Saturday, September 29, 2007

VIDEO VK LINGGAM (II): Anwar Main Wayang Lagi?

Anwar sudah sediakan jalan keluar jika video VK Linggam terbukti palsu atau tiada sebarang konspirasi terbukti. Tiga catatan Anwar pada minggu lalu jelas sekali sudah menuduh kerajaan cuba menutup isu video ini dan keselamatan beliau dalam keadaan terancam kononnya.

Tulisan beliau berjudul "Harga Membongkar Konspirasi" adalah tipikal atau kelaziman politik putar belit Anwar.

Pada 1998, beliau ke seluruh negara mendakwa kerajaan tidak akan membicarakan beliau tetapi akan menahan di bawah ISA. Apabila berminggu-minggu beliau tidak ditangkap, maka Anwar mencipta rusuhan dan kekacauan bagi memastikan Polis menangkap beliau. Akhirnya beliau ditangkap, setelah pengikut beliau menghuru-harakan Kuala Lumpur, menyerang PWTC dan berarak ke Seri Perdana dalam keadaan marah.

Kali ini juga Anwar sudah membayangkan bahawa keselamatan beliau dalam bahaya berikutan pendedahan video klip tersebut. Maka dinukilkan pandangan kawan-kawan yang meminta beliau berhati-hati. Jika tiada apa yang berlaku kepada Anwar dalam dua tiga minggu ini, tidak mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku dengan sendirinya ke atasnya.

Pada 1998, Anwar yang berada dalam tahanan Polis mengetahui sifat panas baran Tan Sri Rahim Noor terus mengekploitasi Ketua Polis Negara tersebut. Bagi memastikan beliau dicederakan, Anwar memprovokasi Rahim Noor sebagai Bapa Anjing. Maka melayanglah penumbuk Rahim Noor ke atas Anwar.

Maka episod mata lebam Anwar membuktikanlah kerajaan ini zalim. Hakikat bahawa Rahim tidak disuruh oleh sesiapa untuk menumbuk Anwar, mahu pun provokasi Anwar memanggil beliau sebagai bapa anjing tidak lagi diambil kira oleh sebahagian orang yang emosional.

Anwar sudah memula langkah awal bila mendakwa keselamatan beliau terancam. Dalam catatan pendek kemudiannya yang betajuk, Video dan Drama Tamil, Anwar sudah menuduh kerajaan akan memutar belitkan isu tersebut. Kaedah reversed psikologi Anwar ini sudah boleh dijangka.

Dengan menuduh kerajaan akan membuat itu dan ini yang bertentangan dengan kehendaknya, Anwar berharap kerajaan akan bertindak sebaliknya. Dengan kata lain, Anwar berharap kerajaan akan mengakui kebenaran video klip yang didedahkannya itu tanpa siasatan lengkap, sekaligus membolehkan beliau mendakwa semua keputusan mahakamah ke atas dirinya adalah atas sebab hakim korup.

Dengan membuat tuduhan-tuduhan awal terhadap kerajaan, Anwar ingin menyelamatkan dirinya jika terbukti video tersebut palsu dan beliau dikenakan tindakan undang-undang nanti.

Namun Anwar lupa bahawa taktiknya ini sebenarnya tidak laku lagi. Masyarakat tidak pernah lupa bagaimana dakwaan keracunan arsenik palsu beliau suatu masa dahulu. Masyarakat juga belum lupa hakikat Anwar yang kononnya sakit belakang hampir lumpuh, tiba-tiba pulih dalam masa tidak sampai sebulan selepas menjalani pembedahan di Jerman.

Jika ada orang yang bermain wayang filem tamil mahu pun hindi, maka orang tersebut ialah Anwar Ibrahim mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Banduan Sungai Buloh. Bukankah Anwar sendiri peminat nombor wahid filem tamil dan hindi?

Ketelusan kerajaan dalam hal sebegini tidak perlu dipertikaikan kerana Anwar sendiri pernah menang kesnya ke atas Rahim Noor melalui Suruhanjaya Penyiasat yang ditubuhkan oleh Kerajaan.

Mahkamah yang dituduh korup oleh Anwar juga yang membebaskan dirinya dari hukuman ke atas tuduhan perlakuan seks luar tabie. Mahkamah yang sama tempat Anwar mendapat bayaran ganti rugi kerana ditumbuk oleh Rahim Noor.

Justeru Anwar tidak perlu memprovokasi atau mencipta skrip baru. Tunggu sahaja keputusan siasatan jawatankuasa penyiasat yang ditubuhkan oleh kerajaan.

2 comments:

nik nazmi said...

Kalau yakin sangat video tu tak betul, kenapa kerajaan tak berani tubuh Suruhanjaya DiRaja? Hanya Suruhanjaya DiRaja dibawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang ada kuasa panggil saksi dan lindungi mereka.

Panel 'bebas' yang ditubuhkan Najib tak ada dalam peruntukan undang-undang langsung.

sokong_kerajaan said...

Pembangkang memang suka sangat menangguk di air keruh... Kenapa hasut pelajar merusuh semasa di Batu Burok? Nampak sangat perangai munafik... Konon memperjuangkan Islam , tapi memecahbelahkan umat Islam.