Thursday, September 10, 2009

Anwar Memperbodohkan Umum Lagi

Masih ada orang yang taksub kepada Anwar biarpun banyak bukti dan fakta di depan mata. Mengapa Anwar begitu bersungguh-sungguh mahu mengelakkan perbicaraan mengenai kes liwatnya?

Jika pada 1998 Anwar mengadakan demontrasi jalanan bagi menutup kes liwatnya, kali ini beliau mahu mengharamkan semua pendakwaraya kanan daripada mengendalikan kesnya. Mengapa Anwar begitu takut? Khabarnya kali ini bukti dan fakta lebih jelas memandangkan kes baru berlaku apabila dilaporkan dan beliau pula tiada lagi kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu menutup jejak-jejak laknatnya.

Dalam permohonan yang difailkan pada 11 Ogos lalu, Anwar memohon kebenaran semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah perisytiharan agar keseluruhan pasukan pendakwa raya dilucutkan kelayakan mereka daripada mengendalikan pendakwaan atau rayuan kes liwat tersebut.

Anwar menamakan Peguam Cara Negara I, Datuk Idrus Harun; Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden; dan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman serta Noorin Badaruddin, responden pertama hingga ketujuh.

Mengapa Anwar mahu menyingkirkan keseluruhan pasukan Pendakwaan jika bukan untuk melewat-lewatkan perbicaraan kesnya?

Anwar juga tidak berminaa dengan keadilan sebab itu beliau turut membantah kesnya dipindahkan ke mahkamah tinggi dari mahkamah sesyen. Ini satu lagi taktik Anwar untuk melengah-lengahkan kes sedangakan semua orang tahu untuk kes seperti yang beliau hadapai, mahkamah Sesyen lazimnya hanya untuk sebutan kes sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Anwar akan menggunakan apa sahaja saluran untuk mengangguhkan kesnya sehingga pilihan raya akan datang. Beliau berharap Pakatan akan menang pilihan raya akan datang bagi membolehkan beliau menyalahguna kuasa sekali lagi bagi menutup kesnya.

No comments: