Wednesday, December 26, 2007

Kempen Anwar di Pulau Pinang Mengelirukan

Kempen Anwar Ibrahim di Pulau Pinang beberapa hari lalu sekali lagi membuktikan Anwar bukan pemimpin untuk membangunkan negara tetapi pemimpin yang mencari populariti.

Sebab itu dalam beberapa isu kajian ke atas perjalanan politik Anwar yang dipanggil Anwarisme dalam blog ini, penulis menyatakan bahawa Anwar merupakan sejenis sesumpah atau kata orang utara Pokka. Sesumpah atau Pokka ialah sejenis binatang yang dianugerahkan Allah keistimewaan bertukar warna kulit mengikut persekitarannya.

Menurut laporan Malaysiakini.com, dalam kempen Anwar di Pulau Pinang beliau berjanji,

"PKR policies such as the abolishment of fees from primary to tertiary level for students from poor families and the lowering of the price of oil...


Turunkan Harga Minyak

Bukankah janji-janji Anwar ini mengelirukan dan tidak mungkin dilaksanakan? Ketika harga minyak dunia senang meningkat ke paras tertinggi, nwar berjanji mahu menurunkannya di Malaysia. Cakap sedemikian mungkin menyeronokan rakyat tetapi apakah ia boleh dilaksanakan selama-lamanya atau sekadar setahun dua sebelum menaikkannya kembali dengan kadar yang lebih besar.

Kenyataan ini juga aneh kerana ketika krisis kewangan 1997, Anwar merupakan penyokong kuat polisi International Monetary Fund (IMF) yang antara lain menyarankan penghapusan subsidi petrol dan lain-lain dasar perlindungan ekonomi?

Anwar tidak perlulah menunjukkan beliau pembela rakyat sedangkan pada 1997, dasar kewangan beliau termasuk menaikkan kadar faedah sehingga berbelas peratus telah menyebabkan ramai eksekutif muda muflis (hutang kad kredit), banyak syarikat perniagaan kecil tumbang atau ditelan oleh syarikat besar kerana menghadapi masalah hutang akibat kenaikan Kadar Faedah.

Banyak juga syarikat perniagaan "bungkus" kerana dasar ekonomi Anwar ketika itu sehingga ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Jika dibandingkan sedikit kenaikan harga petrol sekarang dengan masalah kehilangan pekerjaan zaman Anwar dulu mana lebih baik?

Memang benar Anwar juga berjaya memacukan ekonomi negara antara tahun 1991 - 1996. Tapi bukankah ketika itu Anwar mewarisi fundemental ekonomi yang telah dibuat oleh Tun Daim Zainuddin? Kejayaan Anwar pada tahun-tahun tersebut turut dibayangi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ketika itu Anwar belum berani "menari". Anwar dilihat banyak mengikut telunjuk Dr. Mahathir dalam bidang ekonomi.

Namun krisis 1997 dilihat Anwar sebagai peluang terbaik beliau untuk menjadi peneraju baru ekonomi negara dan kepimpinan UMNO. Sebagai Presiden Bank Dunia ketika itu, Anwar berucap menyokong polisi-polis IMF sekaligus secara lembut menempelak ucapan Mahathir dalam Forum Kewangan di Hong Kong pada 1997.

Sekarang Anwar mahu menurunkan harga petrol? Bukankah ini satu bentuk subsidi dan ekonomi perlindungan?

Hapuskan Yuran Pengajian Tinggi

Anwar berjanji untuk menghapuskan yuran pengajian tinggi jikan Parti Keadilan rakyat menang. Apa yang Anwar buat ketika ia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri? Perkenalkan Pengkorporatan Universiti bagi menjimat kewangan kerajaan!

Jika tidak kerana mendapat tentangan serius dari para mahasiswa Universiti Malaya ketika itu pastinya hari ini yuran pengajian Universiti Malaya akan naik berpuluh kali ganda.

Jadi mengapa bila tiada jawatan baru mahu berjanji yang muluk-muluk? Bukanlah bermakna kita mahu menafikan jasa-jasan Anwar dalam kerajaan atau kebolehan Anwar menjadi Menteri. Cuma yang kita mahu nyatakan ialah, bercakap memang mudah, tapi untuk membuatnya bukanlah semudah cakap berbelit-belit memutarkan janji dan idea.

Anwar sudah diberi peluang tetapi beliau tidak melaksanakannya. Bukan beliau tidak mahu melaksanakannya tetapi beliau sendiri sedar bahawa ia tidak mungkin dapat dilaksanakan. Justeru untuk apa beliau mengungkapkan janji-janji karut marut seperti ini?

Anwar Menjadi Hindu?

Anwar juga menyebarkan khabar angin palsu kononnya UMNO menuduh beliau menjadi Hindu. Ini politik lama Anwar. Membuat fitnah untuk diri sendiri bagi meraih simpati.

Tiada siapa pun yang mendakwa Anwar menjadi Hindu. Tiada ahli UMNO yang begitu bodoh untuk mendakwa Anwar menganut agama Hindu. Tiada seorang manusia pun di Malaysia akan percaya Anwar akan menjadi Hindu biarpun kita tahu bekas Timbalan Perdana Menteri ini peminat nombor satu filem Hindi.

Jika ada pun cakap-cakap di Pulau Pinang sekarang ialah Anwar sudah menjadi penyokong Hindraf, sebuah kumpulan esktremis agama Hindu. Cakap-cakap ini tidak dapat dielakkan kerana Anwar sendiri muncul di mahakamah Klang bagi memberi sokongan moral kepada P. Uthayakumar (pemimpin nombor satu Hindraf).

Anwar mungkin pro Hindraf tetapi bukan simpati kepada kaum India. Jika beliau simpati dan mengiktiraf kaum India tentulah PKR akan meletakkan calon dari kaum India dalam pilihan raya kecil Ijok beberapa bulan lalu.

Anwar boleh terus berucap dan berkempen, namun jika beliau mahu menang pilihan raya, beliau perlu realistik dan pragmatik bukannya idealis dan populis.

Ini kerana, sejauh mana pun idea yang popular dan muluk-muluk diutarakan oleh ahli politik, akhirnya selama 50 tahun, rakyat terus mengundi untuk dasar-dasar yang pragmatik dan realistik dengan keadaan negara baik dari segi kewangan mahu pun strtafikasi sosial masyarakat.

Pengundi Malaysia sungguhpun ramai yang meminati filem Hindi tetapi tidak berfikir seperti pengarah filem Hindi.

34 comments:

Anonymous said...

MANCHESTER, N.H. - Hillary Clinton predicted Saturday that just electing her President will cut the price of oil.

When the world hears her commitment at her inauguration about ending American dependence on foreign fuel, Clinton says, oil-pumping countries will lower prices to stifle America’s incentive to develop alternative energy.

“I predict to you, the oil-producing countries will drop the price of oil,” Clinton said, speaking at the Manchester YWCA. “They will once again assume, once the cost pressure is off, Americans and our political process will recede.”

Clinton argued that former President Jimmy Carter in the late 1970s actually started moving in the right direction toward energy independence, but his successor, Ronald Reagan, “dismantled” that work.

“Because costs were low, people didn’t care, didn’t complain,” she said.

The Way I See It said...

ahh.. seorang lagi penyokong buta BN..

Buka lah mata sahabat ku.. jangan lah dibutakan terus oleh mereka yang ingin membutakan dan menjadi dalang dan agen Singapura...

Ohh orang2 UMNO semua.. sampai bila anda ingin terus BUTA!!!!

Anonymous said...

This Pokka is definately someone from UMNO. His thinking is still not mature as he still thinking of racial politic i.e. Malay for Malay area, Indian for Indian Area, etc... Memang berfikiran sempit. Everyday talk about racial when are u going to finish debating about this and concentrating building the nation? how to compete with other nation? How to be developed country? Please be far sighted la.

ProMalaysia said...

Can you please reveal your identity and background? Looks like your blog is designed just to bring down Anwar Ibrahim..

Anonymous said...

mengelirukan sape, pemuda UMNO ke.

PM baca teks ucapan UMNO kat majlis sempena hari krismas ke semalam ?

sepatut nye beliau memberitahu ahli ahli umno jangan bersifat perkauman dan fanatik, knape bagi tau org kristian pulak ?

ise man , itu yang mengelirukan rakyat la, bukan anwar

The Eugenist said...

Salam..

Saya rasa, inilah yang dikatakan "pariah" dalam politik. Sanggup mempariahkan perjuangan demi pangkat, nama dan juga tempat..

Manusia itu tidak pernah belajar dari sejarah, sebab itu sejarah kerap sekali berulang - J.F. Kennedy

HESMEL FAZNEE FAISAL

Anonymous said...

Dah terang dan nyata. Apa nak bersuluh lagi. Kempen Anuar dah memporak peranda orang umno. Yang keliru orang BN.

fantaghiro said...

Kenapa gelaran Datuk Seri untuk Anwar Ibrahim masih belum ditarik balik sedangkan dia telah dipenjarakan kerana kes jenayah?

Anonymous said...

Anwar memang berjiwa rakyat.Beliau akan cuba sedaya upaya untuk membantu rakya bawahan, seperti menurun harga minyak dan yuran sekolah kalau diberi peluang untuk menerajui negara. Ini adalah kerana, beliau pernah menjadi timbalan PM dan hanya kerana beliau tidak berkompromi dengan perompak perompak tarubus, dia dipecat dan dituduh bukan bukan. Kalau beliau hendak beliau boleh angkuk kepada semua tindak tanduk Mahathir dan sama sama merompak khazanah negara. Tapi beliau seorang yang berprinsip, tidak pernah curi duit rakyat. Berbanding dengan pemimpin umno yang lain--curi juta juta dan bilion bilion duit rakyat.

Anonymous said...

HAha..UMNO dah start gelabah..kat Alor setar hari tu 30 ribu orang datang nak dengaq anwar cakap. Org india pun mula nak bukak telinga kat PKR. Umno saja nak kelirukan rakyat dengan artikel2 mcm ni...takti lama daa...orang dah tak percaya lagi...hahaha

ali allah ditta said...

Pokka atau tak Pokka,pokoknya UMNO dah gusar dengan pendedahan bertubi2 oleh Anwar akan tembelang pemimpin2nya. Kalu UMNO berani adakan p/raya pada hujung April ini.

Zakaria Deros boleh tidur lena di istananya,makan sedap2,tapi bagaimana pula rakyat yang tiada bumbung untuk berteduh,bergolok bergadai untuk mencari duit kerana hendak membeli barang2 yang sudah melambung begitu tinggi?

Kita ada minyak dan minyak kita meraih keuntungan yang besar.Gomen cakap pasal sabsidi,bolehkan gomen sabsidi lebih kerana untung yang lebih? Tapi pasal apa ambik duit minyak untuk biayai pertandingan Monsoon Cup yang tiada berfaedah kepada rakyat semua? Bukankah duit itu boleh dibelanjakan untuk faedah lain? Kita tak perlu Monsoon Cup atau F1,tapi apa yang kita hendak adalah harga barang berpatutan.

Jangan cakap itu dan ini tapi buat lain.

cheers.

NO PASTHUN said...

Ala PKR mana-manapun sama. Di Sabah, Ansari Abdullah sebok kempen sana sini berjanji kepada para rakyat jelata bahawa jika PKR menang di Sabah bekalan air oleh Jabatan air akan diberi PERCUMA. Tak logik.. Anwar dan PKR di Negeri Di Bawah Bayu tak lebih dari KUDA TUNGGANGAN JEFRY KITINGAN. Malah PKR digelar sebagai parti MAIN KASAR DI SABAH. Memang I simpati kat Anwar kerana di Zalimi semasa dalam tahanan. Tapi gerak laku dan tindak tinduknya akhir-akhir ini banyak yang SILAP menyebabkan para pesimpati kepada PKR semakin PUDAR.

Kean said...

Baca saja dah pun tau ni budak pemuda UMNO. Kalau bukan orang UMNO, pasti penyokong fanatik UMNO. Otak sendiri yang keliru pun tak tahu tapi mau cakap pasal baik buruk orang lain pula.

Harga minyak tak boleh kurang? Porah! Guna otak sikit brother! Minyak kita lebih daripada mencukupi, hanya wang jualannya semua masuk poket orang UMNO!!! Dah la duit semua masuk poket UMNO, mana ada duit extra untuk subsidi!! Pakai calculator kira untung bersih PETRONAS tiap-tiap tahun, berbilion-bilion ringgit angkanya!

Malas nak cakap banyak ni, semoga Tuhan memaafkan dosa budak ni dengan fitnah-fitnah yang to disebarkannya. HARAM kata orang iman.

Anonymous said...

Apa komen anwar berahim terhadap gereja yang di bakar hindu kat INDIA tu....? dia kan pembela HINDU nombor satu satu kat Malaysia ni....

HIDUP ANWAR BERAHIM KAKI TEMBERANG.!!

Rizan said...

Anuar pemimpin melayu yang anda sayangi..setiap hari masuk pelosok kg nak cerita keburukan kerajaan..baik sgt ke anwar tu..dulu ramai penyokong atas pagar nampak seperti nak beralih kepada PKR..tp sejak anwar pro dengan hindraf..ramai penyokong atas pagar kembali kepada umno..malah UMNO semakin kukuh skrg..PKR mungkin dpt menarik keahlian dari kaum india tp sokongan melayu semakin merosot terhadap anwar..ceramah pas dan pkr mmg sentiasa dapat sambutan..saya sendiri pegi bila pas buat ceramah..x semua yg dgr ceramah pas dan pkr tu sokong BA..ramai pegi sbb nak dgr apa lagi yang nak ditemberangkan oleh BA kepada UMNO..ramai yang pegi ke ceramah BA sbb nak hilangkan boring sbb mungkin hari tu takde crite yang best kat tv..anwar dan BA..sedarlah perjuangan anda akan sia2 kerana orang melayu semakin sayang kepada UMNO

Rizan said...

teruskan menulis..tulisan saundara boleh membuka mata penyokong atas pagar yg masih mencari pimpinan terbaik untuk next pilihanraya

Anonymous said...

Ini sudah menjadi kebiasaan Anuar dalam meraih undi dari orang ramai...dia ni cakap ja lebih tapi kaki kelentong...

anti_pembelot said...

Ini sudah menjadi kebiasaan Anwar dalam meraih undi dari orang ramai...tapi semua dah tahu dia ini seorang penipu dan pandai kelentong ja...

iBNuZaCK said...

Penurunan harga minyak.

Anwarisme mengatakan adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik diperingkat global.

Saya katakan:

Untuk soalan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu.Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?

Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924b.Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12b,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82b berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4b dan keuntungan Petronas mencecah RM76b.Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.

Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500b duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.

Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan andai kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya,berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?

Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4b selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan.Pemberian subsidi berjumlah RM14b pula teralalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seprti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.IPP ini pula menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada syarikat GLC ini.

Kesimpulannya,ketelusan,kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar tidak pada bail out dan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan.


Hapuskan yuran Pengajian Tinggi :

Dasar Pengkorporatan Universiti ini sebenarnya dibuat bersandarkan kepada sitruasi semasa krisis kewangan 1997 yang membebankan kerajaan.

Cadangan untuk mengkorporatkan institusi pengajian tinggi awam juga dibuat bagi mengurangkan tanggungan kewangan pihak kerajaan terhadap kos membiayai operasi universiti.Walaupun sumber kewangan yang ‘tetap’ dari pihak kerajaan sudah berkurangan, institusi pengajian tinggi awam dibolehkan untuk mencari dan mengurus sumber dananya sendiri. Ini bermakna selaras dengan pengkorporatan, institusi pengajian tinggi awam akan mempunyai autonomi kewangan. Berautonomi kewangan bermaksud " sesebuah badan atau institusi berkenaan mempunyai kuasa undang-undang untuk menubuhkan dana sendiri, untuk menambah kewangan dalam dana yang berasaskan sumber-sumber yang dibenarkan serta mempunyai kuasa untuk mengendalikan tabung itu mengikut keperluan yang ditentukan oleh badan atau institusi tersebut". Sebelum IPTA dikorporatkan, semua dana yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam Perbendaharaan. Tetapi selepas pengkorporatannya nanti, pihak pentadbir dibolehkan untuk menyimpan dan mengurus dananya sendiri. Secara tersirat, pengkorporatan akan menjadikan para pentadbir institusi pengajian tinggi awam mengamalkan perbelanjaan berhemah dan pengurusan yang cekap dan berkesan terutamanya dalam hal-hal kewangan setelah mereka memahami bagaimana susahnya untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai perjalanan kos operasi universiti tersebut.

Dasar ini kemudiannya dibatalkan memikirkan impak kepada mahasiswa yang berkemungkinan akan menanggung beban yuran setinggi RM7000 setahun.Isu yang paling menarik perhatian dalam dasar ini adalah isu 'McDonald di UM'.

Dasar ini sebenarnya disokong kerajaan.Soalnya,jika dasar ini benar-benar bangang,maka kenapakah UMNO menyokong ketika itu?Bukankah ini bermakna UMNO ikut bangang sekali?

Benar,Anwar membenarkan kadar faedah dinaikkan.Tetapi bermula Disember 1997, Anwar telah membatalkan kebenarannya itu dengan harapan untuk menyemak kadar kemerosotan dan juga mengambil langkah-langkah yang memperketatkan kecairan,dan dengan itu memburukkan lagi tekanan kemelesetan.Beliau juga telah menentang kadar-kadar faedah yang lebih tinggi yang disyorkan oleh IMF. Apabila ekonomi mula menjadi lembab pada 1998, beliau cuba merombak semula beberapa dasar tersebut pada sukuan kedua 1998, misalnya dengan mengumumkan pertambahan dalam perbelanjaan kerajaan dan usaha-usaha lain dalam menambahkan kadar kecairan dan mengurangkan kadar-kadar faedah taktala merasmikan Perhimpunan Pergerakan Pemuda Umno.Soalnya,perkara-perkara pembetulan yang dilakukan Anwar ini langsung tidak diambil port oleh anwarisme.

Benar Anwar mewarisi fundamental ekonomi drpd Tun Daim zainuddin.Namun harus diingat,Tun Daim juga antara punca kemelesetan ekonomi 1986,antara sebabnya adalah tindakan beliau menghentikan usaha-usaha Tengku Razaleigh meneruskan dasar menentang kitaran (ekonomi).

Mengatakan asas Tun Daim adalah punca gemilang ekonomi pada era 1990-1997 juga tidak tepat kerana pada waktu itu Indonesia dan Thailand juga mengalami pertumbuhan yang cepat,malah lebih cepat daripada dalam tempoh beberapa tahun sebelum 1998.Region ini sedang berkembang pada waktu itu kerana peningkatan pelaburan Jepun.Harus diingat pembuangan Aziz Taha sbg gabenor BNM sehingga membolehkan 'beberapa manusia' bermain spekulasi di pasaran antarabangsa sehingga keranapan September 1992 di mana BNM rugi besar juga berlaku pada zaman Daim.Skandal koperasi-koperasi pengambilan deposit juga berlaku pada zaman daim.

Mengatakan Anwar tidak bijak mengatur ekonomi juga strategi tidak cerdik Anwarisme.Anwar dilantik oleh Mahathir.Dan dasar ekonominya banyak terpaksa mendapat kelulusan Mahathir.Jika dasarnya tidak bijak,maka anda turut sama mengatakan Mahathir tidak bijak.

Anwarisme banyak bercakap menggunakan fakta.Tapi Anwarisme terlebih banyak menyembunyikan fakta yang berkaitan.

Jika Anwar tidak layak kerana kesalahan lamanya ketika dalam UMNO.Maka adakah Umar Al-Khattab tidak layak menjadi khalifah kerana kesalahan lamanya semasa jahiliah membunuh anak perempuannya sendiri?

Berbeza dengan kami.Kami terima Anwar selepas dia bersih daripada semua itu.Kami pegang tiang yang sudah bersih daripada taik.Kamu pegang tiang yang masih bersalut taik.Itu beza antara kami dan kamu.

Berkenaan Hindraf,anda boleh rujuk laman web Anwar.

Anonymous said...

Ini dah jadi kebiasaan bagi Anwar untuk meraih undi....walaupun yang dijanjikan semua baik belaka..."indah khabar dari rupa"...yang pastinya semua orang dah tahu yang dia merupakan pakar dalam kelentong orang...

iBNuZaCK said...
This comment has been removed by a blog administrator.
iBNuZaCK said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

heran bin ajaib.siapa yang menegdarkan risalah tentang anwar dah jadi hindu?kalau bukan umno

ajab said...

ibnuzack kata, "Dasar Pengkorporatan Universiti ini sebenarnya dibuat bersandarkan kepada sitruasi semasa krisis kewangan 1997 yang membebankan kerajaan.
-------------------------

