Tulis Datuk Seri Anwar Ibrahim, "Dalam perjalanan kami saksikan kumpulan masyarakat India di merata jalan di bandar. Saya berhenti, menyapa mereka dan memberikan tanda simpati. Cara polis dan kerajaan Umno-BN menangani masalah tersebut terlalu keras dan angkuh. Imej negara kian terjejas manakala menyaksikan liputan berita di media antarabangsa - CNN, BBC, dan Aj Jazeera."
Jika kerajaan yang cuba menjaga keamanan dan keselamatan awam dengan menghalang satu perhimpunan haram yang bertujuan mencabar Perlembagaan Negara dan hak-hak Orang melayu dianggap angkuh, apakah jenis pemimpin seperti Anwar Ibrahim?
Pada 1996, Saifuddin Nasution dan Rahim Ghouse - dua orang kuat Timbalan Perdana Menteri, pemimpin atasan Pemuda Umno Malaysia - menendang pintu sebuah bilik persidangan tertutup hanya kerana kerajaan tidak mahu dilihat terbabit dalam isu pemisahan Timor Timur? Lihat berita ulasan ini untuk senario isu tersebut.
Oleh kerana Anwar selalu melanggar undang-undang termasuk menggunakan Special Branch bagi menakutkan saksi-saksi kejahatan beliau, maka beliau beranggapan semua pemimpin lain demikian juga.
Siapa lebih angkuh? Polis yang cuba menjaga ketenteraman atau Anwar yang menggunakan pelbagai jentera kerajaan dan politik secara luar undang-undang untuk kepentingan dirinya?
1 comment:
Saya seorang peserta di APCET 1996 dan tahu cerita sebenar tentang konferensi tersebut.
Apa yang dicatatkan oleh Pokka sebenarnya fitnah. Orang yang bertanggungjawab pada masa itu dan mengatur episod gangguan konferensi APCET ialah Megat Junid yang sekarang sakit tenat (akibat karmanya dilontar balik?).
Get your facts right mate! Nanti Aza marah oh!
Post a Comment