Wednesday, September 10, 2008

Pesona Sesumpah Tanggal 16 September



Ramai teman meminta ulasan untuk 16 September 2008. Apa ada dengan 16 September 2008 kalau bukan sekadar sambutan pembetukan Malaysia.Namun 16 Sepetember kali ini amat menarik kerana Datuk Seri Anwar bin Ibrahim berjanji untuk menubuhkan kerajaan.

Saya tidak mengulas isu 16 September ini kerana ia bukan sahaja tidak masuk akal tetapi juga tidak amhu terperangkap dengan percaturan politik populis Anwar.

1. Tiada ahli Parlimen BN yang berakal dan menggunakan akalnya dengan bijaksana akan mempercayai cakap dan janji Anwar. Tiada sebab untuk mereka melompat kepada Anwar kerana mereka sekarang ini membentuk kerajaan. Kelebihan, kesenangan dan kuasa di pihak mereka. Kecuali Anwar boleh menjanjikan sejenis kekayaan yang tidak mampu diberi oleh BN, tidak mungkin ada yang akan melompat.

Semua ahli Parlimen BN mengenali Anwar secara langsung atau tidak langsung. Mereka tahu bagaimana kejamnya Anwar kepada sahabat dan lawan. Apakah ada ahli politik yang waras mahu mempercayai Anwar?

2. Tiada ahli Parlimen BN yang waras dan boleh berfikir akan percaya Anwar mampu menyatukan Pas dan DAp dalam jangka masa panjang. Andai pakatan tersebut pecah dan BN kembali memerintah, apa nasib mereka? pa pula nasib mereka jika usaha Anwar ini tidak berjaya dan mereka telah pun menyeberangi jambatan PKR? Sebab itu saya tidak fikir ada ahli Parlimen BN yang begitu bodoh mahu menyertai Anwar.

3. Jika pun terdapat 40 orang ahli Parlimen BN yang lompat parti pada 16 September ini, Anwar masih tidak boleh membentuk kerajaan. Tiada sidang Parlimen berlangsung pada waktu ini. Jika diumumkan pada 16 September, BN mempunyai sehingga pertengahan Oktober untuk mengukuhkan kembali kedudukan. Ini kerana hanya ketika itu Parlimen mula bersidang dan undi hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri boleh dibuat.

4. Walaupun Anwar mungkin berjaya membawa majoriti ahli Parlimen menyokongnya berjumpa YDP Agong, ia masih tidak mengubah apa-apa kedudukan BN sehingga Agong memanggil sidang Parlimen. Dengan kata lain, 16 September tidak mungkin berlaku peralihan kuasa politik dari BN kepada Pakatan Rakyat.

5. Katalah Anwar berjaya mengadakan usul undi tidak percaya, belum tentu Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Ini kerana kuasa sebenar selepas undi tidak percaya di Parlimen ialah kuasa YDP Agong. Agong berhak untuk melantik Perdana Menteri baru yang beliau percaya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen atau mewujudkan caretaker government untuk mengadakan pilihan raya umum baru.

6. Sesiapa yang mengetahui senario politik Malaysia pasti tahu bahawa harapan Anwar untuk mendapat kepercayaan YDP Agong dan Majlis Raja-raja merupakan satu harapan yang hampir mustahil. Jadi jalan yang satu lagi ialah Agong akan melantik kerajaan sementara dan mengumumkan pembubaran Parlimen.

7. Apakah rakyat akan menyokong Anwar yang merosakkan keputusan pilihan raya umum lalu? Anwar mungkin lupa bahawa sokongan sebahagian rakyat terhadapnya dalam pilihan raya lalu bukanlah begitu besar berbanding undi protes terhadap BN yang beliau terima. Tidak mustahil rakyat yang bosan dengan gelagat Anwar akan memberi sokongan lebih besar kepada BN.

8. Dengan kata lain, jalan Anwar ke Putrajaya bukan sahaja masih jauh malah bolehlah dianggap tidak masuk akal. Sebab itu saya enggan mengulas kisah Anwar mahu bentuk kerajaan 16 September.

Adanya orang terpesona dengan retorik Anwar sekadar menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang bukan sahaja tidak matang malah malas menggunakan akal fikir yang dikurniakan Allah terhadap mereka.

Tunggulah 16 September untuk anda mendengar pelbagai pula alasan Anwar Ibrahim. Sesumpah selalu bertukar warna kulit.

Apakah kita akan terus terpesona dengan keajaibannya?

8 comments:

Anonymous said...

Memang tidak dinafikan si sesumpah Anwar hanya seorang yang rakus untuk menjadi Perdana Menteri 'jalan pintas'. Saya rasa beliau pun tahu, bukan senang untuk menubuhkan kerajaan baru dan rakyat juga tahu. Tapi entah apa jampi serapah yang beliau guna sehingga impian beliau ini mendapat perhatian dan sokongan ramai. Namun beliau juga sering dilihat seolah-olah seorang yang tidak pernah buat dosa...Masya Allah... Punyalah taksubnya penyokong beliau...Tiada apa lagi yang nak dikatakan mengenai isu ini sebenarnya sebab terlalu meluat dan menyampah dengan setiap janji-janji beliau yang hanya sekadar pemanis mulut semata-mata...

Anonymous said...

Biasa la Nwar Berahim tu... Penipu besaq!!!

Life2110 said...

Ni lah penyokong pak lah..asyik tido je..oi bangun la..metari dah tinggi.bila bangun pegi pejabat JPM, mintak projek, bile dapat projek, sub kepada non malay..
bile tak dapat projek mengamuk koyak poster.bodoh punye UMNO...

Anonymous said...

Jangan mudah percaya.tokwan rasa susah nak realitikan.

Tapi jika berjaya juga harapnya Islam tak akan tergadai di tangan mana mana ahli Pakatan Rakyat.

Susah memberi harapan kepada orang yang tiada harapan lagi.

Atau hanya pandai mereka reka harapan.

tokwan doa moga kita semua bersatu padu atas kebenaran.

Unknown said...

pill and kills harap beri komen yang matang jangan asyik kerja mengutuk aje dalam bulan pose ni. Komen bodoh awak itu datang dari orang yang 'berpenyakit'. Berilah komen seperti rakan2 kita yang lain. Jangan marah!

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

ANWAR...

bila lah sandiwaramu akan berakhir...

esok nuzul al_quran...

kamu bernuzu hendak jadi PM sedang kan kau tahu,
PKR berapa kerusi sahaja...itupun dah campur india dan Cina..

lupalah mimpi pada bulan ramadhan...

ceramah kau kat Kelana Jaya, Presiden dan Nik Aziz tak datang, kenapa?

Mat Jenin jadinya nanti...

Pemuda Malaysia said...

anwar al-juburi dah mabuk kuasa!!!

Unknown said...

Dalam politik semua boleh jadi, tak ada yang mustahil atau tak masuk akal.
Jadi tak perlu susah hati Anwar jadi PM ker tidak . Kalau ditakbirkan beliau jadi PM terima jer lah. Setiap manusia mesti ada cita-citanya sendiri. Macam kita kalau tak ada cita-cita nak jadi PM jangan pula kita halang orang
nak jadi PM.