Pokka adalah panggilan sebelah utara bagi sejenis binatang bernama Sesumpah atau juga dikenali sebagai Chameleon. Chameleons (family Chamaeleonidae) are a distinctive and highly specialized clade of lizards. Some species can change color, and many have a prehensile tail. Uniquely adapted for climbing and visual hunting,
Wednesday, November 21, 2007
Anwar Sudah Jadi Kembiri Politik
Dalam pembentangan Belanjawan 1992, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan perkataan "kembiri politik". Tiada siapa pun tahu makna sebenar kembiri politik ini.
Mungkin kerana pada masa itu terkenal dengan idea-idea kacukan seperti selembu (seladang kacuk lembu), maka perkataan Anwar perkenalkan ini mungkin bermaksud Kambing kacuk Kambing biri-biri.
Menurut orang kuat Anwar, Ahmad Nazri Abdullah (Berita Harian) "Perkataan `kembiri' mungkin agak asing bagi sesetengah orang, tetapi apabila mendengar keseluruhan pengucapan itu, rasanya semua pihak dapat mengerti maksudnya. Secara ringkasnya, Menteri Kewangan merujuk kepada golongan yang gemar mengkritik apa sahaja dasar dan program kerajaan semata-mata berdasarkan selera sendiri tanpa menggunakan alasan yang lojik dan munasabah."
Namun jika kita arif dalam bahasa klasik, kembiri sebenarnya membawa maksud "kasi", yakni membuang alat peranakan binatang. Mungkin lebih tepat jika ditafsirkan kembiri politik sebagai orang politik yang ada ada nafsu tetapi tiada kemampuan?
Namun kita pegang sahaja tafsiran salah seorang pemikir Anwar ketika itu bahawa kembiri politik ialah mereka yang mengkritik apa sahaja program kerajaan tanpa menggunakan alasan yang lojik dan munasabah.
Nampaknya hari ini banyak sekali kembiri politik termasuklah Anwar.
Lihatlah apa yang ditulis Anwar,
"Sdr Siva menganjur program petang di perumahan rakyat “Impian Baiduri” pada hari Sabtu. Tekanan dan ugutan polis luar biasa, tetapi penduduk memberanikan diri. Kawasan penduduk miskin dikongkong sedemikian rupa agar rakyat tidak memperolehi maklumat dan menuntut hak mereka. Umno tidak mahu rakyat didedahkan mengenai harga barang, rasuah dan mutu pendidikan dan kesihatan yang rendah."
Bagaimanakah penduduk Pangsapuri Baiduri boleh dikategorikan miskin bila setiap hari bersesak kereta sehingga terpaksa double parking?
Penduduk Pangsapuri Baiduru bukan sahaja mendapat kawasan perumahan yang selesa tetapi juga mendapat pangsapuri tersebut dengan harga diskaun. Kerajaan negeri Selangor memberi diskaun RM 7, 000 seorang kepada mereka yang merupakan penduduk setinggan.
Zaman Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dahulu setinggan dibiarkan melarat. Jika tanah diperlukan maka mereka diberi rumah di pinggir bandar.
Namun kerajaan Selangor sejak 2001 telah memutuskan akan cuba sedaya upaya menempatkan para setinggan berhampiran tempat asal setinggan mereka. Inilah nikmat yang dinikmati oleh penghuni Pangsapuri Baiduri.
Dakwaan penduduk dikongkong juga amat mengelirukan seolah-olah terdapat curfew atau kawalan keselamatan yang menghalang keluar masuk orang ramai.
Kritikan Anwar bukan sahaja tidak berasas malah terkeluar dari rasionaliti. Jika dulu ghairah memanggil orang lain Kembiri Politik, hari ini anwar sendiri menjadi kembiri itu. Itupun jika tafsiran anwar mengenai makna kembiri boleh diterima akal.
Anwar Sudah Dikembiri
Tapi jika melihat gerak laku Anwar, sambutan orang ramai, perpecahan Keadilan serta kekalahan Keadilan di Ijok, Anwar sebagai ahli politik sudah dikembiri (makna sebenar - kasi) oleh Dr. Mahathir pada 1998 lagi.
Anwar hari ini tidak lebih dari kucing yang gah mengiau tetapi tiada kekuatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Anwar ni memang ahli politik yang sudah tidak laku dan dilupakan oleh orang ramai.... Sebab tu terpaksa buat perkara-perkara bodoh untuk publisiti murahan.
anwar boleh terus bersandiwara. Beliau hanya boleh mempengaruhi generasi muda lulusan luar negara sdan tempatan yang mengenali beliau melalui tulisan pemberita barat.
Mungkin lebih tepay kembiri ni bermakna Kambing yang dikasi. :)
Anwar yahudi!!!
tangkap la anwar balik
tak aman malaysia skrg
Post a Comment