Tuesday, November 13, 2007

Video VK Linggam IV: Bukti Dijanjikan Tiada Juga

Apa sudah jadi? Kita jangkakan ada suara Ahmad Fairuz atau ada bukti jelas Ahmad Fairuz bercakap dengan VK Linggam. Alih-alih apabila menonton rakaman sambungan yang disiarkan oleh Malaysiakini.com, yang ada hanyalah pengakuan VK Linggam kononnya dia bercakap dengan Ahmad Fairuz.

Anwar juga mendakwa sebelum ini kononnya ada perbincangan mengenai kes beliau. Anehnya tiada pula dibuktikan.

Bukan main Anwar main tarik tali kononnya akan membahayakan saksi dan sebagai-bagainya. Hakikatnya muka perakam pun tak ada. Seperti yang dinyatakan oleh blog ini dari awal lagi, jika VK Linggam mahu mengapa-apakan perakam pasti beliau sudah mengambil tindakan.

Malahan apakah mungkin ini semua bukan satu komplot peguam-peguam bukan Islam termasuk VK Linggam untuk mengenakan Ahmad Fairuz yang dilihat cenderung kepada undang-undang Islam dan menggesa dibuat kajian serius menggantikan English Common Law kepada Shariah Law.

Bukankah beberapa keputusan Ahmad Fairuz dalam isu membabitkan penukaran agama Islam kepada agama lain juga menyebabkan pelbagai NGO Bukan Islam marah? Apakah ini tidak mungkin satu komplot mengenakan hakim-hakim muslim?

Apakah Anwar tidak mahu memberitahu umum bahawa orang yang memberi klip video tersebut adalah adik VK Linggam sendiri? Apakah tiada agenda tersembunyi?

Selebihnya Anwar hanya boleh memainkan emosi penyokongnya dan sebahagian rakyat. Hakikatnya lobi berlaku di mana-mana sahaja. VK Linggam boleh sahaja mengaku ia mempunyai pengaruh untuk menaik atau menjatuhkan seseorang. Ini juga biasa dilakukan oleh anwar suatu ketika dahulu.

Apakah anwar lupa bahawa banyak keputusan-keputusan beliau diberitahu kepada pemimpin bawahan sebagai keputusan Dr. Mahathir?

Apakah Anwar mahu menafikan bahawa beliau juga seringkali mengaku melobi orang itu atau orang ini kepada Dr. Mahathir? Yang melucukan beliau berkata demikian kepada semua orang. Jadi sesiapa sahaja yang dilantik oleh Dr. Mahathir akan percaya Anwar yang membantu beliau.

Demikianlah kaki putar belit. Putar belit mereka lebih mudah dipercayai kerana mereka berada di sekitar koridor kuasa.

4 comments:

inam kitites said...

betul ker aku baca posting blog nih..?

bukan ker BPR tak jadi nak amek bukti besar yang ada kat anwar dan ditangguhkan di tarikh yang di tentukan oleh BPR sendiri?

najwan halimi said...

sdr pokka,

suruhanjaya diraja bakal ditubuhkan.

jelas apa yg anwar dedahkan ada asas dan kesannya.

Anonymous said...

Kini, tidak malukah anda dengan penulisan yang penuh dengan keyakinan kononnya bahagian kedua video VK lingam berkenaan kes Anwar tidak wujud, kini ia telahpun dikeluarkan.

Blithe said...

Good for people to know.