Monday, November 26, 2007

Ketelusan Perlu Bermula Dari PKR


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim melaung seantero negara supaya kerajaan dan Barisan Nasional lebih telus (Transparency)dan mempunyai pertanggungjawaban (accountability). Ini juga yang dilaung-laungkan sebagai salah satu manifesto atau agenda PKR dan Anwar.

Jika saya bangkitkan semula mengenai sikap Anwar di dalam kerajaan yang jauh dari nafas ketelusan; bagaimana sikap beliau ketika menjelaskan isu kerugian Bank Negara Malaysia, kempen politik pemilihan UMNO 1993, APCET II dan tragedi Kampung Rawa,tentulah ramai yang akan berkata ini cerita lama.

Baiklah. Katakan Anwar sudah berubah dari seorang politikus yang bijak menjadi seorang politikus yang jujur, telus dan lurus.

Justeru kita ingin bertanya Anwar, apa sudah jadi dengan isu-isu penyelewengan kewangan dan pembabitan beberapa pemimpin kanannya dengan dana Amerika Syarikat.

Pendedahan ini bukan dilakukan oleh sembarangan. Sebaliknya dilakukan oleh Lokman Nor Adam, bekas Setiausaha Kerja Angkatan Muda Keadilan ketika itu.

1. Kita mahu bertanya, adakah tidak salah membawa masuk wang tunai berjuta ringgit tanpa melakukan pengisytiharan seperti yang dilakukan oleh Ezam Mohd Noor? Sehingga hari tiada saman ke atas Lokman sedangkan Datuk Seri diketahui suka menyaman orang lain jika dirasakan beliau benar.

2. Apakah benar Keadilan menerima pelbagai dana asing untuk kempen politiknya?

Menurut pengakuan bersumpah Lokman Nor Adam di masjid negara beberapa tahun lalu, Tien Chua (melalui teman wanitanya) pernah mengaturkan satu pertemuan dengan ‘penyangak mata wang’ George Soros (berbangsa Yahudi) yang dihadiri oleh Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Wan Azizah pada sekitar tahun 2002 bertujuan untuk meminta dana untuk mengerakkan parti Keadilan. Benar atau tidak? Bolehkah sebuah parti politik menerima dana atau sumbangan asing tanpa membuat penyistiharan?

3. Lokman juga mendedahkan bagaimana Khalid Jaafar mempunyai wang berjuta ringgit di Citibank New York. Dari mana wang ini datang? Adakah dibuat pengiytiharan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri? Jika tidak, adakah ini ciri-ciri yang betul untuk menjadi sebuah parti yang kononnya ingin membawa perubahan kepada pemerintahan yang lebih telus dan terbuka?

Pendedahan Lokman Nor Adam benar-benar menjejaskan PKR. Akibatnya Anwar terpaksa meminta orang kuatnya dan yang menjadi sasaran Lokman, Ezam Mohd Noor keluar parti dan menubuhkan Gerak.

Bukankah ini satu usaha menutup cerita sebenar? Jika isu dalam PKR, sebuah parti kecil pun Anwar tidak boleh berlaku telus dan akauntabiliti, apakah kita percaya Anwar boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih baik, telus dan terbuka?

PKR juga perlu menjelaskan kepada umum terutama ahli parti mengenai apa yang terjadi kepada pelbagai dana yang disumbangkan. Lihat apa yang ditulis oleh bekas Pengendali Laman Web Free Anwar Campaign (FAC),

"One day, around August 2004, one of Anwar’s lawyers called me aside and asked me, “How much money has the Free Anwar Campaign (FAC) received from donors?” Not one cent, I replied. Okay, Wan Azizah did donate RM1,000 at the launch of the FAC in August 2000 and Anwar’s brother gave RM2,000 once in the five years that the FAC was in operation. Another supporter donated a notebook computer to replace the one that was confiscated by the police in March 2001. But that was about it.

“But there are those who claim to be directors of the FAC who have received a lot of donations from all over the world. Don’t tell me they did not give you anything.”

“With God as my witness, not a cent,” I replied.

“What the hell!” the lawyer said. “They are using FAC’s name to collect money. If they are not passing you any, then you might as well just close the FAC. Why let them use the FAC to make money?”

“I will close it the day Anwar walks free and not a day earlier,” I told the lawyer.



Jika di dalam UMNO atau Barisan Nasional wujud korupsi dan kronisme ia adalah lumrah politik. Bila ada kuasa dan kekayaan maka di situ akan wujud masalah akhlak dan moral. Namun jika dalam parti yang miskin, kekurangan dana dan pengikut bergolok bergadai, pemimpin Keadilan/PKR "merompak" wang sumbangan untuk parti, apakah kita boleh percaya kepada mereka ini jika berkuasa?

Anwar dan malaysia-Today

Anwar bercakap soal kebebasan bersuara dan mengkritik. Namun apakah Anwar sendiri mempraktikkannya?

Sekali lagi kita tinggalkan sahaja cerita lama bagaimana Anwar meletakkan Johan Jaaffar dan Nazri Abdullah dalam media utama negara bagi menjaga kepentingan beliau. Anwar juga mengarahkan Nazri Abdullah menghentikan ruangan Biar Putih Tulang (Berita Harian) yang ditulis oleh Kadir Jasin menggunakan nama pena Kunta Kinte kerana ruangan tersebut pernah sekali mengkritik beliau.

Kita tinggalkan juga cerita Anwar mengarahkan Utusan dan Berita Harian, supaya penulis-penulis dari tangki pemikirnya (think tank) seperti Sidiq Fadzil dan Rustam A. Sani diberi ruang yang luas untuk menulis tanpa disunting. Kita lupakan semua itu.

Tapi Anwar selepas memperjuangkan ketelusan dan keterbukaan media turut menutup sebuah kolum kecil dalam Malaysia-Today.

Kolumnis Malaysia-Today, Kirdatun menulis pada 3 Disember 2004,

"Tulisan terakhir untuk ruangan "Batu Giling" ini menemui pembaca seperti yang dijanjikan, seminggu sesudah menerima e-mel daripada editor Malaysia Today yang memaklumkan bahawa ada "orang-orang kuat" Anwar Ibrahim menuntut agar kolum ini "dilembutkan" atau ditutup terus.

Selang beberapa hari, "orang besar" PKR yang khabarnya semakin kerap mendampingi Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Raja Petra supaya mengarahkan "Batu Giling" melembutkan tulisan terhadap Anwar Ibrahim ataupun tutup sahaja ruangan ini.


Lihatlah Anwar jika beliau mempunyai sedikit kuasa pun akan digunakan sepenuhnya, apatah lagi jika memerintah negara.

Pada Mei 2007, Anwar dilaporkan berkata, "Saya sungguh kecewa kerana perkara ini dijadikan satu propaganda kotor. AS tidak pernah memberi satu sen pun kepada yayasan ini dan kami mempunyai bukti. Ini semua propaganda yang menggunakan akhbar-akhbar tempatan bagi memanipulasi keadaan."

Percayakah sesiapa sahaja bahawa sebuah Yayasan yang ditubuh dan dirasmikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat tidak mendapat sesen pun sama ada secara langsung atau tidak langsung dari Rumah Putih?

Ketelusan yang diperjuangkan oleh Anwar bukan sahaja bercorak artificial (palsu) malah mudah sekali dikesani penipuannya.

Ditambah lagi dengan rekod politik Anwar ketika berada di dalam UMNO dahulu, maka jika ada sesiapa yang mengharap PKR dan Anwar akan menjadi lebih telus dan terbuka dari BN, hanya bermimpi di siang hari.

Nota: Anda boleh lihat pengakuan Lokman Nor Adam di sini

9 comments:

Anonymous said...

God, people nowadays can do all sorts for the sake of politics, money or whatever (that is sure in the negative).

I'm no fan of Anwar but don't you wonder, at a time when the heat is on the govt of the day to be, short, of under siege.... this article conveniently pops up?

So what are we to do now.... just swallow what BN is throttling us down???

Btw, Lokman Noor Adam was BOUGHT over by BN... he was down with heavy debts & all... a dubious & no-credibility character.

Anonymous said...

dey tambi, setakat ceramah sini aku pun boleh.. pegi la saman anwar klu ko betul. ajak si lokman tu sekali.. jgn nak ceramahla, benda2 camni dah selalu sgt baca, tapi tak jugak ada bukti...

Anonymous said...

"2. Apakah benar Keadilan menerima pelbagai dana asing untuk kempen politiknya? Menurut pengakuan bersumpah Lokman Nor Adam di masjid negara beberapa tahun lalu,
Tien Chua pernah mengaturkan satu pertemuan dengan ‘penyangak mata wang’ George Soros (berbangsa Yahudi) yang dihadiri oleh Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Wan Azizah pada sekitar tahun 2002 bertujuan untuk meminta dana untuk mengerakkan parti Keadilan. Benar atau tidak?"

Pada tahun 2002, Tian Chua masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting oleh Kerajaan Barua BN. Dia hanya dibebas tahun 2003. Bagaimana beliau boleh mengatur pertemuan high profile sebegitu? Dengan bantuan jin ke?

Anonymous said...

salah ke orang berkawan denga bangsa yahudi?

Memang rejim yahudi jahat pada orang Islam tapi adakah semua orang yahudi jahat?

Zaman Rasulullah dulu pon Baginda terima nasihat orang yahudi, walau pun masa perang.

Lain lah kalau kita kawan denga Yahudi dengan tujuan nak memusnahkan Islam.

U ni berpolitik tak ada straegi lah. Tak ada focus. Sama macam Nazeri, Zam dan Johari.

Private Santiago said...

Anonymous (November 27, 2007 7:29 PM),

Ada ayat saya tertinggal iaitu teman wanita Tien Chua. Sila lihat video Lokman Nor Adam mengenai perkara ini.

kamarulzaman ahmad said...

Soal Yahudi tidak timbul, soal strategi berpolitik perlu di lihat. Untuk Malaysia maju, kenalah pemimpin berkawan dengan semua pihak dan semua negara. Soal ikut atau tidak, atau modify cara ikut, atau pertimbangan lain, itu adalah strategi world politics.

Nowadays kita ni ramai dah jadi Tuhan, Dalam Quran says about Yahudi, semua orang laknat Yahudi, tapi tak baca Rasulullah tunjuk cara berbaik dengan Yahudi. Tapi dabik dada ikut Rasulullah.

Well, sesekali dangdut ok ape!Whats the problem?

Don't you realize that UMNO is merely runs through business and not through koran of politics? We need balance ma. Like we make love ma, ada give and take also.

Only when I'm outside of the box, I can see clearly the pros and contras, happening inside the box.

All the best to Malaysian.

Anonymous said...

Anwar dan PAS sokong MALIK IMTIAZ?? Ape cite?? Bukan die ni yang jadi Peguam LINA JOY ke?

Masyaallah..

Anuar.. Anuar..

Jangan lah terdesak sangat..

sokong_kerajaan said...

PKR telus? Hehehe my foot!

Anonymous said...

Waa bile mase pulak puak2 pembangkang ni jadi begitu toleran,sampai nak berkawan dengan bangsa yahudi si pembunuh rakyat palestin?

kalau kerajaan yang buat cam tu, pasti dikatakan kerajaan yahudi,anti islam, Proksi yahudi betul tak? ini semua politik ma, semua bende bole jadi.

Paku dulang paku serpih, mengata orang korang yang lebih.

Cit Poodah!!!!!!!!!!

Pengundi Atas Pagar