oleh Hassan Karim
Pada September 1998, ibu kota Kuala Lumpur digemparkan dengan jeritan reformasi oleh ribuan suara rakyat.
Berbagai pihak dan golongan bersatu untuk menuntut perubahan dan keadilan.
Dalam banyak-banyak tuntutan itu, satu darinya dipersetujui hampir semua mereka iaitu menuntut Dr Mahathir Mohamad turun dari jawatan perdana menteri.
Sepuluh tahun telah berlalu. Kini Mahathir bukan sahaja telah dijatuhkan oleh rakyat daripada tampuk kuasanya tetapi pada hari rencana ini ditulis Mahathir telah keluar dari Umno – jentera politik yang dikudanya lebih dua dekad untuk memusnahkan struktur-struktur penting sistem demokrasi negara ini.
Banyak juga yang telah dicapai sepanjang 10 tahun ini. Namun begitu, walaupun Mahathir telah turun tetapi BN dan Umno masih berkuasa di peringkat pusat dan lapan buah kerajaan negeri.
Demokrasi mula berkembang apabila BN hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan ia tidak ada lagi kuasa hendak meminda perlembagaan sesuka hati.
Tetapi dengan majoriti mudah yang ada padanya, BN masih berdegil tidak mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang menindas suara rakyat.
Satu perkara positif yang memberangsangkan sekarang, dasar politik luas yang bersifat pelbagai kaum yang berteraskan keadilan sosial mula mengambil tempat dalam pentas politik arus perdana.
Tetapi politik sempit menggunakan kad perkauman masih cuba diapi-apikan oleh parti-parti komponen BN, khusunya Umno.
Kita perlu mengakui bahawa Agenda Reformasi yang lantang disuarakan 10 tahun lalu masih belum selesai. Ia telah mencapai beberapa kejayaan tetapi belum mengubah sistem yang ada yang telah ditegakkan selama lebih 50 tahun.
Tiada pilihan lain kecuali kerajaan BN perlu ditumbangkan jika Reformasi hendak dilaksanakan. Abdullah Ahmad Badawi dan Umno perlu mengambil laluan seperti BJ Habibe dan Golkar di Indonesia selepas Suharto jatuh pada 1998.
Dalam hal ini, bagaimana BN, Abdullah Ahmad Badawi dan Umno hendak ditumbangkan? Inilah persoalan pertama perlu dijawab.
Kemudian siapa yang boleh menggantikan BN? Apakah Pakatan Rakyat (gabungan PKR, PAS dan DAP) telah bersedia untuk mengambil peranan sejarah ini?
Apakah Pakatan Rakyat sekarang bersifat kerajaan dalam eksperimen? Inilah persoalan kedua.
Dan persoalan akhirnya, peranan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin gerakan reformasi di Malaysia.
Persoalannya, sampai bila Anwar Ibrahim perlu dikenali sebagai pemimpin de facto parti-parti pembangkang?
Walaupun diakui perubahan personaliti atau tokoh tidak mencukupi untuk membawa reformasi di Malaysia ini, tetapi tidak dinafikan setiap tahap perjuangan memerlukan seorang tokoh kepimpinan.
Pada ketika ini tiada tokoh yang lebih layak membawa obor Reformasi kecuali Anwar Ibrahim.
Banyak orang dapat memaafkan Anwar berhubung segala kelemahannya dan kegagalannya selama 16 tahun dalam kerajaan BN kerana Anwar telah membayarnya dengan berani apabila sanggup terpenjara selama enam tahun bawah kediktatoran Mahathir.
Bagaimanapun laluan Anwar untuk menjadi seperti Nelson Mandela yang berjaya merobohkan dasar Apartheid tidak begitu mudah.
Masih ada golongan yang kurang selesa dengan Anwar angkara isu-isu seperti yang dibangkitkan oleh anak Mahathir, Mukhriz, di Dewan Rakyat baru-baru ini iaitu tentang hubungan rapat Anwar dengan tokoh-tokoh neo-konservatif Amerika seperti Paul Wolfowitz dan kisah sebuah yayasan yang dipimpin oleh Anwar yang dikatakan sebahagian dananya diterima dari Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Penulis bersifat positif dan tidak prasangka terhadap Anwar. Tuduhan hanyalah tuduhan selagi ia tidak dibuktikan.
Bagaimanapun jika Anwar dapat membersihkan dirinya daripada persepsi negatif tentang hubungan rapatnya dengan elemen-elemen reaksioner di Amerika Syarikat dan dunia Barat, maka Anwar boleh menjadi pemimpin de facto dan de jure di Malaysia dan beliau boleh terus memimpin perjuangan Reformasi yang belum selesai.
Bolehkah Anwar bangun dan menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang tuduhan Mukhriz Mahathir di parlimen?
Hassan Karim adalah presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM)

9 comments:
New Cabinet:
Prime Minister - Anwar
Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang
Culture Minister - Farish Noor
Defence Minister -
Education Minister - Nga Kor Ming
Environment Minister - Teresa Kok
Finance Minister - Tony Pua
Foreign Minister - Ramasamy
Health Minister - Tan Seng Giaw
Home Minister -
Information Minister - Jeff Ooi
Law Minister - Teng Chang Khim
Manpower Minister -
Sports Minister -
Technology Minister -
Trade Minister - Khalid
Transport Minister - Liew Chin Tong
(Penang Chief Minister - Lim Guan Eng)
Cite panjang2 pun tak guna.type panjang2 pun tak guna.semuanya urusan Tuhan beb!
