Thursday, July 24, 2008

Anwar Tidak Percaya Allah Boleh Berlaku Adil?

Mengapa Anwar membuat laporan Polis bahawa Tan Srri Musa Hasan dan Ghani Patail memalsukan bukti dalam kes mata lebamnya 10 tahun yang lalu? Bukankah aneh sekali untuk Anwar membuat laporan sebaik sahaja Saiful mengadu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim?

Tujuan Anwar adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa jika Polis dan Pendakwaraya menyatakan ada bukti prima facie untuk mendakwa Anwar atas tuduhan liwat maka ia merupakan bukti-bukti yang direka atau dipalsukan.

Anwar juga sedar bahawa Musa Hasan dan Ghani Patail telah mengalahkan beliau dalam kes pertama dahulu. maka beliau perlu menyingkirkan kedua-dua ini. Jika mereka berdua terbabit tentulah kes ini akan dikendali dengan teliti dan cermat hasil pengalaman kedua mereka berhadapan Anwar sebelum ini.

Bukankah ini kelihatan Anwar seolah-olah sudah menyediakan jalan keluar untuk dirinya terus maksum di mata penyokongnya?

Tidak cukup itu beliau juga menggunakan ulama-ulama yang tidak ketahuan hujung pangkal makna liwat supaya menyarankan beliau membuat aduan qazaf. Inilah kali pertama dalam sejarah perundangan Islam, orang yang mengadu beliau diliwat perlu membawa empat saksi yang melihat perilaku itu.

Ulama-ulama ini walaupun belajar ilmu agama dengan begitu mendalam mereka tidak lebih daripada kaset atau CD sahaja. Otak mereka tidak berjalan tetapi hanya menghafal apa yang ada dalam kitab dahulu. Mungkin sebahagian otak mereka ini sudah terkena virus maka ia tidfak lagi mampu berfungsi dengan sempurna biar pun banyak data sebelum ini.

Ulama-ulama celaru ini membiarkan mereka dipermainkan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya.

KITA MAHU BERTANYA ULAMA INI, APAKAH NANTI SEMUA MANGSA ROGOL TERPAKSA MEMBAWA EMPAT SAKSI UNTUK MEMBUAT LAPORAN MEREKA DIROGOL. JIKA TIDAK MEREKA AKAN DIKENAKAN TUDUHAN QAZAF?

Hari ini kita terbaca pula kenyataan Nurul Izzah bahawa Bapanya dinasihatkan oleh ulama-ulama celaru ini agar jangan melakukan mubahalah kerana ia merupakan perkara besar dalam Islam. Memanglah mubahalah atau bersumpah ini perkara besar dalam Islam. Apakah membuat aduan Qazaf juga bukan satu perkara besar dalam Islam?

Kita lihat Anwar bukan sahaja tidak percaya kepada Polis dan Pendakwaraya, beliau juga tidak percaya kepada Allah.

Beliau tidak percaya Allah boleh melakukan keadilan jika melakukan mubahalah atau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak melakukan sebarang kegiatan meliwat terhadap saiful. Beliau juga tidak berani bermubahalah kerana tidak yakin Allah akan menyebelahinya. Jika benar beliau tidak membuat perkara terkutuk tersebut mengapa takut pengadilan Allah?

Malangnya ulama-ulama celaru dan penyokong Pas lebih percaya putar belit Anwar berbanding sumpah Najib dengan nama Allah secara terbuka bahawa beliau tidak mengenali Altantuya.

Inilah dikatakan pada akhir zaman setan-setan pun diangkat menjadi ulama.

24 comments:

Anonymous said...

Kesian, aku ni bukannya sokong anwar pon. tak nak pon kalau dier jadi PM.

Tapi,budak tadika pon boleh pikir logik, apsai dah berkali2 kena liwat baru dia nak report kat polis?

ada logik ka?

najib pon siap ngaku lagi saiful jumpa dia. (katanya pasal scholarship), bestnya kalo camtu, sumer orang kat mesia yg nak scholarship ni leh jumpa TPM.

Dah2,mgkin anwar betoi2 liwat budak tu. tapi, cara dakwaan dibuat dan tengok gaya saiful takda sapa nk caya.

senang jer konklusinya, puak umno ni mmg takda telok dan sedar diri lagi kalah PRU baru ni.

Daus said...

salam..

lu ni putar belit la..bagi gua anwar tak petik pasal cerita lama MUNGKIN dia malas nk ungkit benda2 tu dl..sebabnya dia dan PR tengah nak tawan putrajaya..lepas putrajaya dia tawan tau le dia nak ajar musa dgn ghani tu..lu punya tajuk je pn dh ada unsur2 putar belit..gua ingt anwar yg ckp..lu je yg memandai rupanya..

Anonymous said...

Wow. Tajuk artikel yang agak ekstrim. Kita kini sudah mula mengetahui bahawa tindakan DSAI yang diadakan selama ini adalah mengikut masa yang sesuai untuk melumpuhkan kerajaan BN yang mentadbir pada masa sekarang ini.

Segala insiden dan kejadian yang berlaku sepanjang DSAI melantangkan suaranya di hadapan media dan rakyat telah mencetuskan provokasi dan demonstrasi yang agak melampau di jalanan yang telah memberi kesan kepada perencatan eknomi di dalam negara kita, pengunduran pelaburan daripada warga asing, kesesakan jalanraya dan sebagainya.

Anonymous said...

salam.

saya tidak mahu menyentuh mengenai "Anwar Tidak Percaya Allah Boleh Berlaku Adil" serta ulama-ulama kerana bagi saya isu itu sensitif kerana melibatkan agama.

cuma yang saya ingin sentuh ialah keengganan Anwar untuk bekerjasama dalam memberi sampel DNAnya yang terbaru,fail dakwaan terhadap Musa Hasan dan Ghani Patail dan kecenderungan beliau meminta bantuan dari pihak luar.

keengganan Anwar dalam memberi sampel DNA dan membuat kenyataan akhbar mengenai beliau "diperiksa secara menyeluruh" seolah-olah mengecilkan keupayaan Polis di mata masyarakat.seolah-olah beliau mahu rakyat terus memandang serong kepada pihak Polis.sebelum ini beliau merestui mahkamah serta sistem perundangan negara beliau bebas dari tuduhan liwat namun kini beliau tidak mempercayai lagi sistem perundangan negara.

fail dakwaan terhadap Musa Hasan dan Ghani Patail juga dilakukan agak lewat iaitu hanya selepas Saiful membuat laporan Polis.kenapa tidak beliau membuat fail dakwaan sejurus selepas beliau dibebaskan?

pihak-pihak luar juga sudah mula mahu "memberi kata dua" mengenai kes Anwar terutama sekali Amerika Syarikat.

kita mahukan keputusan bukannya lebih banyak lagi persoalan dan drama.

Anonymous said...

dude..broaden ur mind for nu knowledge n perspectives

DSAI for a truth n peace malaysia

bdktakpergimengundi
-moscow-

Anonymous said...

UTK ULASAN LANJUT TENTANG ULAMA, LIWAT, QAZAF, SUMPAH, SILA RUJUK LAMAN WEB UST ZAHARUDDIN. http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=736&Itemid=72 SESUNGGUHNYA ILMU DAN KEFAHAMAN AGAMA YG SEBENAR ITU LEBIH PENTING DRP TANGGAPAN DAN EMOSI. KEPADA PENULIS BLOG DAN YG MEMBERI KOMEN, BERHATI2 BILA BUAT STATEMENT BERKENAAN TUDUHAN ZINA DAN LIWAT KERANA JIKA SILAP TYPE BOLEH DAPAT SAHAM DOSA SECARA PERCUMA. MOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA.

Anonymous said...

UTK ULASAN LANJUT TENTANG ULAMA, LIWAT, QAZAF, SUMPAH, SILA RUJUK LAMAN WEB UST ZAHARUDDIN. http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=736&Itemid=72 SESUNGGUHNYA ILMU DAN KEFAHAMAN AGAMA YG SEBENAR ITU LEBIH PENTING DRP TANGGAPAN DAN EMOSI. KEPADA PENULIS BLOG DAN YG MEMBERI KOMEN, BERHATI2 BILA BUAT STATEMENT BERKENAAN TUDUHAN ZINA DAN LIWAT KERANA JIKA SILAP TYPE BOLEH DAPAT SAHAM DOSA SECARA PERCUMA. MOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA.

Anonymous said...

Bukan tak percaya Allah. Percaya. Sebab itulah kita kena berikhtiar supaya kita tak teraniaya. Cuba tidur atas landasan keretapi apa jadi? Matilah jawabnya.

Anwar kena terus lawan kerana ia pernah dianiaya.

Yang dapat lihat semua orang tahu mata lebam dan Rahim Noor dihukum.

Yang kita tak nampak kita tak tahu. Anwar saja tahu. Siapalah kita nak tahu. Kita jangan dengar dan baca yang orang kata saja. Kalau tak tahu kita kena diam.

Dua perkara yang merunsingkan. Pertama. Saiful berumur 23 tahun. Tak bolehkah dia tendang Anwar? Kedua. Pengakuan Najib yang dia berjumpa dengan Saiful. Kita tahu bagaimana susahnya nak jumpa TPM.

