Friday, September 25, 2009

Mencari helah Untuk Bagan Pinang

Undi Pos bukan baru. Anwar pernah berada di dalam Barisan Nsional turut tahu isu undi Pos ini. Sehingga kini belum pernah Anwar menunjukkan bukti bahawa Barisan Nasional semasa beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana menteri mempunyai mekanisme menipu undi Pos.

Jika undi pos boleh ditipu maka tida merasalah Tan Sri Khalid Ibrahim kerusi Bandar Tun Razak. Demikian juga dengan jumlah 6000 undi pos di bagan Pinang mana mungkin BN hanya menang dengan majoriti 2, 333 undi sahaja dalam pilihan raya lalu.

Sedangkan semua orang tahu Pas hampir tidak bernafas di Telok Kemang sejak dahulu lagi. cawangan-cawangan Pas pun hidup segan mati tak mahu sahaja.

Jika undi Tentera banyak menyokong BN bukan kerana penipuan tetapi kerana tentera berpuas hati dengan cara pentadbiran negara dan juga kebajikan mereka yang dijaga dengan baik oleh kerajaan BN.

Selebihnya pengundi pos juga bukan buta hati dan buta mata untuk melihat perkhidmatan wakil rakyat yang akan mereka pilih.

Sehingga belum dibuktikan terdapat penipuan undi Pos selagi itulah kita harus akui undi pos juga telus seperti undi biasa.

Jika Anwar yang pernah menjadi pakar strategi UMNO, mengetuai sekian banyak pilihan raya bagi pihak BN pun gagal mendedahkan penipuan undi Pos apa relevannya isu ini?

Isu ini hanyalah helah Anwar dan pakatan untuk menyediakan mental dan psikologi penyokong mereka jika diandaikan tewas teruk dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ini.

No comments: