Thursday, January 29, 2009

Anwar Ibrahim dan Politik Huru Hara

Apabila BN (UMNO) kalah di Kuala Terengganu, Anwar melihat inilah peluang baru untuk beliau untuk mewujudkan gelombang kedua ketidakstabilan politik. Gelombang pertama ialah apabila beliau meuar-uarkan usaha mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008 lalu selepas menang di Permatang Pauh.

Anwar memang telah terkenal dengan kaedah atau teori kacau bilau. Pada 1987, Anwar antara orang yang merencana keadaan politik kacau bilau dan tidak stabil untuk meraih populariti politik dalam parti dan kerajaan. Akibat dari perencanaan itu Operasi Lalang (1987) dilancarkan dan Anwar yang ketika itu merupakan Menteri Pelajaran meraih populariti terbesar di kalangan orang Melayu.

Isu pendidikan kaum yang menjadi alat mencetuskan ketidakstabilan ketika itu dilakukan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya sendiri yang berada dalam kem Tun Mahathir menentang kem Tengku Razalegh. Beliau ketika itu dilihat sebagai puncva kemunculan kem Ku Li - Musa dan ada kecenderungan untuk perwakilan UMNO mengenepikannya dalam pemilihan ketika itu.

Pada 1997 Anwar sekali lagi mengambil kesempatan dari masalah kewangan dunia dengan meningkatkan kadar faedah. Ini menimbulkan kemarahan ramai orang kepada kerajaan. Kemarahan ini diikuti dengan "serangan" terhadap Tun Dr. Mahathir dengan isu kronisme, nepotisme melalui proksinya. Anwar juga memprojek diri sebagai pemimpin baru dalam kebangkitan Asia (Asian Rennaisance).

Malangnya Anwar gagal kali ini dan tercampak keluar dari hirarki kepeimpinan negara. Pada 1998 dan 1999, Anwar sekali lagi berusaha mengambil alih kuasa melalui keadaan huru-hara dan kacau bilau. Beliau membakar semangat golongan anak muda bagi menimbulkan keadaan tidak stabil, huru hara di Kuala Lumpur dan memberi imej seolah-olah kerajaan sudah lemah dan menunggu masa untuk tumbang.

Apabila Anwar berada di dalam penjara, negara kelihatan aman dan stabil. Biarpun ada perbezaan pendapat namun ia sekadar pendapat.

Apabila keluar dari penjara, Anwar menggerakkan semula pasukan huru hara politiknya. Beliau antara lain mnggunakan HINDRAF untuk memainkan sentimen kaum India dan bangsa lain kononnya sistem sedia ada tidak adil dan menindas bukan Melayu. Kumpulan-kupulan tycoon Cina juga dijanjikan dengan pelbagai habuan bagi mendorong mereka melaburkan sejunmlah wang yang banyak bagi menjatuhkan BN.

Beliau hampir berjaya dalam pilihan raya umum yang lalu.

Hari ini ketika ekonomi dunia berada dalam keadaan meleset, Anwar sekali lagi cuba mewujudkan huru hara politik dan berusaha meletakkan dirinya sebagai satu-satunya harapan rakyat untuk keluar dari kemelut ekonomi dunia.

Tindakan menarik wakil rakyat Bota dari BN masuk ke dalam PKR tentulah bukan dilakukan dengan air liur dan janji kosong semata. Jika kerana tiada jawatan dan beberapa kepentingan peribadi yang gagal dicapai maka ADUN Bota ini berpindah ke PKR, apakah kita mahu percaya beliau berpindah kerana perjuangan?

Mengapa Anwar begitu berhabis-habisan "membeli" wakil rakyat UMNO ini? Tujuannya ialah untuk mewujudkan keadaan tidak stabil dalam UMNO. Apabila UMNO tidak stabil maka ahli UMNO akan kecewa dan melihat pemimpin sedia ada gagal menyediakan satu contoh kepimpinan yang kuat.

Bila ini berlaku tidak mustahil akan ada usaha membawa Anwar kembali kepada UMNO. Inilah cita-cita dan harapan Anwar.

Wednesday, January 14, 2009

Mencari Anwar Di Kuala Terengganu dan Sarawak

Anwar memilih untuk tidak hadir ke penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan berada di luar negara. Hakikatnya tarikah penamaan calon telah diumumkan berminggu awal dan cerita Anwar tidak akan hadir penamaan calon kerana berada di luar negara hanya timbul selepas nama calon Pas diumumkan.

Mengapa? Apakah benar terdapat desas-desus Anwar sengaja mencari alasan untuk tidak hadir ke penamaan calon Kuala Terengganu kerana calon bukan Pas bukan datang dari kem beliau di dalam Pas?

Umum mengetahui Anwar mempunyai rangkaian sahabat setia beliau di dalam Pas menerusi Kamarudin Jaafar, Saifuddin Nasution, Khalid Samad, Husam Musa dan Hasan Ali. Anwar mahukan Dr. Syed Azman menjadi calon. Apabila nama Syed Azman diketepikan, Anwar mendesak agar nama Mustafa Ali dan Mohd Sabu juga digugurkan dari senarai nama calon-calon untuk pertimbangan Haji Hadi.

Sungguhpun Anwar tidak mempunyai kata putus namun pandangan Anwar amat berpengaruh di dalam Pas kerana ia telah pun menguasai sebahagian kepimpinan muda Pas yang berpengaruh.

Pemilihan Mohd Wahid Endut sekadar melegakan kocakan riak antara kumpulan pro Anwar dan kumpulan konservatif dalam Pas. Namun Anwar masih kurang senang dengan calon tersebut.

Anwar bukan sahaja tidak turun ke hari penamaan calon, malah kempen Anwar di Kuala Terengganu juga tidak sepenuh hati. Beliau melakukan sekadar mengambil syarat untuk menyatukan Pakatan Rakyat dan menunjukkan kepada umum bahawa calon tersebut adalah calon terbaik dari Pakatan Rakyat.

Sikap sambil lewa Anwar boleh dikesan apabila dalam kesibukan jentera pihak bertanding bertungkus lumus bekerja di Parlimen, pemimpin utama Pakatan rakyat tersebut boleh pula berkempen di Kuching, Sarawak untuk pilihan raya negeri yang masih jauh perjalanannya.

"Kita Akan Tawan Sarawak" jerit Anwar di hadapan 5000 penyokongnya di Kuching beberapa hari lalu.

Bagi kita yang waras tentu tertanya-tanya pa relevannya Anwar terbang ke Sarawak untuk berkempen dalam satu pilihan raya yang belum pasti tarikhnya sedangkan Kuala Terengganu amat genting untuk Pas?

Anwar masih belum berubah seperti di dalam UMNO dahulu. Apabila beliau tidak sesuka seseorang beliau akan menunjuk manis di hadapan tapi duri mencucuk punggung. Siapa tidak ingat bagaimana Anwar yang penuh berkuasa suatu ketika dahulu telah mensabotaj adik Shahidan Kassim, Ismail Kasim, yang menjadi calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Arau.

Ismail Kassim kalah kerana Anwar yang tidak suka kepada Shahidan telah memberi isyarat kepada jentera peribadinya agar mensabotaj pilihan raya kecil tersebut. Akibatnya Ismail Kasim kalah, BN kalah tapi Anwar tampak gembira biar memberi kenyataan kononnya sedih atas kekalahan tersebut.

Anwar berada dalam dilema di Kuala Terengganu.

Jika calon Pas menang ini bermakna Anwar boleh mendabik dada bahawa Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat. Namun ia memberi satu lagi risiko lain iaitu pemimpin konservatif Pas mempunyai suara dan pandangan yang lebih kuat. Ini boleh menjejaskan kepimpinannya.

