Tuesday, March 4, 2008

Bila Sahabat Pun Tidak Percaya Cakap Anwar (V)

Setelah empet siri pendedahan bagaimana sahabat-sahabat Anwar sudah hilang kepercayaan ke atas beliau, seorang lagi sahabat beliau muncul menolak kemampuan Anwar untuk memimpin negara.

Chandra Muzaffar, sahabat Anwar yang kehilangan jawatan sebagai Pensyarah di Universiti Malaya kerana menyokong gerakan reformasi Anwar, akhirnya hilang kepercayaan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri ini. Lihat kenyataan beliau dalam satu Forum semalam:

Chandra dedah sandiwara Anwar

Tokoh pemikir anggap negara ditimpa bencana jika Penasihat PKR ditakdir jadi PM


KUALA LUMPUR: "Datuk Seri Anwar Ibrahim memang petah bercakap, tapi saya tidak fikir negara memerlukan pemimpin sepertinya dan jika ditakdirkan dia menjadi pemimpin kita, ia satu petanda bahawa bencana akan melanda," kata Prof Dr Chandra Muzaffar.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah menjadi penyokong paling kuat Anwar berkata, Penasihat PKR itu sebenarnya umpama sesumpah, kerana sentiasa boleh berubah imej daripada seorang 'pejuang' ketika di universiti kepada nasionalis ketika bersama Umno.

Bagaimanapun, katanya, selepas disingkirkan daripada Umno, merengkok di penjara atas tuduhan yang amat memalukan dan kembali bergiat dalam politik, Anwar sekarang menggunakan popularitinya untuk memancing undi bagi PKR yang diketuai isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Ia adalah pendedahan yang ingin saya lakukan kerana tidak mahu rakyat terus terpedaya dengan helah Anwar Ibrahim," katanya tegas ketika membuat kenyataan itu pada forum mengenai proses Pilihan Raya Umum 2008 di Menara The Star, di sini, semalam.

Chandra yang kini Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just) adalah antara individu paling layak menghakimi Anwar kerana beliau adalah antara rakyat Malaysia yang percaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu dianiaya dan dizalimi ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bukan sekadar mengikut arus gelombang reformasi yang ditiup Anwar ketika itu, bahkan turut menyertai gerakan untuk membebaskan Anwar daripada penjara dengan pembabitan secara langsung dalam politik melalui PKR.

Kehadirannya sebagai antara tokoh pemikir yang dihormati di negara ini membolehkan beliau dilantik sebagai Naib Presiden PKR, namun akhirnya meletak jawatan selepas menyedari dirinya dipergunakan untuk kepentingan politik Anwar.

"Bagi saya, perkara pertama yang perlu dimiliki seseorang pemimpin politik ialah kejujuran. Ini bukannya gelanggang permainan, tapi tempat untuk mencorakkan masa depan rakyat dan negara Malaysia secara keseluruhannya.

"Hakikatnya, Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan adalah orang yang bertanggungjawab menukar penggunaan bahasa Malaysia kepada bahasa Melayu. Dia juga adalah orang bertanggungjawab menukar pentadbiran Cina kepada mereka yang tidak boleh berbahasa Mandarin di sekolah Cina.

"Kita juga tahu, ketika dia meleraikan konflik antara etnik Melayu dan India di Kampung Jawa, Pulau Pinang, dia pernah mengeluarkan kenyataan: 'Saya akan memastikan loceng kuil Hindu tidak akan lagi bergema di negara ini'.

"Sekarang suaranya berubah sekali lagi. Saya tidak tahu mengapa rakyat terutama bukan Melayu masih percaya dengannya yang kini begitu lantang menghentam sistem pemerintahan kerajaan yang pernah menjadi sebahagian daripada perjuangannya," katanya.

Chandra yang sebelum ini tidak pernah mendedahkan alasan sebenarnya meninggalkan PKR berkata, beliau berasa sedih kerana semakin ramai bukan Melayu di negara ini yang termakan dengan slogan Anwar yang kini mendakwa kononnya dia memperjuangkan kepentingan mereka.

"Hari ini dia lantang bersuara kononnya mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kempennya kelihatan semakin mendapat sokongan. Rakyat kini semakin terpengaruh sehingga gagal menilai Anwar secara objektif," katanya.

Mengenai masa depan negara, Chandra berkata, setiap rakyat perlu sedar bahawa apabila seseorang pemimpin bercakap mengenai isu sensitif berkaitan etnik, mereka perlu konsisten dan tidak berdolak-dalik.

"Seseorang pemimpin yang berintegriti tidak akan bercakap mengikut nada yang dikehendaki penyokongnya semata-mata bagi meraih populariti kerana tindakan sedemikian sangat berbahaya kepada kestabilan negara," katanya.

Chandra berkata, Barisan Nasional (BN) mungkin bukan kerajaan yang sempurna tetapi ia adalah satu-satunya pilihan terbaik untuk pengundi kerana sudah berjaya membuktikan kewibawaannya berbanding parti pembangkang yang sentiasa bercakaran sesama sendiri.

11 comments:

Anonymous said...

aku tau masa pilihan raya nih aku undi melayu.......

aku nak melayu sebagai pemimpin aku, parlimen aku kasik rosak(sebab 2-2 pun cina), aku undi untuk adun sahaja.

sila balas komen aku nih!!

Mat

Anonymous said...

mengapa masa menjadi sahabat anwar tidak mendedahkan semua kebobrokan anwar??mengapa orang secerdik anda bole tidak merasai dipergunakan anwar??anda,dr chandra sebenarnya telah dibeli oleh UMNO.sebab itu dekat PRU baru anda bersuara.anwar bole jawab semua tuduhan anda. tapi adakah najib boleh menjawab isu yang dibangkitkan anwar?FIKIR-FIKIRKAN...HIDUP BA

inam kitites said...

dah takder modal kot..
ke da dihanyut dek tsunami?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sokong_kerajaan said...

Anwar Ibrahim memang mendapat sokongan kerajaan USA kerana Al Gore sendiri pernah menyokong Reformasi sewaktu dia datang ke Malaysia dulu... Itulah bukti paling terang dan nyata. Kalau Anwar Ibrahim memang tali barut barat, mengapa tiada tindakan ISA dikenakan ke atasnya???

inam kitites said...

hai budak dah takder isu..
nampak sangat bukak blog tak ikhlas..

sokong_kerajaan said...

Biasanya dalam bersahabat ini, seorang sahabat akan mengetahui segala rahsia sahabatnya termasuklah kebaikan dan keburukannya... Jadi sudah tentu mereka yang pernah bersahabat dengan Anwar ini mengetahui kebaikan dan keburukannya... Cuma sekarang mereka lebih sedar Anwar lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Anonymous said...

Awat senyop saja. Masih terkedu ke?

Anonymous said...

Fuck You la Chandra Keling.... kalau kau tahu Anwar mcm ni kenapa dulu kau ikut dia.. sial la kau BABUN .. dah la cacat mengata dan memfitnah org kerja kau skarang yer... Go To HELL Chandra Keling Todi

Anonymous said...

Agaknya si Pokka ni sonyap sebab fulus dah kering. Patrick Lim sedang gulung tikar sekarang. Badawi KJ pun nak lari.

Anonymous said...

dapat duit berapa buat blog ni?overtime ka fulltime?
bagus,mari kita tentang blog2 yang diupah ini!..
tv nak konker,blog nak konker,melingkup jadinya malaysia ni..