Wednesday, December 26, 2007

Kempen Anwar di Pulau Pinang Mengelirukan

Kempen Anwar Ibrahim di Pulau Pinang beberapa hari lalu sekali lagi membuktikan Anwar bukan pemimpin untuk membangunkan negara tetapi pemimpin yang mencari populariti.

Sebab itu dalam beberapa isu kajian ke atas perjalanan politik Anwar yang dipanggil Anwarisme dalam blog ini, penulis menyatakan bahawa Anwar merupakan sejenis sesumpah atau kata orang utara Pokka. Sesumpah atau Pokka ialah sejenis binatang yang dianugerahkan Allah keistimewaan bertukar warna kulit mengikut persekitarannya.

Menurut laporan Malaysiakini.com, dalam kempen Anwar di Pulau Pinang beliau berjanji,

"PKR policies such as the abolishment of fees from primary to tertiary level for students from poor families and the lowering of the price of oil...


Turunkan Harga Minyak

Bukankah janji-janji Anwar ini mengelirukan dan tidak mungkin dilaksanakan? Ketika harga minyak dunia senang meningkat ke paras tertinggi, nwar berjanji mahu menurunkannya di Malaysia. Cakap sedemikian mungkin menyeronokan rakyat tetapi apakah ia boleh dilaksanakan selama-lamanya atau sekadar setahun dua sebelum menaikkannya kembali dengan kadar yang lebih besar.

Kenyataan ini juga aneh kerana ketika krisis kewangan 1997, Anwar merupakan penyokong kuat polisi International Monetary Fund (IMF) yang antara lain menyarankan penghapusan subsidi petrol dan lain-lain dasar perlindungan ekonomi?

Anwar tidak perlulah menunjukkan beliau pembela rakyat sedangkan pada 1997, dasar kewangan beliau termasuk menaikkan kadar faedah sehingga berbelas peratus telah menyebabkan ramai eksekutif muda muflis (hutang kad kredit), banyak syarikat perniagaan kecil tumbang atau ditelan oleh syarikat besar kerana menghadapi masalah hutang akibat kenaikan Kadar Faedah.

Banyak juga syarikat perniagaan "bungkus" kerana dasar ekonomi Anwar ketika itu sehingga ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Jika dibandingkan sedikit kenaikan harga petrol sekarang dengan masalah kehilangan pekerjaan zaman Anwar dulu mana lebih baik?

Memang benar Anwar juga berjaya memacukan ekonomi negara antara tahun 1991 - 1996. Tapi bukankah ketika itu Anwar mewarisi fundemental ekonomi yang telah dibuat oleh Tun Daim Zainuddin? Kejayaan Anwar pada tahun-tahun tersebut turut dibayangi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ketika itu Anwar belum berani "menari". Anwar dilihat banyak mengikut telunjuk Dr. Mahathir dalam bidang ekonomi.

Namun krisis 1997 dilihat Anwar sebagai peluang terbaik beliau untuk menjadi peneraju baru ekonomi negara dan kepimpinan UMNO. Sebagai Presiden Bank Dunia ketika itu, Anwar berucap menyokong polisi-polis IMF sekaligus secara lembut menempelak ucapan Mahathir dalam Forum Kewangan di Hong Kong pada 1997.

Sekarang Anwar mahu menurunkan harga petrol? Bukankah ini satu bentuk subsidi dan ekonomi perlindungan?

Hapuskan Yuran Pengajian Tinggi

Anwar berjanji untuk menghapuskan yuran pengajian tinggi jikan Parti Keadilan rakyat menang. Apa yang Anwar buat ketika ia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri? Perkenalkan Pengkorporatan Universiti bagi menjimat kewangan kerajaan!

Jika tidak kerana mendapat tentangan serius dari para mahasiswa Universiti Malaya ketika itu pastinya hari ini yuran pengajian Universiti Malaya akan naik berpuluh kali ganda.

Jadi mengapa bila tiada jawatan baru mahu berjanji yang muluk-muluk? Bukanlah bermakna kita mahu menafikan jasa-jasan Anwar dalam kerajaan atau kebolehan Anwar menjadi Menteri. Cuma yang kita mahu nyatakan ialah, bercakap memang mudah, tapi untuk membuatnya bukanlah semudah cakap berbelit-belit memutarkan janji dan idea.

Anwar sudah diberi peluang tetapi beliau tidak melaksanakannya. Bukan beliau tidak mahu melaksanakannya tetapi beliau sendiri sedar bahawa ia tidak mungkin dapat dilaksanakan. Justeru untuk apa beliau mengungkapkan janji-janji karut marut seperti ini?

Anwar Menjadi Hindu?

Anwar juga menyebarkan khabar angin palsu kononnya UMNO menuduh beliau menjadi Hindu. Ini politik lama Anwar. Membuat fitnah untuk diri sendiri bagi meraih simpati.

Tiada siapa pun yang mendakwa Anwar menjadi Hindu. Tiada ahli UMNO yang begitu bodoh untuk mendakwa Anwar menganut agama Hindu. Tiada seorang manusia pun di Malaysia akan percaya Anwar akan menjadi Hindu biarpun kita tahu bekas Timbalan Perdana Menteri ini peminat nombor satu filem Hindi.

Jika ada pun cakap-cakap di Pulau Pinang sekarang ialah Anwar sudah menjadi penyokong Hindraf, sebuah kumpulan esktremis agama Hindu. Cakap-cakap ini tidak dapat dielakkan kerana Anwar sendiri muncul di mahakamah Klang bagi memberi sokongan moral kepada P. Uthayakumar (pemimpin nombor satu Hindraf).

Anwar mungkin pro Hindraf tetapi bukan simpati kepada kaum India. Jika beliau simpati dan mengiktiraf kaum India tentulah PKR akan meletakkan calon dari kaum India dalam pilihan raya kecil Ijok beberapa bulan lalu.

Anwar boleh terus berucap dan berkempen, namun jika beliau mahu menang pilihan raya, beliau perlu realistik dan pragmatik bukannya idealis dan populis.

Ini kerana, sejauh mana pun idea yang popular dan muluk-muluk diutarakan oleh ahli politik, akhirnya selama 50 tahun, rakyat terus mengundi untuk dasar-dasar yang pragmatik dan realistik dengan keadaan negara baik dari segi kewangan mahu pun strtafikasi sosial masyarakat.

Pengundi Malaysia sungguhpun ramai yang meminati filem Hindi tetapi tidak berfikir seperti pengarah filem Hindi.

Monday, December 24, 2007

Anwar Antara Tokoh Yang Mengongkong Gerakan Pelajar

Baru-baru ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan antara lain menindas gerakan pelajar termasuk di luar negara.

Kononnya, pemimpin pelajar Malaysia di dalam dan luar negara kebanyakannya telah pun ‘dibeli’ dengan tajaan-tajaan lumayan untuk program ‘glamour’ penuh publisiti yang diberikan oleh pihak korporat dan ahli politik. Oleh itu, mereka sangat berhati-hati dalam menghadiri program anjuran pembangkang kerana bimbang ‘periuk nasi’ mereka tergugat.

Terdapat pandangan pemimpin pelajar ini adalah reflektif terhadap sikap kebanyakan golongan elit dan menengah atas di Malaysia yang rata-rata takut untuk terlibat secara aktif dalam protes-protes dan kritikan (walaupun membina) kerana hidup dalam suasana ‘self-censorship’ yang mengongkong.

Namun apa yang Anwar tidak nyatakan sasana takut ini sebenarnya diasaskan oleh Anwar sendiri sewaktu beliau berkuasa dahulu. Semasa Anwar menjadi Menteri Pelajaran (dahulu Menteri Pendidikan) beliau melantik sahabat dekatnya untuk menjadi pentadbir di Jabatan Penuntut Malaysia dan juga di universiti-universiti tempatan. Mereka ini mengugut pelajar jangan memberi ruang kepada pembangkang.

Semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, para lantikannya di Jabatan Penuntut Malaysia bukan sahaja menghalang pelajar daripada menganjur dan menghadiri majlis oleh pihak pembangkang (seperti Fadzil Noor, Hadi Awang, Mustafa Ali, Muhammad Sabu, Lim Guan Eng dan sebagainya) tetapi juga menggantung biasiswa mereka yang engkar.

Sewaktu Anwar melawat London sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1997, pelajar yang menghadiri majlis beliau di Dewan Malaysia disaring terlebih dahulu oleh Jabatan Penuntut Malaysia dan hanya soalan tertentu (yang tidak begitu kritikal) diizinkasn untuk ditanya kepada beliau.

Di universiti tempatan juga tidak kurang hebatnya gerakan Anwar. Mempergunakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Pelajar Islam Kebangsaan (PKPIM), Anwar menyalurkan bantuan kewangan dan latihan menerusi Institut Kajian Dasar (IKD)bagi menguasai pilihan raya kampus di IPT tempatan.

Di Universiti Malaya umpamanya, kumpulan pro kerajaan pada tahun 1990-an dikuasai oleh dua kelompok iaitu tulen pro kerajaan dengan assobiyah PKPIM/ABIM.

Jika kumpulan pro kerajaan menang, hampir semua keputusan pemilihan pucuk pimpinan pelajar Universiti Malaya akan ditentukan dalam mesyuarat PKPIM terlebih dahulu sebelum dibawa kepada para pemimpin pelajar yang menang bertanding.

Anwar menguasai sepenuhnya sehinggakan sebarang kritikan atau teguran terhadap kerajaan harus mendapat restu IKD terlebih dahulu.

Sekarang apabila Anwar berada di barisan pembangkang, masalah yang sama datang menghantui beliau. Tetapi Anwar jangan lupa bibit-bibit negatif ini disemai oleh dirinya sendiri sewaktu berkuasa dahulu.

Thursday, December 13, 2007

Anwar Salah Percaturan Politik Lagi

Oleh AJAB (anwarisme@hotmail.com)

Apabila Anwar Ibrahim mengambil langkah untuk mengecam sebahagian tuntutan Hindraf, tetapi hadir memberi sokongan moral kepada para pelampaun Hindu ini di Mahkamah Klang minggu lalu, ia sekadar memberi masalah politik besar kepada beliau.

Mahu tidak mahu, Anwar harus mengakui bahawa kekuatan politik beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah bertunjangkan orang Melayu dan Islam.

Justeru apabila Hindraf mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu, dan menuduh orang Islam merobohkan kuil sewenang-wenangnya, serta menyatakan kerajaan pimpinan orang Melayu melakukan pembersihan etnik, maka tiada sesiapa manusia Melayu yang waras, tidak tertakluk kepada kepentingan politik sempit dan bersifat terbuka boleh menerimanya.

Orang Melayu, baik di dalam UMNO, Pas, PKR mahu pun yang tiada parti tentulah tidak boleh menerima dakwaan-dakwaan Hindraf ini. Sebab itu kita lihat pemimpin Pas dari awal menjauhi diri dari Hindraf.

Malangnya,Anwar melihat sudut yang lain. Beliau mahu memperbaiki imej beliau di kalangan pengundi kaum India setelah "krisis Ijok" tempoh hari. Namun dalam masa yang sama Anwar juga perlu menjaga kepentingan politiknya di kalangan orang Melayu.

Sebagai pemimpin politik, Anwar tentu sahaja boleh menyatakan beliau bersimpati dengan kemiskinan kaum India. Anwar boleh sahaja menyokong perjuangan kaum India mengatasi kemiskinan mereka, sungguhpun beliau tidak berbuat lebih baik ketika diberi peluang menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Namun apabila beliau hadir ke Mahkamah Klang tempoh hari bagi memberi sokongan kepada Hindraf maka ia telah menjejas imej Anwar dengan teruk di kalangan orang Melayu. Di Pulau Pinang misalnya, para penyokong dan pesimpati Anwar sendiri sudah mula kecewa dengan beliau. Ibarat retak menanti belah.

Di kalangan orang Melayu, ramai tertanya-tanya, jika sekadar bersimpati dengan kemiskinan kaum India, apa perlu Anwar hadir di Mahkamah Tinggi Klang untuk memberi sokongan moral kepada pemimpin Hindraf yang membuat pelbagai tuduhan palsu kepada orang Melayu?

Jika sekadar bersimpati dengan kemiskinan kaum India tetapi tidak menyokongan Hindraf apa perlunya Anwar memberi wawancara mengenai isu ini kepada akhbar-akhbar di India?

Jika sekadar bersimpati dengan kaum India bukannya Hindraf, mengapa Anwar tergamak menyamakan perjuangan kemerdekaan Palestin dengan perjuangan perkauman sempit Hindraf.

Alangkah tergurisnya hati orang Melayu dan Islam bila Anwar mengatakan

"In this age, you can't say that any repression should not be condemned because its country's internal affair...to say `lay off' does not work...," Ibrahim said while referring to the remarks by Malaysian Minister Nazri Aziz against Tamil Nadu Chief Minister Karunanidhi who had raised concerns over the "marginalisation" of ethnic Indians in that country.

"Malaysia supports Palestinians...what if Israelis says `lay off'?" he asked. - The Hindu News Update Service

Di mana wajarnya Anwar menyamakan perjuangan kemerdekaan orang Palestin dengan perjuangan perkauman Hindraf? Rakyat Palestin dirampas negara mereka oleh Israel dengan kerjasama Amerika Syarikat dan Britain. Apakah ia sama dengan perjuangan palsu Hindraf di Malaysia?

Anwar boleh sahaja mendakwa media pro UMNO memburuk-burukkan imej beliau dalam isu Hindraf ini. Namun hakikatnya, perbuatan dan tingkah laku beliau dalam isu Hindraf ini jauh dari sekadar bersimpati dengan kaum India.

Di kalangan orang Melayu, Anwar dilihat telah bersengkongkol dengan Hindraf biar pun beliau sedaya upaya menafikannya.

Tuesday, December 4, 2007

Untuk kepentingan Politik, Anwar Samakan Perjuangan Hindraf dengan Palestin?

Apa beza Anwar Ibrahim dengan Hindraf? Hampir tiada. Cakap berbelit tanpa fakta yang jelas.

Repression of Malaysian Hindus unacceptable: Anwar Ibrahim

Talking to the media at the Islamic Peace Conference here, Ibrahim also defended reactions in India, saying that "every country has a right to express its views diplomatically."

"In this age, you can't say that any repression should not be condemned because its country's internal affair...to say `lay off' does not work...," Ibrahim said while referring to the remarks by Malaysian Minister Nazri Aziz against Tamil Nadu Chief Minister Karunanidhi who had raised concerns over the "marginalisation" of ethnic Indians in that country.

"Malaysia supports Palestinians...what if Israelis says `lay off'?" he asked.

"The affirmative action (such as the bhumiputra policy) should not be race-based, but it should be for all the races," he said. - The Hindu News Update Service



Di mana wajarnya Anwar menyamakan perjuangan kemerdekaan orang Palestin dengan perjuangan perkauman Hindraf? Rakyat Palestin dirampas negara mereka oleh Israel dengan kerjasama Amerika Syarikat dan Britain. Apakah ia sama dengan perjuangan palsu Hindraf di Malaysia?

Tiada sesiapa pun yang membunuh etnik India di Malaysia atas sebab politik. Malah terdapat Menteri, timbalan menteri, pegawai kanan kerajaan dan wakil rakyat berbangsa India.

Janganlah kerana undi yang tidak seberapa maka perjuangan Palestin disamakan dengan perjuangan karut marut Hindraf.

Anwar juga mendakwa orang India menjadi mangsa penindasan dasar kerajaan. Jika dasar kerajaan menindas kaum India apakah mereka akan mampu mempunyai pendapatan isi rumah yang lebih tinggi dari bumiputera? Apakah mereka akan mampu mengisi pelbagai jawatan profesional yang peratusannya lebih tinggi berbanding bumiputera jika dinisbahkan kepada jumlah penduduk mengikut di negara ini?



Memang benar ada kaum India yang miskin tegar. Demikian juga ada orang melayu yang hardcore miskin. Demikian juga ada orang asli yang lebih miskin dari kaum India.

Sebagai Menteri Kewangan dahulu apa yang pernah Anwar lakukan untuk menghapuskan dasar-dasar DEB jika ia benar-benar menindas kaum bukan bumiputera?

Perlu difahami antara dasar membantu Bumiputera dengan menindas kaum lain adalah dua perkara yang berbeza. Kerajaan mempunyai dasar yang cuba membantu kaum bumiputera tetapi ia tidak pernah menindas atau menidakkan peluang kaum lain untuk mengaut kekayaan dan ilmu dalam negara ini.

Layakkah Anwar bercakap menyokong kaum India sedangkan beliau sendiri menolak kaum India dari menjadi calon partinya di Ijok?

Sebelum Anwar bercakap soal membantu kaum India melalui polisi kerajaan, elok beliau betulkan dulu polisi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jika tidak masakan sahabat karib beliau, Nallakarupan, pun keluar PKR?

Monday, November 26, 2007

Ketelusan Perlu Bermula Dari PKR


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim melaung seantero negara supaya kerajaan dan Barisan Nasional lebih telus (Transparency)dan mempunyai pertanggungjawaban (accountability). Ini juga yang dilaung-laungkan sebagai salah satu manifesto atau agenda PKR dan Anwar.

Jika saya bangkitkan semula mengenai sikap Anwar di dalam kerajaan yang jauh dari nafas ketelusan; bagaimana sikap beliau ketika menjelaskan isu kerugian Bank Negara Malaysia, kempen politik pemilihan UMNO 1993, APCET II dan tragedi Kampung Rawa,tentulah ramai yang akan berkata ini cerita lama.

Baiklah. Katakan Anwar sudah berubah dari seorang politikus yang bijak menjadi seorang politikus yang jujur, telus dan lurus.

Justeru kita ingin bertanya Anwar, apa sudah jadi dengan isu-isu penyelewengan kewangan dan pembabitan beberapa pemimpin kanannya dengan dana Amerika Syarikat.

Pendedahan ini bukan dilakukan oleh sembarangan. Sebaliknya dilakukan oleh Lokman Nor Adam, bekas Setiausaha Kerja Angkatan Muda Keadilan ketika itu.

1. Kita mahu bertanya, adakah tidak salah membawa masuk wang tunai berjuta ringgit tanpa melakukan pengisytiharan seperti yang dilakukan oleh Ezam Mohd Noor? Sehingga hari tiada saman ke atas Lokman sedangkan Datuk Seri diketahui suka menyaman orang lain jika dirasakan beliau benar.

2. Apakah benar Keadilan menerima pelbagai dana asing untuk kempen politiknya?

Menurut pengakuan bersumpah Lokman Nor Adam di masjid negara beberapa tahun lalu, Tien Chua (melalui teman wanitanya) pernah mengaturkan satu pertemuan dengan ‘penyangak mata wang’ George Soros (berbangsa Yahudi) yang dihadiri oleh Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Wan Azizah pada sekitar tahun 2002 bertujuan untuk meminta dana untuk mengerakkan parti Keadilan. Benar atau tidak? Bolehkah sebuah parti politik menerima dana atau sumbangan asing tanpa membuat penyistiharan?

3. Lokman juga mendedahkan bagaimana Khalid Jaafar mempunyai wang berjuta ringgit di Citibank New York. Dari mana wang ini datang? Adakah dibuat pengiytiharan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri? Jika tidak, adakah ini ciri-ciri yang betul untuk menjadi sebuah parti yang kononnya ingin membawa perubahan kepada pemerintahan yang lebih telus dan terbuka?

Pendedahan Lokman Nor Adam benar-benar menjejaskan PKR. Akibatnya Anwar terpaksa meminta orang kuatnya dan yang menjadi sasaran Lokman, Ezam Mohd Noor keluar parti dan menubuhkan Gerak.

Bukankah ini satu usaha menutup cerita sebenar? Jika isu dalam PKR, sebuah parti kecil pun Anwar tidak boleh berlaku telus dan akauntabiliti, apakah kita percaya Anwar boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih baik, telus dan terbuka?

PKR juga perlu menjelaskan kepada umum terutama ahli parti mengenai apa yang terjadi kepada pelbagai dana yang disumbangkan. Lihat apa yang ditulis oleh bekas Pengendali Laman Web Free Anwar Campaign (FAC),

"One day, around August 2004, one of Anwar’s lawyers called me aside and asked me, “How much money has the Free Anwar Campaign (FAC) received from donors?” Not one cent, I replied. Okay, Wan Azizah did donate RM1,000 at the launch of the FAC in August 2000 and Anwar’s brother gave RM2,000 once in the five years that the FAC was in operation. Another supporter donated a notebook computer to replace the one that was confiscated by the police in March 2001. But that was about it.

“But there are those who claim to be directors of the FAC who have received a lot of donations from all over the world. Don’t tell me they did not give you anything.”

“With God as my witness, not a cent,” I replied.

“What the hell!” the lawyer said. “They are using FAC’s name to collect money. If they are not passing you any, then you might as well just close the FAC. Why let them use the FAC to make money?”

“I will close it the day Anwar walks free and not a day earlier,” I told the lawyer.



Jika di dalam UMNO atau Barisan Nasional wujud korupsi dan kronisme ia adalah lumrah politik. Bila ada kuasa dan kekayaan maka di situ akan wujud masalah akhlak dan moral. Namun jika dalam parti yang miskin, kekurangan dana dan pengikut bergolok bergadai, pemimpin Keadilan/PKR "merompak" wang sumbangan untuk parti, apakah kita boleh percaya kepada mereka ini jika berkuasa?

Anwar dan malaysia-Today

Anwar bercakap soal kebebasan bersuara dan mengkritik. Namun apakah Anwar sendiri mempraktikkannya?

Sekali lagi kita tinggalkan sahaja cerita lama bagaimana Anwar meletakkan Johan Jaaffar dan Nazri Abdullah dalam media utama negara bagi menjaga kepentingan beliau. Anwar juga mengarahkan Nazri Abdullah menghentikan ruangan Biar Putih Tulang (Berita Harian) yang ditulis oleh Kadir Jasin menggunakan nama pena Kunta Kinte kerana ruangan tersebut pernah sekali mengkritik beliau.

Kita tinggalkan juga cerita Anwar mengarahkan Utusan dan Berita Harian, supaya penulis-penulis dari tangki pemikirnya (think tank) seperti Sidiq Fadzil dan Rustam A. Sani diberi ruang yang luas untuk menulis tanpa disunting. Kita lupakan semua itu.

Tapi Anwar selepas memperjuangkan ketelusan dan keterbukaan media turut menutup sebuah kolum kecil dalam Malaysia-Today.

Kolumnis Malaysia-Today, Kirdatun menulis pada 3 Disember 2004,

"Tulisan terakhir untuk ruangan "Batu Giling" ini menemui pembaca seperti yang dijanjikan, seminggu sesudah menerima e-mel daripada editor Malaysia Today yang memaklumkan bahawa ada "orang-orang kuat" Anwar Ibrahim menuntut agar kolum ini "dilembutkan" atau ditutup terus.

Selang beberapa hari, "orang besar" PKR yang khabarnya semakin kerap mendampingi Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Raja Petra supaya mengarahkan "Batu Giling" melembutkan tulisan terhadap Anwar Ibrahim ataupun tutup sahaja ruangan ini.


Lihatlah Anwar jika beliau mempunyai sedikit kuasa pun akan digunakan sepenuhnya, apatah lagi jika memerintah negara.

Pada Mei 2007, Anwar dilaporkan berkata, "Saya sungguh kecewa kerana perkara ini dijadikan satu propaganda kotor. AS tidak pernah memberi satu sen pun kepada yayasan ini dan kami mempunyai bukti. Ini semua propaganda yang menggunakan akhbar-akhbar tempatan bagi memanipulasi keadaan."

Percayakah sesiapa sahaja bahawa sebuah Yayasan yang ditubuh dan dirasmikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat tidak mendapat sesen pun sama ada secara langsung atau tidak langsung dari Rumah Putih?

Ketelusan yang diperjuangkan oleh Anwar bukan sahaja bercorak artificial (palsu) malah mudah sekali dikesani penipuannya.

Ditambah lagi dengan rekod politik Anwar ketika berada di dalam UMNO dahulu, maka jika ada sesiapa yang mengharap PKR dan Anwar akan menjadi lebih telus dan terbuka dari BN, hanya bermimpi di siang hari.

Nota: Anda boleh lihat pengakuan Lokman Nor Adam di sini

Anwar Dulu Lebih Angkuh!

Tulis Datuk Seri Anwar Ibrahim, "Dalam perjalanan kami saksikan kumpulan masyarakat India di merata jalan di bandar. Saya berhenti, menyapa mereka dan memberikan tanda simpati. Cara polis dan kerajaan Umno-BN menangani masalah tersebut terlalu keras dan angkuh. Imej negara kian terjejas manakala menyaksikan liputan berita di media antarabangsa - CNN, BBC, dan Aj Jazeera."

Jika kerajaan yang cuba menjaga keamanan dan keselamatan awam dengan menghalang satu perhimpunan haram yang bertujuan mencabar Perlembagaan Negara dan hak-hak Orang melayu dianggap angkuh, apakah jenis pemimpin seperti Anwar Ibrahim?

Pada 1996, Saifuddin Nasution dan Rahim Ghouse - dua orang kuat Timbalan Perdana Menteri, pemimpin atasan Pemuda Umno Malaysia - menendang pintu sebuah bilik persidangan tertutup hanya kerana kerajaan tidak mahu dilihat terbabit dalam isu pemisahan Timor Timur? Lihat berita ulasan ini untuk senario isu tersebut.

Oleh kerana Anwar selalu melanggar undang-undang termasuk menggunakan Special Branch bagi menakutkan saksi-saksi kejahatan beliau, maka beliau beranggapan semua pemimpin lain demikian juga.

Siapa lebih angkuh? Polis yang cuba menjaga ketenteraman atau Anwar yang menggunakan pelbagai jentera kerajaan dan politik secara luar undang-undang untuk kepentingan dirinya?

Wednesday, November 21, 2007

Anwar Sudah Jadi Kembiri Politik


Dalam pembentangan Belanjawan 1992, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan perkataan "kembiri politik". Tiada siapa pun tahu makna sebenar kembiri politik ini.

Mungkin kerana pada masa itu terkenal dengan idea-idea kacukan seperti selembu (seladang kacuk lembu), maka perkataan Anwar perkenalkan ini mungkin bermaksud Kambing kacuk Kambing biri-biri.

Menurut orang kuat Anwar, Ahmad Nazri Abdullah (Berita Harian) "Perkataan `kembiri' mungkin agak asing bagi sesetengah orang, tetapi apabila mendengar keseluruhan pengucapan itu, rasanya semua pihak dapat mengerti maksudnya. Secara ringkasnya, Menteri Kewangan merujuk kepada golongan yang gemar mengkritik apa sahaja dasar dan program kerajaan semata-mata berdasarkan selera sendiri tanpa menggunakan alasan yang lojik dan munasabah."

Namun jika kita arif dalam bahasa klasik, kembiri sebenarnya membawa maksud "kasi", yakni membuang alat peranakan binatang. Mungkin lebih tepat jika ditafsirkan kembiri politik sebagai orang politik yang ada ada nafsu tetapi tiada kemampuan?

Namun kita pegang sahaja tafsiran salah seorang pemikir Anwar ketika itu bahawa kembiri politik ialah mereka yang mengkritik apa sahaja program kerajaan tanpa menggunakan alasan yang lojik dan munasabah.

Nampaknya hari ini banyak sekali kembiri politik termasuklah Anwar.

Lihatlah apa yang ditulis Anwar,

"Sdr Siva menganjur program petang di perumahan rakyat “Impian Baiduri” pada hari Sabtu. Tekanan dan ugutan polis luar biasa, tetapi penduduk memberanikan diri. Kawasan penduduk miskin dikongkong sedemikian rupa agar rakyat tidak memperolehi maklumat dan menuntut hak mereka. Umno tidak mahu rakyat didedahkan mengenai harga barang, rasuah dan mutu pendidikan dan kesihatan yang rendah."

Bagaimanakah penduduk Pangsapuri Baiduri boleh dikategorikan miskin bila setiap hari bersesak kereta sehingga terpaksa double parking?

Penduduk Pangsapuri Baiduru bukan sahaja mendapat kawasan perumahan yang selesa tetapi juga mendapat pangsapuri tersebut dengan harga diskaun. Kerajaan negeri Selangor memberi diskaun RM 7, 000 seorang kepada mereka yang merupakan penduduk setinggan.

Zaman Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dahulu setinggan dibiarkan melarat. Jika tanah diperlukan maka mereka diberi rumah di pinggir bandar.

Namun kerajaan Selangor sejak 2001 telah memutuskan akan cuba sedaya upaya menempatkan para setinggan berhampiran tempat asal setinggan mereka. Inilah nikmat yang dinikmati oleh penghuni Pangsapuri Baiduri.

Dakwaan penduduk dikongkong juga amat mengelirukan seolah-olah terdapat curfew atau kawalan keselamatan yang menghalang keluar masuk orang ramai.

Kritikan Anwar bukan sahaja tidak berasas malah terkeluar dari rasionaliti. Jika dulu ghairah memanggil orang lain Kembiri Politik, hari ini anwar sendiri menjadi kembiri itu. Itupun jika tafsiran anwar mengenai makna kembiri boleh diterima akal.

Anwar Sudah Dikembiri

Tapi jika melihat gerak laku Anwar, sambutan orang ramai, perpecahan Keadilan serta kekalahan Keadilan di Ijok, Anwar sebagai ahli politik sudah dikembiri (makna sebenar - kasi) oleh Dr. Mahathir pada 1998 lagi.

Anwar hari ini tidak lebih dari kucing yang gah mengiau tetapi tiada kekuatan.

Just A Simple Thought about Anwar


Anwar should ask himself what his record was like when he was in power.

Did he ever support the people's efforts to abolish the ISA?

Has he ever supported students' requests for the University and University Colleges Act to be abolished?

Did he ever proposed a election reform when he was Deputy Prime Minister?

Has he ever initiated a talk with PAS on the issue of the Islamic state?

Most importantly, has he ever done anything to bring corrupt politicians to justice?

If he think that BN's record was not so rosy, did he do anything about it when he was in power?

The answer to all these questions is ‘No’.

Tuesday, November 13, 2007

Video VK Linggam IV: Bukti Dijanjikan Tiada Juga

Apa sudah jadi? Kita jangkakan ada suara Ahmad Fairuz atau ada bukti jelas Ahmad Fairuz bercakap dengan VK Linggam. Alih-alih apabila menonton rakaman sambungan yang disiarkan oleh Malaysiakini.com, yang ada hanyalah pengakuan VK Linggam kononnya dia bercakap dengan Ahmad Fairuz.

Anwar juga mendakwa sebelum ini kononnya ada perbincangan mengenai kes beliau. Anehnya tiada pula dibuktikan.

Bukan main Anwar main tarik tali kononnya akan membahayakan saksi dan sebagai-bagainya. Hakikatnya muka perakam pun tak ada. Seperti yang dinyatakan oleh blog ini dari awal lagi, jika VK Linggam mahu mengapa-apakan perakam pasti beliau sudah mengambil tindakan.

Malahan apakah mungkin ini semua bukan satu komplot peguam-peguam bukan Islam termasuk VK Linggam untuk mengenakan Ahmad Fairuz yang dilihat cenderung kepada undang-undang Islam dan menggesa dibuat kajian serius menggantikan English Common Law kepada Shariah Law.

Bukankah beberapa keputusan Ahmad Fairuz dalam isu membabitkan penukaran agama Islam kepada agama lain juga menyebabkan pelbagai NGO Bukan Islam marah? Apakah ini tidak mungkin satu komplot mengenakan hakim-hakim muslim?

Apakah Anwar tidak mahu memberitahu umum bahawa orang yang memberi klip video tersebut adalah adik VK Linggam sendiri? Apakah tiada agenda tersembunyi?

Selebihnya Anwar hanya boleh memainkan emosi penyokongnya dan sebahagian rakyat. Hakikatnya lobi berlaku di mana-mana sahaja. VK Linggam boleh sahaja mengaku ia mempunyai pengaruh untuk menaik atau menjatuhkan seseorang. Ini juga biasa dilakukan oleh anwar suatu ketika dahulu.

Apakah anwar lupa bahawa banyak keputusan-keputusan beliau diberitahu kepada pemimpin bawahan sebagai keputusan Dr. Mahathir?

Apakah Anwar mahu menafikan bahawa beliau juga seringkali mengaku melobi orang itu atau orang ini kepada Dr. Mahathir? Yang melucukan beliau berkata demikian kepada semua orang. Jadi sesiapa sahaja yang dilantik oleh Dr. Mahathir akan percaya Anwar yang membantu beliau.

Demikianlah kaki putar belit. Putar belit mereka lebih mudah dipercayai kerana mereka berada di sekitar koridor kuasa.

Wednesday, October 31, 2007

Anwar Akan Cemari Perhimpunan BERSIH

Perhimpunan sebuah NGO yang menggunakan nama BERSIH pada 10 November ini di Dataran Merdeka mungkin berniat baik. Mereka inginkan pilihan raya yang bersih.

Namun apabila Malaysiakini.com melaporkan pengesahan kehadiran Datuk seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan 100 ribu orang itu, penulis merasakan ia akan memberi natijah dan implikasi yang berlainan sama sekali.

Sejarah membuktikan bahawa setiap kali apa sahaja bentuk bantahan atau protes yang membabitkan Anwar sebagai dalang, mastermind mahu pun penggerak akan berakhir dengan keganasan, kacau-bilau dan huru hara.

Demontrasi kemiskinan Baling 70-an

Kita hanya perlu berbalik pada tahun 70-an bila Anwar antara penggerak Demontrasi Kemiskinan Baling mencetuskan huru hara besar di kampus Universiti Malaya. Anwar tahu bahawa ia perlu memainkan emosi orang ramai untuk mendapat perhatian dan sokongan besar. Justeru bagi melaksanakan agenda beliau maka cerita kemiskinan ketika itu ditokok tambah bagi menarik sentimen para pelajar.

Sehingga hari ini dakwaan kumpulan Anwar bahawa terdapat petani yang mati kebuluran di Baling tidak pernah dapat beliau buktikan.

Kekecohan APCET II

Pada 9 November 1996, satu Persidangan Asia Pasifik Mengenai Timor Timur ke -2 (Apcet II), telah diadakan bagi mempromosi kemerdekaan Timor Timur dari Indonesia. Persidangan ini khabarnya ditaja oleh kerajaan Portugal dan beberapa pertubuhan Kristian.

Kerajaan Malaysia jelas tidak bersetuju dengan persidangan ini kerana ia membabitkan masalah dalaman Indonesia dan juga membabitkan sensitiviti agama. Namun kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia merupakan persidangan dalam tempat tertutup yang tidak memerlukan permit polis dan tiada pelanggaran undang-undang.

Bantahan dari pelbagai parti politik dan NGO sudah pun disuarakan. Namun penganjur nekad meneruskannya.

Pada hari tersebut, Pemuda UMNO dengan diketuai oleh Saifuddin Nasution, Abdul Rahim Ghouse dan sebilangan EXCO Pemuda UMNO dan pemimpin NGO mengetuai Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) menyerbu persidangan tersebut atas Anwar Ibrahim.

Ini menyebabkan Polis mengambil keputusan menyuraikan perhimpunan tersebut. Lebih 100 orang dari kedua-dua kumpulan ditangkap.

sila baca APCET II: Dulu Anwar Dapat Nama, Sekarang Mahathir Yang Salah)

Konflik Islam - Kristian

Jangan juga dilupakan bahawa hampir tercetus konflik Islam-Kristian di Malaysia apabila Anwar (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) membawa seorang penceramah terkenal Ahmad Deedat untuk mendebatkan kebenaran Islam berbanding Kristian secara terbuka di Dataran Merdeka. Sungguhpun tidak banyak dilaporkan media, namun peristiwa tersebut hampir mencetuskan konflik agama yang besar.

Bagi menutup kesilapan beliau dan mengurangkan konflik dalam senyap ini, kerajaan telah mencadangkan penubuhan Institut Dialog Perdaban di Universiti Malaya dan Anwar diberi tanggungjawab khusus mengumumkan dan melaksanakannya.


Kekacauan 1998

Pada 1998, apabila Anwar dipecat dari kerajaan dan UMNO, beliau sekali lagi mencetuskan kekacauan dan huru hara di Kuala Lumpur. Beliau menjelajah ke serata negara mempertahankan dirinya dan menghasut orang ramai bangun menentang kerajaan. Kemuncaknya di Kuala Lumpur beliau menyampaikan ucapan berapi-apai kepada puluhan ribu pengikutnya dan menggesa mereka berarak ke PWTC dan seterusnya ke Seri Perdana.

Ruang legar PWTC dimusnahkan oleh penyokongnya, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) menjadi huru hara dan akhir sekali puluhan ribu penyokongnya berkumpul di Seri Perdana untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang diberi mandat oleh jutaan penduduk Malaysia.

Dalam keadaan Kuala Lumpur yang penuh kekacauan itu, Anwar tidak pula bersama penyokongnya. Sebaliknya beliau pulang berehat ke rumah.

Jika tidak ditangkap oleh Polis malam tersebut, nescaya tiada siapa tahu bahawa Anwar menyusup pulang ke rumah selepas mengarahkan penyokongnya berarak menunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur.


Anwar mempunyai rekod yang cemerlang dalam membakar emosi orang dan menimbulkan kekacauan.

Justeru perhimpunan 100 ribu orang sabtu ini amat sukar sekali dijalankan dalam keadaan baik dengan kehadiran Anwar dan Parti Keadilan Rakyat.

Friday, October 26, 2007

Anwar Mahu Jadi Badut atau pemimpin?

Anwar terus mendapat tumpuan media berikutan tindakan beliau bermain tarik tali dalam isu Video klip VK Linggam. Sepanjang minggu beliau menyatakan enggan menyerah rakaman penuh video klip tersebut. Malah diajaknya para penyokong beliau berkumpul beramai-ramai di pejabat beliau 30 minit sebelum temu janji beliau dengan BPR. Apa tujuan beliau?

Mengetahui Anwar sebagai pakar mencetuskan kekacauan maka tidak mustahil ia hanya merupakan satu lagi usaha terdesak Anwar mencari populariti dengan memperjudikan keselamatan para penyokongnya. Apakah tidak mustahil kekecohan akan tercetus jika pegawai BPR menghadiri temu janji dipejabatnya tersebut? Masih ingatkan malam pemecatan beliau dari UMNO atau bagaimana beliau menghasut para penyokongnya berarak ke PWTC dan Seri Perdana tetapi beliau pulang ke rumah?

Jika kita membaca Malaysiakini.com, kita akan dapati Anwar begitu bertegas enggan menyerahkan video klip tersebut kononnya untuk melindungi pemberi maklumat. Bukankah lucu alasan Anwar ini? Apakah jika video tersebut tulen maka VK Linggam tidak mengetahui siapa yang merakamkannya dan menyebarkannya?

Beberapa jam sebelum pertemuan tersebut Anwar mengubah pendirian dengan bersetuju untuk menyerahkannya. Mengapa dan kenapa masih menimbulkan tanda tanya? Apakah keselamatan pemberi maklumat sudah tidak penting? Atau kerana beliau menerima maklumat bahawa jumlah yang bakal hadir ke pejabatnya pagi tadi tidak seramai yang beliau harapkan?

Yang pasti pegawai BPR bukanlah UTK. Melihat saranan Anwar beberapa hari lalu meminta solidariti penyokongnya, tentulah ia memberi kesan kepada perancangan BPR. Apakah mereka akan meredah masuk hanya sekadar akan mencetuskan suasana tegang kemudiannya?

Cuma Anwar jika ia pemimpin yang baik tentulah akan menyerah kepada BPR tanpa sebarang keperluan mencetuskan emosi penyokongnya. Apa perlu ditegangkan keadaan hanya untuk menyerah salinan video yang beliau boleh copy berpuluh ribu pun sebagai salinan lain.

