Wolfowitz. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair dan luar negara, pastinya sudah lama mengetahui hubungan rapat Anwar dengan tokoh Yahudi Neo-Con tersebut sebelum isu ini dihebahkan di media arus perdana kebelakangan ini lagi.

Sementara itu bagi kebanyakan orang di negara ini, mereka hanya didedahkan mengenainya berikutan terbongkarnya skandal Wolfowitz dengan teman wanitanya, Shaha Riza yang turut dikaitkan dengan Anwar. Skandal tersebut telah menjadi tajuk hangat media massa di dalam dan luar negara sehinggalah Wolfowitz mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Bank Dunia.

Hubungan rapat Anwar dengan Wolfowitz membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana seorang yang diangkat oleh sesetengah pihak kononnya sebagai pemimpin hebat yang berjiwa Islam, boleh terlupa atau sengaja melupakan ayat Allah di dalam kitab suci al Quran berkenaan mengangkat orang kafir sejahat Wolfowitz, dalang dalam perang ke atas umat Islam di Iraq sebagai teman rapatnya!?

Allah Taala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." [Surah Al Maidah: 51]

sokong_kerajaan said...

Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim... Boleh tak tolong jawab pertanyaan saya? Kenapa Anwar Ibrahim tak pernah kutuk pihak barat dan Yahudi? Kenapa pula pihak barat dan Yahudi begitu memuja-muja Anwar Ibrahim?

sokong_kerajaan said...

Kenapa pula si Anwar ni suka sangat ke luar negara? Bukannya buat benda berfaedah pun, cuma kutuk-kutuk kerajaan dan negara sendiri... Dia ni patriotik ke atau pengkhianat negara?

Anonymous said...

I believe the case is not as simple as that. I means if he was that great of a person, why then so many corruption still comes from him? So what if he meets the Jews. will it bring Malaysia any good?

Unknown said...

why is anwar issue with jews being brought up? Does that make him a better leader or what?

phillix-starscreamer said...

um. i don't get it. and your point to this whole issue is.....?

Anonymous said...

Didalam MyKMU.net tuh ramai yang posting mengatakan ini isu basi. Kononnya Anwar sudah jauh kedepan dengan PKR nya sedangkan UMNO masih membuka isu ini.

Bagi saya ini bukan isu basi. Ini sesuatu yang serius. Sama ada sedar atau tidak, Anwar tidak sedar sokongan kuat dari luar yang mendakwa mereka menyokong Anwar sebenarnya merupakan satu perangkap.

US dan sekutunya termasuklah Yahudi, tidak lepas pandang pada orang macam Anwar ni. Mereka mengambil kesempatan atas situasi yang telah berlaku pada Anwar dahulu kononnya merekalah penyokong yang sebenar.

Masalahnya, perkara seperti ini agak sukar untuk disedari oleh empunya diri apatah lagi apabila merasakan dirinya dianiaya.
Anwar umpama telah menjual 'soul'nya. Anwar umpama telah membuka pintu neraka bagi Malaysia. Ingatlah, sekali Malaysia atau salah seorang pemimpinya terjerat dengan godaan US dan sekutunya ini, bukan mudah nak lepaskan diri. Kelak negara kita berperang dan hancur.

Malah politik negara akan dipecah belah dan dilaga-lagakan lagi. Terpulang kepada mereka yang menyokong Anwar. Mereka mungkin belum sedar. Tapi ini jauh lebih menakutkan dari masalah BN kalah 5 negeri!

Didalam negara pun, saya harap Anwar dan pakatannya benar2 bangun untuk kebaikan semua bangsa. Jangan sampai diperkotak-katikkan oleh DAP yang tunggu masa je.

Oh saya juga tertanya-tanya sejak Anwar digulingkan, dan dikeluarkan dari penjara, apakah sumber pendapatannya? Kelihatan dia keluar masuk keluar negara dan kesana sini tak pernah langsung mempunyai masalah wang. Mana dia dapat duit ye?

Anonymous said...

gambar bekas menteri mencabul

www.raksasabn.blogspot.com

AIDC said...

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Kerajaan Rakyat said...

Saya bukan ahli politik, tetapi saya membaca sifir politik melalui pemerhatian serta pengamatan tindak-laku dan sandiwara para pelakonnya. Pelakon sandiwara politik adalah mereka yang menjadikan lapangan politik sebagai sumber pendapatannya.

Slogan dan retorik yang beraneka adalah skrip sandiwara kutu-kutu politik ini. Samada kutu-kutu ini mementaskan sandiwara politik mereka di peringkat nasional, negeri, daerah atau desa, matlamat dasar mereka adalah meraih perhatian, simpati dan sokongan rakyat demi meliliti mereka dengan kekuasaan yang lumrahnya berakhir dengan matlamat sebenar mereka – menggunungkan harta kekayaan dan wang ringgit.

Sejarah banyak membuktikan, terlalu banyak mereka yang telah berpuluh tahun berkhidmat sebagai guru atau pengetua atau pegawai PTD yang hanya mampu memiliki sebuah rumah kediaman yang sederhana dan hanya termampu memiliki kereta paling hebatpun mungkin Proton Perdana atau Honda Accord 2.0 atau Volvo secondhand.

Manusia yang sama apabila terpilih sebagai wakil rakyat samada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Rakyat dalam jangka masa 4 atau 5 tahun telah berubah menjadi jutawan dengan hartanah, kereta dan perniagaan yang berbagai dalam nilai jutaan dan mungkin puluhan juta ringgit.


http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Anonymous said...

Rasuah Politik Pasca PRU-12?

Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat ("PR") untuk melompat parti.

layari: http://www.rembau.net

sokong_kerajaan said...

Tidakkah kita tertanya-tanya kenapa pihak USA begitu teruja membela Anwar Ibrahim jika mereka tidak mempunyai hubungan sulit yang akrab sekali?

Kenapa pula The Jerusalem Post begitu teruja dalam mempromosikan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia?

Tidakkah ianya begitu pelik dan mengejutkan?

Anonymous said...

ok ini pendapat gua..

isu anwar dgn yahudi bagi umat mlayu espeacially yg bragama islam.. isu ni mmg sgt serius. Sya sendiri slalu ikut perkembangan Anwar dgn kuasa asing spt Hubungan rapat ngn yahudi n US.. dan kebanyakkn fakta tersebut kelihatan sgt sahih, isu worldwide camni kita sepatutnya ambil perhatian ngn sewajarnya.

Sifat n pendirian pun da jelas sgt sekarng.. mcm mn anwar punya 'style' ntuk nk jadi PM, smpai maruah mlayu tergadai, menghuru-harakn negara, memperlagakn sesama kaum dan mengunakan isu perkauman sbagai strategi beliau

Saya paham, dunia yg semakin moden ni menyebabkn bnyk perkre2 buruk dn mungkar berlaku dlm sesebuah pentadbiran negara mcm kerajaan kita sendiri skrang.. ngan rasuah berleluasa, pemimipin x amanh dan sbagainya... ini perkara yg boleh berlaku.. kt mn2 negara pun camtu jgk baik negara islam atau x.

poin sya kat sni, MUNGKIN majoriti penyokong PKR Melayu da muak ngn care kerajaan tadbir negara dan memilih pkr kononnya ntuk mnegakkn syariat islam. X, sbenarnya kamu semua penyokong pkr da tersasar jauh.. kamu semua sokong pkr bkn semata2 krn agama atau sebagainya tapi kalian da terlalu TAKSUB dgn politik dan ANWAR. Buktinya, da jelas sgt skrang.. mcm mn anda semua jadi 'gila' smasa pilihan raya di permatang pauh...

Nasihat sya pd penyokong Pkr.. DASAR Pkr x ubah dgn dasar BN/UMNO.. kalian para penyokong pkr sepatutnya tahu manifesto Anwar sblum ni.. apa yg membezakn PKR dan UMNO.. hak keistemewaan semua kaum disama rata kn.. kalu perkara ni berlaku sya yakin negara kita xkan di'cap' sbagai negara ISLAM kelak.. fikir dlu sblum membuat sesuatu, jgn kelak kalin menyesal krn mrosakkn bangsa dan agama sendiri..