Monday, August 24, 2009

Anwar Mahu Ambil Alih Kuasa Agong?

Ketika berkempen di Permatang Pasir semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan melantik Mohd. Salleh Man, calon Pas bagi Permatang Pasir sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Alangkah anehnya tawaran atau kenyataan ini dibuat oleh Ahli parlimen Permatang Pauh yang tidak mempunyai kuasa eksekutif di Pulau Pinang mahu pun di Peringkat Persekutuan.

Anwar juga seolah-olah mengenepikan hak perlantikan Yang Di Pertua MAIPP yang merupakan kuasa Yang di Pertuan Agong.

Jika ketua majlis agama Islam negeri-negeri yang bersultan di bawah kuasa Sultan, bagi negeri-negeri yang tiada bersultan pula terletak di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong.

Apa akan terjadi jika YDP Agong tidak bersetuju dengan cadangan tersebut? Apakah Anwar akan memimpin satu demontrasi jalanan pula untuk memaksa Agong mengikut kehendak beliau?

Mengenali Anwar beliau memang mudah berjanji. Malah semasa hendak menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu beliau berjanji kepada hampir 10 orang Ketua Bahagian di Kedah untuk melantik mereka menjadi Menteri Besar jika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Selepas menang beliau bukan sahaj tidak berjaya melantik walau seorang pun Menteri Besar malah Dr. Mahathir melantik Tan Sri Sanusi Junid menjadi MB.

Jadi janganlah penyokong Pas terlalu percaya kepada janji kosong Anwar ini. Sekian banyak janji beliau buat dalam keadaan beliau tidak berupaya menunaikannya.

Thursday, August 20, 2009

Jawablah Anwar, Jangan Asyik mengelak

Semalam ketika berceramah di Permatang Pasir, datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah dan bersedia menjawab segala tuduhan ke atasnya. Soalnya benarkah Anwar bersedia menjawab kerana sejak 1998 pelbagai tuduhan yang diberi berasaskan fakta tidak pernah dijawab oleh Anwar.

Datuk Seri najib Tun Razak bersumpah tiada kaitan dengan Altantuya. tan sri Muhyiddin menjawab tuduhan kononnya beliau menjual tanah kepada Singapura. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamluddin menjawab isu penggabungan ECM Libra dan Avenue capital, bekas Menteri Besar Selangor menunjukkan bukti pembelian banglonya menggunakan pinjaman bank.

Soalnya Anwar tidak pernah menjawab tuduhan terhadapnya termasuk tuduhan terawal oleh Yahya Ismail bahawa Anwar pernah menerima wang judi untuk membiayai aktiviti pemuda UMNO semasa beliau menjadi ketua Pemuda UMNO. Cabaran bersumpah Yahya tidak pernah disahut Anwar.

Buat permulaan mungkin Anwar boleh menjawab persoalan ini:

1. Mengapa arwah bapanya dilantik menjadi Pengerusi IOI Berhad semasa beliau menjadi Menteri Kewangan? Ketika itu juga banyak tanah di Puchong menjadi milik IOI. IOI juga ketika Anwar mendapat banyak peluang niaga sehingga menjadi konglomerat besar.

2. Apakah kelayakan sahabat baik beliau Kamarudin mohd noor mendapat tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

3. Sahabat baik Anwar ini juha memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

3. Seorang lagi sahabat baik Anwar, Dr. Rahim Ghouse, mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion.

4. Bagaimanakah dalam sekelip mata Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon) masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000.?

5. Selain Kamaruddin nama -nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad, Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.

6. Seorang lagi sahabat baik Anwar, Kamaruddin Jaafar tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta) yang kemudiannya mendapat banyak projek kerajaan ketika itu.

7. Kita juga ingin tahu bagaimana Anwar Ibrahim seorang bekas banduan tanpa pencen boleh hidup bersenang lenang, mempunyai rumah banglo harga berjuta ringgit dan sentiasa terbang ke luar negara sebelum beliau menjadi ahli parlimen baru-baru ini.

Tuesday, August 18, 2009

Apa Pembaharuan Anwar Telah lakukan?

Lebih setahun datuk Seri Anwar memimpin pakatan pembangkang menawan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Perak kembali kepada BN, namun Selangor, Pulau Pinang dan Kedah kekal di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Saban minggu Anwar menyerang kepimpinan Barisan Nasional kerana tidak membuat sebarang perubahan dan reform.

Malangnya soalan yang sama tidak pula ditanya orang kepada Anwar.

Apa yang telah Pakatan buat setelah setahun setengah memerintah Selangor dan Pulau Pinang?

Di Selangor, setinggan tumbuh semula, masalah kuil masih belum selesai, pendapatan kerajaan negeri merosot dengan teruk, pentadbiran kerajaan negeri kacau bilau, pusat hiburan bertambah banyak, pelaburan makin kurang.

Selangor hari ini sudah gagal mengekalkan momentum pelaburan asing akibat kecenderungan EXCO Cina mencari peluang pelaburan di China, Hong Kong dan Taiwan.

Di Pulau Pinang, masalah Kampung Buah Pala tidak juga selesai. Pegawai Khas Ketua Menteri bergaduh dengan ahli majlis perbandaran, pelbagai projek diumumkan namun tiada satu pun dilaksanakan.

Hampir keseluruhan pentadbiran pakatan berasaskan cakap tetapi tiada tindakan.

Jika di Selangor menteri Besarnya sibuk mencari jalan melunaskan hutang peribadi berbanding membangunkan negari, di Pulau Pinang pula, Lim Guan Eng hanya bercakap kepada media untuk mencari populariti semata-mata.

Maka ketika Anwar berkempen memburukkan kerajaan Barisan Nasional, mungkin seseorang perlu bertanya kepadanya, apa yang telah Pakatan lakukan setahun selepas pilihan raya umum lalu yang berbeza atau lebih baik dari BN selain daripada mengadakan sambutan 100 hari kemenangan dan setahun pentadbiran.

ilek!

Tuesday, August 4, 2009

Pengkhianat Melayu Saman RM 100 juta lagi

Anwar mahu saman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM 100 juta kerana memanggil beliau pengkhianat bangsa Melayu.

Mengapa Anwar sangat berminat dengan RM 100 juta sukar difahami. Anwar saman Dr. Mahathir RM 100 juta, Anwar saman ramai lagi semua dengan jumlah RM 100 juta.

Mengapa? Ini adalah kepercayaan karut Fengshui Anwar kononnya 100 juta merupakan nombor "ong" kepada Anwar.

Anwar hanya mahu menutup mulut Tan Sri Muhyiddin Yassin bukannya mahu menang saman beliau. Justeru apa penting "ong" ini kepada beliau susah mahu kita fahami.

Namun hakikatnya dakwaan Tan Sri Muhyiddin bahawa Anwar pengkhianat bangsa Melayu memang benar sama sekali.

Apakah bukti pengkhianatan Anwar terhadap bangsa Melayu?

1. Anwar mengadu-domba bangsa Melayu sejka tahun 1970-an, Mahathir lawan Ku Li, Anwar sendiri lawan Ghafar baba dan Anwar lawan Mahathir. Semuanya direncana oleh Anwar untuk kepentingan politiknya. Biar orang melayu berpecah asalkan Anwar naik atas.

2. Anwar juga yang memburukkan usahawan dan jutawan Melayu dengan gelaran kronisme ketika beliau mahu menentang Mahathir pada 1998.

3. Berapa banyak saham-saham melalui "pink form" yang digunakan Anwar untuk mendapat sokongan perwakilan UMNO? Saham-saham ini sepatutnya diagihkan kepada bumiputera yang mahu berniaga telah digunakan Anwar untuk mendapat sokongan politik semasa beliau Menteri Kewangan.

Hasilnya, orang yang mendapat saham ini hanya menjual kembali ke pasaran untuk mendapat wang cepat. Akhirnya kurang pegangan bumiputera di BSKL. Apakah bukan pengkhianatan kepada bangsa Melayu apabila Anwar mengajar Melayu mendapat wang jalan mudah? Jangan nafikan pengedaran pink form ini. Saifuddin Nasution ketika itu menjadi tukang agih termasuklah saham Hicom. Sekarang apa jadi kepada Hicom?

4. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa apabila hari ini melaungkan penghapusan dasar pro bumiputera dan bekerjasama dengan DAP dan Hindraf yang terang-terang anti ketuanan Melayu?

5. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa apabila beliau menyokong Hindraf yang membuat membuat tuduhan bahawa mereka ditindas oleh orang Melayu?

6. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa Melayu apabila beliau semasa menjadi ketua Pemuda UMNO Malaysia menerima wang daripada Genting Berhad?

7. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa Melayu apabila membenarkan IOI menguasai sebahagian besar Puchong kerana bapanya menjadi pengerusi proksi kepada sebuah syarikat Cina?

8. Apakah Anwar bukan pengkhianat bangsa Melayu apabila menggunakan media-media asing untuk menghentam Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad untuk tujuan menjatuhkannya?

9. Apakah Anwar bukan pengkhianat Melayu apabila menyokong tuntutan puak kristian terhadap penggunaan perkataan Allah menggantikan kata Tuhan dalam bible bahasa Melayu?

10. Apakah Anwar bukan pengkhianat Melayu apabila memberi bermacam-macam kelebihan kepada Nallakarupan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri?

Banyak lagi persoalan yang boleh dibangkitkan, namun yang pasti Anwar memang pengkhianat Melayu.

Monday, July 20, 2009

Anwar Arahkan Ekploistasi Isu kematian Teoh

Dalam satu perjumpaan sulit pemimpin Pakatan PKR-DAP-PAS pada jumaat lalu di Ibu Pejebat Pas, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua pemimpin Pakatan mengeksploitasi habis-habisan isu kematian Teoh Beng Huat, Pegawai khas EXCO Selangor ini.

Menurut pemimpin kanan Pas (dirahsiakan nama) Anwar mencadangkan agar semua penulis-penulis Pakatan memebri pelbagai versi kematian Teoh dengan semuanya meletakkan kesalahan kepada SPRM sebagai sebuah badan yang berat sebelah dan kemungkinan besar terbabit dengan kematian Teoh.

Anwar mahu isu ini digunakan untuk menekan SPRM agar menghentikan siasatan ke atas EXCO-EXO Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sama adsa kematian Teoh dirancang oleh Pakatan atau tidak belum dapat dibuktikan. Namun melihat kronologi kejadian di mana EXCO Selangor sendiri memanggil sidang akhbar memaklumkan serbuah SPRM ke atas pusat khidmat mereka, tuduhan bahawa SPRM bersikap perkauman dengan menyiasat wakil rakyat Cina sahaja dan akhirnya diikuti kematian Teoh menimbulkan seribu tanda tanya.

Pakatan juga dilihat begitu gelabah sehingga menuntut Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat tanpa menunggu keputusan siasatan polis terlebih dahulu.

Apakah ada EXCO Selangor yang terbabit dengan kumpulan haram atau kongsi gelap merancang kematian Teoh?

Friday, July 17, 2009

Mengapa Peguam Muslim Tinggalkan Anwar?

Mengapa Zainur Zakaria meninggalkan Anwar sedangkan suatu ketika dahulu beliaulah peguam nombor wahid Anwar Ibrahim. Malah setianya Zainur kepada Anwar sehingga sanggup bertanding sebagai calon Keadilan di Lembah Pantai pada 1999.

Mengapa selepas perbicaraan kes pertama Zainur Zakaria tidak lagi bersama Anwar Ibrahim? Mengapa? Zainur mungkin tidak boleh bercerita pandangannya ke atas Anwar kerana beliau sebagai peguam terpaksa berpegang kepada amanah dan rahsia pelanggan sungguhpun ia bukan lagi peguam kepada manusia bernama Anwar bin Ibrahim ini.

Kali ini kita dikejutkan juga dengan penarikan diri Sulaiman Abdullah. Penulis bukan peminat Sulaiman Abdullah yang sungguh pun peguam masih menjumudkan diri ke dalam kelompok ulama mi segera dalam Pas.

Namun tindakan Sulaiman yang selalu berserban dan tidak pernah meninggalkan solat sejak memeluk Islam ini menimbulkan tanda tanya besar. Benarkah Sulaiman sakit yang sangat teruk sehingga terpaksa menarik diri?

Penulis percaya penarikan ini adalah kerana beliau juga tidak mahu terbabit membela seorang pelaku yang amat dibenci Allah - Homoseksual.

Jika kaum sodom dahulu telah dimusmnahkan Allah kerana terbabit dalam kegiatan meloyakan ini, maka tidak mustahil mereka yang tahu Anwar bersalah tapi masih mempertahankannya sehingga kucar kacir Malaysia mendapat pembalasan yang serupa.

Sulaiman Abdullah bukan macam Zaid Ibrahim atau Khalid Ibrahim yang dikatakan kaki tonggang dan arak sudah menjadi sarapan pagi sebelum main golf.

Sulaiman Abdullah sungguh pun jumud tapi manusia yang berpegang pada ajaran Islam. zainur zakaria bukan alim tetapi beliau juga tidak mahu lagi terbabit dengan Anwar. Jijik mungkin?

Bagi mereka yang bersimpati kepada Anwar fikirlah dengan mendalam mengapa peguam-peguam muslim ini menarik diri? Malahan Zulkiflee Nordin pun tidak lagi mahu terbabit dengan kes Anwar. Mengapa??????

Thursday, July 9, 2009

Rumah Khir Toyo dan Guan Eng Memang Tak Sama

Anwar muncul lagi mempertahankan sekutu rapatnya Lim Guan Eng. Sama seperti ketika di dalam UMNO dahulu, Anwar di dalam PKR juga tidak berbeza. Beliau akan mempertahankan apa sahaja tingkah laku sekutu kuatnya.

Malaysiakini melaporkan Anwar berkata di Manik Urai, "Tunjuk rumah sewa ketua menteri Pulau Pinang, hendak samakan dengan puluhan juta rumah (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo. Itu masalah pemimpin Umno. Tengok pemimpin Umno di Manek Urai, cuba tanya kekayaan Tan Sri, Datuk dalam Umno, ada tidak aset RM20 juta? (Mereka) datang ke Manek Urai, cakap soal bela rakyat,"

Memang banglo sewa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sama dengan banglo Khir Toyo. Khir Toyo bina bangglo pakai duit sendiri melalui pinjaman bank tapi Lim Guan Eng guna duit kerajaan negeri untuk bayar sewa banglonya.

Khir Toyo sudah tiada kediaman rasmi yang diperuntukkan kerajaan tapi Lim Guan Eng ada.

Anwar usah bercakap duit pemimpin UMNO jika beliau sendiri ada berbilion duit. Jika tidak nyatakan kepada umum dari mana beliau dapat duit untuk pilihan raya lalu? Pas sahaja khabarnya menerima RM 150 juta melalui Kamaruddin Jaafar untuk pilihan raya 2008.