Saman kumpulan APCET II ini bergantung sepenuhnya kepada kenyataan Saifuddin Nasution yang mendakwa Dr. Mahathir melalui Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid Megat Ayub, telah mengarahkan Pemuda UMNO menghalang majlis tersebut.
Apakah peristiwa APCET II?
Pada 9 November 1996, satu Persidangan Asia Pasifik Mengenai Timor Timur ke -2 (Apcet II), telah diadakan bagi mempromosi kemerdekaan Timor Timur dari Indonesia. Persidangan ini khabarnya ditaja oleh kerajaan Portugal dan beberapa pertubuhan Kristian.
Kerajaan Malaysia jelas tidak bersetuju dengan persidangan ini kerana ia membabitkan masalah dalaman Indonesia dan juga membabitkan sensitiviti agama. Namun kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia merupakan persidangan dalam tempat tertutup yang tidak memerlukan permit polis dan tiada pelanggaran undang-undang.
Bantahan dari pelbagai parti politik dan NGO sudah pun disuarakan. Namun penganjur nekad meneruskannya.
Pada hari tersebut, Pemuda UMNO dengan diketuai oleh Saifuddin Nasution, Abdul Rahim Ghouse dan sebilangan EXCO Pemuda UMNO dan pemimpin NGO mengetuai Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) menyerbu persidangan tersebut bagi mencetuskan suasana tidak tenang.
Perlaku pertelingkahan antara kumpulan ini dengan peserta APCET II.
Ini menyebabkan Polis mengambil keputusan menyuraikan perhimpunan tersebut. Lebih 100 orang dari kedua-dua kumpulan ditangkap.
Dulu Anwar Ibrahim, Sekarang Salah Dr. Mahathir
Selepas itu bukan sahaja Saifuddin Nasution dan rakan-rakannya mendapat nama, malah Anwar Ibrahim turut meraih populariti di kalangan orang Melayu dan Islam. Dalam banyak ceramah-ceramah Biro Tata Negara dan pertemuan dengan pelajar IPT, isu ini diuar-uarkan sebagai "kerja" Anwar. Ini untuk menonjolkan imej Anwar sebagai pejuang Islam, hero orang Melayu dan memberi hubungan baik Anwar dengan pemimpin Indonesia.
Namun beberapa tahun selepas itu, Anwar dipecat. Timor Timur telah pun merdeka. Indonesia sudah tidak peduli lagi isu Timor Timur. Anwar pula mahu merapati kedudukan dengan rakan-rakan pembangkang dalam DAP dan Parti Rakyat Malaysia (sekarang sudah bergabung), maka isu ini terus diungkit.
Untuk menyelamatkan Anwar maka Saifuddin pun membuat kenyataan bahawa Dr. Mahathir (melalui Megat Junid) yang meyuruh mereka menghalang APCET II.
Soalan untuk Saifuddin: Mengapa dulu Anwar mendapat nama dan sekarang Dr. Mahathir yang salah?
Realiti Sebenar
Apa yang Saifuddin Nasution cakap hanya berupa kenyataan beliau. Namun realitinya, pada masa tersebut tiada siapa boleh mengarahkan Pemuda UMNO Malaysia melakukan apa-apa tanpa restu Anwar Ibrahim. Malah lebih tepat lagi, orang seperti Zahid Hamidi, Saifuddin dan Rahim Ghouse tidak mungkin bergerak walau seinci jika bukan arahan atau restu Anwar Ibrahim.
Lihat sahaja di mana kesetiaan Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997 dan 1998. Lihat sahaja di mana Saifuddin Nasution apabila Anwar dipecat. Bagaimanakah Zahid, Saifuddin dan Rahim Ghouse naik jika bukan dengan naungan Anwar Ibrahim?
Justeru hari ini, apabila Saifuddin mendakwa Megat Junid boleh mengarahkan Pemuda UMNO zaman Zahid melakukan sesuatu tindakan seperti menghalang APCET II ia tidak lebih jenaka politik kepada mereka yang memahami sepak terajang politik UMNO.
Jika benar pun Megat Junid mengarahkannya, ia tidak mungkin berjaya tanpa restu dan sokongan Timbalan Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kita lihat pula apa pandangan Datuk Ahmad Nazri Abdullah, proksi Anwar di Berita Harian, ketika itu,
"SUDAH dua puluh tahun isu Timor-Timur cuba ditonjolkan oleh media dan badan bukan kerajaan (NGO) Barat, tetapi kenapakah baru minggu lalu NGO Malaysia terpanggil untuk mengadakan persidangan mengenainya? Mengapakah selepas Jawatankuasa Hadiah Keamanan Nobel (Nobel Peace Prize) di Norway menganugerahkan hadiah keamanan itu kepada Jose Ramos-Horta dan Paderi Katolik, Carlos Filipe Ximenes Belo, yang mewakili pejuang pemisahan Fretilin, baru NGO Malaysia sibuk-sibuk mengadakan Persidangan Asia-Pasifik Mengenai Timor-Timur (APCET 11)?
Tidak siapapun yang Tiada siapapun yang mempertikaikan kenapakah Hadiah Keamanan Nobel yang pernah dianugerahkan kepada tokoh-tokoh keamanan seperti Nelson Mandela-F W de Klerk dan Yasser Arafat-Yitzhak Rabin, dianugerahkan kepada dua orang yang berjuang untuk memerdekakan Timor-Timur daripada Indonesia? Sepatutnya hadiah yang diwujudkan khusus untuk mereka yang berjuang untuk keamanan dianugerahkan kepada Presiden Fidel Ramos dan Nur Misuari kerana kejayaan mereka mencipta keamanan untuk Mindanao."(A. Nazri Abdullah, Timor Timur Hak Indonesia, Berita Harian: 17/11/1996)
Nazri Abdullah diketahui umum hanya menulis sesuatu isu membabitkan polisi negara jika ia menerima isyarat jelas dari Anwar Ibrahim.
Manakala seorang lagi pengarang yang dilihat rapat dengan Dr. Mahathir, A. Kadir Jasin menulis komentar berjudul "Apcet riot: An insult to civil society" (17 November 1996, NST),
"Most people would agree that the Government had done all it could to discourage the conference from being held out of concern for the deep friendship between Malaysia and Indonesia.
Personally, I do not believe that the Indonesian Government would forsake that special relationship merely because the conference was held in Malaysia. It is an insult to Indonesia to assume that it is so intolerant that it will interfere with the right of Malaysians to hold the assembly.
But as it turned out, it was a minority of our own people who were not only intolerant but were also not aversed to using force to stop the conference.
No matter who they were and what interests they claimed to represent, their action did nothing to salvage our country's good name. On the contrary, it legitimised the criticisms and condemnation that the foreign Press and non-governmental organisations had been directing at us in respect of the conference.
If the conference organisers were condemned for their disobedience, the 600-odd protesters successfully demolished whatever legitimacy they hoped to claim when some of them became abusive and violent."
Sungguh pun jelas ketika itu Dr. Mahathir tidak bersetuju dengan APCET II diadakan di Malaysia, namun untuk menyatakan Anwar tidak terbabit dengan peristiwa kekecohan tersebut hanyalah satu usaha menipu sejarah.
Sejarah sejak dahulu hingga kini membuktikan bahawa Dr. Mahathir tidak pernah mengatur sebarang tindakan aggresif fizikal hanya untuk mempertahankan pandangannya. Sebaliknya Anwar sudah banyak kali terbukti merancang pertembungan fizikal bagi memastikan matlamat politiknya dicapai.
3 comments:
Ini adalah satu percubaan untuk memburukkan Tun Dr Mahathir Mohamad oleh seorang yang kecewa bernama Anwar Ibrahim.
apa punya bodoh, mahathir tu dah memang salah, fitnah dan rasuah.. korang duk support perasuah ni buat apa, bodoh laa penyokong UMNO kerana UMNO kini bukan UMNO yang asal, UMNO kini adalah UMNO baru, UMNO mahathir... UMNO Bodoh
Amboi anon 7.10.. duk marah sgt pasai apa... kalau dia salah hang bawak bukti.. yang betui noo.. jgn duk reka2 .. jgn duk menyalak pasai ketua hang aljuburi (pinjam kata2 mat sabun) kata... dia pun auta jaa... bawak mai... awat nk takut kata mahkamah tak adil.. nun.. Tun duk suruh bicara pasai dia.. hampa saja tak mau.. pasai hangpa duk tuduh jaa.. tak dak bukti... bila org kata aljuburi (pinjam lagi kata2 pesalah khalwat dengan norma) yang kaki paling kuat rasuah dalam UMNO awat tak mau bukak mata.. pasai apa.. pasai hang pun dah suka duk jilat dia.. jaga2... hang jilat dia tak pa.. jgn bagi dia jilat hang.. sat lagi pakai cawat besi pun boleh bocor...
sama rata sama rasa, depan belakang sama saja..
Post a Comment