Friday, October 26, 2007

Anwar Mahu Jadi Badut atau pemimpin?

Anwar terus mendapat tumpuan media berikutan tindakan beliau bermain tarik tali dalam isu Video klip VK Linggam. Sepanjang minggu beliau menyatakan enggan menyerah rakaman penuh video klip tersebut. Malah diajaknya para penyokong beliau berkumpul beramai-ramai di pejabat beliau 30 minit sebelum temu janji beliau dengan BPR. Apa tujuan beliau?

Mengetahui Anwar sebagai pakar mencetuskan kekacauan maka tidak mustahil ia hanya merupakan satu lagi usaha terdesak Anwar mencari populariti dengan memperjudikan keselamatan para penyokongnya. Apakah tidak mustahil kekecohan akan tercetus jika pegawai BPR menghadiri temu janji dipejabatnya tersebut? Masih ingatkan malam pemecatan beliau dari UMNO atau bagaimana beliau menghasut para penyokongnya berarak ke PWTC dan Seri Perdana tetapi beliau pulang ke rumah?

Jika kita membaca Malaysiakini.com, kita akan dapati Anwar begitu bertegas enggan menyerahkan video klip tersebut kononnya untuk melindungi pemberi maklumat. Bukankah lucu alasan Anwar ini? Apakah jika video tersebut tulen maka VK Linggam tidak mengetahui siapa yang merakamkannya dan menyebarkannya?

Beberapa jam sebelum pertemuan tersebut Anwar mengubah pendirian dengan bersetuju untuk menyerahkannya. Mengapa dan kenapa masih menimbulkan tanda tanya? Apakah keselamatan pemberi maklumat sudah tidak penting? Atau kerana beliau menerima maklumat bahawa jumlah yang bakal hadir ke pejabatnya pagi tadi tidak seramai yang beliau harapkan?

Yang pasti pegawai BPR bukanlah UTK. Melihat saranan Anwar beberapa hari lalu meminta solidariti penyokongnya, tentulah ia memberi kesan kepada perancangan BPR. Apakah mereka akan meredah masuk hanya sekadar akan mencetuskan suasana tegang kemudiannya?

Cuma Anwar jika ia pemimpin yang baik tentulah akan menyerah kepada BPR tanpa sebarang keperluan mencetuskan emosi penyokongnya. Apa perlu ditegangkan keadaan hanya untuk menyerah salinan video yang beliau boleh copy berpuluh ribu pun sebagai salinan lain.

Cuma kasihan Anwar, dalam keadaan begitu bersemangat beliau beberapa hari lalu untuk mengingkari undang-undang, hanya 100 penyokongnya hadir.

3 comments:

Anonymous said...

jom pakat undi bn pada pru kali ni. bagi menang sumer kawasan. kasi bolot sumer. bolot sumer harta rakyat! bolot sumer hak rakyat! bolot sumer masuk poket sendiri. bolot

Anonymous said...

Ko ni tk baca abeh rupernye blog anwaribrahimblog.com tu.

Kan Anwar dah cakap klip asal yg sahih tu takde kat die.Yg ada cuma klip salinan sahih. Dan yang dia nak bagi tu ialah 'naskah salinan sahih'. Tu je. Tanpa akan mendedahkan sumber tersebut. Yang dia nak serah tu yang cuma 8 minit tu je. Yang lagi 6 minit cuma akan didedahkan selepas suruhanjaya diraja ditubuhkan sebab puak2 sblh **** tu tak bole harap. Kang tak psl2 sumber tu kene tuuuuut oleh diorg.

Yang BPR pl tak datang dan kata simpan dl bukti tu. Alih2 kat tv diorg kata Anwar taknak bagi. Kalau dah start fitnah tu memang tak ke mana juga la....

Nak sangat siasat kesahihan video tapi bagi org yg tak tau yang buat. Bagi pakar video kan senang mcm yang diorang buat kat vido Nurin tu. Pastu org yg dalam video tak kene kaco yang bagi video plak yang kena carik. Cet pooorah...

Yang ko plak belom tentu berani nak publish komen aku ni.huahahaha...

Anonymous said...

kenapa bpr cancel jumpa anwar padahal anwar dah nak serahkan video tu?