Tuesday, May 26, 2009

SPRM, Tolong Jangan Ambil Tindakan Terhadap Pemimpin PKR

Membaca laporan Malaysiakini.com semalam [VoxPop: Money politics or bullshit?
So, is Pakatan Rakyat trying to ‘bribe' her to contest? The Malaysian Anti-Corruption Commission will act with their lightning speed especially on cases involving opposition parties] memberi satu kesimpulan yang jelas bahawa Anwarisme telah melarut dan menjadi unsur terpenting dalam perjuangan menentang korupsi, kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Kumpulan ini bukanlah begitu memperjuangkan anti korupsi, kebebasan media dan kebebasan bercakap seperti yang mereka uar-uarkan. Sebaliknya, kumpulan ini hanya mahu menjatuhkan BN menggunakan elemen-elemen ini menarik sokongan pengundi.

Sebahagian mereka membenci BN kerana mahukan kesamarataan. Mereka ini sudah tidak lagi mahu mendengar sebarang penjelasan mahu pun sebarang kebenaran jika ia berpihak kepada BN.

Sebahagian lagi mereka yang taksub untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri demi habuan dan keuntungan material dan politik. Mereka juga akan menyalahkan semua orang kecuali Anwar Ibrahim.

Sikap kumpulan ini dapat dilihat jelas dalam beberapa isu terutamanya cadangan Anwar untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008. Mereka bersoark dan bergembira melaungkan slogan bahawa era baru permulaan demokrasi, dunia yang lebih terbuka, kerajaan yang adil, anri korupsi, freedom of speech dan kebebasan media.

Mereka tidak pula menimbulkan isu moral mahu pun prinsip demokrasi ketika Anwar berusaha menarik Ahli Parlimen BN berhijarah ke PKR. Mereka jjuga mengangkat wakil rakyat Bota, YB Nasaruddin sebagai pejuang rakyat, wira demokrasi apabila beliau melompat dari BN ke PKR.

Anehnya kumpulan yang sama yang hari ini memaku hamun Sultan, Mahkamah dan BN kerana ada 3 orang ADUN mereka keluar dari PKR dan DAP menjadi ADUN bebas. Maka mereka mula bercakap kononnya rakyat memilih wakil rakyat-wakil rakyat yang melompat ini atas lambang parti mereka dang menggesa diadalan pilihanraya negeri semula.

Inilah ahli-ahli politik bertaraf "pariah" dalam sistem demokrasi. Mereka tidak boleh menjadi pemimpin besar. Jika mereka menang mereka bersorak gembira. Jika mereka berkuasa mereka berhak memegaqng kuasa. Apabila orang lain berkuasa maknanya ada penipuan atau salah guna kuasa.

Demikian juga jika mereka menuduh pemimpin UMNO rasuah maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)harus memastikan orang ini bersalah. Jika pemimpin BN yang mereka tuduh tidak bersalah ini bermakna SPRM menjadi alat BN.

Namun jika SPRM menyiasat kes pemimpin mereka, dengan cepat mereka mendakwa SPRM menjadi alat BN. hakikatnya lebih ramai pemimpin BN yang didakwa rasuah oleh SPRM berbanding pemimpin mereka tidak mereka pedulikan.

Ada lagi alasan mereka. Jika ada mana-mana pemimpin BN yang didakwa maka mereka membuat pula "fatwa" baru. Ini semua kerana pemimpin tersebut sudah tidak dikehendaki oleh pemimpin utama BN. Sebab itu orang itu kena. Mereka tidak peduli jika BN memang mengenepikan orang ini kerana tahu ia telah melakukan kesalahan dan akan diambil tindakan.

Jadi bagi kaca mata mereka SPRM hanya bebas jika semua pemimpin utama BN didakwa di Mahkamah dan didapati bersalah.

Ini adalah fahaman Anwarisme sejak Anwar berada di dalam UMNO dahulu. Anwar mewujudkan keadaan bahawa hanya beliau yang bersih, baik, jujur berkebolehan. Sebarang tuduhan atau dakwaan ke atasnya adalah berniat jahat, direka-reka sengaja untuk menghalang usaha beliau melakukan penerapan nilai-nilai Islam (pada tahun 80-an dan awal 90an) dan pembaharuan masyarakat madani/civil society (pada akhir 1990an.) dalam UMNO dan kerajaan.

Saya masih ingat Anwar sebagai pejuang Islam nombor wahid dalam UMNO, ABIM dan di kalangan cendekiawan Islam pada 1980an tidak berani sama sekali menyahut cabaran penulis politik Yahya Ismail untuk bersumpah bahawa Anwar tidak pernah menerima wang hasil dari syarikat judi untuk kerjaya politiknya.

Anwar menggunakan pelbagai alasan agama untuk mengelak cabaran tersebut.

Apabila beliau sekali lagi tersepit pada tahun 1997 dan 1998, beliau menggunakan segala pengaruhnya untuk mempengaruhi beberapa pegawai polis agan "gempaq" saksi-saksi dalam kes liwat dan koruspi beliau. Dalam masa yang sama beliau mula menjual mantera-mentera yang sedap di halwa telinga orang ramai dan barat.

Beliau bercakap soal anti kronisme (walaupun penyokong beliau paling banyak mendapat projek) dan nepotisme (walaupun IOI dianugerahkan 3/4 Puchong untuk dibangunkan kerana bapanya dilantik peengerusi di situ) dan kebebasan merdia (walaupun beliau menguasai hampir keseluruhan media utama negara ketika itu kecuali surat khabar NST dan RTM).

Anwar terkenal sebagai seorang pemimpin politik yang berkebolehan bercakap lain dan buat perkara yang bertentangan sama sekali dengan apa yang beliau cakap dan masih mampu meraih kepercayaan ramai orang yang meliaht secara luaran semata.

Mungkin jalan terbaik untuk SPRM ialah jangan mengambil peduli apa sahaja laporan dan dakwaan mengenai korupsi kumpulan Anwar ini kerana mereka semua merupakan kumpulan manusia yang maksum dan tidak berbuat apa-apa salah.

Friday, May 22, 2009

Dulu UMNO, Sekarang Pas

[Surat oleh saudara MAHADZIR MOHAMAD SAID ]

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang yang mewakili golongan Ulama kerana berjaya mempertahankan jawatannya.

Walaupun saya bukan ahli dan penyokong Pas dan dalam pilihan raya tidak pernah undi parti itu, namun saya berbangga kerana PAS berjaya meneruskan tradisinya meletakkan ulama sebagai pemimpin. Saya harap Hadi akan membawa Pas kembali kepada perjuangan asalnya - mengajak ahli Pas bermuhasabah diri untuk menegakkan perjuangan agama, bangsa dan negara, dan bukan kepada perjuangan yang tersasar sekarang, iaitu "menegakkan perjuangan Anwar Ibrahim yang idam jadi Perdana Menteri".

Dalam ucapan dasarnya nanti mengenai apa jua tindakan dan keputusan, keutamaan harus diberikan kepada kuasa pimpinan Pas. Malah Hadi harus mengutamakan agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah - sesat di tengah jalan, kembali ke pangkal jalan. Walau pun saya bukan ahli, penyokong dan pengundi Pas, namun saya amat gusar melihat senario politik parti itu yang kini telah diresapi oleh "mazhab Anwar Ibrahim".

Golongan inilah begitu beriya-iya untuk menolak kepimpinan ulama dalam Pas dan mahu meletakkan golongan profesional sebagai peneraju kepimpinan Pas. Golongan ini berjaya meresap masuk ke dalam Pas setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan jawatan Timblan Perdana Menteri.

Golongan ini juga turut meresap masuk ke dalam UMNO ketika Anwar mengisytihar masuk dalam UMNO. Sejak itu berduyun-duyunlah golongan ini menyertai UMNO dengan penuh harapan untuk "menganwarkan UMNO" sekali gus menabalkan Anwar sebagai presiden parti dan Perdana Menteri. Golongan inilah yang mengaut segala "keuntungan" ketika Anwar berada di persada kepimpinan UMNO dan negara. Golongan ini sudah tentu mempunyai agenda peribadi tersendiri apabila berjuang untuk Anwar dari dulu sehingga sekarang.

Ketika Anwar bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri kerana "masalah peribadi" yang dibangkitkan pada ketika itu, golongan inilah yang mendesak Anwar supaya "lawan sampai mati".

Ketika Anwar merengkok dalam penjara Datin Seri Wan Azizah telah menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun golongan ini tidak menyertai PKR walaupun pada prinsipnya mereka yang terkenal sebagai "pendukung perjuangan Anwar" harus menyertai PKR untuk mengukuh parti PKR pada ketika itu. Tetapi, mereka mengambil langkah menyertai Pas.

Pada ketika ini, Pas tidak sedar akan bahaya golongan ini yang meresapi masuk ke dalam parti ini. Pas amat bergembira dengan kehadiran golongan ini sambil mendabik dada kononnya golongan profesional telah mula menyokong Pas. Dalam hal ini, Anwar amat bijak mengatur strategi dengan menyerap atau menyeludup masukkan "orang-orangnya" ke dalam Pas dengan harapan satu ketika nanti Pas akan turut menjadi "lidah Anwar", maka amat mudahlah Anwar merealisasikan matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Setelah 10 tahun menyerap masuk ke dalam Pas, golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" nampaknya telah berjaya "menawan Pas". Buktinya kepimpinan dan ahli Pas pun turut mengiktiraf kepimpinan Anwar malah mereka turut menabalkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.

Pergerakan Pemuda Pas secara keseluruhannya telah dikuasai oleh pengaruh "mazhab Anwar Ibrahim". Tanpa segan silu mereka secara terbuka mahukan Pas diterajui oleh kumpulan profesional dan bukan golongan ulama. Apabila retorik peralihan kuasa pada 16 September 2008 dilaung-laungkan, ahli dan pemimpin Pas tanpa segan silu menamakan Anwar bakal Perdana Menteri sehingga mereka terlupa akan ketokohan dan kewibawaan pemimpin Pas yang lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar.

Tindakan kumpulan ini sedikit sebanyak mencalar dan mencemar kewibawaan kepimpinan Pas serta mengecewakan teraju kepimpinan Pas seolah-oleh mereka tidak mempunyai kelayakan. Keadaan ini meletakkan Presiden Pas dalam kecewa dan kesal sehingga beliau mengeluarkan kenyataan jangan jadi Mat Jenin. Saya yakin jika nama Hadi disebut sebagai bakal Perdana Menteri sudah pasti Hadi tidak akan mengeluarkan komen jangan jadi Mat Jenin.

Golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" juga bertanggungjawab menyimpang matlamat dan hala tuju perjuangan Pas yang selama ini mahu menegakkan sebuah negara Islam yang berperlembagaan Islam serta melaksanakan hukum hudud.

Oleh kerana telah dikuasai oleh puak "bermazhab Abnwar Ibrahim" sejak pilihan raya 2004, Pas tidak lagi memasukkan matlamat utamanya untuk menegak sebuah negara Islam yang berperlembagaan Islam dan melaksanakan hukum hudud dalam manifesto parti berkenaan. Malah slogan pilihan raya Pas juga langsung tidak menyentuh penubuhan negara Islam.

Dalam siri-siri ceramah Pas, langsung tidak menyentuh tentang penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Malah kepimpinan Pas apabila ditanya tentang pelaksanaan hukum hudud menempelak pula wartawan yang bertanya dengan menyatakan perlembagaan Pas langsung tidak menyentuh perkara itu.

Keghairahan Pas menerima golongan ini sehingga menyebabkan parti ini terlupa akan deklarasi Muktamar Pas 1993 yang telah mengambil keputusan mengharamkan ahli Pas menyertai Abim, Jim, Arqam dan pertubuhan lain seumpama itu. Pada ketika itu, parti itu juga membuat keputusan untuk menerima kumpulan-kumpulan ini menyertai Pas. Pas menganggap kumpulan-kumpulan ini sebagai duri dalam daging jika mereka berada di dalam Pas.

Presiden Pas ketika itu Allahyarham Datuk Fadzil Noor telah nampak akan bahaya golongan yang pro Anwar Ibrahim. Allahyarham sedar jika golongan ini dibenarkan berada dalam Pas atau ahli Pas turut menyertai pertubuhan itu lambat-laun ianya akan merosakkan hala tuju parti berkenaan.

