Wednesday, January 14, 2009

Mencari Anwar Di Kuala Terengganu dan Sarawak

Anwar memilih untuk tidak hadir ke penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan berada di luar negara. Hakikatnya tarikah penamaan calon telah diumumkan berminggu awal dan cerita Anwar tidak akan hadir penamaan calon kerana berada di luar negara hanya timbul selepas nama calon Pas diumumkan.

Mengapa? Apakah benar terdapat desas-desus Anwar sengaja mencari alasan untuk tidak hadir ke penamaan calon Kuala Terengganu kerana calon bukan Pas bukan datang dari kem beliau di dalam Pas?

Umum mengetahui Anwar mempunyai rangkaian sahabat setia beliau di dalam Pas menerusi Kamarudin Jaafar, Saifuddin Nasution, Khalid Samad, Husam Musa dan Hasan Ali. Anwar mahukan Dr. Syed Azman menjadi calon. Apabila nama Syed Azman diketepikan, Anwar mendesak agar nama Mustafa Ali dan Mohd Sabu juga digugurkan dari senarai nama calon-calon untuk pertimbangan Haji Hadi.

Sungguhpun Anwar tidak mempunyai kata putus namun pandangan Anwar amat berpengaruh di dalam Pas kerana ia telah pun menguasai sebahagian kepimpinan muda Pas yang berpengaruh.

Pemilihan Mohd Wahid Endut sekadar melegakan kocakan riak antara kumpulan pro Anwar dan kumpulan konservatif dalam Pas. Namun Anwar masih kurang senang dengan calon tersebut.

Anwar bukan sahaja tidak turun ke hari penamaan calon, malah kempen Anwar di Kuala Terengganu juga tidak sepenuh hati. Beliau melakukan sekadar mengambil syarat untuk menyatukan Pakatan Rakyat dan menunjukkan kepada umum bahawa calon tersebut adalah calon terbaik dari Pakatan Rakyat.

Sikap sambil lewa Anwar boleh dikesan apabila dalam kesibukan jentera pihak bertanding bertungkus lumus bekerja di Parlimen, pemimpin utama Pakatan rakyat tersebut boleh pula berkempen di Kuching, Sarawak untuk pilihan raya negeri yang masih jauh perjalanannya.

"Kita Akan Tawan Sarawak" jerit Anwar di hadapan 5000 penyokongnya di Kuching beberapa hari lalu.

Bagi kita yang waras tentu tertanya-tanya pa relevannya Anwar terbang ke Sarawak untuk berkempen dalam satu pilihan raya yang belum pasti tarikhnya sedangkan Kuala Terengganu amat genting untuk Pas?

Anwar masih belum berubah seperti di dalam UMNO dahulu. Apabila beliau tidak sesuka seseorang beliau akan menunjuk manis di hadapan tapi duri mencucuk punggung. Siapa tidak ingat bagaimana Anwar yang penuh berkuasa suatu ketika dahulu telah mensabotaj adik Shahidan Kassim, Ismail Kasim, yang menjadi calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Arau.

Ismail Kassim kalah kerana Anwar yang tidak suka kepada Shahidan telah memberi isyarat kepada jentera peribadinya agar mensabotaj pilihan raya kecil tersebut. Akibatnya Ismail Kasim kalah, BN kalah tapi Anwar tampak gembira biar memberi kenyataan kononnya sedih atas kekalahan tersebut.

Anwar berada dalam dilema di Kuala Terengganu.

Jika calon Pas menang ini bermakna Anwar boleh mendabik dada bahawa Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat. Namun ia memberi satu lagi risiko lain iaitu pemimpin konservatif Pas mempunyai suara dan pandangan yang lebih kuat. Ini boleh menjejaskan kepimpinannya.

Jika calon Pas ini kalah, Anwar akan menerima tamparan imej dan kemampuan Pakatan Rakyat. Namun dalam masa yang sama Anwar berkemampuan untuk mengukukan kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat dengan memulangkan paku buah keras kepada golongan konservatif dalam Pas yang menolak calon pilihannya.

Anwar dalam keadaan serba salah. Menang salah, kalah pun salah. Dilema ini melemahkan semangat Anwar untuk berkempen dan beliau kelihatan membiarkan keadaan menentukan dan mencari jalan mengeksploitasikan apa sahaja keputusan pilihan raya kecil ini untuk kepentingan dirinya.

2 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

anwar al-juburi

memecahbelah melayu, islam dan PAS...

memecahbelah malaysia..sangup bersekongkol dengan Hindhu...

sampai sekarang dia masih tak mahu bersumpah mengenai liwatnya...tapi dia bersumpah di parlimen untuk jadi YB...gila kuasa

Anonymous said...

Nampaknya Anwar masih kuat lagi dengan pendirian beliau yang suka mementingkan diri sendiri. Seperti yang saudara kata, Anwar dilihat seperti membiarkan jentera pilihanraya PAS buat apa yang mereka nak buat untuk PRK KT ni. Beliau hanya turun sekali sahaja. Kemudian macam buat tak tahu saja. Nampak sangat sikap beliau. Sedangkan kempen PKR di Sarawak beriya-iya beliau lakukan...