Cuma kasihan Anwar, dalam keadaan begitu bersemangat beliau beberapa hari lalu untuk mengingkari undang-undang, hanya 100 penyokongnya hadir.

Wednesday, October 17, 2007

Ada Apa Dengan Reformasi Anwar?

Dalam wawancara bersama stesen televisyen al-Jazeera, Anwar Ibrahim ditanya oleh Riz Khamis, mengapa beliau dilihat sebagai "all things to all people or try to please everyone."

Dengan kata lain, Riz cuba menyoal mengapa terdapat pandangan bahawa perjuangan dan falsafah politik Anwar sentiasa berubah mengikut khalayak. Ini memang diakui oleh ramai pengkaji politik bahawa Anwar mempunyai kebolehan bercakap topik yang sama dengan pendirian berbeza mengikut khalayak beliau.

Malangnya dalam jawapan kepada Riz Khamis, pengacara One on One, Anwar menjelaskan bahawa beliau memetik pandangan-pandangan pemikir dan sasterawan pelbagai kaum sebagai mantera ucapannya sahaja.

Ini bukanlah maksud sebenar pengkritik Anwar mahu pun Riz Khamis. Riz dan ramai lagi orang mahu tahu mengapa Anwar boleh bercakap kepada orang Cina untuk menghapuskan DEB tetapi bercakap kepada orang Melayu mengenai mempertahankan DEB.

Orang mahu tahu mengapa Anwar semasa dalam kerajaan bercakap soal kebebasan media bila berada bersama-sama rakan-rakan sekutu beliau di Amerika, tetapi di dalam negara sebdiri beliau menguasai akhbar Utusan, Berita Harian dan Tv3 ketika itu?

Orang ramai mahu tahu mengapa Anwar bercakap kejelikan isu kronisme dan nepotisme kepada masyarakat kewangan antarabangsa (bagi mendapat pujian dan sanjungan) tetapi beliau juga yang mengagihkan saham-saham Hicom sewaktu mahu menjadi Timbalan Presiden UMNO dahulu? Bapa beliau juga, bekas seorang paramedik, telah menjadi Pengerusi IOI sekelip mata dan IOI pula mendapat (dengan bayaran premium) sekian besar tanah di Puchong dan berhampiran Putrajaya.

Orang ramai juga mahu tahu mengapa dua minggu selepas mengisytiharkan Ghafar seumpama bapanya dan tidak akan menentangnya, jentera Anwar sudah bergerak serata negeri bagi menggerakkan sokongan kepada Anwar dalam pemilihan UMNO 1993?

Dalam wawancara yang sama, dan juga tulisan beliau di Malaysiakini.com sebelum ini, Anwar mendakwa badan kehakiman negara ini korup dan tidak bebas (dikawal oleh kerajaan).

"Abdullah memberi sedikit kebebasan kepada kehakiman dalam mana ada keperluan." kata Anwar kepada al-Jazeera merujuk kepada kepada keputusan penghakiman yang membebaskan beliau.

Bukankah aneh dakwaan ini? Apa sahaja yang menguntungkan beliau maka dianggap keputusan yang adil dan bebas, tetapi apa sahaja yang tidak menguntungkan beliau akan dianggap sebagai tidak bebas.

Bukankah sifat Anwar ini tidak lebih seperti ungkapan Jeneral Rabuka, ketika merampas kuasa di Fiji suatu ketika dahulu, bahawa, "Keadilan dan kebenaran bergantung dari sudut pihak mana anda melihatnya"?

Jika Anwar benar-benar percaya bahawa kehakiman negara tidak bebas dalam membuat keputusan yang adil, maka beliau sepatutnya mengisytiharkan pembebasan beliau juga dilakukan atas arahan pemerintah bukan kerana beliau tidak bersalah.

Malangnya, Anwar tiada keberanian dan semangat perjuangan tulen untuk berkata demikian. Anwar hanyalah oportunis. Beliau akan menerima apa sahaja keadaan yang menguntungkan dirinya. Perjuangan beliau hanyalah kosmetik semata-mata.

Beliau berkata mahukan pembaharuan Keadilan dan Kehakiman tetapi beliau tidak bersedia pun untuk berjuang untuknya jika tiada keuntungan peribadi.

Lihat sahaja liku perjuangan Anwar. Beliau akan melupakan perjuangan bila melakukan sebaliknya boleh mencapai keuntungan peribadi.

Beliau tinggal perjuangan Islam beliau kerana ditawar sesuatu oleh UMNO. Dalam UMNO beliau ketepikan Ku Li kerana Mahathir boleh menjanjikan jawatan dan kedudukan yang lebih baik.

Beliau hanya berjuang untuk reformasi / pembaharuan hanya apabila ditolak oleh UMNO.

Beliau bercakap soal korupsi dan keadilan hanyalah apabila dipecat dan didakwa di mahkamah. Untuk apa ini jika bukan untuk menyelamatkan dirinya? Berpuluh tahun dalam kerajaan, mengetuai Jawatankuasa Anti Rasuah Kabinet, menjadi pemangku Perdana Menteri Selama dua bulan apa yang dilakukannya? Hanya mencari jalan membunuh musuh politiknya sahaja.

Kini beliau bersama DAP dan Pas kerana parti tersebut memberi keuntungan kepada beliau.

Kini beliau bercakap soal pembaharuan kehakiman dan keadilan (justice) kerana itu modal politik beliau. Jika esok beliau ditawarkan masuk UMNO dengan kedudukan tertentu, pastinya UMNO dan BN akan menjadi baik segalanya. Maka bercakaplah beliau soal penyatuan Melayu, kepentingan orang Melayu dan Islam sederhana.

Maka apa ada dengan reformasi Anwar? Semuanya ciptaan beliau untuk diri sendiri.

Monday, October 8, 2007

Video VK LInggam (III): Mahu Cari Kebenaran Atau Pendengar Ceramah

Bagi mereka yang mempunyai fikiran terbuka, selain tertanya-tanya ketulenan video perbualan oleh kononnya V.K. Linggam, kita juga akan tertanya-tanya mengapa perlu dirahsiakan sumber yang membocorkannya?

Dakwaan ingin melindungi pemberi maklumat bukan sahaja dangkal malah boleh menimbulkan kesan lebih serius.

Dangkalnya alasan itu kerana jika video tersebut tulen, maka V.K. Linggam pasti sudah mengetahui siapa pemberi makumat tersebut. Berdasarkan suasana dalam video yang ditayangkan, pasti hanya ada seorang atau dua sahaja lagi dalam bilik tersebut.

Kesan lebih serius ialah bukankah lebih berbahaya kedudukan pemberi maklumat tersebut jika kedudukan mereka tidak diumumkan kepada umum tetapi diketahui oleh kumpulan "jahat."?

Seterusnya, keengganan Anwar memberi sebahagian lagi rakaman video tersebut juga menimbulkan tanda tanya. Apakah yang mahu disembunyikan oleh Anwar atau apakah benar wujud sebahagian lagi video tersebut?

Ini kerana sejarah jelas menunjukkan beberapa kenyataan Anwar sebelum ini kononnya beliau mempunyai berkotak-kotak rahsia korupsi kerajaan tidak langsung terbukti sehingga hari ini.

Apabila dari satu majlis ke satu majlis dijanjikan akan didedahkan berkotak-kotak isu rasuah tersebut, maka tamailah orang turun mendengar ceramah beliau dan keadilan untuk mendapat maklumat terbaru.

Kelihatan kali ini juga taktik yang sama digunakan. Dengan mendakwa ada sebahagian lagi rakaman akan dikeluarkan bila diperlukan, Anwar mengumpan orang ramai menghadiri ceramah beliau.

Sehingga tulisan ini disiapkan tidak kurang dua tempat telah dijanjikan oleh Anwar untuk mendedahkan ke bahagian kedua. Salah satunya ialah di Ceruk To'kun, namun kedua-duanya tidak berlaku. Gimik ini dilakukan untuk menarik pendengar ceramah.

Sejak timbul isu video ini ceramah Anwar juga sudah giat dijalankan kembali. Malah tabung kempen juga sudah ligat berlegar. Orang ramai pula akan terus mengerumuni ceramah Anwar untuk menunggu pendedahan bahagian keduanya.

Soalnya mampukah Anwar terus bergantung kepada isu ini untuk terus relevan dalam arena politik negara?

Lebih penting inilah wajah Anwar sejak dahulu sehingga sekarang. Kepentingan politik peribadinya lebih penting dari mencari kebenaran mahu pun keadilan.

Saturday, September 29, 2007

VIDEO VK LINGGAM (II): Anwar Main Wayang Lagi?

Anwar sudah sediakan jalan keluar jika video VK Linggam terbukti palsu atau tiada sebarang konspirasi terbukti. Tiga catatan Anwar pada minggu lalu jelas sekali sudah menuduh kerajaan cuba menutup isu video ini dan keselamatan beliau dalam keadaan terancam kononnya.

Tulisan beliau berjudul "Harga Membongkar Konspirasi" adalah tipikal atau kelaziman politik putar belit Anwar.

Pada 1998, beliau ke seluruh negara mendakwa kerajaan tidak akan membicarakan beliau tetapi akan menahan di bawah ISA. Apabila berminggu-minggu beliau tidak ditangkap, maka Anwar mencipta rusuhan dan kekacauan bagi memastikan Polis menangkap beliau. Akhirnya beliau ditangkap, setelah pengikut beliau menghuru-harakan Kuala Lumpur, menyerang PWTC dan berarak ke Seri Perdana dalam keadaan marah.

Kali ini juga Anwar sudah membayangkan bahawa keselamatan beliau dalam bahaya berikutan pendedahan video klip tersebut. Maka dinukilkan pandangan kawan-kawan yang meminta beliau berhati-hati. Jika tiada apa yang berlaku kepada Anwar dalam dua tiga minggu ini, tidak mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku dengan sendirinya ke atasnya.

Pada 1998, Anwar yang berada dalam tahanan Polis mengetahui sifat panas baran Tan Sri Rahim Noor terus mengekploitasi Ketua Polis Negara tersebut. Bagi memastikan beliau dicederakan, Anwar memprovokasi Rahim Noor sebagai Bapa Anjing. Maka melayanglah penumbuk Rahim Noor ke atas Anwar.

Maka episod mata lebam Anwar membuktikanlah kerajaan ini zalim. Hakikat bahawa Rahim tidak disuruh oleh sesiapa untuk menumbuk Anwar, mahu pun provokasi Anwar memanggil beliau sebagai bapa anjing tidak lagi diambil kira oleh sebahagian orang yang emosional.

Anwar sudah memula langkah awal bila mendakwa keselamatan beliau terancam. Dalam catatan pendek kemudiannya yang betajuk, Video dan Drama Tamil, Anwar sudah menuduh kerajaan akan memutar belitkan isu tersebut. Kaedah reversed psikologi Anwar ini sudah boleh dijangka.

Dengan menuduh kerajaan akan membuat itu dan ini yang bertentangan dengan kehendaknya, Anwar berharap kerajaan akan bertindak sebaliknya. Dengan kata lain, Anwar berharap kerajaan akan mengakui kebenaran video klip yang didedahkannya itu tanpa siasatan lengkap, sekaligus membolehkan beliau mendakwa semua keputusan mahakamah ke atas dirinya adalah atas sebab hakim korup.

Dengan membuat tuduhan-tuduhan awal terhadap kerajaan, Anwar ingin menyelamatkan dirinya jika terbukti video tersebut palsu dan beliau dikenakan tindakan undang-undang nanti.

Namun Anwar lupa bahawa taktiknya ini sebenarnya tidak laku lagi. Masyarakat tidak pernah lupa bagaimana dakwaan keracunan arsenik palsu beliau suatu masa dahulu. Masyarakat juga belum lupa hakikat Anwar yang kononnya sakit belakang hampir lumpuh, tiba-tiba pulih dalam masa tidak sampai sebulan selepas menjalani pembedahan di Jerman.

Jika ada orang yang bermain wayang filem tamil mahu pun hindi, maka orang tersebut ialah Anwar Ibrahim mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Banduan Sungai Buloh. Bukankah Anwar sendiri peminat nombor wahid filem tamil dan hindi?

Ketelusan kerajaan dalam hal sebegini tidak perlu dipertikaikan kerana Anwar sendiri pernah menang kesnya ke atas Rahim Noor melalui Suruhanjaya Penyiasat yang ditubuhkan oleh Kerajaan.

Mahkamah yang dituduh korup oleh Anwar juga yang membebaskan dirinya dari hukuman ke atas tuduhan perlakuan seks luar tabie. Mahkamah yang sama tempat Anwar mendapat bayaran ganti rugi kerana ditumbuk oleh Rahim Noor.

Justeru Anwar tidak perlu memprovokasi atau mencipta skrip baru. Tunggu sahaja keputusan siasatan jawatankuasa penyiasat yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Thursday, September 20, 2007

Video VK Linggam: Anwar Yang Penuh Muslihat

Sama ada video yang didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan peristiwa sebenar atau lakonan oleh mereka yang menyerupai peguam VK Linggam hanya mampu ditentukan oleh VK Linggam, "suspek kedua" Tun Ahmad Fairuz dan perakam aksi tersebut.

Namun sebagai penonton biasa, pemerhati politik dan rakyat, kita tidak dapat lari dari perasaan tanda tanya dan pelbagai kemungkinan lain.

Tidak perlulah diulas banyak kandungan video tersebut kerana ia sudah dilaporkan oleh Malaysia-today.net, malaysiakini dan harakahdaily. Sesiapa yang berminat boleh juga membaca di anwaribrahimblog.com

Yang ingin kita bicarakan ialah apa dan mengapa. Apakah video tersebut tulen atau authentic sifatnya dan mengapa baru hari ini didedahkan?

Apa?

Banyak dalam kelemahan video tersebut boleh mencabar ketulenannya. Antaranya, gambar yang tidak jelas berbanding audio yang begitu jelas memberi gambaran seolah-olah ada proses dubbing atau "memasukan suara".

Apakah benar itu percakapan VK Linggam? Apakah itu VK Linggam sebenar?

Jika benar pun watak di dalamnya adalah VK Linggam, apakah benar watak di sebalik sana ialah Tun Ahmad Fairuz seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim?

Pertanyaan lebih serius ialah, apakah juga benar video tersebut dirakam pada 2002 seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim? Berdasarkan aturan nama-nama yang disebut ternampak seolah-olah video tersebut dirakam selepas perlantikan Ahmad Fairuz. Ini membolehkan nama-nama hakim tertentu disebut bagi menyesuaikan dengan peristiwa berlaku sekaligus menambah kredebiliti video tersebut.

Memandangkan Tun Ahmad Fairuz telah menafikan bahawa rakaman video tersebut merupakan rakaman percakapan VK Linggam dengan beliau, maka Anwar haruslah membuktikan dakwaannya benar.

Bayangkan jika video perbualan telefon sebelah pihak pun boleh dianggap tulen, bagaimanakah video-video Anwar di http://www.isuhot.com/ yang nyata mempunya wajah dan perlakuannya?

Mengapa?

Mengapa sekarang baharu didedahkan video tersebut jika rakamannya dibuat pada 2002. Jika benar rakaman tersebut pada 2002 tentulah ia telah lama digunakan oleh Anwar bagi keuntungan politik beliau dan konco-konconya.

Atau mungkin sekarang Anwar baru dapat? Jika demikian, kita perlu pula bertanya apakah motif pemberi rakaman ini?

Apakah ini merupakan satu rakaman sebenar atau diada-adakan bagi menjatuhkan kredebiliti Tun Ahmad Fairuz yang baru-baru ini mencadangkan penghapusan English Common Law?

Apakah ini kejahatan terancang untuk mengenakan Tun Ahmad Fairuz yang baru-baru ini membuat keputusan yang tidak memuaskan hati penganut kristian dalam isu Lina Joy?

Kesimpulan

Seperti kata Perdana Menteri, sebelum tindakan diambil ketulenan video tersebut perlu disiasat terlebih dahulu. Jika benar ada konspirasi maka tindakan perlu diambil ke atas mereka yang terlibat.

Jika tidak, maka mereka yang menyebarkan video palsu tersebut perlu dihukum dengan berat kerana cuba memporak perandakan sistem kehakiman negara.

Apapun sekarang beban pembuktian terletak ke atas tangan Anwar kerana beliau yang mengemukakan tuduhan tanpa bukti yang jelas. Beliau tidak harus berselindung di sebalik frasa seperti "bukan menuduh tetapi minta disiasat".

Namun mengenali Anwar selama berpuluh tahun, tiada apa yang boleh dipercayai sepenuhnya jika ia datang dari Anwar Ibrahim.

Monday, August 27, 2007

Anwar: Pengkhianat Orang Melayu dan Tali Barut Amerika (II)

Dalam bahagian pertama tulisan ini saya menulis bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri gagal meningkatkan pemilikan ekuiti orang Melayu dan juga penguasaan ekonomi orang Melayu seiring dengan ekonomi boom ketika itu. Antara faktornya ialah Anwar menggunakan kedudukannya hanya untuk mengukuhkan kedudukan politik beliau tanpa mengambil kira kepentingan orang Melayu keseluruhannya.

Ada orang mendakwa saya cuba mempertahankan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Mempertahankan Khairy tidak penting. Yang penting apakah Anwar bukan seperti yang seperti Khairy katakan?

Anwar sebagai agen Amerika Syarikat dan Yahudi bukanlah difahami dalam konteks ejen perisikan seperti CIA. Sebaliknya Anwar dilihat ejen agenda Amerika Syarikat dan Yahudi di negara ini.

Bukti yang jelas ialah pembabitan serius Anwar dengan Foundation For the Future (Yayasan Masa Hadapan) yang direncanakan oleh Paul Wolfowitz untuk menyebarkan fahaman dan ideologi Amerika Syarikat di kalangan negara Arab dan negara Islam lain.

Selain itu, Anwar tidak dapat memisahkan diri dengan Institut Kajian dasar (IKD). IKD merupakan think tank Anwar sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi. Apabila Anwar dipecat, IKD di bawah Khalid Jaafar turut menentang kerajaan dan UMNO.

IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adaneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim.

Sumbangan kepada IKD oleh organisasi Yahudi ini bukan sahaja selepasAnwar dipecat, malah ketika penubuhannya pun (Anwar ketika itu merupakan "putera mahkota UMNO") IKD menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF). KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC).


Pada 1997, apabila berlaku krisis ekonomi Asia akibat kejatuhan matawang, Anwar melaungkan mantera Amerika Syarikat dan Yahudi mengenai nepotisme dan kronisme sebagai punca keruntuhan ekonomi Asia. Lebih menarik, Anwar meletakkan semua kesalahan itu atasDr. Mahathir Mohamad, sedangkan ketika itu, kroni-kroni Anwarlah yang paling hebat dan gagah mengaut projek-projek negara.

Bagi melaksanakan mantera Amerika dan Yahudi ini, Anwar membuat ucapan yang bertentangan dengan ucapan dr. Mahathir di Forum Ekonomi Dunia 1997 di Hong Kong. Dalam negara pula, Anwar menggunakan Ahmad Nazri Abdullah (ketika itu Ketua Pengarang Berita Harian), Johan Jaaffar (Ketua Pengarang Utusan Malaysia) dan Rustam A. Sani, kolumnis tamu Utusan 'belaan' Anwar.

Rustam ketika itu menulis dalam Utusan Malaysia menyindir Dr. Mahathir ketika itu sebagai takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mengkritik spekulator matawang.

Hubungan rapat Anwar dengan Tabung Mata Wang Antarabngsa (IMF) dan Menteri Kanan Clinton yang berbangsa Yahudi termasuk William Cohen dan Madeline Albright telah mewujudkan ketidakstabilan dalam negara.

Anwar sebagai Menteri Kewangan menaikkan Kadar Pinjaman Asas dan Kadar Faedah Kad Kredit dengan begitu tinggi mengikut formula IMF. Anwar juga dan menyingkatkan tempoh hutang lapuk dan cuba menghapuskan beberapa subsidi. Ini menyebabkan ramai orang hampir muflis, gulung tikar dan hutang meningkat secara mendadak. Kadar inflasi meningkat, kuasa beli menurun dan pengangguran kian bertambah.

Tindakan-tindakan ini tidak lain dan tidak bukan digerakkan oleh Anwar atas sokong pemimpin tertentu di Amerika Syarikat yang mahu melihat perubahan kepimpinan di Asia yang gagal mereka kuasai sepenuhnya seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Bukankah ketika itu Anwar juga bekerjasama dengan Amin Rais seorang tali barut Amerika di Indonesia. Bukankah Amin Rais ketika riuh rendah reformasi di Indonesia dan Malaysia tengah gawat ekonomi, pernah berkata kepada Anwar bahawa "inilah masa terbaik untuk mengambil alih kepimpinan."

Anwar mungkin bukan ejen US seperti perisikan Yahudi. Namun tidak dinafikan bahawa banyak contoh yang menunjukkan hubungan Anwar dengan US lebih daripada hubungan diplomatik atau sahabat biasa.

Berapa ramai bukan pemimpin nombor satu negara asing menerima sambutan karpet merah dan tembakan meriam di Washington DC seperti anwar perolehi?

Berapa ramai tokoh poltik yang bersalah atas tuduhan pecah amanah, penyelewengan kuasa dibela oleh pemimpin tertinggi US?

Friday, August 17, 2007

Anwar: Pengkhianat Orang Melayu dan Tali Barut Amerika (I)

Sudah tentu ramai orang teruja bila membaca laporan bahawa, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyaman Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana mendakwa beliau pengkhianat orang melayu dan agen Amerika Syarikat.

Jika benar Anwar menyaman Khairy maka pasti kita akan melihat satu lagi perbicaraan sensasi dan berprofail tinggi.

Namun, apa pun kata-kata atau tindakan Anwar ke atas kenyataan Khairy, ia tidak menafikan realiti dan fakta yang muncul sepanjang kerjaya politik Anwar.

Pengkhianat Orang Melayu

Apakah Anwar bukan pengkhianat orang Melayu sedangkan pada masa beliau menjadi Menteri Kewanganlah pencapaian orang Melayu dalam pemilikan ekuiti menjadi statik dan tidak bergerak?

Orang melayu telah mencapai sekitar 18% penguasaan ekuiti syarikat BSKL pada tahun 1990. Malangnya apabila Anwar mengambil alih kepimpinan di Kementerian Kewangan sehingga 1998, angka tersebut tidak berubah banyak. Walaupun ekonomi negara sedang mencanak naik ketika itu, Anwar hanya berjaya meningkatkan tidak lebih 2% daripada statistik 1990 ketika Daim Zainuddin meninggalkan Kementerian Kewangan.

Mengapa Anwar gagal meningkatkan ekuiti Bumiputera sedangkan pada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan begitu banyak syarikat swasta, mahu pun yang berkaitan kerajaan, disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)?

Bukankah Anwar memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1993 dengan politik wang dan politik "pink form" Kementerian Kewangan? Bukankah Ezam dan Azmin menjadi pengedar "pink form" nombor wahid di seluruh negara? (Pink Form ialah borang pengagihan saham syarikat yang bakal disenaraikan di BSKL atas kuota Bumiputera).

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan senarai penerima kontrak dan agihan saham sebagi membuktikan ramai orang Melayu, bukan orang tertentu atau kroni sahaja, yang menerima kontrak dan agihan saham.

Malangnya Anwar yang melaungkan ketelusan dan menolak kronisme dalam sidang IMF di Hong Kong pada tahun yang sama diam membisu seribu bahasa mengenai senarai Kementerian Kewangan di bawah pimpinannya. Mengapa?

Apakah gagalnya pemilikan ekuiti Melayu dalam syarikat di BSKL kerana anwar mengamalkan konsep seperti dalam IOI Berhad di mana bapanya menjadi pengerusi tetapi saham-saham dimiliki oleh bukan Melayu?


Jika polisi DEB dalam sektor pendidikan berjaya melahirkan ratusan ribu profesional Melayu pada 1990-an di bawah beberapa Menteri Pendidikan termasuk Timbalan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengapa Anwar gagal di Kementerian Kewangan?

Apakah salah UMNO jika kementerian lain bawah UMNO dapat menjayakan polisi DEB tetapi Anwar gagal?

Hari ini, Anwar ke hulu ke hilir mendakwa DEB gagal kerana UMNO hanya mementingkan kroni dan orang tertentu. Soalnya siapakah dalam UMNO yang menggagalkan pemilikan ekuiti orang Melayu ini?

Hari ini, bila dipecat dari UMNO atas salah laku seks dan pecah amanah, Anwar menggesa supaya semua isu-isu orang Melayu dalam DEB dihapuskan kerana kononya disalah guna oleh UMNO.

Berdasarkan fakta tadi, apakah bukan terbukti Anwar pengkhianat orang Melayu?

Satu masa dahulu beliau mengkhianati amanah membangunkan kekuatan ekonomi orang Melayu yang diberikan oleh Perdana Menteri dan UMNO. Hari ini beliau menyalahkan orang lain atas kegagalan tersebut dan menyarankan DEB dihapuskan terus.

Kalau bukan pengkhianat apa namanya pemimpin jenis ini?

Bersambung siri kedua: Anwar Tali Barut US.

Wednesday, August 15, 2007

Menutup Bangkai Gajah Dengan Nyiru (II)

Oleh AJAB (anwarisme@hotmail.com)

Selepas selesai melancong ke seluruh dunia, atas biaya Amerika, selepas pembebasannya, Anwar kembali ke tanah air cuba mendaki jalan-jalan politik kali kedua. Kali pertama beliau hampir berjaya namun akhirnya kecundang jua.

Sejak pilihan raya kecil Ijok lalu, Anwar giat berkempen menyerang Barisan Nasional sambil cuba menutup bangkai gajah ciptaan beliau di luar negara. Malangnya, bangkai gajah di luar negara sekadar mengukuhkan sahaja bangkai-bangkai gajah yang cuba beliau lindungi dalam negara.

Anwar tidak mungkin dapat bertanding dalam pilihan raya umum kali ini. Adalah mustahil untuk Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan Pilihan raya Umum selepas April 2008. Ini bersandarkan penangguhan pemilihan UMNO dan cakap-cakap pilihan raya yang semakin rancak. Tarikh April 2008 juga penting kerana sungguhpun Anwar sudah tidak sehebat dahulu, adalah tidak bijak untuk Barisan Nasional memberi kembali ruang kepada Singa tua seperti Anwar.

Namun, Anwar hampir pasti akan merencana startegi pembangkang dan bertindak sebagai moderator kepada warlord-warlord pembangkang yang tidak sama ideologi, falsafah dan perjuangan politik tetapi berkeinginan saling memenuhi nafsu memegang kuasa antara satu sama lain.

Anwar akan bertindak seperti Tengku Razaliegh Hamzah pada 1990. Menjadi penjinak dua "gajah" politik iaitu DAP dan Pas.

Namun berbanding Ku Li yang kurang isu moral dan peribadi, Anwar mempunyai sekian banyak masalah yang akan menjadi isu politik pada masa pilihan raya nanti.

Moraliti Bangkai Gajah Yang Sukar Ditutup

Mampukah Anwar menghadapi taburan vcd mengenai rakaman pengakuan Sukma Darmawan dan Azizan kepada Polis, Hairani Mohd. Naffis kepada Imam Masjid Negara (ketika itu) Taib Azamuddin; rakaman percakapan Anwar dengan isteri seorang Ketua Bahagian UMNO dan juga lakonan-lakonan palsu kesakitan Anwar ketika dalam tahanan. Vcd-vcd ini akan terus berlegar selagi Anwar berkempen dalam pilihan raya.

Anwar mungkin mudah menghadapi serangan kempen mulut mahu pun risalah. Namun rakaman-rakaman yang dalam bentuk VCD akan meninggalkan satu kesan buruk dan sukar dijawab oleh Anwar.

Dalam kempen pilihan raya Ijok yang lalu juga Anwar kelihatan tidak selesa mempertahankan dirinya menentang vcd-vcd tersebut dan menganggapnya sebagai isu lapuk. Jawapan Anwar ini tentu mengelirukan kerana apa yang dipaparkan tersebut tidak boleh dianggap isu lapuk tanpa menjejaskan peribadi beliau yang disanjungi sebahagian orang Melayu.

Orang Melayu akan tertanya-tanya bagaimanakah seorang pemimpin yang satu masa membaca Khutbah dan mengimamkan solat serta terkenal dengan perjuangan Islam, boleh menari dengan perempuan-perempuan yang bukan muhrim (sungguhpun tidak berpelukan). Bukanlah semua pemimpin politik lain baik belaka. Tapi sejahat akhlak pemimpin politik lain pun mereka yang sedar keburukan akhlak mereka tidak pula ke depan menjadi imam mahu pun membaca Khutbah.

Keputusan Mahkamah juga tampak tidak menyebelahi Anwar. Sungguhpun dibebaskan dari tuduhan meliwat, namun hakim membebaskannya bukan kerana Anwar tidak melakukan hubungan seks sejantina.


"We find evidence to confirm that the appellants (Anwar Ibrahim and Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

-Datuk Tengku Maimon Tuan Mat


Selain itu, jangan dilupakan bahawa Anwar telah didapati bersalah kerana mengarahkan dua orang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) "gempaq" (menakutkan) mereka yang membuat laporan Polis dan menulis surat kepada Perdana Menteri mengnenai tingkah lakukanya semasa kes ini mula muncul.

Jika Anwar tiada yang hendak disembunyikan perlukah beliau mengarahkan polis melakukan sesuatu yang diluar batasan undang-undang?

Tuduhan-tuduhan atas perlakuan luar batasan moral muslim ini bukan sekadar tuduhan rambang tetapi merupakan tuduhan yang mempunyai saksi atau rakan subahat yang jelas.
Antaranya, tuduhan meliwat adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja; penulis ucapannya, Dr. Munawar Ahmad Anees; seorang pereka fesyen, Mior Abdul Razak Yahya dan penulis ucapannya bernama Hairani Mohd. Naffis di antara tahun 1992 dan Mei 1995.

Selain itu, satu lagi pertuduhan ialah dakwaan mempengaruhi siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas bekas Setiausaha Sulitnya, Mohd. Azmin Ali.

Sungguhpun kesemua tuduhan ini digugurkan atas sebab Anwar sudah didapati bersalah dalam dua tuduhan awal yang menghadapi hukuman penjara 15 tahun, namun ia tidak mungkin padam dari memori orang ramai dengan mudah.

Pertanyaan Yang Akan Terus Berlegar Melingkungi Politik Anwar

Mereka yang berfikir tentu tertanya-tanya mengapa orang seperti Mior Abdul Razak dan Hairani Mohd Naffis tidak menyaman kerajaan dan Peguam Negara kerana membuat tuduhan palsu yang menjatuhkan air muka mereka.

Munawar Aness sungguhpun sehingga hari ini menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan beliau memberi pengakuan di bawah paksaan polis, namun hari ini masih cuba mendapatkan temu janji untuk berjumpa Tun Dr. Mahathir Mohamad. Untuk apa?

Kita tentu juga tertanya-tanya bagaimanakah Setiausaha Sulit Anwar, Azmin Ali yang bergaji RM 3,500 sebulan mampu membeli beberapa buah kereta mewah harga jutaan ringgit dan banglo di Ulu Klang.
Hari ini orang yang sama dituduh menggunakan wang parti dan dana Free Anwar Campaign. Adakah ini pun fitnah UMNO?

Semua ini meninggalkan dogma negatif terhadap imej moral dan akhlak Anwar. Ukuran moral terhadap Anwar oleh pengundi Islam tentulah tidak sama kepada pengundi bukan Islam. Masalah lebih berat ialah Anwar sudah menonjolkan diri beliau sebagai pemimpin muslim terpuji dan berakhlak.

Bolehkah pengundi Islam menerima Anwar sebagai seorang imam dan khatib Jumaat tetapi ketika lain menari bersama perempuan bukan muhrimnya?

Bolehkah pengundi Islam, khususnya orang Melayu, menerima Anwar, seorang Timbalan Perdana Menteri, mempunyai hubungan rapat dengan Nallakarupan (Pegawai Kanan Magnum Corporation ketika itu)? Jika dulu sekadar fitnah, hari ini sudah menjadi kenyataan bila Nalla berhabis-habisan membantu Anwar dan PKR di Ijok sebelum keluar parti kerana merajuk

Bolehkah pengundi Islam, khususnya orang Melayu, menerima Anwar seorang pemimpin Islam ulung dan nombor wahid tetapi ketika menjadi ketua Pemuda UMNO pernah menerima sumbangan Genting Berhad, sebuah syarikat terbabit dengan perjudian untuk Yayasan Gerak Bakti?

Bolehkah pengundi Islam, khususnya orang Melayu, menerima Anwar seorang pemimpin Islam ulung dan nombor wahid tetapi bekerjasama dengan Paul Wolfowitz, menubuhkan Foundation For the Future (Yayasan Masa Hadapan) yang antara peranan utamanya ialah menyebarkan fahaman dan ideologi Amerika Syarikat di kalangan negara Arab dan negara Islam lain.

Bolehkah pengundi Islam, khususnya orang Melayu, menerima Anwar seorang pemimpin Islam ulung dan nombor wahid tetapi dalam masa yang sama "membunuh" rakan-rakan politik beliau tanpa belas kasihan; termasuk menipu Tun Ghafar Baba dalam pemilihan UMNO 1993.

Sudah tentu pertanyaan-pertanyaan ini menimbulkan kecurigaan besar orang Melayu dan pengundi Islam keseluruhannya terhadap peribadi Anwar yang sebenar.
Isu yang lebih besar mampukah Anwar menjawab isu-isu ini atau menutup bangkai-bangkai gajah ini dengan nyiru yang beliau ada?

Monday, August 6, 2007

Menutup Bangkai Gajah Dengan Nyiru


Mampukah Anwar Ibrahim terus menutup bangkai gajah di bawah nyiru? Jika dahulu Anwar dingati dengan skandal seks dan salah guna kuasanya bersembunyi di belakang retorik "dianiaya" , "kerajaan zalim" dan "mahakamah tidak adil"; mampukah sekarang beliau berbuat demikian lagi?

Jika dahulu beliau bercakap kononnya orang lain yang rasuah, korup dan salah guna kuasa, apakah hari ini beliau masih boleh melakukan hal yang sama sedangkan apabila membabitkan Foundation for The Future yang beliau ketuai dan bangga-banggakan. Adakah Dr. Mahathir masih berkonspirasi terhadap beliau dalam Yayasan ini?

Skandal Foundation for the Future yang Anwar tubuhkan dengan kerjasama rejim Amerika untuk menguasai pemikiran negara-negara Islam membuktikan Anwar tidak perlu berada di dalam UMNO mahu pun kerajaan untuk menjadi korup.

Semasa Foundation for the Future menjadi isu hangat pada bulan Jun baru-baru, ramai yang menerima dari seorang kenalan rapat e-mel mengandungi tulisan Reformis Muda bertajuk “Siapa taja Anwar Ibrahim di luar negara?”. Ia menjawab kenyataan Anwar bertarikh Mei 20hb 2007 mengenai Foundation for the Future. Tulisannya dibentangkan di bawah ini:

------------------------------------------------------------------
KENYATAAN MEDIA DSAI & FAKTA JAWAPAN ISU FOUNDATION FOR THE FUTURE

KENYATAAN DSAI :

"Foundation For the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat"

ANALISIS :

1. Foundation For the Future diumumkan di Bahrain oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) semasa merasmikan Forum For The Future pada 12 November 2005.

2. Forum For The Future, di Bahrain adalah projek usahasama antara Middle Eastern & North African Nations dan The Group of Eight (G-8) yang ditaja oleh The International Monetary Fund (IMF), World Bank, Asian Development Bank & The International Finance Corporation.

3. Menurut kenyataan US State Government, penaja utama The G8 Broader Middle East and North African Initiative (BMENA) adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI)

4. MEPI adalah projek US Department of State dikendalikan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney-Naib Presiden US) yang berjawatan sebagai Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA).

5. Bermakna Foundation For The Future adalah projek US Department of State, dikendalikan oleh Elizabeth Cheney dengan bantuan kewangan daripada USAID, MEPI, Bank Dunia, IMF & National Endowment For Democracy (NED).

6. Keahlian FFF adalah gabungan antara Middle Eastern & North African Nations & The Group of Eight (G-8).

KENYATAAN DSAI :

"Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara"

ANALISIS :

1. Yayasan itu tidak independen tetapi pro US kerana dikawal oleh Elizabeth Cheney Deputy Assistant Secretary of State For Near East Affair di The US State Department.

2. Elizabeth Cheney pula dibantu oleh Shaha Ali Riza yang dipindahkan dari Bank Dunia ke The US State Department oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia) pada September 2005.

3. Pemindahan Riza dari Bank Dunia untuk melindungi "conflict of interest" kerana skandal peribadi antara Wolfowitz & Riza.

4. Kepakaran Riza di Timur Tengah & Afrika Utara kerana pengalamannya bekerja di World Bank (1997-2005) sebagai "Senior Gender Specialist in the Middle East and North Africa Social and Economic Development Groups" & "Senior Communications Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MENA).

5. Riza telah mencadangkan kepada Elizaberth Cheney tiga nama Islam pro US untuk menjadi jawatankuasa pemilih Board of Director yayasan. Mereka ialah Anwar Ibrahim (Malaysia), Rahma Bourqia (Morocco) dan Bakhtiar Amin (Iraq).

6. Kesemua ahli Board of Directors yang dilantik adalah pro US yang mempunyai sejarah peribadi iaitu pernah dibiayai US.

7. Anwar Ibrahim, Pengerusi Yayasan adalah pekerja di World Bank, Johns Hopkins & Georgetown University, US. Beliau dianggap sebagai "duta US" di negara-negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia dan Asia Tenggara berdasarkan pelantikannya sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York. Beliau bekerja di bawah Riza di US State Department yang diketuai oleh Elizeberth Cheney.

8. Rahma Bouqia, Naib Pengerusi Yayasan adalah President of University Hassan II Mahommedia yang mendapat tajaan US$124,000 daripada USA Agency for International Development-(USAID) & Networks Financial Institute (NFI). Beliau adalah agen US dalam memperjuangkan hak-hak asasi wanita di Morocco dan Timur Tengah.

9. Bakhtiar Amin, Iraq adalah pengasas The Iraqi Democracy Institute, berpengkalan di United States dengan tajaan The US Agency for International Development (USAID), the National Endowment of Democracy (NED), The National Democtratic Institute (NDI), The International Republican Institute (IRI) dan the United States Institute of Peace.

Beliau dipilih oleh US sebagai Iraq's Minister of Human Right in the Iraqi Interim Government (selepas Sadam Husin ditumbangkan). Beliau adalah Secretary-General for The Kurdish Institute di Paris dan Director of the Human Rights Coalition di Washington. Pada 2003, beliau menjadi Executive Director of the International Alliance For Justice berpengkalan di Paris yang ditaja oleh George Soros Foundation.

KENYATAAN DSAI :

"Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan"

ANALISIS :

1. Kenyataan DSAI hanya untuk menyembunyikan fakta sebenar dan bercanggah dengan kenyataan US Department of State yang menyatakan "to date, initial contributing governments have committed over $50 million to the foundation, including $35 milion from the United States The Department's Middle East Partnership Initiative(MEPI). Other financial contributors include Bahrain, Denmark, the European Commission, Greece, Hungry, Italy, Jordan, Netherlands, Spain, Switzerland, Turkey, Qatar & United Kingdom"

2. Kenyataan DSAI di atas (dibuat pada 20 May 2007-apabila isu yayasan itu menjadi topik utama media massa) bercanggah dengan kenyataan media DSAI sebelum ini (bertarikh 16 Julai 2007). Dalam kenyataan media 16 Julai (disiar dalam blog anwaribrahim 3.0) DSAI menulis, "Walaupun yayasan di peringkat awal ditaja dan dibiaya oleh 'Pemerintah' setakat ini berjumlah 55 juta dollar Amerika, tetapi yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk menjana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi".

DSAI sengaja menggunakan terma perkataan "Pemerintah" supaya maksudnya kabur. Persoalannya siapakah & negara manakah yang dimaksudkan dengan "Pemerintah" Yayasan itu. Adakah Qatar atau Jordan Bahrain atau US (penaja utama yayasan). Sudah pasti jawapannya US.

3. Pada 23 September 2006, Sandra Day Occour telah membawa Jawatankuasa Eksekutif yayasan (5 orang termasuk DSAI) ke US untuk mengadakan perbincangan tertutup dengan US Department of State di Washington DC. Sekiranya US tidak membantu kenapakah Jawatankuasa Eksekutif perlu mengadakan perbicangan tertutup atau menghantar laporan gerak kerja kepada US Department of State.

KENYATAAN DSAI :

"Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar"

ANALISIS :

1. Secara umumnya Foundation For The Future mempunyai tiga jawatankuasa. a) Jawatankuasa Pemilih (the selection committee) b) Jawatankuasa Eksekutif (Executive Committee) c) Ahli Lembaga Pengarah (Board of Director). Kesemua jawatankuasa dipilih dan diluluskan oleh US Department of State.

2. Menurut office of the spokesman, Washington DC, February 2, 2006 : "After consultations among civil society representatives and government officials from the United States, Europe and the broader Middle East and North Africa, it was announced today that Rahma Bourqia of Morocco, Bakhtiar Amin of Iraq and Anwar Ibrahim of Malaysia will serve as the 'selection committee' to appoint the Board of Directors for the broader Middle East and North Africa Foundation For the Future"

3. Senarai jawatankuasa yayasan seperti berikut :

a. Jawatankuasa Pemilih (3 orang)

1. Anwar Ibrahim (Malaysia)
2. Rahma Bourqia (Morocco)
3. Bakhtiar Amin (Iraq)

* Diumumkan pada 2 Februari 2006

b. Jawatankuasa Eksekutif (5 orang)

1. Anwar Ibrahim
2. Rahma Bourqia
3. Bakhtiar Amin
4. Sandra O'connor (US)
5. Dr Cornelio Sommaruga
(Switzerland)

*Diumumkan pada 15 Julai 2006-mesyuarat di Doha

c. Ahli Lembaga Pengarah (14 orang)

1. Anwar Ibrahim (Pengerusi/Malaysia)
2. Rahma Bourqia (Naib Pengerusi/Morocco)
3. Kamel Abu Jaber (Bendahari/Jordan)
4. Laila al Hamad (Setiausaha/Kuwait)
5. Bakhtiar Amin (Iraq)
6. Sandra Day O'connor (United States)
7. Cornelio Sommaruga (Switzerland)
8. Burhan Ghalioun (Syaria)
9. Andreu Claret Serra (Spain)
10.Ibrahim Kalin (Turkey)
11.Jamil Mroue(Lebanon)
12.Abdul Rahman al Rashed (Saudi Arabia)
13.Naguib Sawiris (Egypt)
14.Juhaina Sultan al-Easa (Qatar)

*Diumumkan pada 15 Julai 2006 - mesyuarat di Dha

4. Bermakna Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang paling diberi kepercayaan US Department of State kerana menjadi nama paling penting dalam ketiga-tiga jawatankuasa. Dalam mesyuarat yayasan di Bahrain (31 May 2007), DSAI memaklumkan beliau dipilih pula menjadi Presiden yayasan.

5. Selain DSAI, seorang lagi tokoh yang diberi kepercayaan US Department of State ialah Sandra O' Connor. Kenyataan media US Department of State pada 8 Jun 2006, melalui Office of the spokesman Washington DC menyebut "The department of state is pleased to announce that former US Supreme Court Justice Sandra Dya Oconnor has agreed to serve as the US reprensentative to the Boarder Middle East and North Africa (BMENA) Foundation For the Future."

KENYATAAN DSAI :

"Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O' Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat"

ANALISIS :

1. Semua yang dinyatakan DSAI mengenai tokoh-tokoh itu berbentuk positif, namun setelah diteliti lebih mendalam jawapan adalah sebaliknya kerana tokoh-tokoh ini merupakan alat US untuk menyebarkan "fahaman DEMOKRASI & REFORMASI" di negara-negara Islam Timur Tengah & Afrika Utara.

2. Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. Beliau adalah aktivis missionari Yahudi melalui George Soros Foundation iaitu Open Society Institute Budapest. Beliau adalah board of Director yayasan Yahudi itu. Fungsi yayasan itu menaja bantuan kewangan di Timur Tengah. Bahkan kerana jasa-jasanya yang besar kepada kaum Yahudi beliau diberi Anugerah Presiden dari Tel Aviv (Israel).

3. Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki (untuk menghubungkan Turki dengan US). Walaupun Ibrahim Kallin berasal dari Turki tetapi beliau menetap di US. Bekerja sebagai pensyarah di College of The Holy Cross, Worcester, Massachusets dan menjadi pensyarah sambilan & pembantu Seyyed Nossein Nasr di George Washington University. Seyyed Nossein (berasal dari Iran) dan anaknya Valli Nasr yang menetap di US adalah rakan rapat DSAI. DSAI selalu merujuk kepada Seyyed Nossein mengenai pemikiran Islam komtemporari atau ISLAM AMERIKA.

Ibrahim Kallin pula anak buah DSAI yang bergiat dlm IIIT. Malah Ibrahim memilih ISTAC Malaysia sebagai tempat pengajian masternya. Melalui Ibrahim dan DSAI, Erdogan (Perdana Menteri Turki-AKP) telah datang ke US pada 4 OKTOBER 2006 untuk berjumpa Bush.

Kedatangan Erdogan & AKP telah disambut oleh DSAI di Universiti Georgetown US dengan majlis syarahan perdana. Paul Wolfowitz turut hadir mendengar syarahan Perdana Menteri Turki itu. Pada keesokan harinya, DSAI menyusun jadual perjumpaan dengan BUSH. Sebab itu DSAI sering berulang alik ke Turki sebagai wakil US untuk mengadakan rundingan antara dua negara.

Baru-baru ini kerajaan Turki juga pernah meminta pampasan daripada Bush kerana pertolongan kerajaan Turki membenarkan tentera US melalui negaranya semasa serangan US ke atas Iraq.

4. Sandra Day O' Connor, (bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat). Beliau adalah seorang hakim yang pernah memberi tekanan kepada penganut Kristian di US dengan memperkenalkan undang-undang menimbulkan kemarahan penganut Kristian di negara itu, tetapi dalam masa sama mendapat pujian daripada kumpulan Yahudi. Beliau sangat cenderung kumpulan Yahudi dan pernah berkunjung ke Israel, menjalankan upacara agama di kuil Yahudi di Western Wall serta melawat Holocaust Memorial di Yad Vashem. Apabila beliau bersara daripada menjadi Hakim, majoriti Yahudi di US telah bersedih meratapi persaraannya itu.

Beliau adalah Board of Trustees Rockefeller Foundation, sebuah yayasan paling berpengaruh di US yang dimiliki oleh Yahudi. Yayasan ini berperanan mencaturkan politik US agar ketuanan Yahudi terus kekal di negara itu.

Sebab itu Dick Cheney (Naib Presiden US / kawan rapat Wolfowitz) dan anaknya Liz Cheney merupakan kumpulan Yahudi dari rangkaian neo-konservatif beriya-iya memujuk Sandra supaya berada dalam kumpulan Eksekutif & Board of Director Foundation For the Future.

5. Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan. Beliau mendapat pendidikan daripada US & pernah menjadi pensyarah di US iaitu di Smith College, membuat PHD di University of Syracuse US dan bekas Visiting Professor The Carter Centre of Emory University USA.

Kejayaan terbesar Kamel Abu Jaber semasa menjadi Menteri Hubungan Antarabangsa Jordan adalah mengadakan rundingan damai antara Jordan & Israel.

Sekarang beliau adalah Presiden Jordan Diplomacy Institute yang mendapat tajaan dan sokongan penuh daripada kerajaan US.

6. DSAI tidak menyenaraikan senarai Board of Director yayasan yang lain seperti Jamil Mroue (Lebanon),Abdul Rahman al Rashed (Saudi Arabia), Naquib Sawiris (Egypt) dan Andreu Claret Serra (Spain) kerana kesemua mereka adalah pengarah media yang terlibat dalam penerbitan akhbar, televisyen, telekomunikasi dan internet.

Bahkan di kalangan mereka mempunyai rekod dengan USAID & CIA berfungsi mendapatkan maklumat dari Timur Tengah, misalnya Naquib Sawiris mendapatkan maklumat mengenai kegiatan Sadam Husin untuk US. Jadi timbul satu persoalan, kenapakah US Department of State melantik begitu ramai pengarah media menjadi Board of Director Foudation For the Future.

KENYATAAN DSAI :

"Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya telah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan"

ANALISIS :

1. Qatar merupakan pengkalan terkuat negara yang menyokong US. DSAI sebelum ini dalam siri-siri ceramah di Malaysia berbangga mengatakan beliau dijemput menjadi Penasihat Ekonomi Qatar tetapi beliau menolak.

2. Rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai negara Timur Tengah akan terpengaruh dengan dakwaan ini mengatakan DSAI seorang pejuang Islam kerana mendapat sokongan daripada Timur Tengah.

3. Hakikat sebenarnya di belakang negara Timur Tengah seperti Qatar ini dibayangi oleh US.

KENYATAAN DSAI :

"Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan. Walau bagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain"

ANALISIS :

1. Sekretariat di Beirut atau Amman hanyalah dummy untuk mengabui masyarakat Islam. Sekretariat sebenar adalah di US Department of State.

2. Buktinya, dalam surat rasmi DSAI pada 1 Oktober 2006 kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di World Bank, beliau menggunakan letter head yayasan beralamat di Washington DC.

Di dalam kandungan surat itu, DSAI telah mengesyorkan Riza sebagai "Senior Advisor to the Executive Committee and the Board of Directors of the Foundation for The Future" dan menyebut US sebagai tempat Riza menguruskan yayasan. Tulis DSAI : "While (Riza) assigned to the Foundation for the Future, Ms Riza will work in the Washington DC office of the Foundation". Ini mengesahkan pusat operasi yayasan di ofis Riza di Henry L Stimson Centre.

KENYATAAN DSAI :

"Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan. Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi. Jawatankuasa Eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan pelantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara"

ANALISIS :

1. DSAI berusaha memutarbelitkan fakta berdasarkan perbezaan tarikh. Berikut merupakan fakta-fakta tarikh-tarikh berkaitan dengan DSAI & Riza di Yayasan :

DSAI dilantik menjadi Jawatankuasa Pemilih ahli Yayasan pada 2 Februari 2006. Pengesahan jawatan DSAI sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (14 orang) pada 15 Julai 2006 semasa mesyuarat yayasan pertama di Doha Qatar. Pada masa mesyuarat itu juga DSAI disahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (5 orang).

Pada Jan 2006, Wolfowitz melantik DSAI sebagai Konsultan Bank Dunia (areas of governance & accountability). World Bank telah memberi kontrak kepada DSAI sebanyak US$21,000 bermula dari 25 Januari hingga 1 Mei 2006. Pada 31 Mei 2007, DSAI dilantik memegang dua jawatan sekaligus iaitu PENGERUSI & PRESIDEN yayasan (Mesyuarat di Bahrain)

3. Shaha Riza pula bertugas di Bank Dunia sebagai Senior Communication Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MENA) pada 1997-2005. Pada 1997, beliau bekerja di World Bank sebagai "Senior Gender Specialist in the Middle East and North Africa Social and Economic Development Groups" & "Senior Communications Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MENA)".

Pada September 2005, Riza dipindah oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia) ke US State Department (di bawah Liz Cheney) sebagai "pembantu Liz Cheney" berjawatan "external assigment"/director untuk Middle East & North Africa Regional Office (MENA).

Pada 12 November 2005, Riza menemani Liz Cheney untuk mengiringi Condoleeza Rice merasmikan Foundation For The Future & Fund For The Future di Bahrain. Pada 2 Februari 2006, Riza (US Department of State) mengesyorkan tiga nama (termasuk DSAI) sebagai Jawatankuasa Pemilihan Yayasan kepada Liz Cheney.

4. Berdasarkan tarikh-tarikh di atas memang benar kenyataan DSAI bahawa beliau tidak melantik Riza ke yayasan kerana fakta sebenar adalah Shaha Riza & Liz Cheney yang melantik DSAI ke yayasan pada 2 Februari 2006 (Jawatankuasa Pemilih) dan pada 15 Julai 2006 (sebagai Pengerusi Yayasan).

5. Tetapi persoalan sebenar adalah surat DSAI memohon perpindahan (pelantikan) Riza dari US Department of State ke Yayasan pada 1 Oktober 2006. Surat itu ditulis sendiri oleh DSAI selaku Pengerusi Yayasan (menggunakan letter head yayasan) kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia.

Tujuan DSAI menulis surat untuk menyelamatkan maruah Paul Wolfowitz, kerana walaupun Riza dipindahkan ke US Deparment of State namun gaji Riza masih dibayar oleh Bank Dunia. Jadi harapan DSAI apabila Riza dipindahkan ke yayasan (dgn bayaran gaji oleh yayasan), isu hubungan Riza & Wolfowitz tidak berbangkit lagi.

Kandungan surat DSAI :

Dear Ms Cleveland,

I am writing to request the tranfer of the secondment
of Ms Shaza Riza,British citizen,employee of the Bank,from the Bureau of Near
Eastern Affairs at the US Department of State to the Foundation for the Future
which she was in charge of establishing.

