Monday, November 30, 2009

Pas Kelantan Bergolak, Anwar Menang Pusingan Pertama

Apabila blogger Kickdefella atau namanya Syed Azidi menentang Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ia bukan pergolakan dalaman korporat.

Juga jauh sekali perjuangan seorang pengarah filem menentang menantu Tok Guru atau menolak neoptisme dalam kerajaan negeri kelantan. Syed Azidi mencipta skrip untuk menjadikan beliau kononnya hero politik yang menentang nepotisme dalam kerajaan. Kononnya dahulu beliau menentang Pak Lah sebab menantu PM, Khairy Jamaluddin kini beliau juga melakukan perkara yang sama kepada Datuk Nik Aziz kerana tidak mahu menantu MB menjadi berkuasa dalam politik kelantan.

Jadi apa agenda Syed Azidi? Apakah beliau agen UMNO yang masuk ke dalam Pas? Tidak juga.

Syed Azidi hanyalah pelukis karikatur blog yang menyertai populariti ideologi menjatuhkan Pak Lah by hook or by crook ketika itu.

Beliau kemudiannya menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan gaji RM 15 ribu sebulan. Hanya gaji beliau dibayar oleh PMBK tetapi beliau bekerja dengan YB Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Taat setia dan kepatuhan beliau bukan kepada PBMK tetapi kepada Husam Musa.

Siapakah Husam Musa pula? Dalam politik Pas pasca 1998, Husam merupakan antara tokoh dalam Pas bersama Kamarudin Jaafar yang menjadi alat tunggangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain menjadi mata dan telingan Anwar di dalam Pas, mereka juga akan bermatian menjadi penjaga kepentingan Anwar dalam Pas dan di Kelantan.

Sebab itu usaha menubuhkan kerajaan campuran BN - Pas di Perak dan Selangor selepas pilihan raya lalu gagal. Ini kerana Husam dan Kamaruddin Jaafar telah memberi maklumat kepada Anwar. Selain itu Husam yang merupakan orang kepercayaan Nik Aziz telah berjaya mempengaruhi Nik Aziz agar menolak sebarang rundingan tersebut.

Tindakan Husam yang menjadi alat Anwar dalam mempengaruhi keputusan Nik Aziz telah menimbulkan kemarahan sebahagian pemimpin Pas yang mahu parti meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan politik. Kumpulan ini termasuk anak Nik Aziz yang bernama Nik Abduh kecewa melihat Pas terpaksa tunduk kepada DAP dan Anwar Ibrahim.

Pergolakan Pas Kelantan bermula lebih awal iaitu kira-kira April 2009 lalu apabila Nik Abduh Nik Aziz yang juga merupakan AJK Pemuda Pas Pusat mendakwa terdapat sekumpulan penasihat di sekeliling Nik Aziz

Malah Nik Abduh menulis dengan keras mengkritik kumpulan ini

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Baca penuh di blog Nik Abduh


Siapakah kumpulan penasihat ini? Jika ditanya kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dan Datuk Hasan Ali dan beberapa pemimpin UMNO dan Pas yang terlibat dalam rundingan tersebut, mereka dengan jelas menunding jari kepada Husam Musa dan Kamaruddin Jaafar.

Nik Abduh mungkin tidak menamakan Husam atau sesiapa untuk menjaga kestabilan politik dalaman Pas. Namun ramai yang mengetahui bahawa Husamlah yang bergegas menemui Nik Aziz sebaik Mufti Perak Datuk Harussani berjumpa Nik Aziz untuk menyelamatkan Perak dari berada di bawah pentadbiran DAP.

Kritikan keras Nik Abduh terhadapnya menyedarkan Husam bahawa kaum keluarga Nik aziz boleh menjadi penghalang kepada cita-cita besar beliau dan Anwar Ibrahim sendiri.

Justeru Husam memulakan agenda untuk menjatuhkan kaum keluarga Nik Aziz. Dengan cara ini Nik Aziz akan banyak bergantung kepada beliau berbanding mendengar pandangan semua pihak termasuk anak menantunya.

Husam bermasalah dengan Nik Abduh dan Arif kerana mereka tidak berminat untuk merebut jawatan atau memegang jawatan politik. Mereka merupakan anak menantu yang begitu bertanggungjawab menjaga kepentingan politik bapa mereka. Justeru mereka tidak mempunyai musuh dalam parti.

Sebab itu isu Arif hanya membabitkan media dan kumpulan Husam sahaja.

Apabila Arif dipecat dari PMBK maka ia kemenangan moral kepada Husan dan Anwar serta megingatkan kumpulan lain dalam Pas bahawa mereka masih kuat dalam merencana untung nasib seseorang di dalam Pas.

Kedudukan Arif tiada cacat celanya sehinggalah apabila Husam mendapati Arif dan Nik Abduh cuba menggugat pengaruh beliau ke atas Nik Aziz.

Selama ini beliau tidak peduli pun perlantikan Arif apatah lagi ketika Arif merestui perlantikan pegawai media beliau Syed azidi dengan gaji RM 15 ribu sebulan di bayar oleh PMBK.

Mengapa PMBK bayar gaji Syed Azidi tetapi beliau bekerja untuk Husam? Gaji wakil rakyat pun sekadar RM 7 ribu sebulan mengapa Syed Azidi dibayar gaji begitu tinggi hanya untuk menulis blog memuji dan memuja Husam?

Jika ada kesalahan besar Arif ialah beliau mengikut cakap Husam sehingga sanggup menggunakan wang PMBK untuk membayar pegawai media Husam. Jika bayar gaji pegawai media Menteri Besar memang ada kewajarannya. Tapi ini hanya pegawai media EXCO. Apa perlunya EXCO mempunyai pegawai media yang bergaji begitu besar?

Rupa-rupanya Syed Azidi adalah Trojan Horse Husam dan Anwar untuk melemahkan kedudukan kaum keluarga Nik Aziz terhadap Menteri Besar tersebut.

Siapakah yang membocorkan pelbagai maklumat PMBK dan mereka-reka sehingga menunjukkan seolah-olah Arif seorang yang korup?

Siapakah yang menimbulkan isu perbelanjaan Nik aziz ke Mekah jika bukan kumpulan Husam? Tujuan Husam bukan untuk menjatuhkan Nik Aziz. Beliau hanya mahu menunjukkan bahawa anak dan menantu Nik aziz gagal memberi maklumat yang benar sehingga isu pemergian beliau ke Mekah menjadi isu.

Husam pernah membantah tajaan Nik aziz ke Mekah di depan Nik aziz. Namun dalam masa yang sama beliau juga menggunakan orang lain untuk memujuk Nik aziz menerima tajaan tersebut.

Malah ahli perniagaan yang menaja Nik aziz tersebut merupakan antara kroni kuat Husam di Kelantan. Khabarnya ahli perniagaan inilah yang membayar gaji Syed azidi sekarang.

Ahli pernigaan tersebut bersama Husam yang memberi butiran tajaan haji Nik Aziz kepada Kickdefella untuk mendedahkan isu tajaan ke mekah ini

Kepada Syed Azidi usahlah bercakap soal Islam dan sebagainya kerana seluruh dunia blog tahu apa jenis minuman kegemaran beliau.

Perletakan jawatan Ariffahmi merupakan satu kejayaan kepada Husam dan Anwar. Namun tanpa mereka sedari kejayaan tersebut hanyalah satu pertarungan kecil. Belum tentu mereka akan menang dalam perang besar kerana kumpulan yang kecewa dengan Pakatan Rakyat dalam makin membesar setiap hari.

No comments: