Perhimpunan sebuah NGO yang menggunakan nama BERSIH pada 10 November ini di Dataran Merdeka mungkin berniat baik. Mereka inginkan pilihan raya yang bersih.
Namun apabila Malaysiakini.com melaporkan pengesahan kehadiran Datuk seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan 100 ribu orang itu, penulis merasakan ia akan memberi natijah dan implikasi yang berlainan sama sekali.
Sejarah membuktikan bahawa setiap kali apa sahaja bentuk bantahan atau protes yang membabitkan Anwar sebagai dalang, mastermind mahu pun penggerak akan berakhir dengan keganasan, kacau-bilau dan huru hara.
Demontrasi kemiskinan Baling 70-an
Kita hanya perlu berbalik pada tahun 70-an bila Anwar antara penggerak Demontrasi Kemiskinan Baling mencetuskan huru hara besar di kampus Universiti Malaya. Anwar tahu bahawa ia perlu memainkan emosi orang ramai untuk mendapat perhatian dan sokongan besar. Justeru bagi melaksanakan agenda beliau maka cerita kemiskinan ketika itu ditokok tambah bagi menarik sentimen para pelajar.
Sehingga hari ini dakwaan kumpulan Anwar bahawa terdapat petani yang mati kebuluran di Baling tidak pernah dapat beliau buktikan.
Kekecohan APCET II
Pada 9 November 1996, satu Persidangan Asia Pasifik Mengenai Timor Timur ke -2 (Apcet II), telah diadakan bagi mempromosi kemerdekaan Timor Timur dari Indonesia. Persidangan ini khabarnya ditaja oleh kerajaan Portugal dan beberapa pertubuhan Kristian.
Kerajaan Malaysia jelas tidak bersetuju dengan persidangan ini kerana ia membabitkan masalah dalaman Indonesia dan juga membabitkan sensitiviti agama. Namun kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia merupakan persidangan dalam tempat tertutup yang tidak memerlukan permit polis dan tiada pelanggaran undang-undang.
Bantahan dari pelbagai parti politik dan NGO sudah pun disuarakan. Namun penganjur nekad meneruskannya.
Pada hari tersebut, Pemuda UMNO dengan diketuai oleh Saifuddin Nasution, Abdul Rahim Ghouse dan sebilangan EXCO Pemuda UMNO dan pemimpin NGO mengetuai Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) menyerbu persidangan tersebut atas Anwar Ibrahim.
Ini menyebabkan Polis mengambil keputusan menyuraikan perhimpunan tersebut. Lebih 100 orang dari kedua-dua kumpulan ditangkap.
sila baca APCET II: Dulu Anwar Dapat Nama, Sekarang Mahathir Yang Salah)
Konflik Islam - Kristian
Jangan juga dilupakan bahawa hampir tercetus konflik Islam-Kristian di Malaysia apabila Anwar (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) membawa seorang penceramah terkenal Ahmad Deedat untuk mendebatkan kebenaran Islam berbanding Kristian secara terbuka di Dataran Merdeka. Sungguhpun tidak banyak dilaporkan media, namun peristiwa tersebut hampir mencetuskan konflik agama yang besar.
Bagi menutup kesilapan beliau dan mengurangkan konflik dalam senyap ini, kerajaan telah mencadangkan penubuhan Institut Dialog Perdaban di Universiti Malaya dan Anwar diberi tanggungjawab khusus mengumumkan dan melaksanakannya.
Kekacauan 1998
Pada 1998, apabila Anwar dipecat dari kerajaan dan UMNO, beliau sekali lagi mencetuskan kekacauan dan huru hara di Kuala Lumpur. Beliau menjelajah ke serata negara mempertahankan dirinya dan menghasut orang ramai bangun menentang kerajaan. Kemuncaknya di Kuala Lumpur beliau menyampaikan ucapan berapi-apai kepada puluhan ribu pengikutnya dan menggesa mereka berarak ke PWTC dan seterusnya ke Seri Perdana.
Ruang legar PWTC dimusnahkan oleh penyokongnya, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) menjadi huru hara dan akhir sekali puluhan ribu penyokongnya berkumpul di Seri Perdana untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang diberi mandat oleh jutaan penduduk Malaysia.
Dalam keadaan Kuala Lumpur yang penuh kekacauan itu, Anwar tidak pula bersama penyokongnya. Sebaliknya beliau pulang berehat ke rumah.
Jika tidak ditangkap oleh Polis malam tersebut, nescaya tiada siapa tahu bahawa Anwar menyusup pulang ke rumah selepas mengarahkan penyokongnya berarak menunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur.
Anwar mempunyai rekod yang cemerlang dalam membakar emosi orang dan menimbulkan kekacauan.
Justeru perhimpunan 100 ribu orang sabtu ini amat sukar sekali dijalankan dalam keadaan baik dengan kehadiran Anwar dan Parti Keadilan Rakyat.

7 comments:
Lebih baik adanya Anwar Ibrahim yang mencetus minda, daripada PEE-AM yang suka tidur.
HIDUP RAKYAT!
Apakebendernye....
Ko baca sejarah balik la...
Bukan Anwar nak memainkan sentimen atau emosi..tp memang isu-isu tu isu penting dan wajib ada seseorang untuk berani berdepan.
Tu lah bezanya Anwar dengan pemimpin atasan UMNO lain pada waktu tu. Pemimpin umno lain semua tak berani nak buat apa2 yg akan buat periuk nasi diorg tergugat tp Anwar tak.
Dari zaman mahasiswa sampai orang ke-2 pemimpin negara pun Anwar masih konsisten dengan perjuangan.
Dan dia adalah org paling layak untuk mengetuai perhimpunan 100,000 tu nanti berdasarkan semangat, keberanian dan perjuangan beliau. Bukan macam pemimpin2 kecut dan takut yang lain. sekian.
setiap kali ada anwar ..setiapkali juga akan ada huruhara!!! Sudah barang pasti..itu akan terus berulangggg!! jangan berulang tragedi Batu Buruk sudah le!!!
kalau ada anwar pasti ada kekacauan, ohh sudah tentulah pasal pemimpin umno terutama yg memusuhi beliau sangat-sangat fobia akan anwar. Justeru itu mereka akan mencipta kekacauan agar anwar itu sinonim dengan kekacauan.Bersyukurkah kerana adanya manusia seperti anwar lah yang dapat membuka minda rakyat malaysia.
Perhimpunan dah pun berlaku. Nampaknya sikap prejudis anda jelas lagi nyata. Anda dah silap. Tiada kekecohan pun dikalangan penyokong yang berdekatan Anuar. Rasanya mungkin juga sebab anda takde kot??? Hipokrit!!!
Betul ke anwar tu tak salah? betul ke anwar tu hero? kalau betul hero orang melayu... kenapa rumah dia besar, tak mcm rumah nik aziz? gaji TPM? masa tu berapa? berapa lama dia jadik TPM? betul ke abwar buat tu untuk betulkan pemimpin UMNO atau dia nak jadik pemimpin UMNO? sampai sekarang kemaruk nak jadik PM... sekian
Alhamdulillah..perhimpunan pun dah berlaku..takde masalah..senang je sebabnya..sebab peserta perhimpunan yg berjumlah lebih 50,000 org tak melayan provokasi oleh polis (sb) yg menyamar.Tu sebab semalam berita,polis tak puas hati lah..memanglah polis tak puas hati..sbb kami tak layan provo polis..apa ingat rakyat bodoh ke?
Statment Najib "angka bukan ukuran"..ha ha ha najib dah takut..sbb perhimpunan umno selama seminggu pun tidak dapat mengumpul peserta sebanyak 50,000 org yg datang menyertai perhimpunan bersih..malah perhimpunan umno menggunakan orang orang tua dan org org kampung yg di taja oleh umno dgn wang rakyat dan di berikan perkhidmatan penganguktan seperti bas oleh umno..
lihat sahaja perhimpunan bersih..50,000 orang datang dengan rela hati..sanggup meredah hujan, dan di siram dgn air kimia..dan tidak langsung mereka berundur utk menyuarakan rasa hati mereka..berbeza bukan dgn perhimpunan umno di dalam dewan meawah yg penuh econ..itu pun pakcik dan makcik yg di ditaja umno,bila dapat upah dan wang..terus tidur dlm dewan dan sebahagian pula keluar dewan balik rumah sebelum habis presiden umno berucap..kesian umno..tak dapat menipu rakyat lagi...apa umno ingat rakyat sekarang berfikiran seperti sebelum merdeka atau baru merdeka..mesti mengangguk walaupun apa yg umno lakukan salah? maaf..kami rakyat yg di beri otak dan akal yg di kurniakan oleh Allah..maka kami tidak tunduk dgn undang undang terkutuk umno dan B.N.Walaupun B.N memegang media media yg pro kerajaan..media media di malaysia yg sumbang dan tiada etika...kami tidak gentar pun...cuma penakut dan pengecut macam umno sahaja yg selalu buat begitu..
Post a Comment