Monday, July 20, 2009

Anwar Arahkan Ekploistasi Isu kematian Teoh

Dalam satu perjumpaan sulit pemimpin Pakatan PKR-DAP-PAS pada jumaat lalu di Ibu Pejebat Pas, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua pemimpin Pakatan mengeksploitasi habis-habisan isu kematian Teoh Beng Huat, Pegawai khas EXCO Selangor ini.

Menurut pemimpin kanan Pas (dirahsiakan nama) Anwar mencadangkan agar semua penulis-penulis Pakatan memebri pelbagai versi kematian Teoh dengan semuanya meletakkan kesalahan kepada SPRM sebagai sebuah badan yang berat sebelah dan kemungkinan besar terbabit dengan kematian Teoh.

Anwar mahu isu ini digunakan untuk menekan SPRM agar menghentikan siasatan ke atas EXCO-EXO Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sama adsa kematian Teoh dirancang oleh Pakatan atau tidak belum dapat dibuktikan. Namun melihat kronologi kejadian di mana EXCO Selangor sendiri memanggil sidang akhbar memaklumkan serbuah SPRM ke atas pusat khidmat mereka, tuduhan bahawa SPRM bersikap perkauman dengan menyiasat wakil rakyat Cina sahaja dan akhirnya diikuti kematian Teoh menimbulkan seribu tanda tanya.

Pakatan juga dilihat begitu gelabah sehingga menuntut Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat tanpa menunggu keputusan siasatan polis terlebih dahulu.

Apakah ada EXCO Selangor yang terbabit dengan kumpulan haram atau kongsi gelap merancang kematian Teoh?

Friday, July 17, 2009

Mengapa Peguam Muslim Tinggalkan Anwar?

Mengapa Zainur Zakaria meninggalkan Anwar sedangkan suatu ketika dahulu beliaulah peguam nombor wahid Anwar Ibrahim. Malah setianya Zainur kepada Anwar sehingga sanggup bertanding sebagai calon Keadilan di Lembah Pantai pada 1999.

Mengapa selepas perbicaraan kes pertama Zainur Zakaria tidak lagi bersama Anwar Ibrahim? Mengapa? Zainur mungkin tidak boleh bercerita pandangannya ke atas Anwar kerana beliau sebagai peguam terpaksa berpegang kepada amanah dan rahsia pelanggan sungguhpun ia bukan lagi peguam kepada manusia bernama Anwar bin Ibrahim ini.

Kali ini kita dikejutkan juga dengan penarikan diri Sulaiman Abdullah. Penulis bukan peminat Sulaiman Abdullah yang sungguh pun peguam masih menjumudkan diri ke dalam kelompok ulama mi segera dalam Pas.

Namun tindakan Sulaiman yang selalu berserban dan tidak pernah meninggalkan solat sejak memeluk Islam ini menimbulkan tanda tanya besar. Benarkah Sulaiman sakit yang sangat teruk sehingga terpaksa menarik diri?

Penulis percaya penarikan ini adalah kerana beliau juga tidak mahu terbabit membela seorang pelaku yang amat dibenci Allah - Homoseksual.

Jika kaum sodom dahulu telah dimusmnahkan Allah kerana terbabit dalam kegiatan meloyakan ini, maka tidak mustahil mereka yang tahu Anwar bersalah tapi masih mempertahankannya sehingga kucar kacir Malaysia mendapat pembalasan yang serupa.

Sulaiman Abdullah bukan macam Zaid Ibrahim atau Khalid Ibrahim yang dikatakan kaki tonggang dan arak sudah menjadi sarapan pagi sebelum main golf.

Sulaiman Abdullah sungguh pun jumud tapi manusia yang berpegang pada ajaran Islam. zainur zakaria bukan alim tetapi beliau juga tidak mahu lagi terbabit dengan Anwar. Jijik mungkin?

Bagi mereka yang bersimpati kepada Anwar fikirlah dengan mendalam mengapa peguam-peguam muslim ini menarik diri? Malahan Zulkiflee Nordin pun tidak lagi mahu terbabit dengan kes Anwar. Mengapa??????

Thursday, July 9, 2009

Rumah Khir Toyo dan Guan Eng Memang Tak Sama

Anwar muncul lagi mempertahankan sekutu rapatnya Lim Guan Eng. Sama seperti ketika di dalam UMNO dahulu, Anwar di dalam PKR juga tidak berbeza. Beliau akan mempertahankan apa sahaja tingkah laku sekutu kuatnya.

Malaysiakini melaporkan Anwar berkata di Manik Urai, "Tunjuk rumah sewa ketua menteri Pulau Pinang, hendak samakan dengan puluhan juta rumah (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo. Itu masalah pemimpin Umno. Tengok pemimpin Umno di Manek Urai, cuba tanya kekayaan Tan Sri, Datuk dalam Umno, ada tidak aset RM20 juta? (Mereka) datang ke Manek Urai, cakap soal bela rakyat,"

Memang banglo sewa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sama dengan banglo Khir Toyo. Khir Toyo bina bangglo pakai duit sendiri melalui pinjaman bank tapi Lim Guan Eng guna duit kerajaan negeri untuk bayar sewa banglonya.

Khir Toyo sudah tiada kediaman rasmi yang diperuntukkan kerajaan tapi Lim Guan Eng ada.

Anwar usah bercakap duit pemimpin UMNO jika beliau sendiri ada berbilion duit. Jika tidak nyatakan kepada umum dari mana beliau dapat duit untuk pilihan raya lalu? Pas sahaja khabarnya menerima RM 150 juta melalui Kamaruddin Jaafar untuk pilihan raya 2008.

Wednesday, July 8, 2009

Anwar - 5000 dijemput hanya 100 yang datang

Apa yang digelar tunjuk perasaan rasaksa 5000 orang oleh KEJAM akhirnya menjadi lawak jenaka apabila hanya ada 100 orang yang hadir. Jika dicampur dengan SB berpakaian biasa dan mereka yang ingin tahu, jumlah sebenar pembela tertuduh liwat ini hanyalah sekitar 50 orang.

Shamsul Iskandar perlu bertanya kepada diri sendiri apakah penyokong Pas, PKR dan DAP sendiri mahu terbabit dengan pembelaan jalanan ini? Bukankah Anwar sepatutnya membela diri di dalam mahkamah?


Pro-Anwar rally: 'March' ado about nothing - Malaysiakini.com

Claims that massive rally in support of PKR de facto leader Anwar Ibrahim would be held, turned to be just that when only a handful of people turned up at the Jalan Duta court complex for his second sodomy charge in 10 years.

Yesterday, PKR Youth chief Shamsul Iskandar said the movement was trying to gather 5,000 to march to the court complex to protest against the charge which they say is trumped up.


This morning, fewer than 100 supporters - most of them wearing black - were seen at the court complex where they briefly chanted 'Long live Anwar' and 'Reformasi' under the watch of a similar number of police personnel.

Even the police did not buy the mass-rally claim and did not bother with the obligatory roadblocks leading towards the court complex, in sharp contrast to the first few times that Anwar was brought there last year which saw hundreds of PKR supporters gathering.

Shamsul explained that many supporters had gotten wind last night that the case would most likely be postponed, as it is a known fact that Anwar's lead counsel Sulaiman Abdullah was still under observarion in hospital.

"A lot of people thought the case would be postponed. The trial also coincides with the Manek Urai by-election (in Kelantan). A lot of our people are there," he said.

However, he hopes that a bigger crowd can be assembled on July 15 when the trial resumes.

'March' ado about nothing

Earlier today, Shamsul led some 30 party supporters from the Jalan Duta bus station in a march towards the court complex some 500 metres away.

Tuesday, June 23, 2009

Anwar Pemimpin Unggul Bila Masyarakat Berpecah Belah

Anwar terkenal sebagai Pemimpin unggul dalam keadaan berpecah belah. Sebab itu beliau muncul sebagai tokoh popular pada 1970-an apabila wujud siri-siri demontrasi. Kebolehan beliau untuk mempengaruhi kawan dan lawan serta bercakap mengikut khalayak merupakan satu kelebihan luar biasa.

Justeru cadangan agar UMNO memohon maaf kepada Pas merupakan agenda Anwar untuk menukar kedudukan. Jika sebelum ini Pakatan rakyat dilihat defensive dan teraba-raba dalam mencari posisi lantaran idea kerajaan perpaduan Pas, hari ini Anwar menukar posisi itu.

Dengan menyatakan UMNO perlu meminta maaf kepada Pas dahulu tentulah ini bermakna beliau menukar kedudukan Pas dan Pakatan Rakyat. Sekarang ini bola dikaki UMNO pula. Jika dulu Pas perlu membuat keputusan sama ada mahu duduk berbincang dengan UMNO atau tidak, hari ini Anwar cuba menukar kedudukan tersebut kepada UMNO.

Dengan meminta UMNO memohon maaf kepada Pas dahulu, Anwar cuba menarik sokongan Pas dan juga memberi dilema kepada UMNO. Beliau tahu sebagai parti politik dan parti pemerintah, UMNO tidak mungkin memohon maaf kerana implikasi undang-undang dan politik.

Adakah UMNO bersedia memohon maaf kepada Pas demi perpaduan Melayu dan Islam? Jika demkikian apakah Pas juga bersedia memohon maaf kerana mengkafirkan UMNO, memecah belahkan rumah tangga, masjid dan perpaduan Islam atas nama agama? Semua ini akan dibangkitkan semula dan akhirnya tiada perbincangan antara UMNO dan Pas.

Dari segi politik, tindakan Anwar ini amat bijak. Ini memang pun kebolehan Anwar sejak dahulu lagi. Anwar tahu secara politik dan perundangan, UMNO tidak akan meminta maaf. Ini kerana dengan meminta maaf, UMNO perlu juga menyatakan kesalahan-kesalahannya.

Tentulah UMNO sebagai sebuah organisasi dan juga parti pemerintah sejak 1957 tidak boleh memohon maaf sewenang-wenangya.

Anwar bukan mahu permohonan maaf tersebut. Jika UMNO meminta maaf pun, Anwar akan meminta pula UMNO meneyenaraikan secara terperinci kesalahan-kesalahan UMNO. Pokok utamanya ialah Anwar tidak akan mahu melihat UMNO dan Pas duduk semeja kerana beliau akan hilang pengaruh dan kuasa.

Sejak di dalam UMNO dahulu Anwar tidak pernah mewujudkan jambatan dengan Pas. Ini kerana jika ada jambatan UMNO-Pas kemungkinan besar status quo beliau sebagai harapan kumpulan yang cenderung kepada Islam di negara ini seperti ABIM, PKPIM, JIM dan sebagainya akan hilang.

Anwar di kalangan lingkungan politik elit terkenal sebagai pemimpin yang berupaya mengawal dan menggunakan keadaan perpecahan dan persengketaan untuk mengukuhkan kedudukan beliau.

Beliau tidak berusaha mewujudkan hubungan UMNO - Pas tetapi beliau secara peribadi mewujudkan hubungan dengan pemimpin Pas dan juga NGO Islam. Dengan ini beliau berjaya memberi satu situasi bahawa harapan orang Islam dan Melayu hanyalah kepada beliau kerana beliau berada di dalam kedudukan yang baik di dalam kerajaan ketika itu.

Beliau mengutuk dan menghentam Pas dalam kempen politik sehingga wujud kebencian di kalangan pengikut bawahan. Namun beliau juga bijak "membeli" pemimpin Pas dan NGO Islam serta Melayu bagi menyokong beliau secara sulit. Sebab itu kita lihat dalam Pas dahulu hanya Mohd Sabu yang menghentam Anwar. Lain-lain tidak menghentam Anwar keterlaluan kerana mereka melihat Anwar sahaja harapan mereka untuk perjuangan Islam.

Anwar adalah pemimpin yang dinamik dari segi falsafah perjuangan. Beliau menjadi pejuang kemiskinan ketika isu kemiskinan menjadi perbualan rakyat.

Beliau kemudian menyertai UMNO apabila melihat Dr. Mahathir melakukan penerapan nilai-nilai Islam dalam kerajaan dan sekaligus melemahkan UMNO. Anwar tidak menyertai Pas kerana beliau tahu dengan dasar-dasar yang dirangka oleh Dr. mahathir yang baru menjadi Perdana Menteri ketika itu, UMNO akan melebarkan pengaruhnya di kalangan orang Melayu.

Anwar masuk UMNO dan Hijacked segala dasar-dasar pembaharuan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir.

Pada 1987, Anwar antara orang yang merencana keadaan politik kacau bilau dan tidak stabil untuk meraih populariti politik dalam parti dan kerajaan. Akibat dari perencanaan itu Operasi Lalang (1987) dilancarkan dan Anwar yang ketika itu merupakan Menteri Pelajaran meraih populariti terbesar di kalangan orang Melayu.

Isu pendidikan kaum yang menjadi alat mencetuskan ketidakstabilan ketika itu dilakukan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya sendiri yang berada dalam kem Tun Mahathir menentang kem Tengku Razalegh. Beliau ketika itu dilihat sebagai puncva kemunculan kem Ku Li - Musa dan ada kecenderungan untuk perwakilan UMNO mengenepikannya dalam pemilihan ketika itu.


Pada 1992, Anwar juga mewujudkan anarki dalam media massa dan UMNO untuk meletakkan orangnya. Ketika Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zainuddin Maidin bercuti, konco-konco Anwar mewujudkan polemik anti bahasa Inggeris dengan menghentam Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana berucap dan kemudian meminta diwawancara dalam bahasa Inggeris oleh TV Indonesia ketika Persidangan NAM 1992. Konco-konco Anwar mempergunakan anak saudara Mahathir, Samad Mahadi untuk menjatuhkan ZAM.

Melihat kekalutan dalam Utusan Melayu apabila Dr. Mahathir sendiri mengambil inisiatif menjawab tuduhan-tuduhan Utusan, Anwar mengambil kesempatan mengusulkan penukaran pengurusan Utusan. Dr. Mahathir bersetuju dan Anwar diberi tanggungjawab. Berjayalah Anwar mengubah keadaan dengan membawa masuk lebih ramai konco-konconya ke dalam Utusan termasuk Johan Jaffar ketika itu.

Pada 1997 Anwar sekali lagi mengambil kesempatan dari masalah kewangan dunia dengan meningkatkan kadar faedah. Ini menimbulkan kemarahan ramai orang kepada kerajaan. Kemarahan ini diikuti dengan "serangan" terhadap Tun Dr. Mahathir dengan isu kronisme, nepotisme melalui proksinya. Anwar juga memprojek diri sebagai pemimpin baru dalam kebangkitan Asia (Asian Rennaisance).

Malangnya Anwar gagal kali ini dan tercampak keluar dari hirarki kepeimpinan negara.

Pada 1998 beliau mula melancarkan mantera baru anti kronisme dan nepotisme. Mantera ini cukup berkesan kepada anak muda yang baru kenal sepak terajang politik. Kepada golongan yang arif politik mereka melihat mantera ini tidak lebih dari meludah ke langit dan tindakan menepuk air di dulang.

Apabila keluar dari penjara, Anwar membawa mantera baru kesamarataan, anti korupsi dan ketelusan. Ini juga mantera abad 21, mantera internet dan mantera baru kapitalis barat.


Anwar tidak akan peduli kepentingan Melayu mahu pun Islam. Melayu dan Islam akan dinyanyikan jika ia membawa faedah kepada beliau. Hari ini kerana ramai kaum bukan Melayu yang menyokongnya maka beliau menyanyikan lagu-lagu "baru" meninggalkan perjuangan agama dan bangsa yang pernah beliau perkudakan suatu ketika nanti.

Memang benar kata Dr. Mohamad Khir Toyo dalam blognya, bahawa orang Melayu tidak akan bersatu selagi mendengar cakap Anwar.

Anwar adalah pemimpin politik kapitalis yang tulen dan unggul. Beliau boleh menjadi popular walau apa pun mantera yang beliau gunakan kerana beliau peka kepada komunikasi semasa.

Dalam konteks ini, Anwar bukan memimpin rakyat tetapi membawa apa yang disukai rakyat biar pun ia mungkin merosakkan rakyat dalam masa akan datang.

Anwar bukan memimpin (lead) tetapi menyesatkan (mislead) masyarakat.

Wednesday, June 17, 2009

Peliwat & Perasuah Terima Peminum Arak

Apa yang dihairankan dengan kemasukan Zaid Ibrahim ke dalam Parti Keadilan Rakyat? Sesiapa mengenali Zaid Ibrahim mengetahui bahawa peminum arak tegar ini hanya mementingkan wang, kuasa dan pengaruh (kepentingan mengikut urutan).

Beberapa tahun kebelakangan ini Zaid mahu bercakap soal kebebasan kehakiman yang kononnya telah tercemar akibat daripada peristiwa pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 1998.

Generasi hari ini mungkin lupa apa peranan Zaid ketika itu. Zaid adalah antara sekumpulan peguam yang menyokong pemecatan Tun Salleh Abas. Zaid begitu berdedikasi membawa para peguam muda dan menubuhkan kumpulan-kumpulan peguam untuk memberi sokongan moral kepada kerajaan ketika itu.

Mengapa? Kerana Zaid ketika itu melihat ada peluang untuk beliau mengaut keuntungan. Dengan sikap pro kerajaannya maka banyaklah kerja-kerja guaman perjanjian kerajaan jatuh ke tangan beliau. Dari seorang peguam yang tiada apa-apa Zaid menjadi kaya raya dan mempunyai firma guaman besar. Sukar sekali penuntut undang-undang membaca sebarang rujukan kes membabitkan beliau sebagai peguambela. Dengan kata lain Zaid hanyalah peguam "rubber stamp".

Mengapa Zaid membela Tun Salleh Abas dan lima lagi hakim yang dipecat hampir 20 tahun lalu? Kuasa! Zaid diberi kuasa oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memulihkan imej kehakiman negara.

Lalu beliau pun mencadangkan diberikan imbuhan bernilai jutaan ringgit kepada hakim-hakim yang dipecat 20 tahun lalu. Beliau juga mencadangkan kerajaan membiayai makan malam Majlis Peguam Malaysia dan mencadangkan penganugerahan Datuk kepada Presiden Majlis Peguam.

Apabila hilang kuasa dan hilang peluang membuat wang, beliau hanya tinggal satu lagi iaitu mencari pengaruh.

Zaid tidak popular di dalam UMNO dan BN. Justeru beliau mencari satu jalan baru iaitu masuk kepada parti yang belum matang dan kekurangan pemimpin seperti PKR.

Keluarnya Zaid Ibrahim dari UMNO sebenarnya menyelamatkan UMNO Kelantan. Zaid secara semberono tanpa restu UMNO menyaman kerajaan kelantan atas isu Hudud. Ia menjejaskan imej UMNO di kalangan orang Melayu dan Islam di kelantan serta negeri-negeri Melayu "tidak bersekutu" lain.

Selamat maju jaya Zaid Ibrahim bersama PKR. UMNO diselamatkan dari seorang lagi pemimpin yang rosak akhlaknya.

Monday, June 15, 2009

Anwar Mahu Mengelak Perbicaraan

Anwar Ibrahim yang lantang kononnya bersedia menjawab segala pertuduhan liwat beliau di mahkamah telah sedaya upaya berusaha menghalang perbicaraan dari berlangsung pada 1 Julai 2009 akan datang.

Logikkah di dalam akal semua rakyat bahawa Anwar yang serba maksum dan tidak bersalah itu begitu bersungguh mengelakkan kes liwat beliau dibicarakan. Belum pun bermula perbicaraan peguam Anwar telah pun mempertahankan anak guamnya termasuk mempertikaikan bukti dan saksi pendakwa.

Mereka mahu menjalankan perbicaraan melalui media dan bukannya mahkamah untuk memberi tekanan kepada pendakwa, mangsa dan saksi.

Tindakan mempertikaikan bukti-bukti dan juga memutarbelitkan laporan doktor pada peringkat pra perbicaraan ini menunjukkan Anwar mempunyai sesuatu yang mahu disembunyikan. Dengan cara menyerang dari awal beliau berharap apa sahaja fakta-fakta dalam perbicaraan akan datang akan dianggap sebagai direka dan dipalsukan (fabricated).

Jika benar beliau tidak bersalah dan percaya bukti-bukti yang ada menyebelahinya mengapa ia begitu tergesa-gesa untuk menyangkal bukti-bukti yang ada tanpa dikemukakan pun lagi oleh pendakwa di Mahkamah?

Anwar sebenarnya sedang membina jurang-jurang provokasi bagi membentuk pemikiran umum bahawa dakwaan terhadap beliau adalah konspirasi UMNO.