Tuesday, January 8, 2008

Bila Sahabat Pun Tidak Percaya Cakap Anwar

"Saya dapati ianya menghairankan bagi Anwar mendakwa bahawa kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk membantu masyarakat India.

"Lebih menghairankan lagi ialah dakwaan beliau bahawa partinya akan memastikan masyarakat India tidak dipinggirkan jika beliau memegang kuasa,"

"saya tahu benar bahawa beliau hanya berbohong kepada masyarakat India sekarang, semata-mata untuk mendapatkan undi mereka sahaja".

"Saya berharap beliau akan berhenti dengan segera permainan politiknya untuk menipu masyarakat India.

"Dan kepada masyarakat India, saya berharap mereka akan menyedari bahawa Anwar - yang tidak berbuat apa-apa untuk mereka ketika beliau (Anwar) sepatutnya berbuat demikian - tidak akan berbuat apa-apa untuk mereka sekarang."

Petikan kata-kata diatas bukan datang daripada Presiden MIC, DS Samy Vellu. Ia juga bukan datang daripada mana-mana pemimpin kerajaan mahu pun Barisan Nasional.

Sebaliknya ia diungkapkan oleh Datuk Nallakarupan, seorang sahabat setia Anwar selama lebih sepuluh tahun sejak menjadi orang kuat Magnum Corp pada tahun 90-an. Rakan sepermainan tenis Anwar yang kemudiannya menyertai PKR apabila Anwar dibebaskan dari penjara.

Sebagai seorang sahabat baik Anwar, Nalla boleh mendapat keuntungan jika mendedahkan peribadi Anwar sepuluh tahun lalu. Namun beliau memilih untuk setia bersama Anwar sehinggalah apabila Anwar mengkhianati beliau di Ijok tahun lalu.

Justeru sebagai seorang berbangsa India dan bersahabat baik dengan Anwar ketika senang dan susah, tentulah sudah terang lagi bersuluh mengenai sikap Anwar terhadap kaum India.

Nota: Petikan-petikan ucapan Nalla adalah daripada Malaysiakini.com

22 comments:

Anonymous said...

Kalau kita teliti dari segi peribadi beliau...memang akan cakap dia ni baik...tp kalau sahabat sendiri cakap macam ini...maka dia ni manusia yang tidak boleh percaya..."masa kecil2 tak nak mati bila besar menyusahkan orang ja."

Anonymous said...

walau kita tak senang dgn pemimpin sekarang tapi ANWAR bukan lah pilihan yg baik .. umpama keluar mulut rimau masuk mulut buaya je ... mgkin lebih teruk

sokong_kerajaan said...

Sahabat baik ialah orang yang mengetahui semua kebaikan dan keburukan sahabatnya... Kalau sahabat baik sendiri tak percaya dengan kenyataan sahabatnya, jadi macamana orang lain nak percaya dengan kata-kata orang tu. :-)

Anonymous said...

Buang je UMNO. Test je Anwar. Ade berani?

zulkifli said...

ANWAR..SEMUANYA BOLEH..DAH DAPAT..APA NAK PEDULI HAL ORG LAIN(YANG SOKONG DIA APA DAPAT?)

Anonymous said...

Tolonglah hanya sepenggal ja kita try tengok.... klu BA nipu kita pakat2 hancurkan depa..... apa macam ada beranik..???

Anonymous said...

My friend,
Dalam isu tampuk kepimpinan, kita tak boleh guna kaedah matematik 'cuba jaya'. Sebab, kalau dalam matematik, jika salah boleh cuba semula tiada kesan sampingan, tapi, dalam politik, bila rakyat buat pilihan yang salah, kesannya akan lebih dari 5 tahun. Nak perbaiki keadaan agar kembali stabil akan ambil masa yang lebih lama dan ekonomi negara akan merundum lebih teruk. Once there is a damage, it will never be the same.

adie said...

I am not an Anwar's supporters but for sure I am not satisfied with BN ....with all the issues that we have now ..it is good time NOW for not to vote BN , ...we have to change for a better and I believe we can do that by having the the opposition running the country..if they also fail then we can just punish them in the next ellection..no harm , who knows..and most probably we can have a better life with lest cost on fuel,food, transportation and others...

Go for it Anwar....we will support you ..

Anonymous said...

pemimpin umno yang ada sekarang pun dua kali lima. Apa jadi dengan Isa samad, Rahim Thamby Chik,Abu Hassan Omar,Dato' zakaria,Yassin close one eye.politic is the art of deceiving people for your own benefit.Cermin diri sendiri dulu lah. Nak kayakan diri dengan cara short cut.

Anonymous said...

cemerlang Gemilang Terbilang
Selamat Aman dan Makmur
Pemimpin Hidup Senang Lenang
Rakyat Jelata ramai Menganggur

Anonymous said...

Cemerlang Gemilang Terbilang
Aman Selamat dan makmur
Kali ni bagi peluang BA Menang
Biar pemimpin Umno menganggur

Anonymous said...

aku sokong dato najib jadi pm 4juta kali

Anonymous said...

Kami kumpulan NEUTRAL!

RAKYAT HARUS BERI KEMENANGAN KPD BARISAN NASIONAL DI KELANTAN.
RAKYAT KELANTAN MESTI PANGKAH DACING!

TAPI UNTUK KERUSI PARLIMEN DI
KELANTAN, RAKYAT HARUS MEMBERI SEPARUH
KERUSI KPD BARISAN ALTERNATIF!

HIDUP RAKYAT!

Anonymous said...

sebenarnya orang umno lah yang menolak hukum hudud itulah orang munafik...tak reti agama..yang penyokong umno yang tak dapat habuan..sokong suka-suka tu buat pe..bangang punya penyokong..tak de akal ka..kamu pun beli minyak pun dengan harga sama...sokong apa lagi...betul-betul bangang.

Anonymous said...

jgn risau walau sesiapa pun yg memerintah malaysia..itu pilihan majoriti rakyat..terimalah dgn hati yg tebuka..jgn cepat melatah..org yg bimbang bila sesuatu parti yg menang menunjukkan yg ianya mempunyai kepentingan peribadi yg lain..kepentingan diri sendiri..

Anonymous said...

nalla tu, member takleh pakai.. die cume nak kuase n duit. mase anwar dlm umno dulu ade la project n duit tp lepas anwar kuar umno n masuk penjara die still stay member sbb die rase anwar akan bangkit semula. bile anwar dah kuar penjara n sertai PKR, die cube himpit anwar, kut2 mungkin boleh jd calon, tp anwar tak bagi. die panas dgn anwar n kuar PKR tubuh parti baru n nak sertai BN. die buat kenyataan tue pun supaya Pak Lah pandang die n angkat die jd calon.. tp tak dapat gak la....

Anonymous said...

Kita mudah percaya dan tersekat dengan apa yang berlaku sepulah tahun lalu terhadap DSAI dan kita selalu fikir hanya pemimpin BN sahaja yang betul.Berkesan betul berita arus perdana pada masa itu..Dalam hal ni,seorang sahabat baik selalu bersama dalam susah dan senang.Saling percaya mempercayai tetapi disebabkan salah faham atau merajuk,terus mengkhianati kawan.Sahabat baik apa bendanya tu....

FyDd AaMien AL-Bakr said...

pndpt aku,bila ssorg tu sokong parti A @ parti B...apa pun parti A ckp wlupn xbtl n fitnah..dia akn iakan jg..bgitu jg klu parti B ckp parti A mcm ni..pyokong tu pun akan p'cy jg..so,politik ni mmg ssh nak d jangkakn..

aku jg buat p'timbangan sndiri..aku da tgk mcm2 yg ada dkt blog2 yg b'unsur fitnah sprt d blog youtube & pmbgkng2 punye blog...

korg pn apa kurgnye..p'cy bulat2 apa yg anwar kata..klu anwar 2 baik..dia ble bela diri dia n xslh dia tubuhkb PKR..klu dia rs dia btl..ia la mstila dia rs dia btl..klu x..PKR xwujud..

tp apa yg xpatut d buat oleh seorg wrganegra m'sia@wrgngra apa pun..apabl dia buruk2kn negara sndr d negra asing...pas tu cuba meraih simpati umum..n putar belit fakta..t'utm pmbohongn anwar psl hrg minyak ms dia jd mntri kwgn dlu..

klu korg nk tau,manusia paling bahaya di malaysia ni ialah ANWAR IBRAHIM!!!dia mmg pndai b'ckp n b'cramah..tp smua yg dia ckp 2 sbnrnye 'zero'!!

dulu ms dia jd T.PM n b'laku krisis ekonomi 1997..dia hmpr2 jual ngara sndiri apabl cuba mnerima twrn dr bank dunia..nsb baik DR.M bijak..n buat kptsn sndr..klu x..hbs la kita...

ms aku d Biro tatangra dlu..anwar jdkn BTN 2 medan politik dia..siap bw bini lg..dia jg adlh pncetus politik wang d m'sia..

xcaye??suka ht korg la..

FyDd AaMien AL-Bakr said...

ms anwar jd T.PM n mntri kwgn rasuah b'leluasa..
pas 2 dia bg plk ahli kluarga dia pgg jwtn bsr dlm syrikt2 t'kemuka..

skrg ni..dia tuduh plk pak lah gn kn kuasa bg naik menantu dia msk politik..
klu ikut..anwar lg la..siap anak bini smua dia jual jdkn kubu dia utk tujuan politik..lg teruk..

ingat lg aku..ms anwar d pecat n d pnjara..isteri dia wan azizah pegi filipina utk mnta sokongn..pas tu wrtawan soal wan azizah..:
'adakah anda p'cayakan suami
anda?'

tanpa fkr pnjg datin pun jwb:
'saya tak percayakan sesiapa!'

bini dia pun xp'cykn dia sbnrnye..cz dia tau laki dia cam mn..dia p'thnkn suami dia pun utk anak2 dia..ksian dr.wan azizah ye....

Anonymous said...

BN kalah sebab tidak peduli suara rakyat. Masalah rakyat dinafikan bkn cuba cari penyelesaian. Contohnya pendatang asing yg terlalu ramai , isu gaji guru, harga petrol, harga barang, indeks jenayah yg tinggi, rasuah dan mcm2 lagi. Selain dari itu moral sesetengah pemimpin pulak menjengkelkan....

Unknown said...

Pembangkang menang kerana banyak faktor. selain faktor BN dan pemimpinnya sendiri, kempen agresif dan sistematik BA yang berkesan. Tuduhan, fitnah, kecaman, maki hamun kepada UMNO habis-habisan merupakan strategi agresif pembangkang. Ceramah berlaku di mana-mana sejak PRU11 lagi, masjid dan surau-surau jadi pentas politik ustadz PAS. BN selesa dengan media perdana sahaja. Bukan semua yang saksikan. Demontrasi jalanan oleh BERSIH dan HINDRAF mewujudkan kelebihan kepada perjuangan DSAI. DSAI bijak berkempen, memang hebat sekali.Golongan muda dan kaum bukan Melayu akan tertarik dengan ucapannya.. DSAI bijak!!!!

Anonymous said...

..ayuh bangkitlah dari kebiasaan wahai pemimpinku.. persiapkan diri dgn ilmu perang politik yg sbenar.. jgnlah asyik dgn bisnes shj..PRU yg lepas membuktikn pemimpin2 kita perlu lebih banyak persediaan utk menyanggah fakta pembangkang, menyelak keewetan pembangkang terutamanya dlm urusan kerajaan MPKB tuh.. banyak sgt isu yg boleh dimainkan tetapi trtidur begitu sahaja.. krn kita "tidak cukup masa" mengatur strategi.. sehingga tidak cukup masa juga brjumpa pengundi secara menyeluruh..
LEBIH BAIK MENYERANG DRPD BERTAHAN..