Jadi kita yang tak tahu, janganlah banyak bercerita. Kes ini juga menampakkan kelemahan Ulama2 dan Mufti2 dan mereka yang mengaku tahu Islam. Orang ini kata begini dan orang itu kata begitu? Kita patut rasa malu dengan isu ini.

Yang kata Anwar Tidak Percaya Allah Boleh Berlaku Adil itu mengapa? Tahukah kita?

Apa kata sekiranya Anwar tidak liwat Saiful. Kita tak rasa malukah buat banyak2 komen.

Anonymous said...

Bukan tak percaya Allah. Percaya. Sebab itulah kita kena berikhtiar supaya kita tak teraniaya. Cuba tidur atas landasan keretapi apa jadi? Matilah jawabnya.

Anwar kena terus lawan kerana ia pernah dianiaya.

Yang dapat lihat semua orang tahu mata lebam dan Rahim Noor dihukum.

Yang kita tak nampak kita tak tahu. Anwar saja tahu. Siapalah kita nak tahu. Kita jangan dengar dan baca yang orang kata saja. Kalau tak tahu kita kena diam.

Dua perkara yang merunsingkan. Pertama. Saiful berumur 23 tahun. Tak bolehkah dia tendang Anwar? Kedua. Pengakuan Najib yang dia berjumpa dengan Saiful. Kita tahu bagaimana susahnya nak jumpa TPM.

Jadi kita yang tak tahu, janganlah banyak bercerita. Kes ini juga menampakkan kelemahan Ulama2 dan Mufti2 dan mereka yang mengaku tahu Islam. Orang ini kata begini dan orang itu kata begitu? Kita patut rasa malu dengan isu ini.

Yang kata Anwar Tidak Percaya Allah Boleh Berlaku Adil itu mengapa? Tahukah kita?

Apa kata sekiranya Anwar tidak liwat Saiful. Kita tak rasa malukah buat banyak2 komen.

Anonymous said...

Anda kata "Kita lihat Anwar bukan sahaja tidak percaya kepada Polis dan Pendakwaraya, beliau juga tidak percaya kepada Allah."
Apakah benar ini ucapan dari hati anda??? jika benar ini bermakna anda dah tuduh Anwar itu 'bukan Islam' sebab anda kata beliau tidak percaya Allah(@tidak beriman kepada Allah)atau pun yang jelasnya anda tuduh dia 'kaffir'??? jika itu bukan maksud anda silalah tarik balik kat-kata anda itu sebelum istilah 'kaffir' itu berbalik kepada anda!

Anonymous said...

ellooo bro..lu ade dgr ke dari mulut mulut najib sendiri lafas sumpah tu bro...kalau lu tak dgr,lu tak payahlah canang2 cerita yg najib tu dah bersumpah..

Anonymous said...

Pokka said "Kita lihat Anwar bukan sahaja tidak percaya kepada Polis dan Pendakwaraya, beliau juga tidak percaya kepada Allah."

Kata-kata anda yang tersebut telah menganggap/menuduh Anwar itu seorang yang tidak Islam(@kafir)kerana anda kata dia tidak percaya Allah.... (orang Islam wajib percaya Allah manakala orang kafir tidak percaya Allah).
Adakah anda Muslim atau non-Muslim?
Kalau muslim...sila tarik balik kata-kata anda dan bertaubat sebelum kekafiran menimpa anda.

Anonymous said...

bodo POKKA ni rupanya.
Pandai Menulis tp x pandai menilai, hanya pandai menuduh & menuduh.

Anonymous said...

Wahai saudara2 yg budiman, Samaada Anwar dan Saiful melakukan perkara yg aib itu mereka sahaja yang ketahui dan juga Allah Maha Mengetahui. Anda, saya dan sesiapa sahaja tidak mengetahui sebab tak ada siapa yang pergi melihat atau mengintai. Jadi Tuhan akan menurunkan bala bagi sesiapa yang melakukan perkara yang melanggar ajaran Quran jadi bertaubatlah segera sebelum terlambat.

MBMS

Anonymous said...

Hebatnya mengulas bab agama ne mengalahkan ulama' lagaknya..Jika kita sedar ilmu agama kita kurang, tak perlu la bodoh sombong...Penghinaan Pokka kepada ulama' ne pasti akan dibayar dengan tunai oleh Allah!!!

dadidudie said...

pokka, tolong jgn samakan anda dgn DSAI, kalau tindakan anda yg mudah tidak percaya kpd Allah jgn menuduh org lain juga begitu...Org melayu mmang terkenal dgn sumpahannya, sumpah Mahsuri, sumpah org minyak, sumpah semerah padi, sumpah dgn qur'an, dimakan sumpah dsbnya. Per soalannya adakah sumpahan ini menurut hukum islam yg sebenarnya?? Bgaimana amalan Nabi dan para rasul dan sahabat2nya, adakah mereka mengamalkan sumpah ini sewenang2nya?? Dalam islam ada adab dan per aturannya yg harus kita ikut bukan amalan org melayu dahulu kala yg byk amalan bid'ah dan tahayul... Pokka jgn penulisan anda yg penuh emosi menjatuhkan anda kepada syirik...Berhati2 la

Anonymous said...