1. Pernahkah Anwar Ibrahim mengkritik Yahudi kerana keganasan mereka terhadap Palestin?
2. Pernahkah Anwar Ibrahim mengkritik Barat secara terbuka kerana menggunakan alasan 'Weapon of Mass Destruction' yang terbukti omongan kosong di Iraq?
3. Kenapa The Jerusalem Post begitu berminat mempromosikan Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia?
Saya tidak percaya ada orang Melayu sanggup menjadi agen Yahudi atau kuasa asing lain. Sebaliknya saya lebih percaya bahawa mereka terperangkap dengan agenda Yahudi itu samada secara sedar ataupun tidak. Jika mengambil kira anggapan kedua saya itu maka semua pihak harus muhasabah diri dengan ikhlas dan jujur. Bagi saya, pertelingkahan yang berlarutan sesama kita inilah yang dikehendaki oleh musuh Islam.
Takutlah pada Allah.
Surah Al-Baqarah ayat 120 ada menyebut bahawa yahudi dan nasrani tidak akan senang dengan Islam sehingga Muslim mengikut mereka.
Layakkah Anwar pimpin Reformasi? Sebenarnya Anwar tak layak langsung jadi rakyat Malaysia.KEnapa? Kenapa dia begitu istimewa sampai semua Badan Risikan Negara Asing sanggup salurkan maklumat kepada dia? Kenapa Tun Dr Mahathir beritahu dahulu bahawa Anwar mengancam keselamatan negara? Kerana Anwar menjadi boneka negara asing yang menyalurkan maklumat keselamatan dan rahsia negara kepada pihak luar!! Adakah itu tindakan seorang PATRIOTIK?? Tidak!!! Itu adalah tindakan seorang yang mementingkan kepentingan diri sendiri.. Siapa yang membantu dari segi kewangan Anwar? Semuanya dari sumber luar negara!! Sedarlah semua Anwar Ibrahim sebenarnya seorang pengkhianat negara dan rendah moralnya. Sanggup berkompromi untuk menurunkan darjat AGAMA ISLAM YANG SUCI DAN BANGSA MELAYU semata-mata kepentingan politik,dan dia berjaya kerana sokongan MELAYU yang mudah lupa. Persoalan utama: Adakah semasa pemerihtahan Tun Dr Mahathir rakyat mengalami kesempitan hidup akibat ekonomi yang tidak stabil?? Adakah semasa Tun Dr Mahathir jadi PM ekonomi Malaysia tak berkembang?? Adakah kerana Tun Dr Mahathir memecat Anwar satu kesilapan beliau sedangkan Timbalan Beliau sudah silih berganti tetapi tidak ada yang gila meroyan gila kuasa seperti Anwar Ibrahim? Adakah Anwar layak memegang potfolio Menteri Kewangan sedangkan dia sendiri tak habis belajar (kalau belajar pun sastera) ,itu memang kesilapan Tun Dr Mahathir kerana lantik dia? Benarkah semasa Anwar jadi Menteri Kewangan dan TPM tidak ada projek yg diberi kepada kroni-kroni nya??
Adakah sesiapa dari PKR atau sesiapa sahaja yang betul-betul sanggup menjungjung Kitab Suci Al Quran (yang Muslim) bersumpah bahawa Anwar tak pernah terjebak dengan aktiviti LIWAT??
Semoga Allah menyelamatkan MALAYSIA,MELAYU dan ISLAM.
Allahuakbar!!!!
Mana mungkin Anwar Ibrahim dapat menjawab tuduhan Mukriz Mahathir di Parlimen kerana ianya benar belaka.
Kalau setakat jawab "And I said, I know I am not on the CIA payroll.", kepada foreignpolicy.com, itu hanya penafian yang harus difikirkan sebaik-baiknya oleh rakyat Malaysia.
Tiada apa yang harus di reform.Yang penting kita semua adalah pemimpin.Kalau tidak pun kita sendiri yang harus memilih pemimpin.Kita rakyat yang lebih berhak atau berkuasa.Yang harus direform adalah diri kita sendiri.Saudara Anwar sendiri pun harus direform.Saya sebagai rakyat biasa tiada problems tetap saperti biasa.Saya bukan orang politik dan tiada kepentingan dalam soal politik.Saya bukan bodoh.T/kasih.
Cakaplah berapa banyak kamu nak cakap!Bodeklah berapa banyak kamu nak bodek! Rakyat sudah keluar dari penjajahan minda yang dilakukan oleh UMNO/BN. Kecuali mereka yang masih bebal.
Assalamualaikum,
Mereka yang bebal ialah mereka yang teruja dengan peliwat yang disokong oleh USA.
Hanya orang yang lebih bodoh dari Anwar Ibrahim sendiri akan percaya kepada proksi Yahudi itu.
Post a Comment