Tuesday, October 6, 2009

Bagan Pinang: Mengapa Anwar Mendiamkan Diri

Jika membaca laman webnya kita tahu Anwar Ibrahim berada di Amerika Syarikat. Hampir setiap hari dikemaskini laman webnya menceritakan tentang buku-buku yang beliau baca, syarahan dan perjumpaan yang beliau adakan.

Ini adalah taktik Anwar sejak dahulu bagi mengukuhkan keyakinan penyokong beliau mengenai kehebatan beliau dan juga menarik sokongan sebahagian ahli akademik Melayu yang ada masalah inferiority complex. Mereka melihat Anwar sebagai idola mereka sungguhpun hasil pemikiran Anwar termasuk buku Asian Rennaisance tidak lebih sebagai idea orang lain yang diungkap semula dalam bahasa bombastik Anwar.

Berikut ialah buku-buku yang Anwar kata beliau telah baca sejak


A Common Word and the Future of Christian-Muslim Relations
Changing Course : A New Direction for US Relations with the Muslim World
The Future of US – Kurdish Relations
Interfaith dialogue: A Guide for Muslims
American Arabs and Political Participation
Tilson Tongue: More Mortgage Meltdown
Richard Haas: War of Necessity, War of Choice: A Memoir of Two Iraq Wars
Michael Sandel: Justice – What’s The Right Thing To Do?

Anwar juga menulis,

"Waktu berlepas dari KLIA, selain membaca International Herald Tribune dan Asian
Wall Street Journal, saya mengulangi sepintas lalu karya Paul Krugman “The
Return of Depression Economics”, dan menghabiskan bab terakhir buku Martin
Jacques “When China Rules the World: The Rise of the Middle Kingdom and the End
of the Western World”.


Meskipun judulnya agak keterlaluan dan menggemparkan, ia memaparkan sudut sejarah dan budaya China secara padat selain pembedahan mengenai kemunculan China selaku gergasi ekonomi dunia. Keletihan sudah dan mengantuk maka beradulah saya. Di sabelah saya Azizah sudah nyenyak tidur, seolah-olah telah didendangkan lagu Allahyarham P.Ramlee:


Tidurlah permaisuri, pejamkan mata…Jika kau tidur lena, mimpikan bahagia…
Arakian, dalam perjalanan 13 jam ka New York dari Dubai, saya harus membaca sebanyak mungkin terutama mengenai China kerana subjek ini menjadi tema diskusi dengan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan beberapa teman nanti. Nasib baik kami diberi penganjur tiket kelas pertama, waduh selesa sekali!
Dengan membekalkan bahan rujukan terpilih, saya terus menelaah rencana ilmiah yang rencam, di antaranya:

China’s Strategic Ambition in Asia (Aaron Friedberg); Reframing China Policy – The Carnegie Debates (karya berasingan oleh Dan Blumenthal, Wing Thye Woo dan Barry Naughton); China: Country Report (Economist Intelligence Unit) dll. rencana pendek. Hah, saya juga sempat menyaksikan filem yg dibintangi Tom Hanks, Angels and Demons. Filem ini persis The Da Vinci Code, dan hebat juga!


Waduh hebat juga Anwar dalam masa seminggu begitu banyak buku dibacanya. Ini belum termasuk menyediakan ucapan untuk syarahan, berjumpa dengan pelbagai pihak dan juga agenda yang tidak diumumkannya mencari dana untuk Pakatan di kalangan Pelobi US.

Pembohonglah kamu Anwar Ibrahim. Cukuplah berbohong dan menipu rakyat.

Sekarang ini kita juga tertanya-tanya mengapa Anwar langsung tidak mengulas isu di Bagan Pinang? Mustahil ketua Pakatan tidak langsung menyerang BN di Bagan Pinang?

Apa yang beliau takutkan dengan Tan Sri Isa Samad?

Apakah Tan Sri Isa ada pegang rahsia Anwar?

Atau Anwar sebenarnya takut mengungkit isu Tan Sri Isa digantung tiga tahun oleh UMNO. Ini kerana beliau tahu sebaik beliau mengkritik pemilihan Isa maka ramai lagi akan mempersoalkan moral dan kedudukan beliau yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah.

Atau Anwar sebenarnya tidak mahu Pas menang di sana?

No comments: