Saturday, April 4, 2009

Gempak dan Gempaq Anwar

Gempak bermaksud membesarkan sesuatu perkara bagi menampakkan hebat.

Manakala gempaq adalah bahasa sebelah utara yang boleh membawa maksud menakutkan seseorang. Gempaq juga seerti dengan gempar iaitu mengejutkan keaadaan; menjadikan keadaan riuh rendah dan menarik perhatian orang.

Anwar sememangnya biasa membuat gempak. Istilah-istilah yang digunakan seperti masyarakat madani dan asian rennaisance merupakan konsep-konsep gempak Anwar tanpa pengisian yang bermakna.

Gempaq juga tidak asing kepada Anwar. Enam tahun beliau dipenjarakan gara-gara menyuruh dua orang pegawai kanan polis "gempaq" mangsa liwatnya dan juga orang-orang yang melindungi mereka.

Maka apabila dua hari lepas apabila Anwar memaklumkan kepada media dan orang ramai bahawa ada pengumuman penting dan besar untuk beliau sampaikan di Bukit Selambau, berkerumunlah media dan orang ramai untuk mendengar pengumuman beliau.

Malangnya apa yang dikatakan sensasi, hebat, dan mengejutkan itu tidak lebih dari cerita biasa pilihan raya kecil iaitu kisah orang tertentu yang kecewa dengan parti mereka berpindah kem. Yang BN ke PKR, yang PKR dan Pas ke BN adalah cerita-cerita biasa sahaja. Jika yang melompat itu Menteri atau orang kuat parti ataupun parti tersebut dibubarkan mungkin ia berita hebat. Tapi jika sekadar tidak sampai dua puluh orang hadir dan yang memimpin acara lompat tersebut pula pemimpin yang dah lupus masa, tiadalah apa yang hebatnya.

Malanglah nasih orang ramai dan media yang berkerumun di sana untuk mendengar temberang anwar sekali lagi. Ini entah kali ke berapa Anwar melakukan autanya.

Kepada sesiapa yang masih mengkagumi Anwar, perkara gempak dan gempaq memang taktik politik Anwar. Dari zaman universiti sehinggalah zaman reformasi, dari sakit belakang sehinggalah kononnya kena arsenik sampai nak mati.

Masihkan ada mahu ditipu Anwar? Tepuk dada tanyalah selera.

No comments: