Tuesday, December 4, 2007

Untuk kepentingan Politik, Anwar Samakan Perjuangan Hindraf dengan Palestin?

Apa beza Anwar Ibrahim dengan Hindraf? Hampir tiada. Cakap berbelit tanpa fakta yang jelas.

Repression of Malaysian Hindus unacceptable: Anwar Ibrahim

Talking to the media at the Islamic Peace Conference here, Ibrahim also defended reactions in India, saying that "every country has a right to express its views diplomatically."

"In this age, you can't say that any repression should not be condemned because its country's internal affair...to say `lay off' does not work...," Ibrahim said while referring to the remarks by Malaysian Minister Nazri Aziz against Tamil Nadu Chief Minister Karunanidhi who had raised concerns over the "marginalisation" of ethnic Indians in that country.

"Malaysia supports Palestinians...what if Israelis says `lay off'?" he asked.

"The affirmative action (such as the bhumiputra policy) should not be race-based, but it should be for all the races," he said. - The Hindu News Update Service



Di mana wajarnya Anwar menyamakan perjuangan kemerdekaan orang Palestin dengan perjuangan perkauman Hindraf? Rakyat Palestin dirampas negara mereka oleh Israel dengan kerjasama Amerika Syarikat dan Britain. Apakah ia sama dengan perjuangan palsu Hindraf di Malaysia?

Tiada sesiapa pun yang membunuh etnik India di Malaysia atas sebab politik. Malah terdapat Menteri, timbalan menteri, pegawai kanan kerajaan dan wakil rakyat berbangsa India.

Janganlah kerana undi yang tidak seberapa maka perjuangan Palestin disamakan dengan perjuangan karut marut Hindraf.

Anwar juga mendakwa orang India menjadi mangsa penindasan dasar kerajaan. Jika dasar kerajaan menindas kaum India apakah mereka akan mampu mempunyai pendapatan isi rumah yang lebih tinggi dari bumiputera? Apakah mereka akan mampu mengisi pelbagai jawatan profesional yang peratusannya lebih tinggi berbanding bumiputera jika dinisbahkan kepada jumlah penduduk mengikut di negara ini?



Memang benar ada kaum India yang miskin tegar. Demikian juga ada orang melayu yang hardcore miskin. Demikian juga ada orang asli yang lebih miskin dari kaum India.

Sebagai Menteri Kewangan dahulu apa yang pernah Anwar lakukan untuk menghapuskan dasar-dasar DEB jika ia benar-benar menindas kaum bukan bumiputera?

Perlu difahami antara dasar membantu Bumiputera dengan menindas kaum lain adalah dua perkara yang berbeza. Kerajaan mempunyai dasar yang cuba membantu kaum bumiputera tetapi ia tidak pernah menindas atau menidakkan peluang kaum lain untuk mengaut kekayaan dan ilmu dalam negara ini.

Layakkah Anwar bercakap menyokong kaum India sedangkan beliau sendiri menolak kaum India dari menjadi calon partinya di Ijok?

Sebelum Anwar bercakap soal membantu kaum India melalui polisi kerajaan, elok beliau betulkan dulu polisi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jika tidak masakan sahabat karib beliau, Nallakarupan, pun keluar PKR?

4 comments:

Anonymous said...

Alah kalau Wofwitz pun dah kawan baik dia, setakat Uthayakumar tu apalah sangat.

sokong_kerajaan said...

Anwar tu akan bersekongkol dengan siapa sahaja yang bermusuh dengan UMNO... Tapi bukankah Anwar dalang Hindraf? Dan telah didedahkan bahawa pemimpin HINDRAF adalah ahli DAP....

Anonymous said...

fikirkan betul-betul setiap isu yang keluar jangan terlalu beremosi dan gelojoh dalam mengupas sesuatu isu, kerana kegelojohan kita akan memakan diri sendiri. rakyat bukannya bodoh untuk menerima propaganda murahan, takut-takut nanti rakyat jadi bosan dan marah dengan kebodohan kita mengupas sesuatu isu.

Anonymous said...

Ala bukan penyokong Pakatan anwaR ke yang selalu beremosi, gelojoh lagi merapu bila berhujah atau mempertahankan pemimpin terulung lagi "maksum" mereka. Paku dulang paku serpih, mengata orang kau yang lebih!

Kepada saudar pokka : usahlah anda mengutuk DSAI lagi,pada pandangan pengikut dan sahabat2 PKR, dia adalah sesuci-suci umat, maksum lagi terpelihara dari segala dosa sampailah sekarang ni.Jadi apa sahaja yang dibuat adalah benar lagi sebenar-benarnya (walaupun melayu & malaysia ranap, dia peduli apa?).Menfitnah dan mencaci musuhnya diumpamakan seperti berdakwah di jalan kebenaran, dan sanggup masuk penjara bersamanya diumpamakan seperti mati syahid.

Semoga tuhan "memberkatimu" wahai DSAI dan pengikutnya.