Jika calon Pas ini kalah, Anwar akan menerima tamparan imej dan kemampuan Pakatan Rakyat. Namun dalam masa yang sama Anwar berkemampuan untuk mengukukan kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat dengan memulangkan paku buah keras kepada golongan konservatif dalam Pas yang menolak calon pilihannya.

Anwar dalam keadaan serba salah. Menang salah, kalah pun salah. Dilema ini melemahkan semangat Anwar untuk berkempen dan beliau kelihatan membiarkan keadaan menentukan dan mencari jalan mengeksploitasikan apa sahaja keputusan pilihan raya kecil ini untuk kepentingan dirinya.

Saturday, January 10, 2009

UMNO Macam Israel, Anwar Macam apa?

Untuk Anwar menggelar UMNO seperti Israel bukanlah satu keanehan. Sepanjang kerjaya politik beliau sama ada di pihak revolusioner, sederhana mahu pun pembangkang, Anwar dikenali sebagai tokoh yang suka mengungkap kata-kata bombastik dan bersifat "mengada-ngada membesarkan kesan ucapannya" (hiperbola).

Ini bukan kali pertama Anwar mengungkap kenyataan UMNO macam Israel. Pada 1970-an dulu ungkapan yang sama beliau gunakan untuk menjatuhkan UMNO. Pada 1980-an apabila menyertai UMNO, parti itu menjadi suci dan bersih biarpun ia merupakan parti yang memimpin kerajaan Malaysia yang terbabit dengan peristiwa Memali. Demikian juga apabila Operasi Lalang dilaksanakan pada 1987, UMNO bukan Israel pada kaca mata Anwar.

Sebaliknya ketika itu Anwar melabelkan DAP sebagai Cauvinis Cina dan Pas sebagai Parti al maki wal hamun yang hanya merosakkan imej Islam.

Anwar mendakwa, “Umno, like Israel, does not recognise the chosen Hamas leadership.”

Kepimpinan yang dipilih rakyat mana yang tidak diiktiraf UMNO? UMNO bukan entiti kerajaan tetapi entiti politik.

Namun kerajaan pimpinan BN dan UMNO mengiktiraf keputusan pilihan raya lalu secara jelas dan bertamadun. Para Menteri Besar dan Ketua Menteri menerima pengiktirafan sewajarnya dari kerajaan Persekutuan tanpa mengira parti. Peruntukan-peruntukan yang dijelaskan dalam Perlembagaan Malaysia dipatuhi dan tidak dilanggari.

Anwar juga mendapat pengiktirafan sewajarnya sebagai Ketua Pembangkang. Cuma Anwar tidaklah boleh mengharapkan beliau diiktiraf seperti pemimpin nombor satu atau nombor dua negara kerana beliau hanyalah ahli parlimen dari sebuah parti yang gagal memenangi pilihan raya umum yang lalu.

Jika UMNO dianggap Israel, Anwar pula apa berdasarkan tingkah laku beliau yang tidak habis-habis berkempen memburukkan pimpinan negara biar pun selepas pilihan raya? Jika dilihat tingkah laku Anwar sejak April 2008 lalu nyata beliaulah yang tidak dapat menerima apa sahaja keputusan rakyat.

Selebihnya siapa yang lebih rapat dan akrab dengan Yahudi jika bukan Anwar? Anwar secara otomatik telah menjadi alat US dan Israel apabila menjadi Pengerusi Foundation For the Future diumumkan di Bahrain oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) 12 November 2005.

Kenyataan Anwar bahawa UMNO macam Israel sekadar menonjolkan lagi ciri-ciri peribadi beliau sebagai seorang muslim yang tidak berakhlak. Tidak ada muslim yang baik akan menyamakan rakannya Islamnya yang lain seperti Israel mahu pun kafir harbi lain.

Inilah wajah sebenar Anwar yang kadang kala terjelma disebalik kepalsuan imej ciptaannnya sebagai pemimpin yang mempunyai akhlak dan pekerti yang mulia.