Sunday, September 21, 2008

Pesona Sesumpah II: Anwar atau Penyokongnya Yang Kurang Waras?



Minggu lalu saya menulis bahawa janji membentuk kerajaan baru oleh Datuk seri Anwar sebagai janji tidak masuk akal. saya juga menulis, "Tunggulah 16 September untuk anda mendengar pelbagai pula alasan Anwar Ibrahim. Sesumpah selalu bertukar warna kulit."

- Hari ini terbukti dan ternyata ia berlaku. Sesumpah atau Pokka bernama Anwar ini menukar lagi wajah, rupa dan qona (warna)nya.

- Sudah sah Anwar pembohong. Janji untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 hanya tinggal dalam lipatan sejarah berkajang-kajang senarai pembohongan Anwar bin Ibrahim.

- Pada 16 September beliau menghantar surat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan pertemuan dan mengaturkan peralihan kuasa kepada beliau. Apakah ini tindakan orang yang waras?

- Beliau dakwa ada lebih 30 orang ahli Parlimen BN tetapi enggan mengumumkan nama mereka. Waraskah manusia bernama Anwar Ibrahim ini? Beliau mahu Pak Lah menyerah kuasa hanya kerana beliau dakwa ada 30 orang ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat?

- Hari ini beliau mendesak kerajaan mengadakan sidang khas Parlimen pada 23 September pula. Beliau mahu mengadakan undi tidak percaya terhadap kerajaan. Sekali lagi kita mahu bertanya, waraskah manusia bernama Anwar ini?

- Atas sebab apa dan bukti apa beliau mahu mengadakan sidang khas Parlimen? Undang-undang dan Peraturan Dewan Rakyat yang mana beliau gunakan untuk mengadakan satu usul khas sidang parlimen bagi mengadakan undi tidak percaya terhadap PM dalam tempoh kurang dari 14 hari?

- Ketika beliau mendakwa telah ada 30-40 orang ahli parlimen BN yang akan melompat, Anwar tetap menghantar pemimpin PKR untuk bertemu dan memujuk ahli Parlimen BN yang berada di taiwan. soalnya jika sudah ada mengapa perlu pujuk yang lain lagi? Bukankah gila namanya?

- Namun Anwar Ibrahim memang mempesonakan. Lebih mempesonakan, ada orang masih percaya kepada Anwar walaupun sudah banyak kali tertipu.

- Misalnya terdapat sebahagian pemimpin Pas masih percaya kata-kata Anwar walaupun mereka sendiri tidak tahu siapa yang berjanji untuk melompat. Mereka sanggup membohongi penyokong sendiri kononnya nama-nama YB ini dibincang dalam Mesyuarat Tertinggi parti tersebut. Hakikatnya hanya angka yang diberi kepada mereka.

- Soalnya siapa yang tidak waras, Anwar atau orang yang mempercayainya?

6 comments:

IssacBella said...

Anwar memainkan peranan untuk berdolak dalih yang rugi adalah penyokong Anwar sendiri.mereka sebenarnya datang dari golongan berprofile yang berbeza contohnya golongan elit maksudnya orang2 yang terpelajar,bijak pandai tetapi kejahilannya nampak sangat disini dimana terus menerus mengagung2kan Anwar sedangkan di depan mata semuanya sia2 belaka.maka disini yang kurang waras adalah penyokong anwar sendiri.

Anonymous said...

kesihan bangat ceta pasai politik mesia dan amat mengharukan para penyokong anwar mentah2@hidup2 diperbodoh2kan.sangat kesian

Son of My Parents said...

Pelabur pull out 125b hanya semata-mata takdak SINGLE reform pada judicial independence & ISA? Amboi... macamla negara2 asal pelabur tu takdak masalah langsung.. tu yang depa terpaksa 'pause' pelaburan kat sini. Time dia dalam kabinet dulu pun judiciary pun macam la ni jugak dan masih ada ISA pun tapi investment punyalah rancak.

Walaupun ramai penyokong dia tu org2 terpelajar, tapi disebabkan oleh kemelut dalam UMNO, maka depa pun carilah 'hero' and inilah masanya Anwar buat-buat jadi hero.

Anonymous said...

memang pn penipu besaq. pemecah belah org2 melayu. depan kata lain, belakang kata lain. lidah becabang mcm biawak. itu pn masih ada yg sayang...

Unknown said...

habislah duit yahudi ...

Unknown said...

dua2 waras

hanya memperalatkan masing2 untuk agenda politik mereka

mungkin juga membenci masing2

tapi tetap bersatu untuk politik