Thursday, December 13, 2007

Anwar Salah Percaturan Politik Lagi

Oleh AJAB (anwarisme@hotmail.com)

Apabila Anwar Ibrahim mengambil langkah untuk mengecam sebahagian tuntutan Hindraf, tetapi hadir memberi sokongan moral kepada para pelampaun Hindu ini di Mahkamah Klang minggu lalu, ia sekadar memberi masalah politik besar kepada beliau.

Mahu tidak mahu, Anwar harus mengakui bahawa kekuatan politik beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah bertunjangkan orang Melayu dan Islam.

Justeru apabila Hindraf mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu, dan menuduh orang Islam merobohkan kuil sewenang-wenangnya, serta menyatakan kerajaan pimpinan orang Melayu melakukan pembersihan etnik, maka tiada sesiapa manusia Melayu yang waras, tidak tertakluk kepada kepentingan politik sempit dan bersifat terbuka boleh menerimanya.

Orang Melayu, baik di dalam UMNO, Pas, PKR mahu pun yang tiada parti tentulah tidak boleh menerima dakwaan-dakwaan Hindraf ini. Sebab itu kita lihat pemimpin Pas dari awal menjauhi diri dari Hindraf.

Malangnya,Anwar melihat sudut yang lain. Beliau mahu memperbaiki imej beliau di kalangan pengundi kaum India setelah "krisis Ijok" tempoh hari. Namun dalam masa yang sama Anwar juga perlu menjaga kepentingan politiknya di kalangan orang Melayu.

Sebagai pemimpin politik, Anwar tentu sahaja boleh menyatakan beliau bersimpati dengan kemiskinan kaum India. Anwar boleh sahaja menyokong perjuangan kaum India mengatasi kemiskinan mereka, sungguhpun beliau tidak berbuat lebih baik ketika diberi peluang menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Namun apabila beliau hadir ke Mahkamah Klang tempoh hari bagi memberi sokongan kepada Hindraf maka ia telah menjejas imej Anwar dengan teruk di kalangan orang Melayu. Di Pulau Pinang misalnya, para penyokong dan pesimpati Anwar sendiri sudah mula kecewa dengan beliau. Ibarat retak menanti belah.

Di kalangan orang Melayu, ramai tertanya-tanya, jika sekadar bersimpati dengan kemiskinan kaum India, apa perlu Anwar hadir di Mahkamah Tinggi Klang untuk memberi sokongan moral kepada pemimpin Hindraf yang membuat pelbagai tuduhan palsu kepada orang Melayu?

Jika sekadar bersimpati dengan kemiskinan kaum India tetapi tidak menyokongan Hindraf apa perlunya Anwar memberi wawancara mengenai isu ini kepada akhbar-akhbar di India?

Jika sekadar bersimpati dengan kaum India bukannya Hindraf, mengapa Anwar tergamak menyamakan perjuangan kemerdekaan Palestin dengan perjuangan perkauman sempit Hindraf.

Alangkah tergurisnya hati orang Melayu dan Islam bila Anwar mengatakan

"In this age, you can't say that any repression should not be condemned because its country's internal affair...to say `lay off' does not work...," Ibrahim said while referring to the remarks by Malaysian Minister Nazri Aziz against Tamil Nadu Chief Minister Karunanidhi who had raised concerns over the "marginalisation" of ethnic Indians in that country.

"Malaysia supports Palestinians...what if Israelis says `lay off'?" he asked. - The Hindu News Update Service

Di mana wajarnya Anwar menyamakan perjuangan kemerdekaan orang Palestin dengan perjuangan perkauman Hindraf? Rakyat Palestin dirampas negara mereka oleh Israel dengan kerjasama Amerika Syarikat dan Britain. Apakah ia sama dengan perjuangan palsu Hindraf di Malaysia?

Anwar boleh sahaja mendakwa media pro UMNO memburuk-burukkan imej beliau dalam isu Hindraf ini. Namun hakikatnya, perbuatan dan tingkah laku beliau dalam isu Hindraf ini jauh dari sekadar bersimpati dengan kaum India.

Di kalangan orang Melayu, Anwar dilihat telah bersengkongkol dengan Hindraf biar pun beliau sedaya upaya menafikannya.

6 comments:

Anonymous said...

Saye merasakan mane2 parti politik di negare ini adalah tidak wajar sekali menyokong mahupun mempolitikkan isu HIndraf..

The reason is very simple, kerana tuduhan HINDRAF hanyalah ke atas kaum melayu sahaja dan sudah membuktikan mereka tidak jujur dalam perjuangan mereka..Kalau perjuangannya untuk membasmi kemiskinan dan mendakwa segelintir dari mereka marginalized,kenapa tidak dipersalahkan sekali kelompok masyarakat cina korporat yang menerajui sektor swasta, mahupun juga kelompok india sendiri berpendapatan tinggi yang tidak mahu menolong bangsa mereka. Kenape orang melayu sahaja yang perlu dikambinghitamkan?

Anwar Ibrahim sudah menjelaskan bahwa die membantah tuduhan HINDRAF,jadi kita hendak tahu juga bagaimana pula pendirian DAP?

Parti pembangkang juga wajar sekali menanyakan dimanakah pendirian rakan mereka DAP ini seblum bekerjasama dalam menentang kerajaan,kerana tidak ada seorangpun wakil pemimpin tertinggi DAP yang ditangkap dalam penyerahan memorandum BERSIH tempoh hari.

kambingtua said...

Anwar sedang memancing nak masuk UMNO. Tak percaya? tengok join memorandum yang dia buat. tu semua alat plea bargain

pakcik-ann said...

anwar dengan hindarf sama sahaja. kaki putar belit

bdk_melayu said...

Anwar sekali lagi menunjuk kebodohan dirinya...rakyat Malaysia tidak lagi mudah ditipu olehnya...

pro-anwar said...

setakat komen bodoh cam kat bawah ni sapa pun boleh Bdk_mly. Bagila hujah sikit. ini aja mentaliti org uMNO?

Anonymous said...

UMNO yang menerajui politik Malaysia. Cukai dibayar dekat kerajaan( UMNO).
Jadi kerajaan UMNO yang bertanggungjawab untuk membantu kaum india yang berada dalam kemiskinan.Kepada "POKKA" saya, juga boleh kritik mengenai komen awak tentang Hindraf dan Anwar. Tapi saya tidak mempunyai pemikitan yang cetek seperti awak.( Siapakah yang tak marah jika orang Indonesia yang berada di Malaysia memiliki kad pengenalan dengan mudah sedangkan sejumlah besar orang cina dan india yang tinggal di negara masih sukar untuk memiliki kad pengenalan walaupun sumbangan mereka untuk memajukan ekonomi Malaysia adalah sangat besar.... Bukankah ini merupakan satu diskriminasi yang dilakukan oleh kerajaan UMNO kepada kaum india dan cina.( Ada banyak lagi isu2yang boleh disentuh tapi ! tak payalah ... kerana orang yang berfikiran sempit tak akan gunakan akal fikiran mereka.