Kau orang semua ni memang suka tengok orang jual ubat ke.Pemimpin kuat temberang pun kau orang terpedaya.Anwar bekas UMNO jadi kalau kau kata pemimpin UMNO bangsat maka apa kurangnya dengan Anwar.Kau orang kenal baik ke dengan mamat ni.Kalau tak salah sumpahlah apa susah2 bagi banyak alasan.Orang dah naik muak,nak jadi PM konon.

Unknown said...

Tak percaya Allah dah dikira kufur/murtad dan sekelas dengannya.

Siapa kita nak mengatakan orang ini atau orang itu kufur.

Kita sibuk intai dan hebahkan cerita pasal dosa Anwar, dosa Pak Lah, dosa Mahathir dan dosa orang-orang lain. Pernahkah kita cuba intai dosa kita sendiri dan hebahkan pada orang lain?

Apa kata jika saudara buat satu posting tentang dosa-dosa kecil dan besar saudara dan biarkan seluruh dunia mengutuk saudara. Apa rasanya?

sokong_kerajaan said...

Assalamualaikum,

Ala... Kalau dengan Anwar Ibrahim tu tok soh dok percaya la... Macam bekas kawan baik dia cakap, pagi dia cakap lain, petang dia cakap lain, malam dia cakap lain. Dengan Melayu dia cakap lain, dengan Cina dia cakap lain, dengan India dia cakap lain. Munafik gitu.

Anonymous said...

Sumpah dengan nama Allah lani dah jadi mainan seperti group 3 line.
Mereka bersumpah taat setia untuk Amal Makruf dan Nahi mungkar....tetapi hakikatnya banyak yang menyeleweng dan masih mengamalkan gengsterism,judi nombor ekor,zina dan lain lain lagi.Isu sebenar adalah Dosa Besar dan sebagai orang Islam kita jangan mempengaruhi orang lain untuk percaya kerana kita tak nampak dan kita seharusnya menyerahkan urusan ini pada Allah. Dan kita tunggu pendakwaan terhadap Anwar....tapi kalau awal awal pendakwaan nanti ada banyak percanggahan fakta....maka Rakyat akan jadi Hakim.Pokka jangan melatah hingga lupa dan sanggup buat tohmahan terhadap Ulama.

Anonymous said...

yearrr smua yg percaya DSAI ni kite dah takleh lentur lagi.DSAI mmg di akui pandai berkata2 penuh dgn fakta penuh dgn rujukan..namun ada kah kebenarannyer?
pernah berada dalam kabinet and UMNO then kutuk PAS,kutuk DAP cakap camtu cakap camni bila tetiba2 kuar parti wahhh boleh berbaik plakkk...cam ludah jilat balik kan.
renung2 kan lah

juzaiuitm said...

tk mahu tgk uitm tergadai.fikir2

Anonymous said...

wahai blogger..Tuhan itu Maha Adil..byk dah org tgh fire kat dia skrg ni,,,dgn sumpah la..dgn cakap penyokong PKR jahat la.dgn penahanan exco PKR la..haha..tapi penah ke blogger pikir sokongan tetap diberikan kat anwar jgk??sbelum ni pemimpin umno duk cakap anwar agen yahudi,entah ape lagi la..tapi sokongan pun tak sikit kurang..n pemerintahan paklah skrg sudah dicemuhi rakyat..umno skrg pun sudah nampak rasuahnye...

Anonymous said...

adakah blogger penah terpikir apa yg terjadi skrg adalah tindak balas tun dr mahathir..dgn dia yg tuduh anwar liwat,etc2..n lantik paklah etc..tuduhan yg dibuat oleh azizan..now azizan meringkup dalam penjara sbb khalwat,bini dia mati dalam kemalangan n anak dia pun mati dalam kandungan..blogger penah terpikir ke ni balasan ALLah kat org yg berbuat zalim??..mahathir skrg makin dilupai rakyat..sedih la nasib malaysia camni,,sbb ada pemimpin yg pentingkan diri n zalim.."ALLAH takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasib mereka terlebih dahulu"..n ALLAH takkan menurunkan bala kat org yg bersalah je,tapi utk suma...