Bagi mereka yang mempunyai fikiran terbuka, selain tertanya-tanya ketulenan video perbualan oleh kononnya V.K. Linggam, kita juga akan tertanya-tanya mengapa perlu dirahsiakan sumber yang membocorkannya?
Dakwaan ingin melindungi pemberi maklumat bukan sahaja dangkal malah boleh menimbulkan kesan lebih serius.
Dangkalnya alasan itu kerana jika video tersebut tulen, maka V.K. Linggam pasti sudah mengetahui siapa pemberi makumat tersebut. Berdasarkan suasana dalam video yang ditayangkan, pasti hanya ada seorang atau dua sahaja lagi dalam bilik tersebut.
Kesan lebih serius ialah bukankah lebih berbahaya kedudukan pemberi maklumat tersebut jika kedudukan mereka tidak diumumkan kepada umum tetapi diketahui oleh kumpulan "jahat."?
Seterusnya, keengganan Anwar memberi sebahagian lagi rakaman video tersebut juga menimbulkan tanda tanya. Apakah yang mahu disembunyikan oleh Anwar atau apakah benar wujud sebahagian lagi video tersebut?
Ini kerana sejarah jelas menunjukkan beberapa kenyataan Anwar sebelum ini kononnya beliau mempunyai berkotak-kotak rahsia korupsi kerajaan tidak langsung terbukti sehingga hari ini.
Apabila dari satu majlis ke satu majlis dijanjikan akan didedahkan berkotak-kotak isu rasuah tersebut, maka tamailah orang turun mendengar ceramah beliau dan keadilan untuk mendapat maklumat terbaru.
Kelihatan kali ini juga taktik yang sama digunakan. Dengan mendakwa ada sebahagian lagi rakaman akan dikeluarkan bila diperlukan, Anwar mengumpan orang ramai menghadiri ceramah beliau.
Sehingga tulisan ini disiapkan tidak kurang dua tempat telah dijanjikan oleh Anwar untuk mendedahkan ke bahagian kedua. Salah satunya ialah di Ceruk To'kun, namun kedua-duanya tidak berlaku. Gimik ini dilakukan untuk menarik pendengar ceramah.
Sejak timbul isu video ini ceramah Anwar juga sudah giat dijalankan kembali. Malah tabung kempen juga sudah ligat berlegar. Orang ramai pula akan terus mengerumuni ceramah Anwar untuk menunggu pendedahan bahagian keduanya.
Soalnya mampukah Anwar terus bergantung kepada isu ini untuk terus relevan dalam arena politik negara?
Lebih penting inilah wajah Anwar sejak dahulu sehingga sekarang. Kepentingan politik peribadinya lebih penting dari mencari kebenaran mahu pun keadilan.
5 comments:
blog sial tajaan BN
Anwar The Great. Tengok blog anti anwar mana ada orang mau komen. LOL
Semua artikel yang telah dinyatakan dalam blog ini,aku tanpa ragu2 ingin mengatakan bahawa ianya berdasarkan fakta benar serta analisis yang begitu comprehensive...syabas buat Pokka.
Begitu cetek sekali mentaliti orang yang hanya tahu mencarut tetapi tidak berupaya berusaha menggunakan akalnya untuk mencari & membuat rujukan di internet yang serba luas & penuh dengan informasi ini.
Jangan butakan hati anda dengan membaca & mempercayai sumber informasi bagi satu pihak itu sahaja.
Pada pengamatan aku,tiada satupun jasa significant DSAI pada negara,bangsa & agama.Sejarah DSAI banyak membuat domba,aku bersama dengan yang lain masih tetap menganggap DSAI adalah petualang bangsa & negara No.1
Musuh paling nyata: neocons/zionist dalam pentadbiran whitehouse.
DSAI:
ibarat tunggangan kuda oleh 'cowboy(trigger happy)' amerika yang mahu melihat negara kita dalam 'kekacauan'.
suku sakat BN jugak
melayu mudah lupa (kata2 cek det)
terbukti melayu dah lupa kenapa DSAI di pecat. penulis buku 10 dalil kena saman. satu persatu cara perlahan lahan tembelang BN akan di ketahui rakyat.
apa ke nama?? MELAYU MUDAH LUPA
Post a Comment