Ibnuzack, tolong balik baca semula catatan sejarah bila pengkorporatan Universiti diperkenalkan. :) Jangan merapu dengan fakta.

ajab said...

ibnuzakt kata: "Benar Anwar mewarisi fundamental ekonomi drpd Tun Daim zainuddin.Namun harus diingat,Tun Daim juga antara punca kemelesetan ekonomi 1986,antara sebabnya adalah tindakan beliau menghentikan usaha-usaha Tengku Razaleigh meneruskan dasar menentang kitaran (ekonomi)
----------------------------

Sekali lagi balik baca semula sejarah. Kemelesetan 1985 dan 1986 ialah kemelesetan sedunia/ world recession yang bermula sejak 1984.

ajab said...

Ibnuzack...

Kerajaan mampu menanggung subsidi selagi ia menjadi pengekspot minyak. Masalahnya, jika kerajaan tidak "adjust" harga dan subsidi petrol dari sekarang, apabila malaysia menjadi pengimport minyak nanti.... maka kenaikan harga akan melambung berpuluh kali ganda sekaligus. Ini pastinya bukan pentadbiran yang bijak bukan?

Anonymous said...

zakaria mat deros tidur lena di istananya ..

sama juga anwar .. tidur lena di istana di segambut

hahaha .. mana dapat duit , bukan dari umno dulu , Anwar mmg pakar temberang dan minta simpati

iBNuZaCK said...

Tuan ajab..

Maaf,mmg ia mula timbul sejak 1994 tetapi idea ini diambil serius saat krisis kewangan mula berlaku.Harap faham.Datuk Seri Najib pernah berkata pada 1998 pengkorporatan akan mewujudkan satu peningkatan dalam kaedah pengurusan universiti tempatan di mana mereka diberi autonomi yang lebih untuk bertindak dengan lebih pantas, membuat keputusan sendiri dalam banyak perkara dan mampu mengurus dengan lebih dinamik.

Saya menolak pendekatan mengkorporatkan universiti.Bermakna saya moenolak pendekatan ini,tapi macam yang saya kata,kalau anwar bodoh kerana buat dasar ini,maka najib yang sokong ni bagaimana?

2 kali bodoh la ye?Hahaha..

Ya,tahun 1986 masalah kewangan berlaku secara global.Tetapi,jangkitan ini diburukkan dengan beberapa tindakan salah Tun Daim.Sila ulas berkenaan tindakan salah Tun Daim.

Tuan,bekalan minyak dijangka habis menjelang 2024.Itu jika hanya rizab 2005 diambil kira.Ingat selepas 3 tahun,rizab minyak kita masih bertahan dengan penemuan telaga minyak baru terutama di laut Sabah.

Dan andai habis sekalipun pada 2024,maka kita punya Tabung Warisan Petronas yang boleh back up subsidi ketika itu.Hingga sekarang jumlah kutipan Tabung tu langsung tak tau.

Dan lagi,pada 2024 minyak dunia juga akan habis,dan ketika itu inshaAllah tenaga baru akan diperkenal.Kalau minyak dunia pun habis,macammana harga minyak akan naik sedangkan minyak dah tak ada?

Tolong approve dan terima kasih approve komen saya yang sebelumnya.

Terima kasih.Anda lebih berani dr laman Ganulening.net..

:)

iBNuZaCK said...

salam..

lupa pulak Tuan,
kalau boleh apabila tuan jawab,harap tuan boleh informkan saya di blog saya.

Terima kasih.. :)

ajab said...

Ibnuzack,

1. Saya ingat benar isu pengkoporatan Universiti ini pada tahun 1995 dan 1996. Tiada kena mengena dengan kegawatan ekonomi. Saya ingat kerana saya salah seorang pemimpin pelajar di Universiti Malaya yang membantah, membuat sidang akhbar dan turut mengadakan satu rapat umum di Hadapan bangunan peperiksaan UM ketika itu.

Saya tahu cerita belakang tabir termasuk bagaimana Presiden persatuan MMPUM ketika itu, saudara Khairuddin Mohd hampir bergasak dengan TNC Zainal Kling.

Saya juga tahu soal pembabitan IKD (think tank Anwar) ketika itu dalam pilihan raya kampus, penguasaan Anwar ke atas PKPIM dan sebahagian pemimpim BMB di UM.

2. Isu kononya korupsi Daim menyebabkan kemelesetan Ekonomi Malaysia pada 1985 dan 1986. Sukar untuk melihat apakah korupsi Daim yang menyebabkan Malaysia dilanda kemelesetan pada 1985 dan 1986 kerana beliau baru memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1984.

Pada tahun 1987, 1988 dan 1989, Malaysia membayar hutang sekitar asing sekitar RM7billion lebih awal dari jadual.

Economic Review mengakui dalam keluarannya pada 1 1988 "that Daim’s effective management style had contributed positively and tremendously to Malaysia’s economic recovery."

3. Saya tidak kata petrol akan habis di dunia akan habis pada 2024. Apa yang akan terjadi ialah Malaysia akan menjadi pengimpot minyak dalam masa sepuluh hingga 20 tahun akan datang. Jika harga petrol di Malaysia tidak diadjust sedikit demi sedikit, pada suatu hari nanti ia terpaksa naik sekaligus sehingga beringit-ringit seliter dan ini tentu akan memberi kesan yang serius kepada ekonomi dan keamanan.

iBNuZaCK said...

Tuan ajab,

1. Ada tuan baca kertas kerja pengkorporatan universiti?Tahun 1994 idea keluar.Tetapi dilaksana tahun 1998.Kemudian dibatalkan.Tolong perhatikan pembetulan yang dibuat.

Dan tolong ulas,mengapa pemimpin BN semuanya menyokong ketika itu termasuk Pak Najib sndiri.Sila ulas.

2. Daim bukan satu2nya punca,tetapi ada antara tindakannya dilihat memburukkan keadaan.Prof Jomo seingat saya sendiri mengatakan Daim bukan punca utama,tetapi banyak tindakannya silap.Tetapi kita kena akui,Daim punya teori,'pinjam dalam negara untuk wang berlegar dalam negara' adalah satu teori ekonomi yang bagus.

Motif utama perbincangan kita adalah dakwaan tuan bahawa Anwar mewarisi fundamental ekonomi yg kukuh dr Daim sedang saya buktikan bukan berdasarkan beberapa skandal yg berlaku pada zamannya.Rujuk tulisan awal saya.

3.Minyak akan habis pada 2024 jika pengeluarannya kekal pada 750k dan rizab minyak tidak bertambah sejak 2005.Soalnya rizab sudah bertambah melalui pelbagai telaga baru di laut Sabah termasuk telaga Pisagan.Belum ada tanda2 rizab kita kritikal.

Baik,kita lihat begini:

2024-minyak akan habis di malaysia (paling awal)

tetapi kita punya tabung warisan yg sudah dikumpul selama 38 tahun dan dilaburkan.Katalah hanya 5% pendatannya masuk dalam tabung ini dan mengambil kira purata pendapatan petronas pada 2006 (RM76b),maka tabungan ini punya pendapatan setinggi 144.4b.Ini belum dikira pelaburan (jika tabung itu dilaburkan maka bayangkan pula keuntungannya).Tapi bagi berlaku adil,kita ambil 140b sahaja.140b ini,boleh memberi subsidi selama paling sedikit 10 tahun.Ketika inilah sepatutnya baru minyak dinaikkan harga perlahan-lahan.

Tapi bagi saya,tak perlu naik,sebab pada 2034 boleh kata tiada kemungkinan rizab minyak dunia masih wujud.

Dan jangan lupa,kereta TATA bertekanan angin berharga sekitar 9000++ sudah ada sekarang.Satu inovasi tenaga.Dah pun dipasarkan.Kelajuan 110kmj dan harga isian angin RM7 utk 200km.Saya yakin 10-20 tahun lagi,kita tak pandang minyak sebagai sumber tenaga kenderaan.

salam..

ajab said...

Ibnuzack,

1. Saya tidak mengulas isu mengapa Najib dan pemimpin BN lain menyokong pengkorporatan kerana bukan itu maksud tulisan asal saya.

Saya tidak berniat untuk berbahas baik buruknya pengkoporatan Universiti. Hatta Pengkorporatan Universiti tidak dihapuskan sama sekali tetapi diubahsuai.

Yang saya persoalkan ialah mengapa sekarang baru anwar berjanji mahu memberi pendidikan percuma sehingga ke Universiti? mengapa bukan ketika belia menjadi Menteri Kewangan, Timbalan perdana Menteri?

2. Saya juga tidak berniat untuk berbahas panjang mengenai sama ada Daim cukup baik atau melakukan rasuah kerana ia sekali lagi isu lain.

Isu di sini ialah Anwar mewaris satu fundemental ekonomi yang kukuh ketika mengambil alih Menteri Kewangan Pada 1991. Ini tidak boleh dinafikan. Lihat statistik, lihat kenyataan para economist.

3. Berkenaan isu petrol ialah soal perbezaan corak pentadbiran. Jika Anwar percaya beliau boleh mengekalkan subsidi selamanya maka beliau perlu menjelaskan kepada umum apakah bentuk subsidi petrol yang beliau mampu dan dari mana sumber kewangan yang mampu beliau dapat.

Tapi isu yang lebih penting dalam tulisan saya di atas ialah soal prinsip ekonomi anwar. Mengapa dulu ketika ada kuasa, ada kemampuan dan menjadi Presiden beliau tidak bersetuju dengan dasar perlindungan dan pemberian subsidi - pro IMF?

Dalam artikel ini saya tidak bertujuan untuk membahaskan apakah anwar lebih baik atau burtuk daripada orang lain. Yang mahu dibahaskan mengapa Anwar bercakap dalam nada polisi yang lain ketika menjadi TPM dan ketika menjadi pemimpin de facto PKR?

iBNuZaCK said...

Tuan perlu ulas tindakan Najib.Saya perlu tahu pendirian tuan.Apakah BN ini hanya mahu jadi pak angguk terhadap orang atas.Jika begitu,mana mungkin kita boleh percaya Bn lagi?

Tuan juga enggan berbincang isu korupsi zaman Daim,sedangkan isu korupsi adalah satu perkara penting dalam penentuan ekonomi.

Fundamental yang Anwar warisi tidaklah sekukuh mana.tetapi kemampuannya mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara pada zamannya sehingga KDNk tidak pernah dibawah 8% membuktikan kebijaksanaannya(walaupun harga minyak tetap statik).Dan ya sudah tentu,ia ditambah dengan kenaikan pelaburan Jepun dan iklim ekonomi serantau yg baik.

Bila masa pulak Anwar taknak bagi subsidi?

Bagaimana Anwar mahu kekalkan harga minyak?Bukankah dia sudah buat zaman dia jadi menteri Kewangan dulu?Hatta masa Perang Teluk sekalipun minyak tidak naik?Tak ingat?

Sudah tentu method sama akan diguna pakai.

Mengapa zaman dulu tak buat?Jawapannya,dia berada dibawah mahathir.Kuasanya tidak mutlak.Dia hanya boleh mencadang tetapi tidak mempunyai kuasa pemutus total.Cubaannya terhadap isu rasuah menteri spt rafidah telah menyebabkan dia terhumban di penjara selama 6 tahun.

Dan seperti anda mungkin,ada tindak tanduk Anwar yg tidak betul masa dia bawah BN dulu.Saya setuju.Bak kata Hamka,singa kalau di dalam hutan,maka akan jadi hebat.Jika di dalam sarkas maka akan jadi bodoh.

Sekarang singa itu sudah keluar dr sarkas dan berada di dalam tempatnya yang sebenar!

p/s kalau boleh setiap comment diapprove automatik.Dan anda boleh delete mana2 yg tidak perlu.

Anonymous said...

saya x heran kalau kata hasil minyak kita mana peginya...sebab untuk satu orang murid yang mendapat kwamp satu tahun adalah sebanyak rm 450 untuk baucer tuisyen besrta makan sebanyak rm 684, rancangan makanan tambahan sebanyak rm 360 dan skim pinjaman buku teks paling kurang rm 90 ini tidak termasuk biasiswa lain atau yuran lain hanya bagi kadar seorang murid di sekolah rendah. Pukul rata kerajaan membelanjan rm 1500 setahun utk seorang murid.Ini semua untuk meringankan beban ibu bapa tapi pernah kah ibu bapa terfikir atau merasa bersyukur dengan apa yang telah dinikmati bahkan masih merasa 'guruh di langit itu akan menurunkan hujan lebih lebat'tapi ingatlah tidak semua guruh akan membawa hujan ..fikir-fikirkan lah..