While assigned to the
Foundation for the Future, Ms Riza will work in the Washington DC office of the
Foundation. Ms Riza will be Senior Advisor to the Executive Committee and the
Board of Directors of the Foundation for The Future.

Ms Riza's
secondment to the foundation will be subject to the same arrangements agreed to
with the state Department.

After reviewing in this document, please sign
it and return it to me via fax at 703 464 5153. We look forward to continue our
work with ms Riza on this important initiative.Should you have any questions or
concerns please contact me at 703 464 5161

Yours sincerely
Anwar
Ibrahim
Chairman
Foundation For The Future

6. Bukti surat DSAI bertarikh 1 Oktober 2006 ini boleh didapati dalam senarai bukti pertuduhan ke atas Wolfowitz oleh Jawatankuasa Etika penilaian skandal Presiden Bank Dunia.

KENYATAAN DSAI :

"Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan Umno, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini"


ANALISIS :

Tidak ada kenyataan rasmi daripada pihak yayasan walaupun mesyuarat Yayasan telah dilakukan pada 31 Mei 2007 di Bahrain.

KENYATAAN DSAI :

"Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit- ANWAR IBRAHIM, Pengerusi Yayasan Masa Hadapan"

ANALISIS :

1. Tidak ada tindakan yang diambil. Hanya berbentuk ugutan.

2. Daripada bentuk ugutan ini ternyata DSAI amat risau populariti politiknya akan merosot (di kalangan orang Melayu) jika beliau dikaitkan dengan skandal Paul Wolfowitz & Shaha Riza.

3. Begitu itu DSAI berusaha menyembunyikan identiti sebenar yayasan pimpinannya ditaja oleh US dan berusaha melakonkan sandiwara bahawa yayasan ini ditubuhkan oleh negara-negara Islam dan tiada kaitan langsung dengan US.

4. Kesimpulannya tema Hubungan DSAI & Paul Wolfowitz & Agen Yahudi senjata paling berkesan yang paling ditakutinya kerana boleh meranapkan cita-cita menjadi PM.

------------------------------------------------

Mampukah Anwar terus mempertahankan imejnya sedangkan tiada lagi Dr. Mahathir, UMNO dan kerajaan untuk beliau kambinghitamkan?
Skandal ini sekadar membuktikan satu sahaja hakikat iaitu Anwar tidak pernah cakap serupa bikin.

Wednesday, July 11, 2007

Mengimbau Kembali Anwar Ibrahim Sepetember 1998

Apabila Mahkamah Rayuan membebaskan beliau pada 2 Sepebtember 2004, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Mahkamah membuat keputusan yang betul dan adil. Namun apabila Mahkamah dalam sistem yang sama dan pentadbiran yang sama menolak saman beliau ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau dengan lantas menuduh Mahkamah tidak adil.

Kita akan mengulas isu ini dalam tulisan akan datang. Biarlah kali ini kita melihat dahulu Anwar Ibrahim pada September 1998.

Pada September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipecat dari kabinet dan UMNO.
Beliau dituduh bermoral rendah, meliwat lelaki dan terlibat dalam pelbagai kes salah guna kuasa Beliau menafikan dakwaan itu.

Para pemimpin UMNO percaya mereka mempunyai bukti kukuh Anwar memang melakukan perbuatan-perbuatan tidak bermoral tersebut.

Dua lelaki, seorang adik angkat Anwar dan seorang penulis ucapannya telah mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Sabtu lalu atas kesalahan membenarkan diri mereka diliwat oleh Anwar.

Isu Politik

Anwar, 51, bagaimanapun tetap memberitahu para penyokongnya beliau difitnah, semua itu tidak benar, beliau tidak melakukan dosa dan sanggup bersumpah. Isu moral menjadi perdebatan tetapi Anwar berkata, seluruh jentera UMNO dan kerajaan telah digunakan untuk menjatuhkannya. Beliau berkata, isu sebenar adalah isu politik.

Sudah tentu apa yang berlaku pada September 1998 adalah isu politik. Jawatan beliau adalah jawatan politik justeru memang benar ia isu politik. Cuma Anwar bercakap isu politik jatuh menjatuhkan tetapi UMNO ketika itu bercakap soal moral Anwar yang sukar diterima dalam politik Malaysia.

Namun apa yang berlaku selepas itu seolah-olah integriti seluruh sistem keadilan di Malaysia bergantung kepada sama ada Anwar bersalah atau tidak. Apabila beliau didapati bersalah maka beliau dan seluruh penyokongnya menganggap sistem keadilan Malaysia korup.

Imejnya sebagai bekas aktivis belia Islam, hubungannya dengan kumpulan agama dan ulama perlu dipertahankan. Beliau mempunyai keluarga yang harus dilindungi. Sejak dilucutkan jawatannya daripada kerajaan pada 2 September 198, Anwar tahu beliau akan ditangkap untuk membantu siasatan polis dan kemudian akan dihadapkan di mahkamah.

Membuat Tuduhan dan Merancang Kebenaran

Anwar dengan pantas mewujudkan pelbagai dakwaan dan memplotkan tindakan bagi menunjukkan polis dan Mahkamah akan berlaku zalim dan tidak adil.

Pertamanya sebaik dipecat beliau memberitahu pengikutnya bahawa beliau akan ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan diri beliau dibicarakan. Setelah beberapa minggu kerajaan tidak melakukan sebarang tangkapan ke atanya, Anwar mula gelisah. Beliau mahu ditangkap di bawah ISA supaya akan terus menjadi hero.

Selama berminggu lamanya Anwar mengadakan road show ke seluruh negara. Mencerca, memaki dan membocorkan rahsia kerajaan. Harapannya, beliau akan ditangkap di bawah ISA dan di tahan sebagai tahanan politik.

Anwar tidak berminat untuk menghadapi perbicaraan sebenar. Jika beliau mahu pasti beliau akan tunggu dengan tertib dan menggunakan khidmat guaman untuk melalui proses keadilan.

Dalam siri jelajahnya (wow, kerajaan diktator mahafiraun membenarkan Anwar mengadakan siri jelajah membela diri) Anwar mewujudkan imej kononnya beliau mangsa untuk para pemimpin UMNO menutup cara mereka menindas rakyat dan "memerintah negara ini dengan kaedah seperti komunis pada zaman bintang tiga".

Beliau cuba meniru apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia, akhbar-akhbar Indonesia dan para pendukung reformasi di republik itu memberi sokongan kepada Anwar.

Anwar tertekan kerana beliau masih belum ditangkap di bawah ISA seperti yang diharapkannya. Bagi mengalihkan tuduhan umum terhadap isu moral peribadinya, Anwar meniru reformasi yang mencetuskan kekacauan di Indonesia.

Pada satu petang Ahad, Anwar mengumpulkan para penyokongnya di Masjid Negara dan Dataran Merdeka, mengambil kesempatan daripada kehadiran ramai penduduk ibu kota yang mahu menyaksikan Ratu Elizabeth II yang turut berada di kawasan itu.

Menurut Baharum Mahusin (Utusan Malaysia)

"Terdapat beribu-ribu anak muda berkumpul di Dataran Merdeka untuk menonton konsert muzik malam minggu.

Anwar tidak memberikan jawapan tepat ketika ditanya mengenai rancangannya berkempen di Dataran Merdeka dengan mengeksploitasi kehadiran anak-anak muda yang ingin berhibur. Katanya, beliau ''dijemput minum teh di sana oleh rakan-rakan''.

Beliau tidak minum teh sebaliknya membuat ucapan mengutuk kerajaan dan menghasut mereka yang berada di Masjid Negara dan Dataran Merdeka supaya bangun menentang pihak berkuasa atas nama keadilan dirinya.

Kandungan ucapannya sama seperti yang diluahkan dalam tempoh 18 hari selepas beliau dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan kemudian disingkirkan daripada UMNO.

Selepas berucap dan dijulang oleh para pengikut, beliau pulang ke rumahnya di Bukit Damansara ketika keselamatan negara dan imej Malaysia di mata dunia dipertaruhkan.

Sebahagian daripada penyokongnya, yang kebanyakan terdiri daripada pelajar universiti yang telah dihasut, kemudian berarak ke Ibu Pejabat UMNO yang terletak kira-kira dua kilometer dari Dataran Merdeka.

Di sana mereka memecahkan dinding cermin, menyepak barang-barang yang ada di lobi bangunan itu dan memijak gambar-gambar pemimpin negara termasuk gambar Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang dipamerkan di Galeri Perjuangan UMNO.

Mereka bertindak seakan-akan negara ini tidak ada undang-undang.

Tidak puas hati dengan apa yang telah dilakukan di Ibu Pejabat UMNO, pada pukul 8.30 malam mereka berarak ke kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana di Jalan Damansara untuk menimbulkan kacau bilau. Pusat bandar Kuala Lumpur kelam-kabut malam itu.

Mereka juga merancang berhimpun di Bukit Jalil bagi mensabotaj upacara penutup Sukan Komanwel, satu acara negara yang menjadi simbol kejayaan Malaysia.

Malam itu rusuhan hampir tercetus, dan kerana perbuatan para penyokong Anwar yang telah dibangkitkan semangat, pertumpahan darah boleh berlaku. Nasib baik polis segera bertindak.

Mereka mengepung rumah Anwar pada pukul 8.55 malam. Di sana, di hadapan anggota polis yang menjalankan tugas, penyokong kuat Anwar, Ruslan Kassim ditangkap kerana mengacum orang lain supaya bangkit menentang pihak berkuasa.

Sebelum itu di Masjid Negara, Ruslan telah membakar hati hadirin dengan satu ucapan yang keras dan bernada menghasut.

Ruslan, seorang ahli politik muda Negeri Sembilan yang diketahui bersopan santun, telah menjadi begitu pemarah dan dirasuk dengan semangat berkobar-kobar selepas 18 hari bersama Anwar.

Polis menarik beliau keluar dan menahannya kerana cuba memecah keamanan.

Anwar ditangkap pada pukul 10 malam dan dalam sorakan para penyokongnya beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Polis menghormatinya. Beliau tidak digari.

Polis datang sekali lagi pada pukul 2.30 pagi dan mengambil masa selama tiga jam untuk menggeledah kediaman Anwar mencari keterangan dan bukti. "


Bapa Anjing

Anwar bin Ibrahim pun ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (bukan tahanan ISA). Anwar sudah mencanang sejak dahulu bahawa polis akan menzalimi beliau. Justeru bila ditahan Anwar sentiasa cuba sedaya upaya menimbulkan kemarahan pegawai polis bertugas namun tiada siapa berani bertindak melebihi batas.

Akhirnya bila bertemu Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor maka cita-cita Anwar pun tercapai. Sebagai seorang bekas Pengarah Cawangan Khas dan teraju utama dalam membubarkan gerakan komunis tahun 80-an, Rahim Noor bukanlah calang-calang Polis. Pastinya kehebatannya berhadapan Komunis Malaya bukanlah kerana sikap diplomasi dan lemah lembut beliau.

Anwar yang sejak mengenali kehidupan politik sentiasa melakukan provokasi yang menguntungkan dirinya tidak bertunggu lama untuk merencanakan plot kezaliman Polis. Beliau memanggil "bapa Anjing" kepada Rahim Noor yang sudah hampir sebulan tidak cukup tidur kerana isu Anwar dan kedatangan Queen Elizabeth, tidak bersabar sebaliknya terus membelasah Anwar.

Berjayalah cita-cita Anwar. Anwar dizalimi sedang Ketua Polis yang menjaga keamanan negara, termasuk keselamatan keluarga Anwar sendiri, selama puluhan tahun hilang jasanya. Hakikatnya, Anwar sehingga hari ini tidak menafikan dakwaan Rahim Noor bahawa beliau mengeluarkan perkataan bapak Anjing tersebut.

Namun harapan Anwar supaya beliau tidak didakwa di Mahkamah terbuka tidak tercapai. Kerajaan dan polis tidak berminat untuk mengenakan perintahan tahanan ISA kepada beliau. Isu beliau bukan isu keselamatan negara tetapi isu jenayah.

Madani dan Kamil Melayang

Selama 16 tahun berada dalam kerajaan, tidak kering di lidahnya bercakap soal masyarakat madani yang berfalsafah, bertamadun tinggi, sopan santun, mematuhi undang-undang dan cintakan perdamaian.

Beliau menganggap Pas sebagai parti al maki wal hamun. Tidak madani, tidak mempunyai insan kamil kerana berkelakuan biadap dan berceramah kasar. Namun bila terkena batang hidung sendiri, madani ke mana kamil ke mana.

Anwar sebenarnya membohongi rakyat Malaysia selama ini. Masyarakat madani di lidah tetapi apabila tersepit, beliau menunjukkan belang yang sebenar.

Beliau dan orang-orang kanannya yang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menghasut anak-anak muda yang belum tahu erti tanggungjawab dan tidak memahami betapa susahnya kita membina negara.

Jika Anwar seorang menghayati erti masyarakat madani dan insan kamil yang menjadi klise ucapannya sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, tentulah beliau akan membenarkan proses undang-undang berlangsung terlebih dahulu sebelum membuat penilaian sama ada beliau dihakimi secara adil atau tidak.

Malangnya ini tidak berlaku. Anwar sebolehnya tidak mahu ke mahkamah. Ini kerana bukan faktor menang atau kalah menjadi pertaruhan. Tapi apa yang terdedah dan terbuka akan menjadi labialiti sepanjang zaman.