Tuesday, January 15, 2008

Bila Sahabat Pun Tidak Percaya Cakap Anwar (II)

Pada minggu lalu saya menulis bagaimana seorang sahabat baik Anwar Ibrahim,Nallakarupan, yang rela menghadapi hukuman penjara dari mendedahkan isu-isu peribadi dan skandal Anwar akhirnya hilang kepercayaan kepada beliau.

Nallakarupan bukanlah satu-satunya sahabat baik Anwar yang hilang kepercayaan dan mula menyedari sikap berbelit-belit Anwar. Banyak lagi sahabat baik Anwar terus menjauhi diri dari beliau dari sehari ke sehari.

Selain Raja Petra yang tampak tirit menjauhi diri dari Anwar, terbaru Hishamuddin Rais turut mengkritik dan memperlekehkanb idea subsidi Petrol Anwar. Hishamuddin Rais sepatutnya terhutang budi kepada Anwar yang berusaha keras membawa beliau pulang dari luar negara. Namun akhirnya, beliau juga sudah hilang kepercayaan mengenai kemampuan akal fikir Anwar untuk menjadi seorang pemimpin.

Hishamuddin Rais yang terkenal anti UMNO, BN dan Kerajaan tidak memilih kata bila menghentam kerajaan. Cuma kali ini beliau turut mengakui kebodohan Anwar. Dalam artikel terbitan Malaysiakini.com berjudul BN dan Barisan Rakyat bengong dalam hal minyak, Hishamuddin menulis:

Pada pagi 2hb Januari 2008 harga satu tong bahan bakar petroleum telah mencecah 100 dolar di pasaran dunia. Pada petangnya harga telah menurun sedikit. Ketika saya menulis ini harga satu tong ialah 99.68 dolar. Saya tidak terperanjat apabila melihat harga minyak naik menjadi 100 dolar untuk satu tong. Dalam tulisan tulisan saya yang lalu saya juga telah beberapa kali meramalkan harga bahan bakar ini akan terus naik.

Apa yang memeranjatkan saya ialah kenyataan yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat yang menyatakan jika parti ini memerintah maka harga minyak akan diturunkan. Untuk saya ini hanyalah kenyataan orang yang tidak tahu tentang Teori Puncak Minyak dan tidak sedar bahawa tamadun dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum.

Mengikut pandangan parti Keadilan jika United Malay National Organisation telus dalam memberikan perincian perbelanjaan dan pendapatan dari syarikat Petronas maka harga minyak akan dapat ditampung. Jika tidak ada pembaziran dari duit jualan minyak maka harga minyak akan terus dapat disubsidi.

Parti Keadilan tidak sedar dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Untuk berhujah, kita anggaplah mereka dapat mengambilalih kerajaan. Dalam penggal ke-3 pentadbiran Barisan Rakyat minyak habis. Barisan Rakyat adalah satu pentadbiran yang telus, tidak rasuah dan jujur. Bila minyak habis, mereka juga tidak dapat tidak akan menaikkan harga minyak. Ini hukum yang saintifik. Jadi cakap-cakap harga minyak hendak diturunkan itu, tidak mungkin dapat dilakukan.

Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut paut dengan ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis. Kenapa sukar sangat untuk memahami hakikat ini.

Kerajaan dalam bentuk apa sahaja – komunis, sosialis, kapitalis, Marxis, Anarkis, Geuvarist, Stalinist, Sosial Demokrat, Islamik, Syiah, Demokrat, Katholikus, Sembahyangist, Hindu, Buddha - kerajaan ada agama, tak ada agama, kerajaan rasuah, kerajaan telus lagi jujur, kerajaan alim lagi warak – semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur.


Memang kita tidak percaya sepenuhnya pun kata-kata sosialis seperti Hishamuddin ini. Namun jika sahabat baik Anwar pun tidak percaya Anwar mampu mengekalkan harga petrol, apakah kita rakyat biasa boleh mempercayainya?

9 comments:

Anonymous said...

Macam mane pula dengan Pak Lah ?

Mahathir yang percayakan dia sampai melantik dia sebagai Perdana Menteri sekarang tak percayakan dia.

Adakah Pak Lah pun tak boleh di percayai?

Or rules berubah ke kalau kawan Anwar saje yang menjadi "traitor" ?

Anonymous said...

Raja Petra from the beginning had admitted that he is not a pro or Anwar man... but he is against the injustice Anwar had in the hands of Mahathir/UMNO/BN....

iBNuZaCK said...

Teori puncak minyak ini pasti akan berlaku di Malaysia inshaAllah.Akan tiba satu saat di mana pengeluaran minyak di Malaysia akan merosot perlahan-lahan.Sebelum ianya habis.Tapi sebelum ianya habis,minyak dunia saat itu sudah berada pada tahap kritikal.

Sejujurnya saya lebih percaya jika dia punya statistik.Kerana saya yakin,andai Tabung Warisan Petronas benar2 mempunyai tabungan,ia mampu menampung subsidi minyak 5-10 tahun.

Saat kenaikan harga minyak mungkin tetap berlaku.Tetapi bukan pada masa sekarang di mana pengeluaran kita masih melebihi permintaan.Harga minyak sewajarnya mula dikaji bermula selepas peristiwa puncak minyak berlaku.Bukan pada tahun 2000!

Walhal Indonesia yang pengeluarannya kurang drpd keperluan dan berstatus pengimport minyak sendiri menjual petrolnya pada harga RM1.84,lebih murah drpd Malaysia.

Bukankah aneh?

Bagi saya,kalau benar2 tidak mampu,kerajaan harus bentangkan statistik,pendapatan Petronas dan subsidi.Akaun Petronas sepatutnya didedah.Petronas,jika harga minyak terus berada pada kadar USD100 pada tahun 2008 akan menghasilkan pendapatan RM93b,tidak termasuk hasil gas,LPG dan bahan2 lain.Juga tidak termasuk operasi luarnya di 25++ negara di dunia.

Kerajaan perlu telus.

Anonymous said...

Mahathir marahkan Pak Lah sbb pembaharuan yang Pak Lah buat berlainan daripada ideologi dia..Ini jelas menunjukkan Pak Lah sbenanye buat kerja berbeza dengan pandangan kelompok tertentu kononnya PM kite nih tido tak buat ape2

Lagipun lepas Pak Lah jadi PM, kita tau DSAI nih keluar dari penjara..Tapi ini DSAI pula, lepas die keluar dari penjara die serang sama ini Pak Lah..Cuma,die tak penah keluarkan statement lagi untuk serang same ini Pak Lah,tapi die senyum sahaja melihat pengkikut fanatiknya serang same ini PM, bukan serang polisi kerajaan..Oh lupe, politik = serangan individu..Selain isu minyak, isu partinya banyak cerita lama,rasuah zaman lamer,dan lain-lain yang sepatutnya sudah tutup buku..

Saye rase parti ini, patut lihat semula manifesto mereka klau ingin memerintah.Kerana ini lebih penting dari cerita lama..Sebgai contoh dalam manifestonya,ingin meramaikan kelas pertengahan..Jadi dgn cara itu, kelas bawahan akan dikurangkan dan diberi keutamaan tanpa mengira kaum.. Manakala kelas atasan pula sbb tak cakap apae2,rasenye akan terus bermahajalela sebagai golongan atasan..Atau mungkin hendak ditekan,tapi tak boleh cakap lagi, nanti hilang pengundi..Tak kisahlah yang mane satu yang betul,tapi macammanakah pelaksanaanya dan bolehkah keseimbangan ekonomi antara kaum dicapai?? karang takut makin parah, toksah kate HINDRAF lain pulak jadi nanti klau diorang memerintah..Janji-janji untuk turunkan harga petrol dan tol sahaja pun dah cukup buat orang tersengih..

Anonymous said...

Janganle nak cakap soal percaya dan tidak. Perpecahan UMNO dulu pun sebab unsur tak percaya sesama kawan dalam politik. UMNO hanya sikit bertuah sebab terlampau lama memerintah dan menguasai jentera kerajaan. UMNO boleh bodohkan rakyat dgn katakan banyak Malaysia terbaik tapi hakikatnya rakyat miskin masih ramai, barang2 harga naik tapi menteri2 semakin kaya dah rumah mereka berjuta2 tunggulah tak semua akan kekal. Satu hari rakyat akan sedar jugak.Masa tu ko lah org pertama yang jilat ludah sendiri.

sokong_kerajaan said...

Anwar ni memang bercakap ikut sedap mulut walaupun tentang perkara yang dia tak selidiki terlebih dahulu atau tentang perkara yang dia tak tahu-menahu.

Anonymous said...

saper cakap harga minyak kat indonesia murah RM1.84 dari kita. Hmmm lain kali kalau nak berdebat pastikan fakta tepat. I've been to indonesia recently..Periksa fakta anda pls sebelum berhujah.

Anonymous said...

Kerajaan perlu perihatin pada kehendak rakyat, PRU12 membuktikan dan sebagai amaran pada kerajaan yang meraka perlu lakukan sesuatu untuk pilihanraya yang akan datang. Ada isu2 yang tidak boleh di bincangkan di mana2 yg telah menyebabkan kekalahan teruk dialami oleh BN. Ini menunjukkan bahawa sama ada BN mengabaikan masaalah remeh-temeh ini atau terlalu bongkak akan "track record" kemenangan yang lalu.

Isu harga barang bukanlah isu yg begitu besar, tetapi perlu ditangani secepat mungkin, kerana bagi rakyat yg tidak matang berpolitik ini adalah isu yg sangat besar. Dengan membiarkan pembangkan membentangkan isu minyak di dalam kempen2 tanpa balasan perbahasan dari pihak kerajaan sememangya mengundang padah.

DSAI adalah seorang pemidato yg baik, apa sahaja yg di perkatakanya akan diterima oleh golongan yg kurang matang dalam politik. Setakat ini tiada seorang pun pemimpin didalam BN setanding baiknya berpidato dengan DSAI. Pada pandangan saya hanya DR. M sahaja yg bboleh menandingi kehebatan DSAI.

Oleh itu BN perlu meminta pertolongan dan nasihat DR.M untuk mengembalikan kegemilangan BN, sementara beliau masih wujud....

Anonymous said...

saya tak tau lah tapi dengar nya kalau minyak dalam negara dibanding dengan jumlah population dan statistik pengeluaran minyak,ditolak minyak industri pun tak export rasa2 harga boleh turun kot.kita biar petronas yang buat kajian dan import/export minyak dibenarkan di loji minyak trengganu milik petronas saja.lain-lain foctor lagi perluy kajian yang lebih.