Saya yang berada dalam dewan muktamar berkenaan sebagai pemerhati amat bersetuju dan bersependapat dengan Allahyarham ketika deklarasi itu dibaca dalam ucapan penangguhan beliau setelah perkara ini dibangkitkan oleh para perwakilan. Para perwakilan pada ketika itu telah mempersoalkan bahaya kehadiran kumpulan ini dalam Pas.

Pada ketika itu, Pas terbahagi kepada golongan Ulama, Liberal dan Radikal. Dalam pemilihan itu, golongan radikal cuba menguasai Pas, namun mereka tewas. Biar pun golongan ulama berjaya mengekalkan Hadi sebagai Presiden Pas, namun mereka tidak boleh beranggapan golongan ulama akan berjaya menguasai Pas dalam muktamar kali ini.

Politik wang atau politik hadiah yang didakwa menular di dalam PAS berkemungkinan boleh mempengaruhi keputusan pemilihan PAS. Kumpulan mana yang melakukannya. Saya tidak yakin dan percaya bahawa kumpulan ulama yang melakukannya. Golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" pasti akan bertungkus lumus, bermatlamat menghalalkan cara bagi mempastikan jawatan-jawatan lain yang dipertandingkan, seperti Timbalan Presiden dan jawatan lain akan dikuasai oleh golongan ini.

Sudah pasti jika jawatan lain dikuasai golongan "bermazhab Anwar Ibrahim", pastinya Hadi akan keseorangan dalam kepimpinan Pas dan suara Ulama semakin kecil dalam parti ini, dan secara langsung golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" akan dapat menguasai segala keputusan termasuk yang menyentuh dasar agar ianya terjurus kepada "keuntungan politik" Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian, sempena muktamar Pas kali ini, seluruh kepimpinan Pas dan ahli perwakilan Pas yang sayangkan perjuangan Pas, harus bermuhasabah diri dengan mengambil pendirian dan pendekatan untuk monolak kumpulan "bermazhab Anwar Ibrahim" dalam pemilihan teraju kepimpinan Pas.

Saya amat yakin akan menjadi lebih selamat sekiranya muktamar kali ini berjaya menyingkirkan kumpulan "bermazhab Anwar Ibrahim" dengan membersihkan parti itu daripda pengaruh Anwar Ibrahim. Sekiranya perwakilan muktamar kali ini gagal menyingkir dan membersihakn kumpulan "bermazhab Anwar Ibrahim" daripada parti berkenaan, sudah pasti parti ini akan rosak binasa. Pas akan terus menjadi batu loncatan dan medan untuk merealisasikan cita-cita dan hala tuju perjuangan Anwar Ibrahim.

SELAMAT BERSIDANG... SELAMATKAN PAS ... SELAMAT SINGKIRKAN SERTA BERSIHKAN MAZHAB ANWAR IBRAHIM DARIPADA PAS!

Sunday, May 3, 2009

Anwar dan Kebebasan Media

Anwar mahu bercakap soal kebebasan akhbar. Anwar memberi perutusan seempena hari kebebasan akhbar hari ini. Tulis Anwar:

Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa. Lebih mengecewakan kita adanya sesegelintir dari pengusaha dan pengarang akhbar menggadaikan prinsip demi keuntungan peribadi lalu membiarkan diri dikawal pemerintah.

Namun kita menyaksikan di mana-mana di dunia ini pasti ada mereka yang berani untuk tetap teguh melawan segala bentuk halangan ciptaan pemerintah bagi menyekat hak untuk menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat. Kepada editor, jurugambar, wartawan serta komuniti akhbar pemberani ini kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan salut kerana jasa juga pengorbanan mereka.

Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.


Jika kita mahu menilai keterbukaan Anwar terhadap media massa maka eloklah kita membaca semula tulisan Kolumnis Malaysia-Today, Kirdatun menulis pada 3 Disember 2004:
"Tulisan terakhir untuk ruangan "Batu Giling" ini menemui pembaca seperti yang dijanjikan, seminggu sesudah menerima e-mel daripada editor Malaysia Today yang memaklumkan bahawa ada "orang-orang kuat" Anwar Ibrahim menuntut agar kolum ini "dilembutkan" atau ditutup terus.

Selang beberapa hari, "orang besar" PKR yang khabarnya semakin kerap mendampingi Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Raja Petra supaya mengarahkan "Batu Giling" melembutkan tulisan terhadap Anwar Ibrahim ataupun tutup sahaja ruangan ini.


Jika mahu pergi lebih jauh maka kita akan melihat bagaimana kebebasan media kepada Anwar Ibrahim ialah jika akhbar atau media bebas melaporkan atau menghentam apa sahaja atau sesiapa sahaja asalkan bukan dirinya.

Tanyalah orang seperti Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) dan Datuk A Kadir Jasin apa erti kebebasan media jika Anwar berkuasa. Anwar secara jahat menggunakan wartawan dalam Utusan untuk menjatuhkan Zainuddin Maidin semasa beliau berada di luar negara.

Anwar tidak menyukai ZAM kerana Ketua Pengarang Utusan ini sering juga mengkritik tindak tanduk Anwar ketika itu. Selain itu ZAM juga dicop sebagai orang kuat Dr. Mahathir. Seseorang yang boleh merencatkan usahanya untuk menjadi Perdana Menteri dengan cepat.

Mengambil kesempatan ZAM bercuti di luar negara, Anwar menggunakan rakan-rakan dalam Utusan untuk melaporkan berita palsu kononnya Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad menolak diwawancara di dalam bahasa Melayu oleh televisyen Indonesia semasa Persidangan NAM.

Ini mewujudkan polemik besar ketika itu sehingga meleret kepada isu iklan dalam bahasa Inggeris dan lain-lain isu bahasa. Dr. Mahathir sendiri menulis menjawab tuduhan Utusan tersebut.

Anwar menjadi gergaji mata dua. Selain mengenakan ZAM, beliau juga menggunakan kekuatan politiknya untuk memuji Dr. Mahathir dan mendesak Ketua Pengarang Utusan ditukar kerana gagal mengawal akhbarnya dengan baik dalam isu bahasa Melayu ketika itu. Dr. Mahathir percaya, akhirnya ZAM dsingkirkan melalui kenaikan pangkat. Anwar diberi peluang mencari Ketua Pengarang baru.

Jika Anwar percaya kepada kebebasan akhbar tentulah beliau melantik Timbalan Ketua Pengarang ketika itu untuk menjadi Ketua Pengarang. Sebaliknya ini tidak berlaku. Anwar membawa masuk rakan baiknya Johan Jaaffar yang tiada pengalaman dalam bidang kewartawan untuk menjadi Ketua Pengarang yang baru.

Johan pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu ditawarkan gaji dan keisttimewaan yang jauh lebih besar daripada mana-mana Ketua Pengarang Utusan sebelum ini.

Anwar juga tidak dapat menerima kebebasan yang dinikmati oleh Datuk A. Kadir Jasin di Kumpulan The New Straits Times Press. Sebagai Ketua Pengarang Kumpulan, Kadir sekali sekala melemparkan pandangan dan kritikan kepada Anwar. Ini menimbulkan kemarahan Anwar. Anwar kemudian merencanakan perubahan struktur NSTP sehingga mengasingkan akhbar berbahasa Inggeris dan Melayu. Ini bertujuan mengurangkan kuasa dan pengaruh Kadir Jasin dalam akhbar tersebut.

Selepas pengasingan tersebut Anwar menempatkan penyokong kuatnya, Datuk Ahmad Nazri Abdullah sebagai Ketua Pengarang Berita Harian dan penerbitan berbahasa Melayu NSTP.

Kadir masih menulis dalam Berita Harian menggunakan nama Kunta Kinte dalam ruangan "Biar Putih Tulang." Namun apabila Kadir mengkritik satu polisi Anwar,ruangan beliau terus diarahkan tamat oleh Ahmad Nazri.

Banyak lagi contoh kebebasan media ala Anwar bin Ibrahim. Namun cukuplah untuk mengatakan bahawa sejak dahulu sehingga hari ini kebebasan media pada Anwar ialah Media bebas mengkritik sesiapa sahaja kecuali beliau.