Thursday, December 18, 2008

Anwar Berharap Tuah di Kuala Terengganu?

Seperti yang pernah ditulis dalam berpuluh artikel sebelum ini, Anwar Ibrahim mempunyai kemampuan dan kepakaran membujuk dan mempengaruhi pengundi dengan ucapannya. Yang turut terserlah ialah kebolehan Anwar bermuka-muka di kalangan pengundi pelbagai kaum.

Kuala Terengganu merupakan satu kawasan perbandaran yang majoritinya pengundi Melayu tetapi keputusannya banyak ditentukan oleh pengundi Cina di kawasan bandar. Hal ini berlaku kerana undi Melayu pecah hampir sama antara BN dan Pas. Justeru sekitar 8 ribu pengundi bukan Melayu dikatakan akan menjadi penentu keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu kali ini.

Namun andaian ini tidak semudah yang dijangka buat Anwar. Orang Melayu yang menyokong Pas sungguhpun mahu menambah kerusi, mereka masih ragu-ragu mengenai keikhlasan Anwar dalam menjaga kepentingan Islam dan Melayu.

Penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Perak memberi gambaran bahawa Anwar gagal sama sekali menjaga kepentingan agama dan bangsa. Ketika orang Melayu dalam UMNO dan atas pagar dilihat akan mengukuhkan kedudukan UMNO, Melayu dalam Pas masih berbelah bagi. Manakala Melayu dalam PKR pasti akan terus menyokong Anwar (bukanya Pakatan Rakyat).

Sekarang ini terserah kepada pengikut Pas sama ada mahu menang sorak atau kepentingan agama dan bangsa tergadai atau mahu memberi satu amaran jelas kepada Anwar bahawa Pas belum bersedia mengkompromi dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat di tiga negeri contoh tadi.

Anwar hampir pasti memainkan isu sekolah vernakular yang begitu sensitif di kalangan masyarakat Cina. Malahan kenyataan EXCO Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini pasti akan diputar belit dan dijadikan isu utama strategi kempen Anwar.

Namun beliau juga pasti tertanya-tanya apakah masyarakat Cina di Kuala Terengganu akan memberi sokongan padu kepadanya dalam isu ini? Sedangkan Anwar ketika menjadi menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri turut mempunyai persepsi negatif terhadap sistem persekolahan jenis kebangsaan ini.

Anwar juga dalam dilema kerana maklumat yang beliau dapat sekarang ialah kaum Cina tidak akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana khuatir ia akan menjejaskan kestabilan politik negara dalam masa ekonomi dunia mengalami krisis memandangkan BN telah pun kehilangan majoriti 2/3.

Satu lagi pukulan kepada BN pasti akan menimbulkan satu lagi polemik politik dan krisis keyakinan pelabur terhadap kerajaan hari ini. Ini pasti tidak digemari oleh masyarakat peniaga Cina.

Sungguhpun BN hanya menang dengan majoriti 628 undi di Kuala Terengganu dalam pilihan raya lalu, namun keadaan pasca pilihan raya umum banyak memberi pengajaran kepada orang Melayu. Orang Melayu "non partisan" dan sebahagian di dalam Pas telah bersedia mengundi BN kali ini.

Soalnya mampukah BN mengambil kesempatan dan apakah percaturan Anwar semasa kempen pilihan raya nanti. Peluang Pakatan Rakyat dan Anwar bergantung kepada siapa calon BN.

BN mempunyai peluang cerah menambah majoriti jika meletakkan calon yang tepat dan kaum cina di Kuala Terengganu memberi sokongan seperti dalam pilihan raya lalu.

6 comments:

add said...

pastikan DSAI tidak dibenarkan berucap di trg. kepada mat said carilah alasan untuk mendakwa nuar sondol ni agar diharamkan masuk ke trg

Anonymous said...

Salam ajab,

Ya, calon yang tepat dan undi cina tak lari. DAN seorang calon 'BEBAS'. Kalau tak ada calon bebas, Umno patut taja seseorang.
Kalau dilihat keputusan PRU12, majoriti BN cuma 628 tapi undi yang diperolehi calon bebas 685, yakni melebihi majoriti BN. Tanpa calon Bebas, kemana akan perginya 685 undi itu? 685 itu adalah undi protes terhadap BN, dan kemungkinan terdiri dari mereka yang tetap akan mengundi ( maksudnya tidak akan merosakkan kertas undi ) siapa saja kecuali BN. Jika ada calon Bebas, okla, sebagai tanda protes mereka akan undi, tapi kalau tiada calon Bebas ?

Ahli2 PAS akan hanya undi PAS. Tak perlu di pertikaikan atau dihujah fakta ini. Biarpun ditakdirkan ada ladang babi di Rhusila, mereka tetap undi PAS.

Faktor calon bukan hanya dari BN saja tapi juga dari PAS, sama penting. nasib BN baik semasa PRU12 kerana PAS meletakkan Mat Sabu. Ahli Pas akan undi PAS juga biarpun letak Lim Kit Siang sebagai calon PAS, tapi rakyat atas pagar tidak berapa suka Mat Sabu.

Jumlah undi bagi 4 ADUN didlm Parlimen KT, PAS melebihi BN dan seharusnya PAS menang jika pengundi memangkah parti yang sama bagi kerusi Parlimen tapi ternyata undi PAS bagi Parlimen kurang dan bagi BN bertambah.

Kesimpulannya, Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu adalah 50-50. Semuanya menjadikan ia tambah menarik. Tapi secara peribadi, setakat ini, saya rasa PAS akan menang. Mungkin berubah mengikut perkembangan semasa.

Maaf panjang.

Apa lagi yang boleh kita describe Anwar Ibrahim selain daripada penipu dan pemujuk murahan. Yang pastinya PRK ini akan dihiasi dengan kata-kata dan janji-janji manis Anwar yang akan ditaburkan sesedap rasa agar mendapat sokongan rakyat Terengganu...Hati-hati wahai rakyat Terengganu...

umar said...

pmikiran politik tk matang!!!!!!

bungaraya said...

Saya setuju dengan penulisan anda. Sebagai tambahan saya ingin mengemukakan persoalan berikut:-

1. Bagaimana cara Anwar menjawab jika ada persoalan berikut:-
....."DEB di Pulau Pinang telah dihapuskan oleh rakan beliau DAP. Betulkah tidak dan macamana cara nya untuk menyeimbangkan kedudukan rakat miskin di Pulau tersebut yang semkin terpinggir dibawah pemerintahan DAP?...

...."Apa maksud Pakatan Rakyat memberikan Tanah 999 kepada Kampong Baru di Perak"...

...."Kenapa tak berani bersumpah sebagai cara membersihkan diri beliau daripada tuduhan Meliwat yang dibuat oleh Saiful?"....

....."Kenapa belum ada komen beliau dengan kenyataan Husam mengenai Hukum Hudud?"...

......"Kenapa tiada komen tentang penurunan harga minyak yang telah 7 kali kerajaan Bn lakukan"...