Monday, November 30, 2009

Pas Kelantan Bergolak, Anwar Menang Pusingan Pertama

Apabila blogger Kickdefella atau namanya Syed Azidi menentang Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ia bukan pergolakan dalaman korporat.

Juga jauh sekali perjuangan seorang pengarah filem menentang menantu Tok Guru atau menolak neoptisme dalam kerajaan negeri kelantan. Syed Azidi mencipta skrip untuk menjadikan beliau kononnya hero politik yang menentang nepotisme dalam kerajaan. Kononnya dahulu beliau menentang Pak Lah sebab menantu PM, Khairy Jamaluddin kini beliau juga melakukan perkara yang sama kepada Datuk Nik Aziz kerana tidak mahu menantu MB menjadi berkuasa dalam politik kelantan.

Jadi apa agenda Syed Azidi? Apakah beliau agen UMNO yang masuk ke dalam Pas? Tidak juga.

Syed Azidi hanyalah pelukis karikatur blog yang menyertai populariti ideologi menjatuhkan Pak Lah by hook or by crook ketika itu.

Beliau kemudiannya menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan gaji RM 15 ribu sebulan. Hanya gaji beliau dibayar oleh PMBK tetapi beliau bekerja dengan YB Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Taat setia dan kepatuhan beliau bukan kepada PBMK tetapi kepada Husam Musa.

Siapakah Husam Musa pula? Dalam politik Pas pasca 1998, Husam merupakan antara tokoh dalam Pas bersama Kamarudin Jaafar yang menjadi alat tunggangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain menjadi mata dan telingan Anwar di dalam Pas, mereka juga akan bermatian menjadi penjaga kepentingan Anwar dalam Pas dan di Kelantan.

Sebab itu usaha menubuhkan kerajaan campuran BN - Pas di Perak dan Selangor selepas pilihan raya lalu gagal. Ini kerana Husam dan Kamaruddin Jaafar telah memberi maklumat kepada Anwar. Selain itu Husam yang merupakan orang kepercayaan Nik Aziz telah berjaya mempengaruhi Nik Aziz agar menolak sebarang rundingan tersebut.

Tindakan Husam yang menjadi alat Anwar dalam mempengaruhi keputusan Nik Aziz telah menimbulkan kemarahan sebahagian pemimpin Pas yang mahu parti meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan politik. Kumpulan ini termasuk anak Nik Aziz yang bernama Nik Abduh kecewa melihat Pas terpaksa tunduk kepada DAP dan Anwar Ibrahim.

Pergolakan Pas Kelantan bermula lebih awal iaitu kira-kira April 2009 lalu apabila Nik Abduh Nik Aziz yang juga merupakan AJK Pemuda Pas Pusat mendakwa terdapat sekumpulan penasihat di sekeliling Nik Aziz

Malah Nik Abduh menulis dengan keras mengkritik kumpulan ini

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Baca penuh di blog Nik Abduh


Siapakah kumpulan penasihat ini? Jika ditanya kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dan Datuk Hasan Ali dan beberapa pemimpin UMNO dan Pas yang terlibat dalam rundingan tersebut, mereka dengan jelas menunding jari kepada Husam Musa dan Kamaruddin Jaafar.

Nik Abduh mungkin tidak menamakan Husam atau sesiapa untuk menjaga kestabilan politik dalaman Pas. Namun ramai yang mengetahui bahawa Husamlah yang bergegas menemui Nik Aziz sebaik Mufti Perak Datuk Harussani berjumpa Nik Aziz untuk menyelamatkan Perak dari berada di bawah pentadbiran DAP.

Kritikan keras Nik Abduh terhadapnya menyedarkan Husam bahawa kaum keluarga Nik aziz boleh menjadi penghalang kepada cita-cita besar beliau dan Anwar Ibrahim sendiri.

Justeru Husam memulakan agenda untuk menjatuhkan kaum keluarga Nik Aziz. Dengan cara ini Nik Aziz akan banyak bergantung kepada beliau berbanding mendengar pandangan semua pihak termasuk anak menantunya.

Husam bermasalah dengan Nik Abduh dan Arif kerana mereka tidak berminat untuk merebut jawatan atau memegang jawatan politik. Mereka merupakan anak menantu yang begitu bertanggungjawab menjaga kepentingan politik bapa mereka. Justeru mereka tidak mempunyai musuh dalam parti.

Sebab itu isu Arif hanya membabitkan media dan kumpulan Husam sahaja.

Apabila Arif dipecat dari PMBK maka ia kemenangan moral kepada Husan dan Anwar serta megingatkan kumpulan lain dalam Pas bahawa mereka masih kuat dalam merencana untung nasib seseorang di dalam Pas.

Kedudukan Arif tiada cacat celanya sehinggalah apabila Husam mendapati Arif dan Nik Abduh cuba menggugat pengaruh beliau ke atas Nik Aziz.

Selama ini beliau tidak peduli pun perlantikan Arif apatah lagi ketika Arif merestui perlantikan pegawai media beliau Syed azidi dengan gaji RM 15 ribu sebulan di bayar oleh PMBK.

Mengapa PMBK bayar gaji Syed Azidi tetapi beliau bekerja untuk Husam? Gaji wakil rakyat pun sekadar RM 7 ribu sebulan mengapa Syed Azidi dibayar gaji begitu tinggi hanya untuk menulis blog memuji dan memuja Husam?

Jika ada kesalahan besar Arif ialah beliau mengikut cakap Husam sehingga sanggup menggunakan wang PMBK untuk membayar pegawai media Husam. Jika bayar gaji pegawai media Menteri Besar memang ada kewajarannya. Tapi ini hanya pegawai media EXCO. Apa perlunya EXCO mempunyai pegawai media yang bergaji begitu besar?

Rupa-rupanya Syed Azidi adalah Trojan Horse Husam dan Anwar untuk melemahkan kedudukan kaum keluarga Nik Aziz terhadap Menteri Besar tersebut.

Siapakah yang membocorkan pelbagai maklumat PMBK dan mereka-reka sehingga menunjukkan seolah-olah Arif seorang yang korup?

Siapakah yang menimbulkan isu perbelanjaan Nik aziz ke Mekah jika bukan kumpulan Husam? Tujuan Husam bukan untuk menjatuhkan Nik Aziz. Beliau hanya mahu menunjukkan bahawa anak dan menantu Nik aziz gagal memberi maklumat yang benar sehingga isu pemergian beliau ke Mekah menjadi isu.

Husam pernah membantah tajaan Nik aziz ke Mekah di depan Nik aziz. Namun dalam masa yang sama beliau juga menggunakan orang lain untuk memujuk Nik aziz menerima tajaan tersebut.

Malah ahli perniagaan yang menaja Nik aziz tersebut merupakan antara kroni kuat Husam di Kelantan. Khabarnya ahli perniagaan inilah yang membayar gaji Syed azidi sekarang.

Ahli pernigaan tersebut bersama Husam yang memberi butiran tajaan haji Nik Aziz kepada Kickdefella untuk mendedahkan isu tajaan ke mekah ini

Kepada Syed Azidi usahlah bercakap soal Islam dan sebagainya kerana seluruh dunia blog tahu apa jenis minuman kegemaran beliau.

Perletakan jawatan Ariffahmi merupakan satu kejayaan kepada Husam dan Anwar. Namun tanpa mereka sedari kejayaan tersebut hanyalah satu pertarungan kecil. Belum tentu mereka akan menang dalam perang besar kerana kumpulan yang kecewa dengan Pakatan Rakyat dalam makin membesar setiap hari.

Tuesday, November 17, 2009

Lobi Luar - Kekuatan Anwar Ibrahim

Salah satu fasa kebangkitan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin lulusan Pengajian Melayu Universiti Malaya bertaraf antarabangsa ialah kesanggupan beliau berhabisan membela pelobi-pelobi Barat untuk meningkatkan martabat dan imej diri beliau sebagai pemimpin muda negara Islam yang bakal menjadi "darling barat."

Umum mengetahui sejak Anwar menjadi Menteri Kewangan beliau memberi pelbagai peluang perniagaan dan pelaburan kepada pelabur luar yang sanggup membentuk pasukan media dan lobi antarabangsa untuk beliau.

Anwar berubah dari pejuang Islam yang menakutkan bukan Islam di Malaysia kepada pemimpin kesayangan barat dalam sekelip mata.

Dalam masa yang sama Anwar masih menjaga rangkaian dan jaringan (networking)asal beliau dengan pertubuhan-pertubuhan Islam yang bercorak radikal sebelum membawa mereka sekali berubah kepada pro-barat.

Keupayaan Anwar menjadi pokka membolehkan beliau menjadi kesayangan negara arab dan juga negara barat.

Justeru apabila muncul artikel-artikel luar negara yang berusaha membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai skandal termasuk pembunuhan Altantuya Sharibu, ia jelas sekali propaganda dan agenda Anwar.

Apatah lagi selepas keluar penjara Anwar segera ke Jerman berjumpa beberapa pelobi barat yang masih bersedia membantu beliau menjadi boneka barat.

Pertubuhan seperti Konrad Adeneur Foundation (KAF)yang pernah membantu Institut Kajian Dasar (IKD) Anwar dahulu masih berusaha memastikan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Demikian juga pembabitan Anwar dengan Foundation for the Future yang menjadi alat untuk US menyalurkan bantuan dan peruntukan kepada Anwar.

Justeru apabila muncul penulis tabloid akhbar Liberation, Perancis yang berpengkalan di Thailand, Arnaud Dubus, membuat pelbagai cerita, andaian dan susulan isu pembunuhan Altantuya Saribu tidak syak lagi Anwar Ibrahim berada di belakangnya.

Arnaud dilaporkan membuat pelbagai penyelidikan dan wawancara sehingga ke Mongolia bagi menulis cerita tersebut.

Cubaan mengaitkan Datuk Seri Najib dan memburukkan Konsul Mongolia di malaysia hanyalah untuk kepentingan Anwar Ibrahim sahaja. Kita tentu hairan bagaimana wartawan akhbar tabloid yang tidaklah begitu besar edarannya boleh menyara wartawan seperti Dubus sehingga mengembara beberapa negara hanya untuk sebuah cerita tidak menjadi isu besar di Perancis pun.

Justeru apabila Konsulat Kehormat Mongolia di malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi tampil menafikan segala tulisan Arnaud ia sekadar menjelaskan lagi siapa Arnaud sebenarnya.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan wartawan penyiasatan Perancis, Arnaud Dubus bahawa saya pernah menyerahkan sekeping gambar YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan model Mongolia, Altantuya Sharibu yang mati dibunuh seperti yang disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan Bil 206 (10-17 Nov 2009).

Adalah jelas ia adalah satu pembohongan, rekaan dan berniat jahat untuk memburukkan saya dan Perdana Menteri. Gambar yang didakwa itu sebenarnya tidak pernah wujud, jadi bagaimana saya boleh serahkan gambar yang tidak wujud kepada pihak Polis? Ini tidak masuk akal langsung. Sepanjang penyiasatan kes berkenaan, saya hanya ada menyerahkan kepada pihak Polis sekeping gambar Abdul Razak Baginda (gambar solo) dan beberap keping gambar Altantuya. Saya tidak pernah melihat atau terjumpa gambar Perdana Menteri bersama Altantuya.

Malah saya tidak pernah mendengar satu ayat pun yang mengatakan Perdana Menteri memang mengenali si mati. Yang pernah saya lihat adalah gambar yang di reka-reka oleh pihak pembangkang melalui teknik pertindihan bertujuan memburukkan pihak tertentu dalam kes tersebut. Justeru, saya berharap penjelasan in akan mematikan tuduhan liar yang dibuat oleh Dubus. - Kenyataan Media, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi, 17 November 2009.


Secara logiknya jika ada pun gambar tersebut Syed Abdul Rahman tidak sebodoh itu untuk mendedahkan kepada seorang wartawan seperti Arnaud.

Memandangkan gambar itu sememangnya tiada kecuali gambar sumper impose yang dibuat oleh Tien Chua maka nyata Arnaud berbohong. Soalnya mengapa Arnaud perlu berbohong jika bukan kerana beliau dibayar oleh kumpulan pelobi Anwar Ibrahim?

Pelobi Yahudi dan Barat masih bersedia menggerakan ombak kedua bagi menaikkan Anwar sebagai kuda tunggangan mereka di Malaysia.

Tiada apa yang lebih bernilai di malaysia selain sweet oil yang menjadi kegilaan Barat. Inilah yang mahu mereka kuasai.

Monday, November 16, 2009

Apabila Penyamun melantik Penyangak Menjadi Penasihat

Penduduk Selangor Darul Ehsan wajar mengucapkan selamat datang kepada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setelah berjaya membantu IOI Berhad mendapatkan sebahagian besar tanah di Puchong kerana meletak bapanya sebagai Pengerusi IOI ketika itu, apa lagi projek terbaru Anwar selepas ini?

Perlantikan Anwar Ibrahim menunjukkan sudah wujud ketidakpuasan hati yang begitu memuncak di kalangan kumpulan Azmin Alin terhadap kumpulan Khalid Ibrahim.

Azmin beberapa kali berjumpa Anwar dan menunjukkan bukti betapa banyak sumbangan dari projek oleh pemaju-pemaju di Selangor masukke kantung Khalid Ibrahim bukannya ke Parti Keadilan Rakyat.

Azmin juga tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Khalid yang hanya membuat keputusan penting dengan Ronnie Liu dan Teresa Kok sahaja. Ini menyebabkan sebarang "proposal" oleh Amin dan lain-lain pimpinan PKR diketepikan begitu sahaja.

Jika mahu survive dalam kontrak PBT mesti jaga Ronnie Liu dan Teresa. Jika mahu projek pembangunan mesti melalui khalid sahaja. Akibatnya Azmin bukan sahaja menghadapi masalah dengan Ketua-Ketua PKR Bahagian malah hubungan beliau dengan pemimpin Pas Selangor juga menjadi genting.

Kesemua mereka mengharapkan kerajaan negeri selangor membantu merancakkan tabung parti bagi menggerakkan parti.

Sebahagian pula berpendapat pejuang-pejuang PKR yang telah lama berkorban wajar mendapat sedikit peluang yang lebih baik dari kerajaan negeri.

Malangnya yang berlaku ialah Khalid hanya mementingkan rakan-rakannya yang pernah bersama dalam Duthrie dahulu. Ronnie Liu dan Teresa Kok pula menjaga kepentingan peniaga Cina terutamanya kumpulan underworld atau kongsi gelap.

Sebab itu apabila Khalid membuat ucapan retorik dalam Kovensyen PKR semalam kononnya beliau mahukan pemimpin parti yang faham makna reformasi dan tidak mahu menjadi UMNO yang meminta projek, ramai yang mencebik dan mahu sahaja meludah beliau.

Yang berada di luar Selangor bertepuk mendengar ucapan yang penuh kepalsuan tersebut. Namun dalam Selangor mereka tahu betapa ucapan tersebut hanya sekadar menyembunyikan sikap sebenar Khalid yang telah beberapa kali mengaut dana untuk kekayaan sendiri bukan parti.

Akhirnya yang menjadi kambing hitam ialah Yahya Shari (telah didakwa di mahkamah). dan terbaru khabarnya Ketua Setiausaha Sulit beliau, Puan Noorzatun.

Yang kenyang adalah Khalid yang dijaga oleh pengerusi I Berhad, pemaju I-City Shah Alam. Khalid juga sekarang dikatakan sedang "kow-tim" dengan pengerusi Talam, Thy Ah Chye. Sebab itu beliau menimbulkan isu hutang Talam dan enggan menandatangani pemindahan title dari pemaju kepada pembeli.

Lihat sahaja nanti hutang gagal di kutip, Talam akan mendapat lagi projek pembangunan di Selangor atas alasan kononnya untuk membantu syarikat yang tenat pulih dan akhirnya boleh bayar hutang.

Apabila Khalid lantik Anwar menjadi penasihat ia bukan kehendak khalid tetapi kehendak Anwar sendiri.

Kita lihat sahaja bagaimana projek perlombongan pasir yang begitu agresif di selangor ini (tanpa diganggu oleh karam Singh walia seperti dulu)tetapi hasil yang diterima jauh lebih kecil daripada pemerintahan BN lalu.

Kem mana hasil pasir pergi kalau bukan kepada adik Tan Sri Khalid yang mengawal segala urusan pasir Kumpulan Semesta Berhad. 10 dapat 1 masuk kerajaan negeri 9 masuk bapa penyamun Selangor.

Sebab itu Azmin Ali mengamuk. Kerajaan negeri tak dapat duit pasir, dia pun tak dapat, parti keadilan jauh sekali. Akhirnya yang dapat ialah Penyamun yang ada hutang RM 66 juta dengan bank Islam.

Jadi mengapa penyamun lantik penyangak jadi penasihat? Mana ada penyamun mahu lantik penyangak jadi penasihat. Sebab yang pasti penyamun akan putus rezeki dipotong penyangak.

Namun memandangkan penyangak ada kuasa menghilangkan kuasa penyamun terpaksalah penyamun terima pelantikan sendiri penyangak. Penyangak besar memang marah apabila penyamun sapu licin sampai bajet negeri jadi defisit, akaun parti pun tidak sebesar mana. tapi lebih penting penyangak besar marah sebab "jambunya" tidak dijaga penyamun.

Lepas ini terpaksalah penyamum mengurangkan aktiviti sebab sumber rezeki diambil alih oleh penyangak.

Apa pun bagi penulis, dah elokdah Penyamun ditipu penyangak !(hehehe macam cerita tiga abdul pulak)

Monday, November 2, 2009

Dr Asri mangsa percaturan politik Anwar Ibrahim

B ekas Mufti Perlis diangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor malam tadi selepas menyampaikan ceramah kepada hampir 1, 000 orang di Ulu Klang. Turut hadir dalam majlis ceramah tersebut ialah wakil rakyat PKR Dr Zuraidah dan Shaari Sungip.

Utusan melaporkan bahawa tangkapan tersebut mungkin ada kena mengena dengan dakwaan Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi. Namun wajarkah mereka yang berfahaman wahibi ditanglap. Malah tiada undang-undang yang membolehkan mereka yang berfahaman wahibi di tangkap.

JAIS juga tidak boleh menahan Dr Asri menyampaikan ceramah tanpa tauliah kerana ceramah disampaikan di banglo milik persendirian bukammyadi masjid atau surau.

Lebih aneh bagaimanakah JAIS menangkap penceramah dalam majlis anjuran parti pemerintah negeri?

Ini tidak lebih merupakan satu lagi taktik Anwar untuk mengalih tumpuan umum terhadap perbicaraan beliau yang akan berlangsung minggu ini.

Menggunakan jentera PKR yang bersahabat dengan Dr Asri untuk menyampaikan kuliah isyak di rumah, mereka akhirnya mengatur himpunan ceramah yang besar.

Dr Asri sendiri khabarnya tidak mengetahui ada ceramah sebesar itu dan dihadiri oleh wakil rakyat PKR.

Anwar juga menggunakan konco-konco dalam persatuan peguam syarie semalam untuk membuat memorandum kepada YDP Agong agar menagkap Dr Asri kerana menyebarkan fahaman wahabi.

Bukankah aneh laporan kepada JAIS agar menangkap Dr Asri kerana menyampaikan ceramah malam tadi juga dibuat oleh PKR?

Semua ini tidak lebih daripada agenda Anwar untuk mengcilkan kes sodomi yang akan beliau hadapi minggu ini.

Anwar sememangnya diketahui pakar memanipulasi media. Kali ini Dr Asri menjadi mangsanya.